Anda di halaman 1dari 6

SEK KEB TAMAN TUN AMINAH

JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVSI JATI DIRI PELAJAR
TAHUN 6

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


&
JAWATANKUASA GURU TAHUN 6

TARIKH:

25 JUN2018

TEMPAT:

DEWAN BESTARI
SEK KEB TAMAN TUN AMINAH
JOHOR BAHRU
KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI PELAJAR TAHUN 6
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TAMAN TUN AMINAH, JOHOR BAHRU

1. PENGENALAN

Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk


melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik lagi.
Menjadi remaja yang bermotovasi akan lebih fokus terhadap pembelajaran
yang diikuti. Mereka akan lebih yakin dan berketerampilan untuk cenderung jauh
lebih produktif dan efektif dalam proses pembelajaran dan kehidupan.
Jati diri kanak-kanak adalah satu proses mengenal siapa diri, untuk apa hidup
ini dan kemana arah proses kehidupan ini. Proses ini akan membentuk mereka
menjadi insan yang berupaya menempuh penghidupan yang mendatang.

2. RASIONAL
Program Jati Diri diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan pelajar
semasa tahun peperiksaan Program ini menanggapi pelajar dari segenap aspek
kehidupannya sebagai pelajar iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan,
medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak
serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar. Program seperti ini amat penting
bagi seorang pelajar kerana di sinilah pelbagai menu mental dan jasad dinikmati
secara intensif.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a. Meningkatkan keyakinan diri


Sebagai pelajar, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan
bila berhadapan siapa jua yang mereka temui.

b. Meningkatkan kemahiran dan kreativiti


Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan
bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).

c. Menambah nilai jati diri


Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri.
Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d. Pembentukan nilai peribadi yang mulia


Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam
mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan
tanggungjawab.

1
e. Membentuk sikap bertanggungjawab
Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan
arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.

4. MAKLUMAT PROGRAM
4.1 Tarikh : 25 Jun 2018
4.2 Masa : 7.45 pagi – 2.00 petang
4.3 Tempat : Dewan Bestari, SKTTA
4.4 Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6

5. PENYERTAAN
Semua pelajar Tahun 6 SK Taman Tun Aminah Sesi 2018

6. STRUKTUR JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk Program Jati Diri Tahun 6 2018


SK Taman Tun Aminah

Pengerusi : Pn Roselawati Binti Mohd Suhoot


Naib Pengerusi : Pn Fauziyah Bt Abdullah
Pn Hafizatul Akmar Bt Hamdan
En Mohd Fairus
Penyelaras : Cik Salwana Binti Md Saidi
Setiausaha : En Mohd Faris Bin Azaman
Bendahari : Cik Soh Ling Ling
AJK : Semua Guru Subjek Tahun 6

7. TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI

0730 – 0800 Senamrobik

0800 - 1000 Sesi I - Taklimat Program “Ais Breaking“

1000 - 1030 Rehat

1030 – 1400 SESI 1 – LDK Jati Diri

2
8. PERSONALIA
En Kamarul Azhar Bin Abd Rahman
Ahadan Coach Consultant

9.0 PENUTUP
Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Maha Esa itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program
yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta
dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(SALWANA BINTI MD SAIDI) (ROSELAWATI BINTI MOHD SUHOOT)


Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Besar,
SK Taman Tun Aminah SK Taman Tun Aminah
Johor Bahru Johor Bahru

1
MANUAL JAWATANKUASA

SETIAUSAHA:
 Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
 Menguruskan surat menyurat
 Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat
 Membuat laporan setelah program tamat

N. SETIAUSAHA
 Membantu tugas-tugas setiausaha

BENDAHARI:
 Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
 Mengawal aliran wang masuk dan keluar
 Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
 Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK DISIPLIN & PROTOKOL:


 Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal
 Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol
yang betul

AJK PERSIAPAN & TEKNIKAL:


 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk
kegunaan sepanjang program
 Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan yang baik sebelum digunakan

AJK TUGAS-TUGAS KHAS & CENDERAMATA:


 Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
 Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan
pertandingan yang diadakan
 Menyediakan cenderamata untuk penceramah.
 Menguruskan makanan dan penempatan pelajar dan fasi

AJK KEROHANIAN :
 Membaca doa majlis
 Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada waktunya secara
berjemaah.
 Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
 Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
 Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

PENGACARA MAJLIS
 Menjadi juru acara semasa majlis perasmian/ penutup berlangsung.

JAMUAN VVIP & MURID


 Menguruskan persiapan tempat jamuan
2
 Memastikan VVIP, guru dan murid mendapat makanan
 Menjaga kebersihan di tempat jamuan

KEBERSIHAN & KESELAMATAN


 Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
 Memantau keselamatan murid sepanjang program

PENDAFTARAN
 Menyediakan borang kehadiran
 Mencatat/ mengambil kehadiran murid
 Melaporkan kehadiran murid kepada setiusaha

PENGGAMBARAN
 Merakam aktivti sepanjang program
 Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan

Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen


manusia -- aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal.

Program ini menekankan peri pentingnya proses pembelajaran disalurkan menerusi sesi
perbincangan, pembentangan, soal jawab dan membuat rumusan serta merumuskan satu
pakej agenda bertindak yang boleh merobah pola kehidupan peserta.

Program ini dikendalikan dalam suasana kasih sayang, hormat menghormati disamping
aktiviti-aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan

Anda mungkin juga menyukai