Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PERSIARAN TUNKU KUDIN, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG

Cabaran dan isu semasa dunia


Kod kursus : gci 1022

NAMA : DHARRSYINI A/P SUBRAMANIAM

NO KP : 970613-38-5036

BIDANG PENGKHUSUSAN : SEJARAH (SJKT)

NAMA PENSYARAH : dr muhammad raini bin mat rahim

TEMPOH HANTAR : 14/08/2015


Penghargaan

Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan berjaya dan lancar. Proses menyiapkan tugasan ini amat sukar bagi saya.
Berbagai-bagai cabaran dan dugaan telah saya menghadapi dalam menyiapkan
tugasan ini. Dengan kerahmatan Tuhan, saya tidak berputus asa dan berusaha
bersungguh-sungguh menyiapkannya. Walaupun, saya bersusah payah untuk
mengumpul maklumat tentang tugasan ini, akhirnya saya berjaya juga.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya yang banyak
mengorbankan masa menjawab soalan serta pertanyaan yang dikemukakan iaitu
Dr Muhammad Raini Bin Mat Rahim. Beliau memberi tunjuk ajar semasa saya
menghadapi masalah kekeliruan. Selepas penerangan yang diberi oleh beliau,
saya dapat lebih memahami kehendak soalan. Sedemikian itu, saya dapat
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ilmu yang
dicurahkan amat bermakna kepada saya dalam membina kerjaya pada masa
hadapan yang penuh cabaran.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang juga banyak membimbing saya sepanjang tempoh penghasilan tugasan ini.
Melalui tugasan ini, saya dapat lebih memahami dan mengenali isu-isu global
sedunia. Di samping itu, saya juga memahami kepentingannya kepada seseorang
guru supaya memahami tahap pencapaian murid dengan berkesan. Dengan
demikian maka ini dapat membantu guru memberi bimbingan yang sesuai agar
membantu murid ke arah pencapaian akademik atau bukan akdemik ke tahap
yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, sebagai bakal guru, saya memahami
peranan saya sebagai guru yang perlu menjadi sebagai teladan yang baik kepada
murid-murid.
Pengenalan Dunia Maju

Negara maju adalah negara yang sektor perindustriannya meningkat pesat,


memiliki sumber daya manusia yang berkualiti,mampu mengelolah sumber daya
alam dengan baik. Dan memiliki kemajuan dibidang pengetahuan dan
teknologi(IPTEK). Negara maju meliputi Amerika Syarikat, Jepan, Jerman,
Prancis, atau negar-negara Eropah yang sektor perekonomiannya berkembang
pesat. Dunia maju boleh ditakrifkan sebagai negara-negara yang dikira menikmati
tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Antara
ukuran tersebut ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggi keluaran
dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya boleh diterima sebagai negara maju.
Baru-baru ini, wujudnya satu lagi ukuran yang semakin penting iaitu Indeks
Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuran ekonomi,
pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan dan sebagainya. Ukuran ini
menentukan negara yang berkadar IPM amat tinggi sebagai negara maju.

Pengenalan Dunia Ketiga

Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar


dalam dunia yang sedang mambangun dan merupakan bekas jajahan
imperialisme. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan
kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan.Hampir
keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
negara-negara barat dan terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa
dahulu menjajah negara dunia ketiga. Istilah Dunia Ketiga muncul selepas Perang
Dingin untuk menentukan negara-negara yang tidak sejajar dengan baik terhadap
NATO (Amerika Syarikat, negara-negara Eropah Barat dan sekutu yang mereka
wakili sebagai Dunia Pertama), atau Blok Komunis (Kesatuan Soviet, China, Cuba,
dan sekutu yang mereka wakili sebagai Dunia Kedua). Dunia Ketiga biasanya
dipandang untuk mengkategorikan banyak negara dengan sejarah kolonial seperti
di Afrika, Amerika Latin, Oceania dan Asia. Beberapa negara di Blok Komunis,
seperti Cuba, juga sering dianggap sebagai "Dunia Ketiga".

Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan Negara Dunia Ketiga

Permasalahan serius yang terus melanda kehidupan manusia di dunia ialah


bahawa kekayaan yang dimiliki tidak tersebar dengan sama rata. Ia menjadi salah
satu misteri menyedihkan apabila kawasan-kawasan dan wilayah-wilayah tertentu
hidup dalam keadaan kesenangan dan kemewahan. Namun di tempat dan wilayah
yang lain pula, kehidupan manusia terus dilanda dalam kemiskinan dan kedaifan
hidup. Keadaan sebeginilah yang menjadi latar belakang kepada masalah
ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan negara dunia ketiga.

Sebab wujudnya Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan


Dunia Ketiga

Negara maju merasakan keupayaan mereka adalah tinggi untuk


mempengaruhi dan menguasai negara yang mundur untuk memenuhi keperluan
yang dianggap penting. Manakala negara mundur pula bertanggapan mereka
perlu bergantung dengan negara maju bagi membangunkan tahap mereka kepada
keadaan yang tidak stabil. Peluang yang diambil oleh negara maju membawa
kepada perdagangan yang tidak stabil. Keadaan tersebut telah memberi
gambaran tentang ancaman kepada kedaulatan negara dunia ketiga sekiranya
kebergantungan terhadap negara maju tinggi (Wallerstein, 1976).
Konsep-Konsep Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan
Negara Dunia Ketiga

Kemiskinan Mutlak

Kemiskinan mutlak adalah merupakan satu konsep yang menggunakan ukuran


piwaian bagi membuat perbandingan tentang keperluan asasi manusia.
Pendekatan yang biasa digunakan ialah dari segi pemakanan atau pendekatan
biologi yang menjelaskan hubungan antara keperluan minimum bagi mengekalkan
kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas manusia.

Kemiskinan mutlak di Malaysia diukur dengan menggunakan perbandingan


antara pendapatan kumpulan isirumah dengan satu tahap yang dipanggil
pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf
hidup penduduk negara ini. PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum
untk membolehkan sesebuah isirumah, secara purata, menampung keperluan
makanan, pakaianan dan perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga,
pengangkutan dan perhubungan , kesihatan dan rekreasi. Sementara darjah
kemiskinan pula dibahagikan berdasarkantingkat pendapatan yang diterima
dengan PGK. Pendapatam di bawah dari PGK dikatana sebagai miskin sementara
individu yang menerima pendapatan kurang separuh dari PGK dikatakan sebagai
termiskin atau miskin tegar.

Kemiskinan Relatif

Kemiskinan relatif bermaksud ketidaksamaan pendapatan antara satu


kumpulan dengan kumpulan yang lain. Konsep kemiskinan relatif telah ditaksirkan
oleh Peter Townsend (1970) yang mengaitkan kemiskinan kepada orang
perseorangan atau keluarga yang memiliki sumber, yang secara bandingannya
amat berkurangan dengan sumber-sumber yang umumnya dimiliki oleh
kebanyakan anggota masyarakat di dalam komuniti yang sama.
Kemiskinan relatif ditentukan dengan membandingkan purata pendapatan dan
bahagian pendapatan dari pendapatan negara kasar antara berbagai-bagai
kumpulan penduduk atau lain-lain bahagian. Melalui cara ini, golongan miskin
akan menerima pendapatan purata yang paling rendah dari segi agihan
pendapatan negara.

Ukuran Kemiskinan

Bank Dunia menggunakan ukuran pendapatan USD 1.25 sehari sebagai


ukuran kemiskinan untuk negara-negara yang mundur. Bagi negara-negara yang
berpendapatan pertengahan, termasuk Amerika Latin dan Eropah Timur, ukuran
pendapatan ialah USD 2.00 sehari. Mereka yang hidup berpendapatan kurang
daripada USD 1.25 sehari dianggap hidup dalam kemiskinan ekstrem.

Suatu lagi cara untuk mengukur kemiskinan ialah dengan merujuk kepada
nisbah orang-orang dalam sesebuah negara yang hidup dengan kurang dari
keperluan minimum kalori bagi mengekalkan kehidupan yang sihat.

Dalam negara-negara yang maju, ukuran kemiskinan adalah median


pendapatan isi rumah. Mereka yang berpendapatan kurang daripada 50% median
pendapatan isi rumah dianggap sebagai miskin.
Faktor Pendidikan dalam Kemiskinan

Secara umum pendidikan dapat diertikan sebagai upaya menuntun anak sejak
lahir untuk mencapai kedewasaan jasmani dan rohani, dalam interaksi alam dan
lingkungannya. Pendidikan sangat penting bagi setiap anak bangsa, kerana
dengan ilmu yang didapatinya, seorang anak mampu mempertahankan hidupnya.
Penekanan dan kebimbangan turut disalurkan ke atas pendidikan rakyat berikutan
krisis kemiskinan ini. Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam
pendapatan isi rumah benar akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka
dari bidang akademik.

Bagi Malaysia, pendidikan juga menerima kesannya yang tersendiri. Pada awal
1990-an, perbelanjaan kerajaan ke atas pendidikan melebihi 4% dari KDNK (Booth
1999d: Jadual 6). Cabaran terbesar kerajaan ialah untuk mengekalkan ataupun
meningkatkan tahap perbelanjaan ini untuk melaksanakan polisi seperti yang telah
dicadangkan berikutan krisis ini. Akibat krisis ekonomi, kerajaan telah menarik
balik banyak program tajaan pendidikan ke luar negeri dan menempatkan mereka
di universiti-universiti tempatan.

Bagi pelajar-pelajar kolej (golongan keluarga berpendapatan sederhana)


mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri akibat kesempitan
kewangan. Kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan nilai mata wang luar negara
meningkat dengan tinggi dan ini menyebabkan pelajaran mereka sampai separuh
jalan kerana tidak mampu membayar yuran yang begitu tinggi. Biasiawa kerajaan
dan swasta turut semakin kecil jumlahnya seperti PTPTN, JPA, Yayasan Negeri
dan lain-lain.

Keterkaitan antara kemiskinan dengan pendidikan sangat besar kerana


pendidikan memberikan kemampuan untuk berkembang lewat penguasaan ilmu
dan keterampilan. Pendidikan juga menanamkan kesedaran akan pentingnya
martabat manusia. Pendidikan juga mendidik dan memberikan pengetahuan
bererti menggapai masa depan. Di zaman sekarang untuk mendapatkan
pendidikan yang berkualitas maka perlu diimbangi dengan biaya.

Faktor Sosial dalam Kemiskinan

Kemiskinan biasa terjadi kerana beberapa faktor, salah satunya adalah factor
social iaitu pengangguran, dan pengangguran terjadi pun kerana adanya
beberapa faktor seperti lapangan kerja yang sedikit, pendidikan yang kurang,
keinginan bekerja yang kurang (malas), dan tidak tahunya kemahiran yang dimiliki.
Banyak sekali permasalahan sosial yang terjadi dalam masyarakat, yang
kemudian dari waktu ke waktu menjadi suatu permasalahan yang kompleks dan
seakan-akan sulit untuk diselesaikan.

Dua permasalahan sosial ini saling berkaitan iaitu pengangguran sendiri dapat
diertikan sebagai seseorang yang tidak mempunyai pekerjaaan. permasalahan
yang timbul ke permukaan berkaitan dengan pesatnya pertumbuhan penduduk
adalah ketidakseimbangan antara pertumbuhan lapangan pekerjaan dengan
semakin bertambahnya tenaga kerja setiap tahunnya. Hal ini akan menimbulkan
kelebihan penawaran tenaga kerja dibandingkan dengan permintaannya.
Sehingga fenomena ini memunculkan adanya pengangguran.

Permasalahan pengangguran juga merupakan permasalahan yang cukup


serius bagi banyak negara di dunia, bahkan hampir semua negara mengalami
permasalahan tentang pengangguran. Menjadi seorang pengangguran sendiri
dapat mengakibatkan banyak hal negatif bagi seseorang, baik dalam dirinya
sendiri mahupun di dalam kelompok sosialnya.

Seseorang yang menganggur akan mengalami depresi dalam dirinya kerana


tidak biasa memenuhi kebutuhan hidupnya, akibat dari keadaan keulangan yang
tidak memungkinkan, selain itu keraguan dalam diri pun akan meningkat atau tidak
percaya diri untuk melakukan hal yang baik dalam meraih pekerjaan. Seorang
pengangguran cenderung melakukan hal yang negatif iaitu melakukan tindakan
kriminalitas seperti mencuri, menipu dan sebagainya untuk memenuhi
kebutuhannya untuk hidup.

Faktor Ekonomi dalam Kemiskinan

Pengertian kemiskinan secara umum difahami dengan suatu permasalahan


yang dikaitkan dengan sektor ekonomi masyarakat. Definisi ekonomi kemiskinan
ialah kekurangan sumber daya yang dapat digunakan untuk meningkatkan taraf
hidupnya menjadi lebih baik. Masyarakat dikatakan miskin kerana alasan ekonomi
biasanya berkaitan dengan kemiskinan yang diperoleh tidak dapat mencukupi
kebutuhan hidup sehari-hari.

Berdasarkan pengertian diatas maka kemiskinan dapat terjadi dikeranakan


beberapa penyebab, Menurut Sharp et al. (2000), kemiskinan terjadi dikeranakan
beberapa sebab iaitu rendahnya kualiti angkatan kerja, akses yang sulit terhadap
kepemilikan modal, rendahnya masyarakat terhadap penguasaan teknologi,
penggunaan sumber daya yang tidak efisien dan peningkatan pertumbuhan
penduduk.

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak mampu mengurangi munculnya


kemiskinan. Pertumbuhan ekonomi tidak berpengaruh terhadap upaya menaikkan
pendapatan penduduk miskin serta pertumbuhan ekonomi tidak bisa mengurangi
ketimpangan pendapatan antara orang kaya dan orang miskin. Tingginya
pertumbuhan pendapatan per kapita tidak akan terlalu berdampak apabila tidak
disertai dengan perbaikan dalam hal distribusi pendapatan. Perubahan
pendapatan per kapita mempunyai pengaruh yang negatif terhadap kemiskinan
dan semakin besar ketimpangan distribusi pendapatan maka semakin besar
tingkat kemiskinan.

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang selama ini dicapai oleh Indonesia ternyata
tidak mampu mengurangi faktor penyebab kemiskinan. Kenaikan pertumbuhan
ekonomi tersebut hanya bisa dinikmati oleh sebagian kecil orang di Indonesia.
Efeknya akan memunculkan kemiskinan struktural dimana pertumbuhan ekonomi
yang tinggi hanya bisa dinikmati oleh sebagian kecil orang kaya, sementara bagian
terbesar masyarakat yang tetap miskin.

Kesimpulan

Sebagai konklusinya, kemiskinan dapat didefinisikan sebagai ketidakmampuan


untuk memenuhi standard hidup minimum. konsep kemiskinan yang dianut secara
rasmi mengacu pada kemampuan penduduk memenuhi tingkat kehidupan
tertentu. Dalam hal ini tingkat kehidupan didekati dengan pemenuhan konsumsi
sekelompok bahan makanan dan bukan makanan. Sekalipun konsep ini terasa
bias ekonomi tetapi gaya hidup dan kebiasaan konsumsi merupakan fenomena
sosio-ekonomi. Kebiasaan menggunakan beras sebagai bahan makanan pokok
akan mempengaruhi pengeluaran minimum untuk memenuhi jumlah kalori
tertentu.

Sehingga dari keadaan diatas dapat dikelompokkan faktor-faktor penyebab


kemiskinan adalah faktor ekonomi, factor sosial dan faktor pendidikan serta faktor-
faktor sampingan iaitu faktor keluarga, faktor kultural, faktor struktural,dan faktor
agensi, sehingga menyebabkan orang menjadi miskin yang memerlukan strategi
atau cara serta kebijakan yang tepat terhadap pengentasan permasalahan
tersebut agar tidak semakin parah dan bertambah banyak.

Bibliografi

https://oceannaz.wordpress.com/2010/07/29/kemiskinan-pengertian-

dimensi-indikator-dan-karakteristiknya/

John Sloman, 2000. Economics: Financial Times, Edisi Ke-4. New Jersey,

Englewood: Prentice Hall.

Laporan Ekonomi 2002/2003. Kementerian Kewangan Malaysia. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNB).

Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005, Kementerian Kewangan Malaysia.

Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNB).

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai