Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu
penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara
masih belum diselidiki dengan mendalam.• Walau bagaimanapun, kita dapat
mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal


daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari
daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.• Ini berlaku sejak
tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang
disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi,
datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro.
Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara,
dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.

Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah
Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang
besar melalui tiga arah, iaitu: 1. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, 2. Ke timur
Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke
Sulawesi dan kalimantan Timur, dan 3. Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan
dan Jawa Barat.• Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh
Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di
daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari
ini, masih dapat dilihat unsur persamaan.

Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu
keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.• Di samping
rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu
rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.• Rumpun bahasa
Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di
Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya
bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa
di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah,
cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah
seperti yang berikut:

1. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun


bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia Keluarga
Keluarga Keluarga KeluargaNusantara Polinesia Melanesia Mikronesia(Indonesia)
2. RUMPUN AUSTRONESIA Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah
mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama,
iaitu: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat
Tengah Timur

3. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYUTerdapat banyak teori asal-usul


bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang
mendasari asal-usulbahasa Melayu, iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James
Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar

4. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI HENDRIK KERN Orang-orang


Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.• Orang-orang Austronesia
berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).• Orang-orang Austronesia
turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu.• Orang Melayu dari Semenanjung
berpecah-pecah ke sebelah timur.• Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.

5. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER,


ROBERT BLUST, ADELAAR• Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada
sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu.• Namun, keempat-empat
ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat
Pulau Borneo.• Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu.•
Teori ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu:(1) James Collins da

6. Nothofer(2) Robert Blust dan Adelaar

7. KELOMPOK 1 (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER)James Collins dan


Nothofer berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan kepada tiga,
iaitu:1. Migrasi terawal – berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke
Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang Melayu di
Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke
utara menjadi orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera
menjadi orang Acheh.2. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo
dan menjadi orang Brunei yang ada pada masa sekarang – berpusing
mengikut putaran jam terus ke utara (pantai timur) – menjadi orang
‘banjarmas’3. Orang-orang di sebelah barat Borneo turun ke selatan
menjadi orang Melayu Jakarta sekarang.

8. KELOMPOK 2 (ROBERT BLUST DAN ADELAAR)• Blust dan Adelaar


berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya
berlaku sekali sahaja.• Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera
menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju
sehingga zaman Srivijaya pada abad ke-7  orang-orang Melayu sudah
pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan berbalik semula
ke Pulau Borneo – Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat).• Setelah orang-
orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo – menghasilkan dua jenis Melayu
(Adelaar PhD, 1985)  hierarki tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi
banyak bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang
sama dengan bahasa Melayu.

9. • Mewujudkan dua jenis Melayu: Melayu yang ada pada masa sekarang dan
Melayu Iban.• Namun, kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran
untuk berkomunikasi antara satu dengan lain kerana tempoh migrasi yang
terlalu panjang/lama).

Anda mungkin juga menyukai