Anda di halaman 1dari 7

SURAT TERBUKA UNTUK ALIM ULAMA DAN ILMUAN ISLAM SERTA PEMIMPIN

NEGARA.
Daripada Ahmad Baharom Commentary
Anti Pemimpin Pendusta Dan Zalim.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.
ALLAH MELAKNAT ORANG YG TIDAK LAKSANA KEWAJIPAN MENCEGAH
KEMUNGKARAN DAN MEREKA YANG MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN .
KEPADA MEREKA YANG BERKAITAN.
Assalammualaikum.
"KE HADAPAN, Sohibussamahah Al Fadhil-Al Fadhil para mufti, para kadhi, tuan-tuan guru, para
mubaligh,para ustaz (sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi,ada jawatan mahupun tidak ada
jawatan, berdegree mahupun yang tiada degree, ada bintang kehormatan mahupun yang tiada
bintang kehormatan, sudah pencen mahupun belum).
Dari saya seorang manusia biasa yang serba dhaif lagi berdosa serta tidak berpelajaran,
Untuk tuan-tuan yang berbahagia lagi dihormati dengan tujuan untuk ingat mengingatkan seperti
yang difirmankan oleh Allah bermaksud:
Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Dan mereka yang ingat mengingatkan kepada kebenaran. Dan yang ingat
mengingatkan kepada kesabaran. - (Al 'Asr :1-3)
Firman-Nya lagi:
Terjemahan: Hendaklah memberi ingat.Sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang
mukmin. - (AZ Zariat : 55)."
Bismillahhirrahmannirrahim.
Segala Puji-Pujian kepada Allah SWT dah limpah rahmatnya dipohon untuk Junjungan kita Nabi
Muhammad SAW.
1-Sebagai pembuka maksud sebenar bicara surat ini saya melafazkan apa yang saya yakini dan
fahami berhubung Hukum Hakam yang telah disyariatkan bagi permasaalahan PEMIMPIN
PENDUSTA DAN PENYOKONG mereka.
"Saya (Ahmad Bin Baharom) bersaksikan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W bahawa
sesungguhnya menyatakan disini bahawa mereka yang saya dakwa sebagai PEMIMPIN
PENDUSTA DAN ZALIM SERTA PENYOKONG MEREKA adalah mereka yang telah Terkeluar
Dari Islam atau Kufur atau Kafir dan mereka juga adalah pengkhianat kepada Allah S.W.T dan
Rasulallah SAW."
"Ini bertepatan dengan sabda Rasukallah SAW:
Pemimpin Bercakap Bohong Dan Zalim Pada Rakyat ..... Sesiapa Yang Membenarkan
Pendustaannya atau Menyokong ... Bukan Dari Umat ku...
Rasulullah berkata,akan datang satu masa di mana beberapa pemimpin yg bercakap bohong dan
zalim pada rakyat..maka barang siapa yg membenarkan pendustaannya atau menyokong
pembohongan walaupun pada hakikatnya ia berbohong...maka golongan ini adalah bukan dari umat
ku..."
Rasanya adalah mustahil Tuan-tuan yang Alim serta bijaksana tak tahu bahawa Agama Islam adalah
agama yang tegas dan tidak ada istilah ragu-ragu. Salah satu aqidah Islam adalah mengkafirkan
orang kafir dan menyebut mereka dengan “kafir”,
Salah satu aqidah kita adalah apabila tidak mengkafirkan orang kafir, maka ini adalah bentuk
kekufuran. Sebagaimana salah satu pembatal keIslaman, yaitu
ً ‫إجماعا‬
ْ ‫ كفَ َر‬: ‫ من لم يكفر المشركين أو شك في كفرهم أو صحح مذهبهم‬: ‫الثالث‬
“Barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu bahwa mereka kafir atau
membenarkan mazhab (ajaran) atau fahaman mereka maka ini adalah kekufuran secara ijma’.”
2- Selain itu mereka adalah dari golongan PENZINA kerana sebaik sahaja mereka Kufur atau
terkeluar dari Agama Islam atau Kafir maka secara automatik dengan tanpa perlu keputusan dari
Hakim atau Khadi, mereka telah terpasakh iaitu tercerai dengan suami atau isteri mereka.Hubungan
intim mereka selepas itu adalah zina.
Apabila salah seorang pasangan anda murtad (kembali ke agama asal) atau telah terkeluar dari
Agama Islam, maka pernikahan menjadi batal demi hukum yang dalam istilah fiqih disebut fasakh
(rosak). Ini adalah pendapat dari majoriti pakar syariah madzhab yang empat iaitu madzhab Syafi'e
Hanafi, Hanbali. Itu ertinya, tidak ada hubungan perkawinan lagi antara Anda dan isteri Anda atau
sebaliknya.
Dan hubungan intim setelah itu dianggap zina.
Sedangkan menurut madzhab Maliki, suami murtad atau telah terkeluar dari Agama Islam atau
Kufur akan berakibat isteri tertalak tiga secara automatik.
Beza antara talak dan fasakh adalah fasakh berakibat putusnya nikah sama sekali. Dan tidak ada
masa iddah bagi isteri. Sedangkan talak berarti putusnya perkawinan dengan adanya masa iddah
bagi isteri.
3- Mereka juga tertakluk kepada beberapa hukum lain seperti yang telah diSyariat bagi mereka.
3.1. Tidak sah solat yang diimamkan Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya.
3.2. Haram makan sembelihan Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya.
3.3. Tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik Pemimpin Pendusta
dan Zalim dan Penyokongnya. dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera
3.4. Terfasakh pernikahan dengan pasangan (Cerai tidak boleh dirujuk) kepada Pemimpin Pendusta
dan Zalim dan Penyokongnya.
3.5. Jenazah Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya.
tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad
3.6. Tidak boleh membenarkan Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya. melakukan
sembahyang jenazah ke atas orang yang Menentang Pemimpin Pendusta dan Zalim.
3.7. Tidak boleh mengebumikan Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya. di tanah
perkuburan Islam
3,8. Ibadah Pemimpin Pendusta dan Zalim dan Penyokongnya. tidak diterima Allah SWT."
4-Sebelum saya melanjutkan surat ini saya akui memang mengkafirkan mereka yang telah amat
terbukti menjadi Pemimpin Pendusta serta Penyokong mereka kerana tidak mahu menjadi kafir
seperti mereka kerana dalam bab 10 dosa besar yang membatalkan Syahadah seseorang Muslim
ialah tidak mengkafirkan orang yang jelas kafir atau ragu-ragu dengan kekafiran mereka.
5- Berdasarkan apa yang telah disyariatkan, tidakkah kita terfikir apa yang telah berlaku kepada
Pemimpin dan Alim Ulama PAS dan pengikutnya sejak kesesatan mereka seperti yang telah
diFatwakan oleh Jabatan Agama Islam dan Alim Ulama? Selain mereka telah Kufur atau Kafir
tidakkah perkahwinan mereka telah terbatal serta hubungan suami isteri mereka adalah Zina dan
zuriat mereka selepas itu adalah Anak Zina? Apa kesan dari mula kekafiran mereka sehingga
sekarang?
Jika nak dibentangkan dalil-dalil kesesatan Pas dan pemimpin-pemimpin mereka mungkin 3 hari
saya menulis tak akan habis. Selain kes Amanat Hadi, dan berbagai Takfir yang telah mereka
lafazkan kepada masyarakat yang ternyata semuanya adalah bid'ah semata. Apa yang amat jelas
sekarang mereka menyokong pula Kerajaan PN yang amat jelas diketuai seorang pendusta dan
zalim serta sekongkol dengan pemimpin mungkar, tak tahulah saya berapa tingkat kekafiran mereka
sekarang ini..
Amat perit saya nak meluahkan hakikat tersebut tetapi apabila melihatkan Hj Hadi dan Pemimpin-
Peimpin PAS tiada langsung menunjukkan tanda keinsafan,malah semakin menjadi-jadi pendustaan
beliau jadi saya terpaksa buka mulut. Relakah Tuan-Tuan Yang Mulia membiarkan semua ini terus
berlaku?
Pemimpin Pendusta semakin bercambah dan secara lansung penzinaan semakin berluasa, .Jadi
apakah keadaan hukum yang disyaiatkan kerana kufur atau Kafir yang sepatutnya dikenakan pada
Pas tidak juga dikenakan kepada Pemimpin Pendusta dan penykong mereka yang ada sekarang?
Nahuzubillahiminzalik. Amat hancur Institusi keluarga Islam dinegara kita.
6- Didalam perkara ini saya terfikir adakah semua ini belaku kerana salah rakyat itu sendiri atau
Alim Ulama dan Pemimpin?? Kenapa kita tidak mengambil serius hal yang amat besar seperti ini ?
Kenapa mereka tidak dikenakan hukum apa yang telah disyariatkan??Bolehkan kita ingkar atau
tunaikan sebahagian sahaja atau mengubahnya? Ini adalah masaalah besar yang melibatkan Aqidah
dan kesucian Institusi Agama dan keluarga Islam. Kenapa disorokkan???
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah
Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat
oleh sekalian makhluk." (Surah al-Baqarah, ayat 159)
7- Adakah apa yang berlaku sekarang adalah laknat Allah SWT keatas kita akibat kita telah amat
nyata mengingkari syariat?? Atau Allah telah menurunkan laknat yang dijanjikannya untuk
membingungkan Alim Ulama yang khianat kepadanya???
Mungkin itu juga sebabnya Alim Ulama jadi bingung nak cari jalan penyelesaian kepada
pemasaaalahan ummah sehinggakan ada Mufti dah mula ratip Dap...Dap...Dap macam puak
munafikun Pas dan Umno. Rosaknya ulama maka rosaklah ummah
8- Tidakkah anda semua tahu bahawa Kaum Munafik seperti Pemimpin Pendusta dan Penyokong
mereka adalah lebih merbahaya dari Yahudi,Syiah dan segala kaum Kafir yang ada dimukabumi
ini?? Jika kaum kafir kita sudah sedia maklum tidak akan terpengaruh dengan dakyah mereka
sedangkan kaum munafik amat susah untuk kita kenalpasti.Mereka merosakkan ummah dan Agama
dari dalam seperti yang berlaku sekarang.
9- Seperkara lagi yang amat menggerikan adalah Taubat bagi golongan ini adalah amat mustahil
diterima Allah jika mengikut syarat Taubat yang telah ditetapkan kerana ianya melibatkan seluruh
rakyat yang mereka dustai dan zalimi adalah amat ramai tidak mengira Agama ,Bangsa dan
Keturunan. Selain itu mereka juga berdosa kepada mereka yang telah mati semasa Pemerintahan
Dusta dan zalim mereka. Adakah boleh kita meminta ampun dari orang yang telah mati???
Mereka wajib membaiki semua kerosakan yang telah mereka lakukan termasuk memulihkan
Aqidah mereka yang telah mereka sesatkanm Tak begitu Tuan-Tuan semua?? Jangan lupa juga
bahawa pengikut mereka juga ada ramai yang telah mati.
Bagi penyokong mereka pula, tidak kira menyokong secara suka-suka atau sebagai ahli biasa atau
sungguh-sungguh atau secara langsung atau tidak langsung atau kerana takut, mereka tetap
menanggung dosa yang sama dengan pemimpin mereka kecuali mereka dipaksa dengan ancaman.
10- Sebab itulah Allah telah mengharamkan Surga kepada mereka dan tidak sesekali akan mendapat
syafaat dari Allah SWT dan Rasulallah SAW diakhirat kelak.Allah SWT amat mengetahui dan
maha bijaksana,
ANCAMAN RASULALLAH KEPADA PEMIMPIN PENDUSTA.
Di antara bentuk ancaman tersebut adalah sebagai berikut:
Menjadi Manusia yang Paling Dibenci oleh Allah Ta’ala
Dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
‫جلِ ًسا ِإ َما ٌم َجا ِئ ٌر‬ ْ ‫َاسل َى الل َّ ِه َوأَبْ َع َد ُه ْم ِمن ْ ُه َم‬
‫عا ِد ٌل َوأَبْ َغ َض الن ّ ِ ِإ‬َ ‫جلِ ًسا ِإ َما ٌم‬ ْ ‫اه ْم ِمن ْ ُه َم‬ ُ َ ‫ام ِة َوأ َ ْدن‬
َ َ‫َاسل َى الل َّ ِه يَ ْو َم ال ْ ِقي‬‫ب الن ّ ِ ِإ‬ َّ ‫ِإ ّ َن أ َ َح‬
“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat
kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling
dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.”
(HR. Tirmidzi)
Allah menyatakan bahawa pada Hari Kiamat dan Tidak Mengampuni Dosa-Dosanya
Sebuah riwayat dari Abu Hurairah radiyallahu anhu menyebutkan bahwa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
‫عا ِئ ٌل ُم ْستَكْب ٌِر‬ َ ‫اب َو‬ ٍ ‫ابأَلِيمٌ َشيْ ٌخ َز‬
ٌ ‫ان َو َملِ ٌك كَ َّذ‬ ٌ ‫ع َذ‬ َ َ‫ثَالَثَ ٌة ال َ يُكَلِ ّ ُم ُه ُم الل َّ ُه يَ ْو َم ال ْ ِقي‬
ِ ّ ‫ام ِة َوال َ يُ َز ِك‬
َ ‫يه ْم َوال َ يَن ْ ُظ ُر ِإل َيْ ِه ْم َول َُه ْم‬
“Tiga orang yang Allah enggan berbicara dengan mereka pada hari kiamat kelak. (Dia) tidak sudi
memandang muka mereka, (Dia) tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Dan
bagi mereka disiapkan siksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, Penguasa
yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabur.” (HR. Muslim)
Akan Dimasukkan ke Dalam Neraka serta Diharamkan Syurga Baginya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‫َشر ِعَيّـَّتَ ُه ف َُه َو ِفي الَن ّـ َّ ِار‬
َ َّ‫غ ّـ‬
َ ‫اع‬ ٍ ‫أَُيّـُّ َما َر‬
“Siapapun pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka.” (HR. Ahmad)
11- Saya amat yakin dengan dakwaan saya itu selepas lebih 10 tahun menyelidik dan mengkaji serta
mengenal pasti segala kemungkaran serta pendustaan yang telah mereka lakukan serta telah
memaparkan secara umum dimediamaya dakwaan-dakwaan tersebut untuk nilai atau dibantah
sekiranya Fitnah.
Semua Pemimpin yang telah saya war-warkan dimediamaya sebagai Pemimpin Pendusta adalah
pemimpin Pas, Umno, Pkr, Amanah serta termasuk PM8 Bersatu yang baru ini yang jelas berdusta
jumlah sokongan majoriti MP dan khianat amanah pengundi dengan mengambil alih kerajaan
secara tipu muslihat.,Dengan pembuktian yang saya ada maka tidak syak lagi serta cukup sifat dan
dalilnya mereka adalah Pemimpin Pendusta dan Zalim.
12- Saya sedia bila-bila masa mengemukakan semua dalil-dalil kemungkaran mereka yang saya
dakwa jika diminta. Apa yang pasti untuk memastikan masyarakat lebih faham saya akan terus
viralkan semua dalil-dalil tersebut. In Sya Allah.
13- Pada pandangan saya inilah zaman Ruwaibidhah dan ianya telah berlaku dinegara
kita.Rasulullah SAW bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.”
Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Maka, Baginda menjawab: “Apabila
suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)
14- Saya menegaskan disini bahawa Kerajaan PN yang dipimpin oleh seorang Pendusta dan
Penzalim seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah haram bagi Umat Islam menyokongnya.Selain itu
semua gabungan Pemimpin yang bersama mereka amatlah tercela Aqidah mereka. Tidak kira dia
Ulama atau Mufti atau Bekas Mufti, yang menyokong mereka adalah subahat kerana tiada matlamat
yang menghalalkan cara jika bersama atau sekongkol atau beri sokongan kepada mereka.
15- Saya juga telah lama melakukan penyelidikan dan sehingga setakat kini saya tidak dapat apa-
apa bukti soheh salah laku serta kemungkaran melampau Tun Mahathir yang boleh disabitkan
dengan perkara ini atau hukum hudud Saya telah war-warkan juga kepada umum jika ada bukti
soheh salahlaku atau kemungkaran beliau saya harap mereka kongsikan bersama saya.Malangnya
semua hampa.
Bukan itu sahaja, malah musuh politik Tunpun telah mencuba berbagai cara untuk mencari
salahlaku beliau dan keluarganya namun semuanya gagal terutama kesalahan-kesalahan yang
melibatkan Hukum Hudud.Saya berharap sekiranya Tuan-Tuan ada dalil-dalil jelas salahlaku dan
kemungkaran Tun M, harap sudi berkongsi dengan saya.
Pada perkara Tun bersama PH yang sentiasa hangat dikeji dan dihina oleh puak yang tidak sehaluan
sebagai menyokong Dap, Barua Dap atau jadi hamba Dap juga saya kaji dan dapati adalah salah
dan tidak tepat kerana Islam tidak menghalang kerjasama dengan mereka yang bukan Islam jika
perlu untuk melawan fitnah yang lebih besar seperti Kemungkaran puak Umno dan Pas yang amat
melampaui batasan serta merosakkan Agama, Rakyat dan Negara.
16- Perkara ini boleh kita ambil ikhtibar berdasarkan kerjasama Rasulallah SAW yang bekerjasama
dengan Yahudi semasa penubuhan awal Kerajaan Islam Madinah bersama puak Ansar dan
Muhajirin dengan perjanjian yang dinamakan Piagam Madinah.
Tidak juga berdosa menyokong PH walaupun bersama dengan puak Munafik dan Kafir didalamnya
apabila Tun masih menerajui pakatan tersebut,
17-Sejak sekian lama juga saya telah membentangkan Dalil-Dalil Agama dan juga Dalil-Dalil
Kemungkaran Pemimpin yang didakwa sebagai Pendusta serta meneggakkan Hujjah bagi tujuan
penerangan.
Saya bertindak sebegini sekarang kerana selain Ulama dan Pemimpin yang amat jelas memainkan
hukum-Agama yang songsang yang tidak selari dengan syariat sama ada dari penerangan atau
perbuatan mereka, Selain itu saya amat sedih melihat para penyokong mereka juga amat biadap
dengan menafikan serta mengejek-ejek dan memperlekehkan secara terang-terangan setiap Dalil-
Dalil Agama yang saya petik dari Ayat-Ayat Al-Qur'an dan Hadith serta Fatwa Junhur Ulama
Mukhtabar.
18- Selaku umat Islam saya amat sedih dengan segala penghinaan serta ejekan yang telah mereka
lakukan kerana mereka sebenarnya mereka bukan menghina saya tapi Allah SWT dan Rasuallah
SAW serta Agama Islam. Saya hanya menyampaikan Panduan dan
Amaran serta Hukum Syariat yang Allah SWT telah tentukan dan berkata benar serta tiada berani
mengubahnya.
Sebagai bukti disini saya sertakan sebahagian Pembentangan Pembutian yang telah saya lakukan
bagi menyedarkan ummah. Anda hanya perlu klik link pada setiap tajuk dan didalamnya akan ada
link lagi untuk penerangan selanjutnya,
1. KOMEN AWAL ABC
https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/posts/1886470068260496
2. HIKAYAT TUAN SHIEKH ANWAR AL-JUBORI
https://www.facebook.com/ahmad.../posts/117027210376628
3. HIKAYAT PASSESAT DAN LEBAIBLIS,
https://www.facebook.com/ahmad.../posts/117027680376581
4. HIKAYAT SEMBURIT DAN SEMANTAT.
https://www.facebook.com/ahmad.../posts/117545910324758
5. HIKAYAT NAJIBLIS DAN ROSMAH PUAKA.
https://www.facebook.com/ahmad.../posts/117599386986077
6. HIKAYAT PAK LAH DALAM TIDO BOLEH BUAT KERJA,(MR.CLEAN)
https://www.facebook.com/groups/2822870124696338/permalink/2847633498886667/
7. HIKAYAT YIDDIN PINTU BELAKANG NIKA GEE
https://www.facebook.com/ahmad.baharom.587/posts/118450050234344
8. HIKAYAT AHMAD DAROGI BIN AHMAD TERMIZI PONOROGO.
https://www.facebook.com/ahmad.baharom.587/posts/118451986900817
9. HIKAYAT MAT SABU SYIAH KAKI REMBAT BINI ORANG.
https://www.facebook.com/ahmad.baharom.587/posts/118462573566425
19- Akibat penghinaan serta ejekan yang mereka lakukan terhadap penerangan Agamalah saya
menulis surat terbuka ini agar semua ummah tahu segala permasaalahan dan kebenarannya.Biarlah
dengan penerangan ini saya dikatakan sebagai anasir pemecah belah Bangsa Melayu asalkan saya
tidak dilaknat Allah akibat melindungi kemungkaran dan tidak menentangnya kerana itu adalah
wajib bagi kita semua terutama kepada Alim Ulama dan Pemimpin.
20-Saya juga amat faham kesan atau Implikasi yang bakal saya tanggung dalam perkara Takfir dan
sedia bertanggung jawap sekiranya segala tuduhan saya itu adalah dusta.
Sebagai membuktikan bahawa segala Dalil-Dalil yang saya bentangkan selama ini adalah benar
belaka maka saya mengambil tindakan ini termasuk lafaz penyaksian sebagai penbuktian Saya juga
sedia disaman oleh mereka yang saya tuduh sekiranya dawaan saya fitnah.Selain itu saya sedia
diambil tindakan sekiranya penerangan Agama yang saya paparkan selama ini sesat dan
menyesatkan.
21- Tujuan sebenar yang paling utama surat ini saya tulis adalah mermohon Fatwa dari Alim Ulama
dan Ilmuan Agama serta diharap akan bersuara demi menyelamatkan ummah dan menyelamatkan
kemudaratan yang lebih dahsyat dikemudian hari..
Dari pemerhatian dan kajian yang saya lakukan apa yang berlaku sekarang amatlah membahayakan
Agama ,Rakyat dan Negara.Oleh itu jika tindakan saya ini boleh menyedarkan rakyat maka saya
sedia terima apa jua kemungkinan ancaman dan hukuman yang bakal saya terima selepas ini.
22- Amalan Assabiyyah amatlah ketara sekarang ini.
Dalam menjelaskan maksud `asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
‫العصبية أن تعين قومك على الظلم‬
Maksudnya:
`Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman
(Hadith ini riwayat Abu Daud. Kata Ibn Muflih ‫ ابن مفلح‬dalam al-Adab as-Syar`iyyah, hadith ini
hasan. Ini disokong oleh Syu`ib al-Arnaud dalam tahqiqnya kepada kitab tersebut)[5]
23-Dalam ertikata lain pemimpin pendusta dan penyokong mereka adalah tergolong sebagai
Munafik.
Bolehkah memilih pemimpin orang munafik?
Memilih orang munafik sebagai pemimpin, kawan dekat, dan penolong kita, juga terlarang dalam
syariat. Hal itu ditegaskan dalam ayat berikut:
)88( ‫ون أ َ ْن تَ ْه ُدوا َم ْن أ َ َض َّل الل َّ ُه َو َم ْن يُ ْضلِ ِل الل َّ ُه َفل َْن تَجِ َد ل َُه َسبِيل ًا‬ َ ‫يد‬ُ ‫ين ِفئَتَيْ ِن َوالل َّ ُه أ َ ْرك ََس ُه ْم ب َِما ك ََسبُوا أَتُ ِر‬
َ ‫ف ََما لَك ُْم ِفي ال ُْمنَا ِف ِق‬
‫ث‬ُ ْ‫ُوه ْم َحي‬ ُ ‫ُوه ْم َوا ْقتُل‬
ُ ‫َخذ‬ َ ِ َ
ُ ‫ِيل الل ّه َف ِإ ْن تَ َول ّ ْوا ف‬ ِ
ِ ‫اء َحتَّى يُ َهاجِ ُروا في َسب‬ ِ َ ِ ِ
َ َ‫اء َفل َا تَتَّخذُوا من ْ ُه ْم أ ْولي‬
ً ‫ون َس َو‬ َ ُ ‫ون ك ََما كَفَ ُروا َفتَك ُون‬ َ ‫َو ُّدوا ل َْو تَكْفُ ُر‬
)89( ‫وه ْم َول َا َتتّ َِخذُوا ِمن ْ ُه ْم َولِيًّا َول َا ن َ ِص ًيرا‬ ‫م‬ ‫ت‬
ُ ُُْ َ َ‫د‬ ‫ج‬ ‫و‬
Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik,
Padahal Allah telah membalikkan mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri ?
Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah?
Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi
petunjuk) kepadanya. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi
kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka
sebagai waliy (pemimpin), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling,
tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil
seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong. (QS. An
Nisa: 88-89)
Maka, larangan menjadikan orang munafik sebagai pemimpin adalah jelas, sebab hakikatnya
mereka adalah kafir sebagaimana yang disebutkan oleh ayat di atas. Namun, yang menjadi masalah
adalah siapakah orang munafik itu?
Apakah dengan mudah seorang muslim menyebut muslim lainnya adalah munafik? Misal dengan
ringan kita berkata: “Si Fulan munafik karena dia telah begini dan begitu ....,” apakah semudah itu?
Tentu tidak. Selama belum ada bukti kuat bahwa orang tersebut adalah musuh dalam selimut yang
berpura-pura sebagai seorang muslim yang baik, padahal dia merosak Islam dan kaum muslimin.
Maka, selama itu pula kita menilai mereka sesuai zhahirnya, bahwa dia seorang muslim.
24- Seperkara lagi kita kena ingat bahawa kemungkaran Pemimpin Pendusta dan penyokong
mereka adalah termasuk didalam Kufur Akhbar yang mana bagi kesalahan ini tiada Udzur
Kejahilan kecuali kepada kanak-kanak dan orang gila sahaja.
Politik adalah Fardu Ain dan memilih Pemimpin adalah wajib bagi setiap Muslim.
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim
tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
َ ‫ين ُمنْتَ ِق ُم‬
{ ‫ون‬ َ ‫ج ِر ِم‬ ْ ‫عن ْ َها ِإَناّـَّ ِم َن ال ُْم‬ َ ‫ع َر َض‬ْ َ ‫ات َرِبـّ ِِّه ث ّـَُمَّ أ‬ِ َ‫( } َو َم ْن أ َ ْظل َُم ِم ّـ ََّم ْن ُذ ِِّك ّـ َر ِبآَي‬22 :‫)السجدة‬
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat
Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan
kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
{ ‫ون‬َ ‫ع ّـ ََّما أُن ْ ِذ ُروا ُم ْع ِر ُض‬
َ ‫ين كَفَ ُروا‬ َ ‫( } َواَل ّـَِّذ‬3 :‫)األحقاف‬
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-
Ahqaf: 3).
Sekali lagi saya ingatkan dalam perkara subahat hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau
atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan
kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
25- In Sya Allah Kemenangan akan berpihak kepada yang benar dan amat yakin kebatilan pasti
hancur dengan penuh azab dan kehinaan seperti yang Allah telah janjikan,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha
mengubahnya,"
Tidakkah ada perasaan malu lagi apabila kebenaran telah terdedah dan satus KEISLAMAN sebenar
anda serta nilai harga diri dan maruah mereka telah diketahui oleh masyarakat??
26- Dengan ini saya akan teruskan penentangan ini kerana dengan kemungkaran yang telah amat
terang yang melanggar kaedah dan hukum Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi
kerana begitu terang dan nyata.
Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-
Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali
apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam.
Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apajua pengorbanan sekalipun
(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh,
Beirut).
27-Akhir kata saya berharap semua mereka sahabat dan rakyat negara ini yang rasa tertipu atau
terpedaya selama ini bertawakal untuk bertaubat dan berusaha untuk membaiki kerosakan yang
berlaku.Semuga ada lagi belas kasihan Allah SWT kepada kita semua.
In Sya Allah
Wallahu a'lam.
Hamba Allah yang Fakir lagi berdosa
ABC.
Ahmad Baharom Commentary.

Anda mungkin juga menyukai