Anda di halaman 1dari 7

Tajuk : Pendidikan Dan Pengangguran Di Negara Maju, Membangun Dan Mundur

Oleh
SIA MEE CHING (GP03719)
1.0

Pendahuluan

Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara


sebagai agen dalam penyusunan masyarakat dan pelaksanaan dasar-dasar demi
perkembangan ekonomi. Pendidikan dan penggangguran adalah dua eleman yang
saling berkaitan dan masing-masing merupakan tulang belakang kepada masa depan
negara, bangsa dan masyarakat. Menurut Halim Ahmad (2001), Ahli ekonomi
menghujah bahawa sumber manusia menjadi penentu bagi menggerakkan kadar
pembangunan ekonomi sesebuah negara, bukannya modal, modal fizikal, atau bahan
mentahnya. Pendek kata, mekanisme institusi utama bagi membangunkan sumber
manusia dan pengetahuan adalah sistem pendidikan.Kalau kita melihat dan
mengambil pengalaman negara Jepun, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan
Taiwan yang tidak kaya dengan sumber alam dan tanah, tetapi negara-negara maju ini
mampu melahirkan modal insannya untuk menjadi negara dari tidak maju ke maju
dan diletak sebagai negara berpendapatan tinggi bersama negara-negara barat seperti
Amerika Syarikat, German, Kanada dan sebagainya.
2.0

Pernyataan Masalah
Jika dilihat dari sudut pandangan pakar ekonomi, masalah pengangguran tenaga kerja

antara golongan terdidik cenderung meningkat pada ketika masyarakat negara itu mengalami
proses modernisasi dan industrialisasi secara mendedak. Dalam proses perubahan itu maka
terjadinya pergeseran tenaga kerja antara sektor, iaitu melihatkan persaingan dalam dunia
pekerjaan dan juga terdapatnya isu tentang pemilihan kerja di kalangan yang terdidik. Situasi
sedemikian menyebabkan masalah pengangguran tiada batasnya. Proses industrialisasi tidak
hanya terjadi pada suatu titik waktu akan tetapi merupakan suatu proses yang mengambil
tempoh masa yang panjang dan berterusan. Pergeseran ekonomi dalam proses industrialisasi
tidak hanya berlangsung dari pertanian ke industri tetapi juga terus terjadi dari industri
berteknologi rendah ke teknologi tinggi serta melibatkan revolusi dalam sektor informasi,
perdagangan dan sebagainya. Perubahan yang tidak menentu ini dari semasa ke semasa
1

mengakibatkan tenaga kerja terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan


teknologi. Apabila mereka tidak mampu menangani segala revolusi dalam pekerjaan mereka,
mereka

akan mengambil keputusan untuk berhenti untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Akibatnya pengangguran merupakan suatu normal di negara-negara maju.


Di sebaliknya, peluang pekerjaan yang kurang di negara membangun dan dikatakan
kurang dijumpai di negara mundur turut berkait rapat dengan pendidikan. Walaupun arus
perkembangan ekonomi lambat, lembap dan kurang, tetapi turut wujudnya masalah
penggangguran.
Teori modal manusia menjelaskan bahawa proses pendidikan mempunyai pengaruh
positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Teori ini mendominasikan literatur pembangunan
ekonomi dan pendidikan pada pasca perang dunia kedua sehingga pada tahun 1970-an. Teori
ini menegaskan bahawa manusia yang memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi, waktu
persekolahan yang lebih lamanya akan memiliki pekerjaan dan gaji atau upah yang lebih baik
berbanding dengan mereka yang berpendidikan lebih rendah. Apabila upah mencerminkan
produktiviti suatu bidang, maka ini telah mendorong lebih ramai orang yang ingin
memperoleh pendidikan tinggi dan fenomena ini turut merangsangkan pertumbuhan ekonomi
negara kea rah yang lebih tinggi dan maju.
Teori persaingan status ini memperlihatkan pendidikan sebagai suatu cabang social
untuk individu bagi meningkatkan status sosial menerusi pendidikan. Keinginan mencapai
status lebih tinggi mendorong masyarakat untuk belajar demi memperoleh pendidikan lebih
tinggi. Walaupun orang-orang berpendidikan tinggi memiliki peluang lebih tinggi dalam
pendapatan negara, tetapi peningkatan pendapatan orang yang bependidikan lebih tinggi
dalam suatu masyarakat secara tidak langsung tidak meningkatkan atau membantu dalam
pertumbuhan ekonomi.
Namun demikian, teori pertumbuhan kelas atau strata sosial memberi penegasan
bahwa fungsi utama pendidikan adalah mewujudkan dan membantuk struktur kelas dan
ketidakseimbangan sosial. Pendidikan pada kelompok etnik lebih menekankan pembelajaran
tentang hal-hal klasik, kemanusiaan dan pengetahuan lain yang tidak relevan dalam
pembangunan ekonomi masyarakat. Sementara pendidikan untuk rakyat kebanyakan
diciptakan sedemikian rupa untuk melayani kepentingan kelas yang dominan.

3.0

Definisi
2

A. Pendidikan
Menurut Prof. H. Mahmud Yunus (2015) bahawa pendidikan membawa maksud
suatu usaha yang dengan sengaja dipilih untuk mempengaruhi dan membantu anak untuk
bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, jasmani dan akhlak sehingga secara perlahanlahan agar anak-anak mencapai tujuan dan cita-citanya yang paling tinggi. Selain itu,
pendidikan mendorong seseorang memperoleh kehidupan yang bahagia dan apa yang
dilakukanya dapat bermanfaat kepada dirinya sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan
agamanya. Manakala Prof. Dr. John Dewey (2015) pula mendefinisikan pendidikan sebagai
suatu proses pengalaman kerana kehidupan setiap individu merupakan satu proses
pertumbuhan, maka pendidikan bererti membantu pertumbuhan pada diri manusia tanpa
dibatasi oleh factor usia. Proses pertumbuhan adalah proses penyesuaian pada setiap fasa dan
menambah kecekapan dalam perkembangan seseorang melalui pendidikan.

B. Penggangguran
Pengangguran bermakna penduduk yang tidak berkerja tetapi sedang mencari
perkerjaan atau sedang menyiapkan suatu usaha baru. Pengangguran adalah masalah
makroekonomi

yang

mempengaruhi

manusia

secara langsung.

Secara umumnya,

pengangguran didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana seseorang yang tergolong dalam
kategori angkatan kerja (labor force) tidak memiliki pekerjaan dan secara aktif sedang
mencari pekerjaan (Nanga, 2001). Selain itu, pengangguran diertikan sebagai suatu keadaan
dimana seseorang yang tergolong dalam golongan bekerja yang ingin mendapatkan pekerjaan
tetapi belum dapat memperolehnya. (Sukirno, 2000).
C. Negara Maju
Pengertian negara maju menurut definisi para ahli ekonomi adalah negara yang
rakyatnya memiliki kesejahteraan atau kualiti hidup yang tinggi, kemajuan dalam bidangbidang tertentu dan negara yang mencapai tahap ekonomi yang tinggi serta pendapatan per
kapita yang tinggi. Menurut data Bank Dunia, ada dua puluh empat negara maju yang
memiliki pendapatan per kapita tinggi dan memenuhi ciri-ciri negara maju iaitu Swiss,
Australia, Japan, Korea, Canada dan sebagainya.

D. Negara Membangun
3

Negara membangun merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan


sebuah negara yang mempunyai satu aras yang menggambarkan keselesaan dari aspek
kebendaan atau meterial. Selain itu, negara membangun juga boleh diketegorikan melalui
tahap pembangunan sesebuah negara yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga
perbezaan aras pembangunan yang telah dicapai oleh sesebuah negara yang sedang
membangun. Ini kerana terdapat juga negara membangun mempunyai prasarana yang baik.
Sebagai contoh negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang
mempunyai prasarana dan tahap pembangunan yang baik berbanding negara membangun
yang lain. Malaysia juga mempunyai tahap ekonomi dan politik yang stabil berbanding
negara-negara membangun yang lain seperti Indonesia.
E. Negara Mundur
Manakala negara yang mundur dan tidak maju digelar sebagai Negara Dunia Ketiga
atau negara berkembang. Negara Dunia Ketiga telah diletakkan dalam golongan negara yang
mundur. Negara-negara berkenaan mempunyai pendapatan perkapitanya yang rendah. Negara
Dunia Ketiga bukan sahaja lemah daripada aspek pembangunan dan infrastruktur, malah
negara berkenaan juga lemah daripada aspek ekonomi , politik dan masalah sosial.Taraf
hidup yang rendah dan tahap kemiskinan hidup yang tinggi menyebabkan negara-negara
Dunia Ketiga sering mendapat banyak masalah terutama sekali wabak penyakit berjangkit.
Namun, selepas tahun 1987, negara-negara Dunia Ketiga terutama sekali negara yang berada
di rantau Asia Pasifik mula mendapat perhatian daripada negara maju. Hal ini kerana negaranegara Dunia Ketiga mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan terutama sekali dalam
aspek ekonomi. Aspek ekonomi yang lemah akan menyebabkan negara berkenaan sentiasa
berada dalam tahap yang kurang maju atau mundur.

4.0

Pendidikan dan penggangguran di negara maju


4

5.0

Pendidikan dan penggangguran di negara membangun


Di Malaysia, modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan negara

dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif seperti
yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Justeru itu,
pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam modal insan terutamanya di peringkat tertiari
sering menjadi keutamaan kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
mahupun

pelan

jangka

sederhana

dan

jangka

pendek.

Di

samping

itu,

bagi

mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab


kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, kerajaan menerusi Kementerian Pengajian
Tinggi telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang
mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,
menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi,
memperkasa institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT. Dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang lalu, 2006-2010, sejumlah RM16 billion
telah diperuntukkan bagi membiayai program-prgram dan projek berkaitan pembangunan
modal insan di peringkat tinggi. Peruntukan yang besar ini adalah untuk membina lebih
banyak kemudahan baru seperti dewan kuliah, makmal dan asrama serta menaik taraf
kemudahan sedia di semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara. Usaha ini akan
menyediakan lebih banyak peluang pendidikan di peringkat tertiari bagi mencapai sasaran 40
peratus kadar penyertaan peringkat tertiari di kalangan mereka yang berumur 17 hingga 23
tahun pada tahun 2010. Pada masa ini, terdapat 20 IPTA dan 32 IPTS yang bertaraf universiti
serta empat kampus cawangan universiti luar negara yang sedang beroperasi di Malaysia.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, Kerajaan
telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menambah baik pasaran buruh dan
mentransformasi sistem pendidikan. Pencapaian utama termasuklah pewujudan 1.8 juta
5

pekerjaan baharu yang menyebabkan penurunan kadar pengangguran daripada 3.3% pada
tahun 2010 kepada 2.9% pada tahun 2015, yang merupakan guna tenaga penuh. Kerajaan
juga memperkenalkan gaji minimum yang dianggar telah memberikan manfaat kepada 1.9
juta penerima gaji. Dalam bidang pendidikan, terdapat peningkatan enrolmen pada semua
peringkat, daripada prasekolah kepada tertiari. Pengambilan tahunan bagi Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga meningkat daripada 113,000 pada tahun 2010
kepada 164,000 pada tahun 2013. Selain itu, dokumen strategi utama seperti Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan
Talent Roadmap 2020 telah menjelaskan transformasi ekosistem modal insan.
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, akan meneruskan agenda
menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif
untuk terus maju dalam ekonomi global. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat
bidang: menambah baik kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi, mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri, memperkukuh
pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran dan menambah baik kualiti
sistem pendidikan bagi peningkatan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi. Agenda
ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11 dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan
menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan
pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, kedua-duanya
disebabkan peralihan berterusan daripada aktiviti ekonomi berintensifkan buruh kepada
ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang akan
diwujudkan dijangka memerlukan kemahiran berkaitan TVET. Ke arah ini, TVET dikenal
pasti sebagai pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal insan berkemahiran.
Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang
diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju

6.0

Pendidikan dan penggangguran di negara mundur


6

7.0
8.0

Isu dan Cabaran


Cadangan dan Langkah
Dalam usaha sesebuah negara untuk meningkatkan kemajuan ekonomi di samping

menurunkan kadar peratusan penggangguran, penglibatan dan kerjasama semua pihak sangat
penting untuk menangani masalah-masalah yang banyak memberi kesan kepada
perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan dalam pentadbiran sesebuah negara harus

mengambil langkah untuk melahirkan modal insane yang berkualiti dalam pelbagai aspek.
Dalam usaha ini, kerajaan harus memperbanyakkan peluang pendidikan di peringkat
universiti atau institusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah vokasional yang bermutu
tinggi.
Selain itu, modul-modul kemahiran dan keusahawanan perlu dibangunkan dan
diaktifkan di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian. Pelajar-pelajar harus diberi
pengetahuan asas mengenai mengembangkan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan untuk
meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.
9.0

Kesimpulan
Secara amya, pendidikan merupakan saluran utama untuk menyediakan modal insan

yang berkualiti dan sebagai pemandu kepada maju atau mundurnya sesebuah negara.
Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor penting
bagi mentransformasikan ekonomi negara ke arah yang lebih kukuh dan berpotensi. Maka
adalah wajar kerajaan menyediakan peluang pendidikan kepada semua rakyat agar dapat
melahirkan modal insan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi
dalam pelbagai bidang. Dengan adanya usaha-usaha yang sewajarnya maka isu
penggangguran pasti dapat ditangani secara menyeluruh.

10.0

Rujukan
http://www.seputarpengetahuan.com/2015/02/15-pengertian-pendidikan-menurutpara-ahli.html

Anda mungkin juga menyukai