Anda di halaman 1dari 6

AS31903 POLITIK ANTARABANGSA AMERIKA LATIN

(SEKSYEN 1)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 2021/2022

NAMA PENSYARAH: PROF. ZAINI BIN OTHMAN

TUGASAN : UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER

DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA MATRIK NO. NO. TELEFON TANDATANGAN
1 MAD ESAH BIN BA19110653 01129082749
SUKARNO

1. What are the characteristics of Third World Country?


Apakah ciri-ciri dunia ketiga?
Dunia Ketiga dapat didefinisikan sebagai sebuah negara berdasarkan keadaan
ekonominya. Ianya juga diklarifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai
sebarang industri yang canggih dan mempunyai pendapatan perkapita yang rendah
dan ia lebih dikhususkan sebagai negara yang sedang membangun. Negara-negara
ini secara langsung meliputi hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan negara-
negara Amerika Selatan. Terdapat beberapa ciri utama dalam Dunia Ketiga.
Salah satu ciri-ciri negara Dunia Ketiga ialah mempunyai status ekonomi negara
yang rendah. Negara-negara di Dunia Ketiga ini terdapat dalam kategori menerusi
angka produktiviti yang rendah serta pasaran tenaga kerja yang cenderung rendah
berbanding dengan negara maju. Hal ini sedemikian kerana, negara ini masih lagi
mengamalkan aktiviti ekonomi seperti perlombongn, pertanian, hasil-hasil hutan dan
perdagangan secara tradisi. Perkara ini disebabkan oleh perkembangan teknologi
yang kurang canggih dan juga sejarah awal mula negara tersebut dijajah yang
menyebabkan banyak sumber khazanah alam diambil oleh negara yang menjajah.
Oleh itu, pertumbuhan ekonomi negara Dunia Ketiga masih lagi bergantung kepada
negara-negara yang lebih maju.
Seterusnya, negara-negara Dunia Ketiga mempunyai tahap pendidikan yang
rendah. Sistem pendidikan yang digunakan dalam Dunia Ketiga pada dasarnya
menggunakan sistem pendidikan yang menggunakan pendekatan IQ yang tinggi
dapat bersekolah dan sebaliknya seperti mana yang berlaku di negara Tanzinia. Hal
ini menyebabkan berlakunya krisis dalam dunia pendidikan seperti output hasil
pendidikan berkurangan dan ketinggalan melalui perkembangan masyarakat.
Autonomi politik juga mempengaruhi ciri-ciri Dunia Ketiga. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana pemimpin negara Dunia Ketiga diketepikan disebabkan situasi
negara mereka yang masih bergantung kepada negara maju. Perkara ini
menyebabkan negara Dunia Ketiga sukar untuk mengutarakan pandangan mereka
terhadap isu-isu yang berlaku.
Kesimpulannya, negara Dunia Ketiga wujud disebabkan oleh pertembungan
tanah jajahan dengan kuasa kolonial. Perkara ini wujud adalah atas tujuan penjajah
untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil mahsul, merompak bahan galian, emas,
perak, bijih dan minyak yang menyebabkan negara yang dahulunya mempunyai
aktiviti ekonomi yang kaya menjadi miskin. Oleh itu, struktur ekonomi negara dijajah
pun tidak berkembang.
2. What defines Third World?
Apakah yang mentakrifkan Dunia Ketiga?
Dunia Ketiga digunakan untuk merujuk kepada negara-negara membangun.
Istilah Dunia Ketiga muncul bermula sepanjang dekad Perang Dingin yang
menggambarkan negara-negara yang tidak memihak kepada Amerika syarikat
mahupun Soviet Union. Permulaan kepada penemuan istilah Dunia Ketiga dirujuk
daripada ahli sejarawan dan ahli antropologi Perancis, Alfred Sauvy iaitu pada tahun
1952 yang mendefinisikan negara-negara Dunia Ketiga sebagai negara-negara yang
bukan merupakan Negara Barat atau anggota Persekutuan Soviet. Istilah ini turut
dianggap seabgai rujukan kepada istilah “Estate Ketiga” Perancis yang wujud semasa
Revolusi Perancis untuk kelas yang menentang atau kekal terhadap konflik antara
bangsawan dan pendeta yang masing-masing digelar estate pertama dan estate
kedua.
Selain itu, Istilah penggunaan Dunia Ketiga juga adalah hasil daripada pihak
Kesatuan Eropah yang mana negara Dunia Pertama, Dunia Kedua dan Dunia Ketiga
adalah sebuah produk daripada model Tiga-Dunia yang menjelaskan konsep
mengelompokkan negara-negara di dunia dalam tiga kumpulan. Klarifikasi negara-
negara ini pada mulanya berlandaskan kepada fahaman ideologi politik sesebuah
negara. Misalnya, Negara Dunia Pertama dikenali sebagai negara yang bersekutu
dengan Amerika Syarikat manakala negara Dunia Kedua adalah negara yang
bersekutu dengan Kesatuan Soviet Union. Sementara bagi negara-negara Dunia
Ketiga dikategorikan sebagai negara yang berkecuali dan tidak menyokong kepada
Kesatuan Soviet atau pun Amerika Syarikat.
Seterusnya, negara-negara Dunia Ketiga ini banyak didominasikan di Amerika
Selatan, Afrika, Ocenia dan Asia. Hal ini demikian kerana, keadaan ekonomi negara-
negara di rantau ini adalah tidak memberangsangkan iaitu mempunyai kadar KDNK
yang rendah dan majoriti penduduknya hidup dalam kemiskinan. Namun, terdapat
juga negara-negara Eropah yang tidak cenderung berorientasikan kapitalis dan tidak
bersekutu dengan kesatuan Soviet seperti negara Sweden, Finland, Ireland,
Switzerland dan Austria akan tetapi negara ini mempunyai ekonomi yang makmur
dan berkembang di seluruh negara.

3. Is the term Third World offensive?


Adakah istilah Dunia Ketiga tidak menyenangkan?

Negara Dunia Ketiga merupakan istilah kepada negara yang membangun akan
tetapi dalam masa yang sama mengalami masalah ekonomi yang disebabkan oleh
jajahan koloni daripada penjajah. Dalam erti kata lain, negara-negara Dunia Ketiga
sering menghadapi pelbagai masalah yang membawa kepada kepayahan dalam
memajukan negara dan sering bergantung kepada negara-negara yang maju. Dalam
hal ini, terdapat beberapa pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli sarjana
melibatkan Dunia Ketiga yang mana Dunia Ketiga ini sebagai satu terma yang tidak
menyenangkan. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menjelaskan pandangan
yang tidak menyenangkan terhadap Dunia Ketiga.
Salah satunya ialah negara Dunia Ketiga dianggap sebagai sebuah negara yang
tidak maju dan asing. Masalah ekonomi yang berlanjutan menyebabkan negara
Dunia Ketiga dianggap lemah dan mundur yang menyebabkan negara Dunia
Pertama dan Kedua hanya mempergunakan negara-negara mundur untuk
kepentingan peribadi. Hal ini kerana, tanggapan tersebut akan menyebabkan negara
yang membangun dilihat sebagai negara yang tidak terurus dan bermasalah seperti
masalah kemiskinan dan isu rasuah yang berleluasa. Perkara ini menyebabkan
negara Dunia Ketiga mengalami keterbelakangan dari pelbagai aspek.
Seterusnya, negara Dunia Ketiga dianggap tidak menyenangkan disebabkan oleh
kelemahan keberadaan Dunia Ketiga dalam sistem hierarki antarabangasa yang
melibatkan negara maju. Jika dilihat kepada hierarki negara Dunia Ketiga jauh
berada di bawah negara-negara maju dan sukar untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Hal ini menyebabkan wujudnya terma bagi negara Dunia Pertama dan
Dunia Kedua bagi negara maju dan negara Dunia Ketiga bagi negara yang mundur.
Kewujudan terma ini jelas memperlihatkan kelas antara negara berlandaskan status
ekonominya. Oleh itu, negara Dunia Ketiga dianggap sebagai negara yang jauh
keberadaanya berbanding dengan negara maju dan menyebabkan negara Dunia
Ketiga sering dipergunakan.
Kesimpulannya, negara Dunia Ketiga dianggap sebagai sebuah negara yang
tidak menyenangkan disebabkan oleh ketidaksetaraan Dunia Ketiga dengan Dunia
Prtama dan Dunia Kedua baik dari aspek ekonomi mahupun politik. Tambahan pula,
negara membangun merupakan terma yang lebih sesuai digunakan dalam konteks
negara maju.
4. What are the features of underdevelopment?
Apakah ciri-ciri keterbelakangan?
Keterbelakangan adalah sebuah konsep yang digunakan bagi menamakan
sesaatu keadaan atau keadaan negara yang tidak mempunyai tahap pembangunan
sosioekonomi yang dianggap memadai. Keterbelakangan menunjukkan bahawa
pembangunan sesebuah negara berada di bawah tahap tertentu. Dalam hal ini,
terdapat beberapa kriteria umum keterbelakangan.
Salah satu kriteria yang menunjukkan sebuah negara itu berada di jalur
keterbelakangan ialah tahap ekonomi yang tidak menentu. Pendapatan ekonomi
yang tidak menentu menyebabkan kadar KDNK negara tidak meningkat sepanjang
tahun dan mengakibatkan pendapatan per kapita yang rendah. Perkara ini
menyebabkan wujudnya satu jurang ekonomi negara yang jauh berbanding dengan
negara maju. Oleh itu, tahap ekonomi yang rendah memberi kesan kepada
rakyatnya terutamanya dalam aspek peluang pekerjaan dan kadar kemiskinan yang
tinggi dan perkara ini termasuk dalam kriteria sebuah negara keterbelakangan atau
kurang maju.
Di samping itu, kekurangan perkhidmatan awam. Negara-negara yang
keterbelakangan ini kebiasaannya mengalami masalah yang serius terutamanya
ketidakupayaan dalam mengakses perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan,
perumahan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan juga pemakanan yang
berlebihan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah negara yang di
keterbelakangan mengalami masalah kekurangan modal yang menyukarkan negara-
negara ini mewujudkan infrastruktur yang diperlukan bagi menyokong pembangunan
ekonomi mereka.
Seterusnya, keupayaan produktiviti yang sedikit. Kekurangan sumber modal
ekonomi menyebabkan berlakunya satu pengagihan sumber pendapatan yang tidak
sama terutamanya kepada negara yang keterbelakangan yang masih bergantung
kepada negara maju. Sekiranya ekonomi lambat berkembang menyebabkan
peningkatan produktiviti tenaga kerja yang semakin berkurangan dan meningkatkan
kadar pengangguran. Perkara ini sejurus menyebabkan negara yang
keterbelakangan masih belum dapat mengeksploitasi sumber asli mereka disebabkan
oleh kekurangan teknologi pengeluaran, kekurangan modal dan kekurangan buruh
mahir.
5. Is America Latin a Third World region?
Adakah Amerika Latin rantau Dunia Ketiga?

Amerika Latin merupakan sebuah rantau yang berada di jalur negara Dunia
Ketiga disebabkan oleh kebanyakan daripada negara-negara di rantau Amerika Latin
tidak memihak kepada blok kapitalis dan blok komunis. Dalam hal ini, terdapat
beberapa aspek yang membawa kepada Amerika Latin berada di Dunia Ketiga.
Salah satu pendekatan yang digunakan untuk menjelaskan Amerika Latin berada
di Dunia Ketiga ialah faktor sejarah yang mana Amerika Latin pernah menjadi tempat
jajahan atau kolonial oleh negara-negara barat. Sebagai contoh, Sepanyol dan
Portugis merupakan negara yang melaksanakan konsep kolonialisme ke atas Amerika
Latin semenjak kedatangan Hernando Cortez pada tahun 1485. Kehadiran beliau
tidak mendatangkan kebaikan kepada negara-negara di Amerika Latin malahan
memberikan keburukan kerana rakyat tertindas dan ketiadaan keadilan yang
diberikan kepada masyarakat yang tertindas selama 3 abad dan ianya turut berlaku
kesan terhadap kemunculan negara Dunia Ketiga yang menjelaskan perkaitannya.
Hal ini juga menjelaskan bahawa kesan kolonial terhadap Amerika Latin
menyebabkan aspek perkembangan ekonomi dan teknologi rantau tersebut
mengalami kemunduran dan ianya mendorong untuk negara-negara di Amerika Latin
masih bergantung kepada negara maju.
Seterusnya, Negara Dunia Ketiga mempunyai perkaitan yang agak signifikan
terutamanya kepada pendekatan dependency yang muncul di Amerika Latin. Hal ini
berlaku ekoran daripada kegagalan yang dilaksana oleh Komisi Ekonomi Perserikan
Bangsa-Bangsa untuk Amerika Latin seawal tahun 1960-an. Perkara ini mewujudkan
teori ketergantungan Amerika Latin kepada negara-negara maju dan seterusnya
menyebabkan Amerika Latin berada di rantau Dunia Ketiga. Hal ini kerana, bidang
ekonomi yang mundur membawa kepada kebergantungan negara-negara kecil
kepada negara yang maju.
Secara kesimpulannya, Amerika Latin jelas merupakan sebuah rantau Dunia
Ketiga yang memperlihatkan keadaan negara-negara di rantau Amerika Latin sebagai
negara berkembang.

Anda mungkin juga menyukai