Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi
tonggak pemerintahan pada masa hadapan. Bijak pandai ada berkata,
sekiranya kita hendak melihat kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja
yang ada pada masa ini. Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang
sarat dengan cabaran reformasi ini, ciri-ciri remaja yang kamil dan
mempunyai nilai keinsanan yang syumul penting untuk membangunkan
negara. Tambahan pula dalam globalisasi dunia hari ini yang penuh
dengan mehnah dan tribulasi, terdapat banyak cabaran yang perlu
dihadapi oleh golongan remaja ini terutamanya dalam mengekalkan budi
bahasa dan kesantunan masyarakat malaysia. Menurut Kamus Dewan
(1984), santun bermaksud budi bahasa atau budi pelerti , beradab atau
sopan. Manakala, budi bahasa pula membawa makna tingkah laku,
kelakuan, tutur kata, akal bijaksanaan, dan perbuatan kebajikan yang
baik, mulia tertib serta sopan. Namun, apabila kita melihat kepada
suasana masyarakat khususnya golongan remaja sekarang, sifat-sifat
kesantunan ini bagaikan sudah pupus ditelan dek zaman dalam diri
mereka. Justeru, bagi memupuk kembali sifat kesantunan ini dalam diri
remaja, semua pihak memainkan peranan dalam mengekalkan budi
bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia.

2.0 Konsep Kesantunan


Apabila membuka topik mengenai kesantunan masyarakat ini,
terdapat ramai tokoh tokoh dunia yang mempunyai definisi mereka yang
tersendiri dalam menafsirkan perihal kesantunan masyarakat. Antaranya
ialah Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan
yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Perkara
ini bermaksud dalam konteks kesantunan penggunaan dari segi bahasa
mestilah menggunakan bahasa yang halus, perlakuan yang beradab
sopan serta lemah lembut dan mempunyai budi pekerti yang elok. Namun
begitu, apabila kita melihat kepada perlakuan para remaja kini semua ciri-
ciri yang ditakrifkan oleh tokoh Leech ini bagaikan tidak terlihat langsung
dalam jati diri seseorang remaja.

2.1 Cabaran Pengaruh Budaya Asing


Remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau
terpengaruh dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada
hari ini,budaya asing semakin mempengaruhi hampir semua aspek
kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan mahupun cara
pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.
Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara
hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin
canggih dan moden. Sebaliknya,mereka menganggap bahawa cara hidup
berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna
pakai pada zaman moden ini. Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak
mempunyai pegangan dalam hidup dan bertindak menjalani kehidupan
mengikut cara mereka sendiri. Apabila keadaan ini terjadi,remaja akan
mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.

Antara contoh yang paling releven ialah budaya ‘black metal’ dalam
kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh budaya
asing. Lantaran itu, pengetahuan tentang norma-norma budaya dalam
masyarakat ini penting bagi membolehkan kita mengetahui apa-apa yang
sebaiknya dikatakan, kata-kata yang tidak boleh digunakan, sapaan dan
panggilan, serta ragam bahasa yang harus digunakan pada masa dan
situasi tertentu. Bahasa yang tidak sesuai dengan norma budaya
masyarakat akan membuatkan penuturnya dianggap ‘tidak tahu bahasa’,
‘tidak beradat’, malah ‘tidak berbudaya’. Dalam komunikasi, norma-norma
budaya ini sangat penting diberi perhatian kerana penggunaan bahasa
yang mematuhi atau sesuai dengan norma-norma budaya akan
menghasilkan kesantunan berbahasa. Sebenarnya, jika kita selidiki
perkara ini dengan teliti, cabaran yang dihadapi oleh para remaja kini
dalam mengekalkan budi bahasa dan kesantunan ini ialah pengaruh yang
kuat daripada barat. Waima dalam erti kata lain ialah sifat hedonisme
yang utuh berada dalam diri masyarakat sekarang menyebabkan sifat
kesantunan ini mula menipis dalam diri dari hari ke hari. Lantaran itu,
umum mengetahui, pengaruh budaya barat ini amatlah membimbangkan
masyarakat Malaysia kerana perkara ini boleh membawa kesan yang
negatif dalam masyarakat seterusnya kepada negara. Contohnya,
pergaulan bebas, pakaian-pakaian yang tidak menutup aurat serta
perilaku yang tidak senonoh merupakan antara pengaruh buruk yang
mula menapak dalam diri remaja Malaysia sekarang. Oleh yang
demikian, kesedaran mengenai keburukkan pengaruh barat ini perlulah
disedarkan kepada semua golongan mansyarakat agar perkara ini tidak
diwarisi sehingga ke generasi yang akan datang

. 2.2 Cabaran Kurangnya Didikan Moral dan Agama Daripada Ibu Bapa

Seterusnya, Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan


kepada dua jenis iaitu kesantunan asas serta kesantunan berkala. Kesantunan
asas didefinisikan sebagai kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain. Misalnya, dengan cara menunjukkan
adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana
masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan
sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
Manakala, . kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang
menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara
satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu. Antaranya ialah taraf dan
peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa
yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan
disampaikan. Contohnya, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin serta
anak murid dengan guru. Perkara ini menunjukkan komunikasi tersebut mempunyai
adab, peraturan dan etika tertentu. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh
remaja khususnya dalam menunjukkan sikap kesopanan pada era modenisasi ini
ialah kurangnya didikan daripada ibu bapa sejak kecil. Perkara ini dapat kita lihat
terhadap sikap kebanyakan para remaja sekarang yang tidak mempunyai adab dan
etika terutamanya dalam berkomunikasi.

Contonhya, apabila berkomunikasi dengan seseorang yang lebih tua


daripada kita, sepatutnya kita menggunakan bahasa yang lebih sopan. Misalnya,
dengan menggunakan panggilan pakcik atau makcik. Bukannya, menggunakan
kata panggilan yang sama sahaja digunakan apabila berhubung dengan rakan-
rakan kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa kini tidak mengangap pendidikan
mengenai kesopanan ini sebagai salah satu kewajipan yang perlu diterapkan dalam
diri anak-anak sekarang. Mereka beranggapan pendidikan dalam aspek akademik
sudah mencukupi untuk melahirkan seorang insan yang berjaya. Maka lahirlah
anak-anak yang tinggi ilmunya namun rendah akhlaknya. Bahkan, apabila
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka sendiri, mereka menggunakan bahasa
yang kasar dan tidak sesuai. Perkara ini sudah dianggap sebagai satu kebiasaan
dalm masyarakat sekarang. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa perlu;ah
mempunyai kesedaran yang tinggi peihal peri pentingnya didikan mengenai
kesantunan dan budi bahasa ini dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Persis
peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini kerana, agar sifat-sifat
kesantunan dan budi bahasa ini dapat dipupuk kembali dalam diri para remaja dan
diwarisi hingga ke generasi yang akan datang.

2.3 Cabaran Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu, cabaran yang hadapi oleh remaja dalam mengekalkan budi
bahasa dan kesantunan masyarakat ialah pengaruh rakan sebaya. Tidak dinafikan
bahawa berkawan itu adalah satu perkara yang penting bagi kita. Walau
bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan
tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada
cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir. Hal ini demikian kerana, rakan
sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita. Menurut
kajian, di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran,
kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan
rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibubapa. Faktor ini banyak
menimbulkan pergeseran di antara para remaja dan ibubapa. Para remaja
merasakan ibubapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibubapa pula berasa
keliru dengan tingkahlaku dan tindak-tanduk remaja dan sebarang usaha untuk
menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini
memburukkan lagi pergeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu
hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadangkala mereka merasa lebih selesa
berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya.

Malangnya, pengaruh negatif yang ditunjukkan oleh rakan sebaya lebih


cenderung untuk diikuti berbanding pengaruh yang positif untuk di teladani.
Sebagai contoh, kata-kata yang menghina, mengata, memaki-hamun, atau
menyumpah-seranah semakin banyak ditemukan baik dalam bentuk lisan mahupun
tulisan. Oleh itu, kata-kata baru seperti bangsat, bedebah, celaka, jahanam,
keparat, dan sial bukanlah sesuatu yang jarang-jarang keluar dari mulut sebilangan
anggota masyarakat kita. Malah, penggunaan kata-kata makian yang jelas
melanggar kesantunan berbahasa ini seolah-olah sudah menjadi suatu kebiasaan.
Dalam situasi dan kelompok tertentu, kata-kata seperti lahabau kau!, celaka kau!,
dan sial kau! yang dihamburkan ketika bertemu dengan kawan karib mungkin tidak
dianggap sebagai kata kesat, sebaliknya kata sapaan mesra yang menunjukkan
keakraban. Sebaliknya, penggunaan kata makian seperti itu yang ditujukan kepada
seseorang yang bukan teman karib, apatah lagi dalam situasi rasmi, misalnya
dalam sidang parlimen, jelas melanggar etika berbahasa yang santun. Jelaslah,
penggunaan bahasa ini telah mengetepikan nilai kesantunan berbahasa. Manakala,
dalam kegiatan sosial juga semakin menjadi-jadi kini, apabila para remaja ini
terikut-ikut dengan rakan sebaya mereka. Misalnya, gejala gangterisme, merempit,
ponteng sekolah serta kegiatan lumba haram. Dengan ini, jelaslah dapat kita lihat
betapa besarnya cabaran pengaruh rakan sebaya dalam mengekalkan budi bahasa
dan kesantunan dalam diri para remaja kini.

2.4 Cabaran Perkembangan Teknologi

Di samping itu, cabaran perdana yang dihadapi oleh remaja dalam


mengekalkan budi bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia ialah
perkembangan teknologi. Teknologi maklumat merupakan suatu pencapaian
kemajuan dan teknologi kehidupan yang memudahkan penyebaran, pengstoran
dan pengaksesan maklumat secara pantas dan tepat. Antara contoh pencaian
dalam konteks ini umpamanya televisyen, radio, telefon, internet, telekonferensi
dan sebagainya. Spekulator masa depan barat, Alvin Toffler merintis definisi era
teknologi maklumat ini dengan menyebutnya sebagai ‘Third Wave’ yang lahir
selepas era pertanian dan perindustrian yang membawa maksud iaitu alaf baru
yang muncul menggantikan era pertanian dan perindustrian dalam kehidupan
manusia. (M. Nor. 2008: 2) Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu
perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang
berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan
sebagainya. penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan
perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi
serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan
membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang
membangun(Arun, 1999). Capaian teknologi tanpa sempadan ini memberi kesan
yang negatif kepada remaja khususnya kerana bagi mereka inilah medan untuk
mereka melayari dan mencari segala matlumat yang mungkin sebelum ini terbatas
untuk melakukannnya. Hal ini demikian kerana, perkembangan teknologi maklumat
ini telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif kesan penerimaan tanpa kawalan
sehingga boleh menimbulkan kesan keruntuhan moral di kalangan para remaja
khususnya. Bahkan, kebanyakkan remaja pada hari ini lahir dalam era ini dan
kerana itulah mereka dapat menguasai dan mengaplikasi teknologi maklumat
dalam pelbagai bidang dengan baik. Perkara ini menunjukkan perubahan yang
berlaku kepada dunia teknologi maklumat membawa kita kepada nilai-nilai baharu
dan tidak semestinya semuanya baik. (Rais Yatim. 2012: 2). Sebagai contoh, para
remaja akan terjebak untuk melayari laman web pornografi. Ketagihan terhadap
laman web ini mula menular dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja terutama
remaja mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap
jenayah seksualiti perhubungan interpersonal, masalah perundangan, dan
pembaziran wang serta masa. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh
menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada
menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Qurān yang
bermaksud: “Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah amalan yang
sangat keji” (Al-Isrā’: 32). Bahkan, pengaruh teknologi maklumat yang menular
dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradiqma
sosiobudaya dan bahasa komunikasi remaja kini. Penjajahan budaya hidup Barat
dalam aspek cara berpakaian yang kurang sopan, makanan, minuman,
tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia dan corak pergaulan remaja
yang jauh dari nilai-nilai ketimuran. (Mohamed Imran. 2005) (Zulkiple. 2001: 107)
Perubahan ini telah dibawa bersama oleh teknologi maklumat yang menggahkan
budaya barat adalah tren terkini dan mesti diikuti oleh para remaja.

Justeru itu, pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif dalam menangani keluasan
jaringan teknologi ini antaranya dengan memperkenalkan perisian penapis laman web.
Contohnya seperti kaedah penyaringan melalui hos pelayan yang digunakan oleh sistem
pendidikan negara China boleh dijadikan sebagai satu contoh yang baik dalam menangani
laman web pornografi melalui sebuah syarikat United Education Limited yang telah
membangunkan satu perisian yang menggunakan ISA (Internet Security and Acceleration)
kepunyaan Microsoft untuk menyaring setiap kandungan laman web secara berkesan. Pihak
pengurusan rangkaian akan memasang pelayan ISA pada pusat rangkaian untuk tujuan
penyaringan. Hal ini perlu dilakukan sebagai salah satu alternatif dalam mengekalkan budi
bahasa dan kesantunan dalam masyarakat terutamanya kepada golongan remaja.

3.0 Rumusan
Kesimpulannya, dengan mengamalkan kesantunan dan budi bahasa
dalam kehidupan, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang
peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap
toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati.
Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia
sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi
peradaban. Justeru, amatlah penting dalam menerapkan kembali sifat-
sifat budi bahasa dan kesantunan ini dalam diri para remaja kerana
generasi inilah yang akan mengalas pembangunan negara kelak.
Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia
yang keras serta bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya. Lantaran itu, semua pihak haruslah
bergading bahu berpadu tenaga dalam menangkis segala cabaran yang
dapat menghakis sifat budi bahasa dan kesantunan daripada berterusan
tanpa titik noktahnya. Persis kata Aristotle, yang meninggikan darjat
seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya serta adab
dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Anda mungkin juga menyukai