Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

Pada masa ini, salah satu isu yang besar dan amat berbimbangkan di dunia
kita ialah ketidakseimbangan kekayaan atau kekayaan tidak disebar dengan
sama rata. Walaupun banyak negara sedang berkembang pesat dan memiliki
ekonomi yang stabil, tetapi terdapat juga sebahagian negera di dunia kita
masih mengalami masalah kemiskinan dan dibelenggu oleh kehidupan yang
daif. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara Barat yang datang ke
Negara Dunia Ketiga untuk kepentingan negara diri dan akhirnya mereka
menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme
mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem
ekonomi kapitalis di negara yang dijajah oleh mereka. Pada mula-mulanya,
negara-negara dunia ketiga kaya dengan kegiatan ekonomi seperti
perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan yang
bebas daripada kawalan negara asing. Keadaan ini berubah apabila
kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan menyebabkan
Negara Dunia Ketiga mengalami masalah ekonomi kerana semua khazanah
alam dan hasil bumi diambil oleh pihak penjajah.

Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan yang amat ketara


antara Negara Maju dengan Negara Dunia Ketiga. Tambahan pula,
ketidakseimbangan kekayaan dan kemiskinan juga membawa banyak kesan
kepada bidang pendidikan Malaysia.

2.0 KETIDAKSEIMBANGAN KEKAYAAN DUNIA DAN KEMISKINAN


NEGARA DUNIA KETIGA
Setiap negara dalam dunia ini telah mencapai tingkat pertumbuhan
ekonomi yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, taraf hidup pelbagai
negara adalah berlainan. Secara umunnya, negara yang mencapai
pertumbuhan ekonomi yang tinggi juga dikenali sebagai negara maju
akan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan selesa. Sebaliknya,
negara yang mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang rendah
ataupun negara miskin akan menikmati standard kehidupan yang
rendah dan menghadapi masalah kekurangan keperluan asas.

1
PETA 1: Peta Persebaran Negara-negara menurut Tingkat Kemajuan

2.1 Negara Maju

Negara maju merupakan negara yang dapat menikmati standard hidup dan
tahap pembangunan yang tinggi, mempunyai teknologi yang amat canggih
dan ekonomi yang berkembang pesat.

Keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK)

Aspek yang diguna untuk


menentukan status Kemajuan sektor
kemajuan sesebuah perindustrian
negara

Indeks Pembangunan
Manusia (IPM)

RAJAH 1: Aspek yang digunakan untuk menentukan status kemajuan


sesebuah negara.

2
Sesebuah negara yang maju mempunyai Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) per kapita ataupun dikenali sebagai pendapatan per
kapita yang tinggi. Selain itu, negara maju dapat berkembang dan memajukan
sektor perindustrian negaranya dengan pesat. Di samping itu, negara yang
mempunyai Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang tinggi juga dianggap
sebagai negara maju. IPM merupakan satu indeks komposit statistik yang
mengandungi aspek jangka hanyat, pendidikan dan pendapatan per kapita
dan sebagainya demi menilai kemajuan sesebuah negara. Menurut Kofi
Annan, bekas Setiausaha PBB, bahawa negara maju ialah negara yang
membolehkan semua warganegaranya menikmati kehidupan yang bebas dan
sihat dalam suasana yang aman.

2.2 Negara Dunia Ketiga

Negara dunia ketiga biasanya merupakan negara-negara bekas jajahan atau


kolonial, yang umumnya terdiri daripada negara sedang berkembang, negara
kurang berkembang dan juga negara yang miskin. Negara dunia ketiga
dikelasifikasikan sebagai negara yang miskin kerana tidak mempunyai
industri yang kukuh dan pendapatan per kapita yang amat rendah berbanding
dengan negara maju. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, negara dunia
ketiga termasuklah negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin yang dianggap
masih mundur. Ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai tidak
mempunyai nilai dan mempunyai tenaga kerja yang tidak poduktif dan efektif.
Hampir 70% daripada penduduk dunia ketiga bergantung kepada aktiviti
pertanian tradisional yang bersifat sara diri. Hasil pertanian mereka tidak
dapat digunakan untuk tujuan kormesial kerana hasil mereka tidak berkualiti
dan berkuantiti. Mereka juga hidup dalam kehidupan yang tidak sihat, mudah
terdedah dengan wabak penyakit dan sesetengah negara menghadapi
masalah kebuluran atau kelaparan dan ketiadaan sumber bekalan air bersih.

3
2.3 Definisi dan Jenis Kemiskinan

GAMBAR 1: Kemiskinan
Secara umunnya, kemiskinan boleh dikaitkan dengan kekurangan bahan-
bahan keperluan asas yang diperlu bagi meneruskan kehidupan seperti
makanan, perlindungan dan pakaian. Selain daripada keperluan asas,
kawasan yang kekurangan kemudahan sosial seperti hospital, sekolah,
sistem perhubungan dan sebagainya juga dianggap sebagai miskin. Dari segi
ekonomi, kemiskinan boleh ditakrifkan sebagai ketiadaan atau kekurangan
kemampuan disebabkan oleh tingkatan pendapatan per kapita yang rendah.
Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya diketahui dengan masalah
kekurangan wang.

Terdapat 2 jenis kemiskinan:

Jenis-jenis Kemiskinan

RAJAH 2: Jenis-jenis Kemiakinan

Kemiskinan
2.3.1 Kemiskinan mutlak
mutlak Kemiskinan relatif
Kemiskinan tersebut merupakan keadaan kekurangan keperluan atau
kemahuan asas dalam kehidupan. Sebagai contohnya, makanan dan
minuman serta perkara-perkara lain seperti perumahan, kebersihan dan
pendidikan.

4
2.3.2 Kemiskinan relatif

Keadaan ini merupakan kekurangan sumber-sumber material dan ekonomi


berbanding dengan populasi atau bilangan penduduk. Kemiskinan pada tahap
tersebut adalah bandingan dengan pihak lain. (Mooney et.el,2001)

2.4 Bank Dunia dan Ukuran Kemiskinan

Bank Dunia (World Bank)  juga dikenali sebagai Bank Sedunia ialah satu
institusi kewangan antarabangsa yang menawarkan pinjaman
kepada negara-negara miskin. Tujuan rasmi Bank Dunia adalah untuk
mengurangkan kemiskinan.

GAMBAR 2: Logo Bank Dunia

Bank Dunia menggunakan ukuran pendapatan USD 1.25 (RM 5.15) sehari
sebagai ukuran kemiskinan untuk negara-negara yang mundur atau tidak
maju. Bagi negara yang berpendapatan pertengahan seperti Eropah Timur
dan Amerika Latin, ukuran pendapatan adalah USD 2.00 (RM 8.24) sehari.
Sekiranya mereka hidup dalam pendapatan yang kurang daripada USD 1.25
sehari dikategori sebagai kemiskinan ekstrem.

Selain itu, cara kedua adalah merujukan kepada nisbah orang


dalam sesebuah negara yang hidup dengan kekurangan keperluan minimum
kalori untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Tambahan pula, ukuran
kemiskinan bagi negara-negara maju adalah median pendapatan isi rumah.
Seseorang yang berpendapatan kurang 50% daripada median pendapatan isi
rumah dianggap sebagai miskin.

5
2.5 Punca-punca Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan
Kemiskinan Negara Dunia Ketiga

Faktor
geografi

Hutang Kelemahan
Asing urustadbir
Punca-
punca

Pelaburan Penjajahan

RAJAH 3: Punca-punca menyebabkan ketidakseimbangan kekayaan dunia


dan kemiskinan Negara Dunia Ketiga

Antara punca yang menyebabkan ketidakseimbangan kekayaan global ialah


hutang asing Negara Dunia Ketiga. Hutang Negara Dunia Ketiga terhadap
Negara Dunia Pertama berjumlah berbillion ringgit. Oleh sebab itu, Negara
Dunia Ketiga terpaksa menjual hasil-hasil bumi mereka demi menjelaskan
hutang. Selain itu, terdapat sesetengah Negara Dunia Ketiga yang tidak
berupaya untuk menjelaskan pinjaman, mereka hanya menjelaskan kadar
faedah pinjaman sahaja tanpa melunaskan pinjaman yang sebenarnya.
Tambahan pula, Negara Dunia Ketiga membuat pinjaman baru untuk
membayar hutang yang lama. Mereka mendapatkan pinjaman baru daripada
agensi-agensi seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF).
Kemudahan pinjaman tersebut adalah bersyarat. Program penyesuaian
struktur (structural adjustment programme) atau dikenali sebagai SAP
dilaksanakan untuk mengawal dan mengubah corak perbelanjaan dan

6
belanjawan negara. Antara syarat di bawah SAP adalah mewajibkan negara
pinjaman supaya berjimat-cermat dengan mengurangkan perbelanjaan
kepada sektor kebajikan, pelajaran atau kesihatan. Hal ini telah melambatkan
pembangunan Negara Dunia Ketiga dan masalah kemiskinan bertambah
serius. Di samping itu, syarat yang lain ialah Negara Dunia Ketiga hendak
membuka pasaran bagi barangan import Negara Dunia Pertama. Kemasukan
barangan Negara Dunia Pertama telah memberikan kesan kepada ekonomi
tempatan dan menyusahkan kehidupan golongan petani.

Di samping itu, penjajahan Negara Dunia Ketiga oleh Negara


Dunia Pertama juga merupakan salah satu punca ketidakseimbangan
kekayaan dunia. Negara Dunia Pertama menjajah Negara Dunia Ketiga
dengan kelebihan teknologi ketenteraan mereka dan mengakibatkan ekpoitasi
secara besar-besaran terhadap Negara Dunia Ketiga. Penjajahan tersebut
telah menyebabkan kekayaan Negara Dunia Pertama dengan menguasai
kekayaan alam semula jadi tanah-tanah jajahan mereka. Selain itu, penduduk
Negara Dunia Ketiga terpaksa menjadi buruh kerana corak kehidupan asal
mereka telah dimusnahkan. Pembangunan dan perkembangan di kawasan
jajahan menghadapi banyak masalah ataupun tergendala. Menurut Heiner
(2002), dianggarkan tiga per empat daripada sumber mineral Negara Dunia
Ketiga masih di bawah kawalan Negara Dunia Pertama.

Tambahan pula, punca kemiskinan termasuklah kelemahan


urustadbir (poor governance). Istilah tersebut menjelaskan bahawa
kemiskinan berlaku disebabkan pihak kerajaan yang mentadbir gagal untuk
menyediakan asas perdagangan, perkhidmatan-perkhidmatan awam dan
gagal membendung rasuah. (Sachs, 2005)

Akhirnya, punca yang menyebabkan kemiskinan Negara Dunia


Ketiga merupakan faktor geografi. Sebagai contohnya, Afrika tidak
mempunyai Banjara Himalaya sebagai bekalan air untuk sungai-sungai.
Bekalan air bagi sungai adalah penting kerana boleh mewujudkan sistem
pengairan yang dapat membantu bidang pertanian. Selain itu, Revolusi Hijau
yang dilakukan di Asia pada tahun 1960-an hingga 1970-an tidak dilakukan di
Afrika. Benau Afrika juga tiada tanah-tanah dataran yang luas untuk aktiviti

7
pertanian dan sistem pengairan. Hal ini menyebabkan pengeluaran secara
besar-besaran tidak dapat dilancarkan. Tambahan pula, jumlah taburan hujan
yang tidak sekata juga mempengaruhi pengeluran pertanian. Hal ini
menyebabkan petani-petani hidup dalam kemiskinan kerena produktiviti
dalam pertanian rendah.

2.6 Kesan Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan


terhadap Negara Dunia Ketiga

GAMBAR 3: Keadaan tiada sumber makanan yang bersih

Salah satu kesan terhadap Negara Dunia Ketiga ialah masalah kesihatan dan
kemudahan perubatan. Penduduk di Negara Dunia Ketiga tidak mempunyai
bekalan makanan yang berkhasiat dan bekalan air yang bersih. Oleh sebab
itu, mereka mudah menghidapi penyakit wabak. Selain itu, Negara Dunia
Ketiga tidak mempunyai kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang
moden. Oleh sebab kanak-kanak di sana tidak mendapat pendidikan yang
lebih tinggi, mereka juga tidak mempunyai ilmu perubatan yang baik and tiada
doktor yang profesional untuk merawat pesakit. Kadar kematian penduduk
Negara Dunia Ketiga adalah lebih tinggi sekiranya berbanding dengan
Negara Dunia Pertama.

Bukan itu sahaja, kesan yang kedua ialah bidang pendidikan di


Negara Dunia Ketiga menghadapi banyak cabaran. Antaranya termasuklah
dasar-dasar pendidikan Negara Dunia Ketiga tidak dapat dilaksanakan
kerana kekurangan wang. Negara Dunia Ketiga juga tidak berupaya untuk
mendapat kemudahan dan teknologi terkini yang mengaplikasikan dalam

8
sektor pendidikan kerana kekurangan modal. Selain itu, standard pendidikan
Negara Dunia Ketiga yang amat rendah menyebabkan banyak ibu bapa
berminat menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk menimba ilmu
pengetahuan. Terdapat banyak orang yang berbakat dan intelektual juga
pergi ke negara yang lebih maju untuk mencari rezeki dan lupa negara asal
mereka.

Tambahan pula, perkembangan ekonomi Negara Dunia Ketiga


juga mempunyai banyak halangan dan kekangan. Hal ini dikatakan kerana
Negara Dunia Ketiga masih berhutang kepada beberapa negara maju. Selain
itu, mereka juga tidak mempunyai modal yang secukupnya untuk
membangunkan ekonomi mereka. Oleh sebab standard pendidikan di Negara
Dunia Ketiga amat rendah, pemimpin atau kaki tangan kerajaan yang
berwibawa dan berfikiran kritis tidak dapat dilahirkan. Hal ini mengakibatkan
pelbagai tindakan yang seharusnya diambil untuk mengatasi masalah
kemiskianan tidak dapat dilaksanakan.

Akhir sekali, kekurangan wang atau modal menyebabkan


Negara Dunia Ketiga tidak boleh membawa masuk kemudahan dan peralatan
teknologi moden yang boleh membantu dalam banyak bidang demi
membangunkan ekonomi negara. Sebagai contohnya, sekiranya mereka
dapat membawa masuk peralatan yang diguna untuk bidang pertanian,
produktiviti akan meningkat dan hasil pertanian mereka boleh digunakan
untuk tujuan komersial.

2.7 Langkah-langkah untuk Menyelesaikan Masalah Ketidakseimbangan


Kekayaan Dunia dan Kemiskinan Negara Dunia Ketiga

Pelbagai usaha atau langkah haruslah dilaksanakan untuk membantu


pembangunan Negara Dunia Ketiga supaya dapat mencapai kemajuan dan
kemodenan yang setanding dengan negara-negara maju.

Antara langkah untuk menyelesaikan masalah


ketidakseimbangan kekayaan dunia ialah negara-negara maju boleh memberi
modal kepada Negara Dunia Ketiga. Dengan adanya modal, Negara Dunia
Ketiga dapat menggunakan modal tersebut untuk memajukan bidang

9
perindustrian dengan membawa masuk teknologi negara maju terkini.
Sekiranya bidang perindustrian dikembang dengan baik, akan menarik minat
pelabur-pelabur asing supaya melabur lebih banyak modal kepada Negara
Dunia Ketiga. Hal ini akan membantu perkembangan ekonomi Negara Dunia
Ketiga dan tiada lagi jurang yang besar antara negara maju dan negara
miskin.

Seterusnya, negara maju juga boleh menghantar doktor,


kemudahan perubatan dan ubat-ubatan kepada Negara Dunia Ketiga. Doktor
yang dihantar secara sukarela akan membantu merawat pesakit-pesakit. Bagi
ubat-ubatan dan kemudahan perubatan akan mencepatkan proses
penyembuhan. Cara tersebut boleh berhentikan penyebaran penyakit wabak.
Oleh sebab itu, masalah kesihatan pendudukan Negara Dunia Ketiga dapat
diselesaikan. Doktor juga boleh membuat suntikan pencegahan supaya
pendudukan di sana tidak perlu risau akan menghidapi penyakit kronik.
Penduduk yang sihat akan berusaha untuk bekerja sekali gus
membangunkan negara terutamanya dari segi ekonomi.

Di samping itu, negara maju hendaklah menghantar guru atau


menderma buku-buku kepada sekolah di Negara Dunia Ketiga. Usaha
tersebut akan membantu meningkatkan standard pendidikan negara tersebut.
Tambahan pula, modal yang diberi oleh negara maju juga boleh digunakan
untuk menambahbaikkan infrastruktur sekolah supaya kanak-kanak dapat
menimba ilmu dalam persekitaran yang kondusif. Sekolah merupakan tempat
yang melahirkan intelektual dan juga bakal pemimpin negara. Oleh sebab itu,
pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan seorang
pemimpin yang berfikiran kritis dan cekal supaya negara dapat ditadbir
dengan baik. Jelasnya bahawa, peningkatan standard pendidikan dapat
melahirkan banyak orang berbakat bagi memajukan ekonomi negara.

Secara amnya, Negara Dunia Ketiga memiliki jumlah penduduk


yang banyak dan tanah-tanah yang luas untuk pembanguanan dan
perkembangan negara. Kelebihan-kelebihan tersebut haruslah dieksploitasi
dengan bijak untuk meningkatkan taraf hidup negara miskin. Tanah yang luas
itu amat sesuai untuk menjalankan aktiviti ekonomi seperti aktiviti pertanian,

10
pembinaan kilang perindustrian, kilang pembuatan dan sebagainya. Hal ini
akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan penduduk tidak lagi pergi
ke negara maju untuk mencari rezeki. Bukan itu sahaja, jika kelebihan itu
diurus dengan baik, Negara Dunia Ketiga tidak perlu bergantung lagi pada
negara-negara maju.

3.0 Kesan Isu Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan


terhadap Pendidikan Malaysia

Selepas saya membaca dan memahami isu ketidakseimbangan kekayaan


dunia dan kemiskinan Negara Dunia Ketiga, pada pandangan saya, isu
tersebut bukan sahaja membawa kesan kepada Negara Dunia Ketiga tetapi
juga kepada Malaysia khususnya bagi bidang pendidikan.

Sebenarnya, Malaysia sama dengan Negara Dunia Ketiga yang


lain kerana juga mengalami masalah kemiskinan. Oleh sebab itu, kesan
kemiskinan terhadap pendidikan Malaysia ialah persekitaran belajar tidak
selesa kerana infrastruktur dan kemudahan sekolah tidak lengkap. Hal ini
demikian kerana Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup untuk
meningkatkan taraf pendidikan. Selain itu, Malaysia juga tidak berupaya
membawa masuk kaedah pengajaran dari luar negara yang boleh membantu
guru-guru supaya mengajar anak murid dengan lebih efektif. Tambah lagi,
terdapat banyak dasar bagi memajukan bidang pendidikan juga tidak dapat
dilaksanakan kerana kekurangan modal.

Di samping itu, terdapat sesetengah ibu bapa tidak dapat


menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana menghadapi masalah
kewangan. Hal ini telah wujud satu senario yang amat tidak adil iaitu hanya
anak orang kaya boleh belajar di sekolah, anak orang miskin tidak
mempunyai peluang untuk menerima pendidikan. Tidak dapat dinafikan
bahawa, jurang pendapatan antara penduduk seumpamanya
ketidakseimbangan kekayaan antara negara. Orang yang kaya dapat
menikmati taraf hidup yang lebih tinggi jika berbanding dengan orang miskin.
Konsep tersebut amat sama dengan perbandingan antara Negara Maju dan
Negara Dunia Ketiga.

11
Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa akan meminta anak-anak
mereka supaya membuat kerja sambilan selepas pergi ke sekolah supaya
membantu keluarga mengatasi masalah kewangan. Anak-anak mereka akan
berasa sangat letih dan susah untuk berfokus semasa guru mengajar.
Sebenarnya perbuatan ibu bapa mereka amat bersifat mementingkan diri
sendiri kerana mereka tidak berfikir kesan terhadap masa depan anak
mereka. Pada era globalisasi ini, pendidikan memainkan peranan yang
sangat penting untuk seseorang menjadi insan yang cemerlang. Sebaliknya,
seseorang yang buta huruf akan menhadapi banyak cabaran dan masalah
dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, oleh sebab standard pendidikan di Malaysia


amat rendah, banyak ibu bapa yang berkeupayaan gemar menghantar anak-
anak mereka pergi ke negara asing untuk menimba ilmu pengetahuan.
Selepas habis pengajian, mereka akan menjadi penduduk tetap di negara
asing dan tidak pulang ke Malaysia lagi. Keadaan tersebut menyebabkan
banyak intelektual dan orang berkebolehan mengalir ke luar negara dan
Malaysia menghadapi kekurangan orang berbakat.

4.0 Kesimpulan dan Pandangan Saya

Kemerosotan
ekonomi

Pendapatan Pendapatan
negara rendah individu merosot

Masalah Tiada peruntukan


Pengangguran untuk pendidikan

Peluang untuk
pendidikan kurang

RAJAH 4: Kitaran Kemiskinan 1

12
isS
e iskm n
K m
e
d
ke lu
yK
rlg
u p
hk
n
a
-jt
b
ad alm ke m
arg a
keSu karh u p
id r an
yelu
an
m iskn
gd
a b
eK

ri
m k- d
esarn k
n
alm
isk n a K ra n
u
al m
d
Su karm en
e lu
gp

ap at
d
ek rjan
p
an g
e n
p i kan
d

RAJAH 5: Kitaran Kemiskinan 2

Berdasarkan RAJAH 4 dan RAJAH 5 di atas, jelasnya bahawa kemiskinan


membawa banyak kesan negatif dan kesan negatif tersebut akan mendatang
lagi satu kesan negatif yang baharu. Akhir-akhirnya, satu kitaran kemiskinan
dihasilkan dan masalah tersebut menjadi satu isu yang amat
membimbangkan pada zaman yang dipenuhi oleh cabaran ini. Oleh sebab itu,
pelbagai usaha dan tindakan haruslah diambil dengan segera sebelum
keadaan tersebut menjadi lebih teruk. Semua pihak hendaklah berganding
bahu demi berusaha membasmikan kemiskinan Malaysia sebelum nasi sudah
menjadi bubur.

Pada pandangan saya, merapatkan jurang pendapatan


penduduk Malaysia juga salah satu usaha yang perlu dilaksanakan oleh pihak
berkuasa supaya menaikkan taraf kehidupan manusia. Selain itu, sekiranya
jurang pendapatan dirapatkan, semua orang mempunyai peluang yang sama
untuk belajar di sekolah. Kesan positifnya ialah banyak intelektual dan orang
berkebolehan dapat dilahirkan. Bukan itu sahaja, seseorang bakal pemimpin
yang boleh berfikir kritis dan matang sekali gus mempunyai banyak idea
untuk membangunkan Malaysia ke arah negara maju dapat dilahirkan. Jika

13
masalah kemiskinan diselesaikan, standard pendidikan dapat ditingkatkan
kerana Malaysia tidak lagi mengalami keadaan kekurangan wang. Secara
tidak langsung, sekolah dapat mendidik lebih banyak individu supaya menjadi
insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial. Individu yang dididik tersebut dapat menyumbangkan
tenaga mereka demi memajukan negara kita khususnya bidang ekonomi
supaya Malaysia dapat memiliki ekonomi yang stabil.

GAMBAR 4: Kadar kemiskinan di Asia Tenggara

Kesimpulannya, GAMBAR 4 di atas menunjukkan kadar kemiskinan Malaysia


merupakan paling rendah di seluruh Asia Tenggara. Hal ini merupakan satu
progresif yang haruslah diteruskan supaya penduduk negara Malaysia dapat
menikmati standard kehidupan yang tinggi. Bukan sahaja negara Malaysia,
tetapi juga Negara-negara Dunia Ketiga, hendaklah berusaha supaya
mengeluarkan dari lingkaran kemiskinan dengan secepat-cepatnya. Hal ini
demikian kerana implikasi-implikasi buruk tidak akan datang lagi khususnya
terhadap bidang pendidikan.

14

Anda mungkin juga menyukai