Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PSIKOLOGI DAN

PENDIDIKAN
TT00903 KEMAHIRAN BERBAHASA
MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 1
SESI 2016/2017
Pensyarah Kursus: Dr. Musirin Mosin
STATUS DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SERTA
LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU KEPADA ASAL
Nama

No. Matrik

AUDREY LEONNA JESSEL

BP14110095

1.0 PENDAHULUAN

Tandatangan

1.1 SEJARAH MELAYU


Bahasa

Melayu

telah

lama

digunakan

sejak

berkurun

lamanya

untuk

menerangkan mengenai salasilah raja-raja dan cerita-cerita. Ini dapat dibuktikan


dengan beberapa hasil karya sejarah. Kata nama Melayu sudah lama digunakan
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada tempat, kerajaan, kelompok manusia
atau bangsa (Md. Salleh, 2014). Seterusnya, bahasa Melayu juga diketahui sejak
abad kedua iaitu apabila Ptolemy (90-168 CE) yang merupakan ahli geograf
Mesir mencatatnya sebagai "Maleu-Kolon" di mana ia bermaksud Melayu barat
dalam bahasa Jawa (Md. Salleh, 2014). Kata nama ini merujuk kepada bahagian
barat Semenanjung Emas, iaitu Semenanjung Tanah Melayu, yang dibincang
dalam karyanya Geographia (Md. Salleh, 2014). Kira-kira dua abad kemudian
nama Melayu tercatat pula dalam kitab Hindu Vayu Purana yang dikarang
sekitar 350 CE. Kitab berbahasa Sanskrit itu dalam bab 48 mencatatnya sebagai
"Malayadvipa" dengan maksud pulau bergunung, lagi sekali merujuk kepada
semenanjung tersebut (Md. Salleh, 2014).
Seterusnya, mulai sekitar 644 CE sehingga 645 CE sebuah kerajaan yang
dinamakan Melayu telah wujud di sekitar Jambi, Sumatera sekarang. Kerajaan ini
pernah menghantar utusan ke negeri China (Md. Salleh, 2014). I Ching yang
merupakan pengembara China yang melawat Asia Tenggara pada 688-697 CE
pernah tinggal di sana dan mencatatnya sebagai Ma-La-Yu. Sekitar 25 tahun
kemudian Kerajaan Melayu telah dirangkum ke dalam sebuah kerajaan baru yang
lebih besar, iaitu Sriwijaya yang diasaskan pada tahun 670 CE di sekitar
Palembang sekarang. Kehebatan kerajaan yang cukup berkuasa di Sumatra dan
Semenanjung itu menyebabkan Kerajaan Chola di India melanggar wilayahnya
beberapa kali dalam abad kesebelas, khususnya sekitar 1044-25 CE (Md. Salleh,
2014).
Kerajaan Srivijaya meliputi wilayah Melayu yang luas di Asia Tenggara
Srivijaya berkuasa sehingga abad ke-13 (Md. Salleh, 2014). Walaupun kekuasaan
Kerajaan Srivijaya berakhir selepas itu, namun etnisiti Melayu telah cukup
menyerlah dan kata nama Melayu yang kekal abadi (Md. Salleh, 2014). Malah,
rujukan terhadapnya bertambah meluas. Pada abad ke 14, umpamanya, Mpu
Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karyanya Desawarnama
(1365) telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang
Melayu. Menurut Md. Salleh (2014), tanah orang Melayu ini termasuklah Jambi,
Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng,

Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah,


Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.
Nama Melayu benar-benar melonjak tinggi dengan kekuasaan dan
kemakmuran Kesultanan Melaka yang berpusat di Semenanjung pada abad ke15. Walaupun kerajaan itu tidak dinamakan Melayu, tetapi Melaka menjadi
ukuran untuk segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu, terutamanya
mengenai identiti atau pengenalan diri berasaskan bahasa Melayu, adat budaya
Melayu, dan agama Islam (Md. Salleh, 2014). Hal ini terpancar dengan jelas di
dalam kisah-kisah yang ditampilkan dalam dua buah karya agung Melayu, iaitu
Hikayat

Hang

Tuah

dan

Sulalat

al-Salatin.

Dalam

Hikayat

Hang

Tuah,

umpamanya, orang Melayu Melaka dianggap Melayu sebenar dan bahasa


mereka dianggap bahasa Melayu sungguh (Md. Salleh, 2014).
Md. Salleh (2014) menyatakan dalam seminarnya bahawa kata nama
Melayu yang berkait dengan orang atau bangsa, tanah air maupun kerajaan
sudah begitu lama dikenali dan digunakan oleh kedua-duanya orang Melayu
sendiri dan orang asing. Ia bukan rekaan baharu oleh orang Melayu zaman
sekarang. Tidak juga ia ciptaan golongan Orientalis-kolonial seperti yang
disarankan oleh beberapa orang sarjana.
Karya yang terawal menggunakan bahasa Melayu ialah Misa Melayu yang
dikarang oleh Raja Chulan. Karya Misa Melayu ini merupakan sastera sejarah
yang penting bagi negeri Perak. Ia bermula daripada tahun 1742 sehingga 1778
yang merupakan tahun pemerintahan Sultan Jalilullah sehingga awal tahun
pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah iaitu tahun 1778 sehingga 1786
(Samat, 1995). Selain itu, antara sastera sejarah yang ada di negeri Perak yang
terawal ialah Notes on Two Perak Manuscripts dan The History of Perak from
Native Sources. Namun begitu, sehingga sekarang, pencipta karya bagi sastera
sejarah ini tidak diketahui. Karya tersebut menerangkan mengenai salasilah rajarajanya (Samat, 1995). Manakala di negeri Kedah pula, sastera sejarah yang
pernah dijumpai ialah Hikayat Merong Mahawangsa yang digunakan sebagai
sumber kajian mengenai sejarah Kedah (Samat, 1995). Pada tahun 1913 dan
1928, beberapa sastera sejarah telah diterbitkan yang berjudul Silsilah atau
Tawarikh Kerajaan Kedah, Al-Tarikh Silsilah Negeri Kedah dan Peringatan Rajaraja Kedah. Silsilah atau Tawarikh Kerajaan Kedah merupakan hasil karya Wan
Yahya bin Wan Muhammad Taib manakala Al-Tarikh Silsilah Negeri Kedah
merupakan hasil karya Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad

(Samat, 1995). Berdasarkan beberapa sastera sejarah yang dijumpai di beberapa


negeri, bahasa Melayu telah lama digunakan untuk menerangkan mengenai
salasilah raja-raja dan cerita-cerita.
Menurut Ku Hasnan (n.d), bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi
Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di
Indonesia, bahasa Melayu dipanggil Bahasa Indonesia, dan di Malaysia, Bahasa
Melayu juga dipanggil Bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara
tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di
Thailand

Selatan,

Filipina,

Kemboja,

Vietnam,

Sri

Lanka

dan

Afrika

Selatan.Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling
popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia" (Ku Hasnan, n.d).

1.2 PERANAN-PERANAN BAHASA MELAYU


Seperti yang kita tahu, bahasa Melayu pernah dijadikan sebagai bahasa
perdagangan (Suharne, 2012). Namun, sekarang bahasa Melayu semakin
dipinggirkan. Ada yang berpendapat bahawa bahasa Melayu ini mempunyai
kurang istilah-istilah sains dan teknologi mengakibatkan bahasa ini kurang sesuai
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang selaras dengan kecanggihan sains
dan teknologi (Suharne, 2012).
Walau

bagaimanapun,

bahasa

Melayu

digunakan

sebagai

wahana

pengungkapan ilmu Islam. Dalam proses penyebaran ajaran Islam,

bahasa

Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk disebarkan ke seluruh


alam Melayu (Hashim et al., 2013). Selain itu, bahasa Melayu dan adat resam
Melayu juga turut tersebar bersama-sama dengan agama Islam tersebut
(Hashim et al., 2013). Menurut Hashim et al. (2013), bahasa Melayu merupakan
salah satu wadah pengucapan Islam setelah beratus-ratus tahun menjadi
wacana penterjemahan dan pentafsiran al-Qur'an, al Hadith, ulasan tentang
epistemologi, ontologi, perundangan Islam dan sebagainya. Bahasa Melayu dan
adat resam Melayu juga turut tersebar bersama-sama dengan agama Islam
tersebut (Hashim et al., 2013). Oleh itu, agama Islam berfungsi untuk
menyebarkan bahasa Melayu dan adat resam Melayu ke seluruh wilayah ini
sehingga terkenal dengan nama Kepulauan Melayu atau alam Melayu, yang
terwarna dengan syiar Islam atau sibghatullah (pewarnaan Ilahi) (Hashim et al.,
2013).

Bahasa dan pendidikan merupakan dua perkara yang penting dalam


pembentukan negara bangsa, sekali gus membawa jati diri serta pembangunan
manusia yang dapat diukur secara emprikal (Chew Fong Peng dan Zahari, 2008).
Dalam pendidikan, bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran yang wajib
lulus di sekolah menengah dan merupakan antara kriteria yang sering
dipertimbangkan sebelum memasuki universiti atau alam perkerjaan. Matlamat
kurikulum Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah adalah agar pelajar
dilengkapkan

dengan

keterampilan

berbahasa

dan

berkomunikasi

untuk

memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan urusan harian
(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM).
2.0 STATUS DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Setelah mendalami sejarah dan peranan bahasa Melayu ini, Walaupun
bahasa Melayu telah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara, masih
wujud keraguan terhadap keyakinan mengenai keupayaan dan kemantapan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi (Yohan Kurniawan dan Nur Azuki, n.d).
Bagaimana pula status bahasa ini di negara kita iaitu Malaysia? Fasal 152,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia
1963, disebutkan bahawa, bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan
kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan bahawa tidak
ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan kecuali hal-hal rasmi,
atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain. Seterusnya, tidak ada
sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan
Persekutuan

atau

sebarang

kerajaan

negeri

untuk

memelihara

dan

memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain (Adam,


2014).

2.1 STATUS DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INSTITUT PENGAJIAN


TINGGI AWAM (IPTA)
Memasuki

era

globalisasi,

kedudukan

Bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia semakin tercabar oleh bahasa Inggeris,
terutama pada peringkat institusi pendidikan tinggi (Chew Fong Peng dan Zahari,
2008). Tidak dapat disangkal bahawa kesan kemorosotan bahasa Melayu ini di
IPTA berkait rapat dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Secara amnya, kebanyakan bidang-bidang di peringkat IPT menggunakan


bahasa Inggeris untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Zamri et al. (n.d), penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau
diajar sebagai satu mata pelajaran wajib tidak dilaksanakan secara bersungguhsungguh di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Masalah ini merupakan
antara masalah-masalah yang dihadapi oleh negara kita untuk mengekalkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selain itu, kebanyakan kursus bahasa
Melayu dikategorikan dalam kursus elektif atau elektif wajib. Di Universiti
Malaysia Sabah (UMS), bahasa Melayu dijadikan kursus wajib kepada pelajarpelajar luar negara yang kebanyakkanya daripada negara China. Namun begitu,
kursus-kursus seperti kursus wajib Universiti dikendalikan dalam bahasa Melayu
seperti kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),
Hubungan Etnik dan lain-lain, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains dan 70% bagi gugusan
sains sosial dan kemanusiaan pada tahun 2020, menwajibkan pelajar-pelajar
antarabangsa mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi (Adam, 2014).
Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 merupakan
dasar terkini dan penting dalam mencorakkan pembangunan negara agar
menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dunia atas dasar globalisasi (Chew
Fong Peng dan Zahari, 2008).

Namun, menurut Chew Fong Peng dan Zahari

(2008) lagi, akta-akta ini telah mengkhianati Penyata Razak (1946) dan Laporan
Rahman Talib (1961) terutama dari segi tujuan hendak menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, dan bahasa
perpaduan.
Di Insitutisi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan tidak begitu memberangsangkan. Sebelum tahun
2003, Bahasa Melayu penting dan menjadi mata pelajaran wajib lulus dengan
kepujian atau kredit pada peringkat SPM untuk melayakkan mereka mengikuti
matrikulasi, diploma, dan ijazah di IPTA (Chew Fong Peng dan Zahari, 2008).
Namun begitu, Bahasa Melayu tidak wajib diambil pada peringkat STPM dan
tidak wajib lulus. Ketidakwajiban pelajar untuk mengambil subjek Bahasa Melayu
ini turut menyebabkan pelajar yang dapat menyambung ke Institusi Pengajaran
Tinggi kurang menggunakan Bahasa Melayu apatah lagi kursus-kursus yang
diambil kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Menurut Chew Fong Peng dan Zahari (2008) lagi, kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu tercabar apabila Perdana Menteri keempat iaitu
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad mengumumkan dasar pengajaran sains dan
matematik dilaksanakan dalam bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI bukan sahaja
menyebabkan pelajar sains kurang menggunakan bahasa Melayu sekali gus
menjejaskan kedudukan bahasa Melayu (Chew Fong Peng dan Zahari, 2008).
Keadaan tersebut paling terasa dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang
mengambil aliran sains apabila kesemua kursus mereka diajar dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu langsung tidak digunakan dalam program mereka
(Chew Fong Peng dan Zahari, 2008). Menurut Chew Fong Peng (2008), Penyata
Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) merupakan dua dokumen
penting yang tidak harus diabaikan ketika membicarakan tentang isu polisi
bahasa dan pendidikan di negara ini.
Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu di IPTA sangat kurang. Timbalan
Menteri Pendidikan yang kedua iaitu P. Kamalanathan menyatakan bahawa
masalah ini dikesan apabila Audit Pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (IPTA
kurang guna bahasa Melayu, 2014). Penggunaan bahasa Melayu juga didapati
pada tahap sangat lemah dalam laporan penyelidikan dan penerbitan di IPTA
tempatan (IPTA kurang guna bahasa Melayu, 2014). Hal ini juga disokong lagi
oleh Majlis Bahasa Melayu Institut Pengajian Tinggi (IPT) Nusantara mendapati
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi di universiti awam di
negara ini merosot daripada 10 hingga 15 peratus (Bahasa Melayu di IPTA
merosot, 2013). Kenyataan ini dibuktikan lagi apabila kadar penggunaan bahasa
Inggeris semakin meningkat mengikut tahap pendidikan, iaitu sebanyak 40%
pada peringkat sekolah rendah, 38% sekolah menengah rendah, meningkat
secara mendadak kepada 65% pada peringkat menengah atas, dan meningkat
lagi kepada 80% pada peringkat Tingkatan 6 dan matrikulasi, dan mencapai
kemuncaknya setinggi 91% di universiti (Chew Fong Peng dan Zahari, 2008).
Penguasaan bahasa Inggeris pelajar kita sangat lemah dan bahasa Melayu
semakin hari semakin kelam-kabut. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rojak,
bahasa pasar dan bahasa jalanan (Kesan negatif kecelaruan sistem pendidikan,
2011). Seterusnya, bahasa Inggeris kini menjadi bahasa lingua franca dan
bahasa teknologi utama dunia yang wajib dikuasai, tapi kedaulatan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seharunya tidak dipandang remeh. Bahasa

Melayu juga dikatakan terumbang-ambing (Kesan negatif kecelaruan sistem


pendidikan, 2011).
Baru-baru ini, dihangatkan lagi apabila Universiti Malaya dikatakan
memandang serong terhadap bahasa Melayu. Naib Canselor Universiti Malaya
(UM) mengagung-agungkan bahasa Inggeris dengan menyatakan bahawa
bercakap dalam bahasa Inggeris pada setiap masa adalah untuk memudahkan
mendapat pekerjaan seterusnya meningkatkan taraf UM pada peringkat dunia
(UM perlekeh bahasa Melayu, 2011). Menurut kenyataan akhbar Berita Harian,
paling mengecewakan pelajar apabila Naib Canselor mereka bersikap tidak
profesional dengan memburukkan fakulti tertentu di hadapan pelajar fakulti lain
dengan pertanyaan "Which one is the worst?" (UM perlekeh bahasa Melayu,
2011).
Menurut Chew Fong Peng dan Zahari (2008), sebanyak 25% sahaja dalam
kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang bersetuju bahasa Melayu sesuai untuk
pendidikan tahap universiti, sementara 75% lagi tidak bersetuju. Selain itu,
27.9% bersetuju bahawa Malaysia akan maju sekiranya menggunakan bahasa
Melayu, tetapi 72.1% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut (Chew Fong
Peng dan Zahari, 2008). Tambahan lagi, peratusan ini menggambarkan bahawa
mahasiswa/i tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu untuk kemajuan
negara. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi tidak mempunyai keyakinan
yang tinggi terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains
Tulen dan Teknikal. Malah, mereka lebih yakin dengan penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang agama dan sastera (Chew Fong Peng dan Zahari Ishak,
2008). Kebenaran ini disokong lagi dengan melihat kepada peratus mahasiswa
dan mahasiswi yang menyokong bahasa Inggeris iaitu 90 % mahasiswa/i
merasakan bahawa bahasa Inggeris sesuai dijadikan bahasa ilmu bagi mata
pelajaran Perubatan, dan hanya 10% tidak bersetuju (Chew Fong Peng dan
Zahari Ishak, 2008).
Peratusan ini sangat membimbangkan kerana tidak hampir separuh yang
bersetuju dan berkeyakinan dengan penggunaan bahasa Melayu di peringkat IPT.
Melalui kajian yang dilakukan oleh Chew Fong Peng dan Zahari (2008), dapat
disimpulkan bahawa status bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi IPT adalah rendah. Penggunaan bahasa Melayu juga didapati pada
tahap yang membimbangkan.

3.0 MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden,
kerana telah memenuhi semua syarat seperti berikut, bahasa rasmi atau bahasa
kebangsaan, bahasa pengantar pendidikan bermula dari tadika hingga ke
universiti, bahasa perdagangan terutama di Indonesia, bahasa agama, bahasa
kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, lingua franca di negara-negara
yang memakainya, bahasa Parlimen dan bahasa mahkamah atau bahasa
undang-undang (Mohd Rashid, 2013). Menurut Mohd Rashid (2013), daripada
semua bahasa negara-negara dunia ketiga yang merupakan tanah jajahan,
hanya bahasa Melayu sahaja yang memenuhi syarat yang lapan ini. Bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang banyak iaitu melebihi 200 juta orang
(Armin, 2005). Oleh itu, bahasa Melayu tidak akan pernah pupus seperti bahasa
Latin (Armin, 2005). Namun begitu, jika dibiarkan masalah yang membendung
negara kita ini, kemungkinan ia akan mendapat nasib seperti bahasa Latin suatu
hari nanti. Usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dilakukan.
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (Mohd Rashid, 2013).
Antara usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu
ialah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 oleh pihak
kerajaan dengan tujuan mengangkat kedudukan bahasa Melayu seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia (Mohd Rashid, 2013). Melalui dasar ini,
tiga manfaat yang dapat diperoleh, iaitu pertama, melahirkan warga negara
Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu standard
dalam perbualan, urusan rasmi, penerokaan ilmu, dan dalam alam kerjaya
mengikut kesesuaian dan keperluan. Seterusnya, membina modal insan yang
mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti
teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif
dan inovatif. Ketiga pula, membentuk 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang
kuat, progresif, dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah
mencapai negara maju (Buku Kecil MBMMBI, Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Pelajaran Malaysia; 6). Dasar MBMMBI amat jelas, strategi
memartabatkan bahasa Melayu melibatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan
menengah

serta

penambahbaikan

terhadap

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran Bahasa Melayu (Buku Kecil MBMMBI, Unit Komunikasi Korporat,


Kementerian Pelajaran Malaysia; 5).
Usaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang betul dilaksanakan
melalui beberapa langkah di sekolah. Langkah yang pertama sekali ialah melalui
penggunaan bahasa itu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik.

Guru

menerangkan

haruslah

dalam

menggunakan

bahasa

Melayu.

kosa

Selain

kata

itu,

yang

masa

betul

ketika

pengajaran

dan

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan (SJK)


ditambah agar penyampaian subjek ini lebih efektif. Ketiga, penambahbaikan
dalam kurikulum sekolah (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) meliputi kaedah
pengukuhan

dan

penguasaan

asas

kemahiran

berbahasa.

Keempat,

menyediakan guru Bahasa Malaysia yang mencukupi dan berkualiti. Guru bahasa
Malaysia seharusnya guru yang mempunyai pengetahuan banyak mengenai
bahasa Melayu

dan juga guru

yang mempunyai

sifat cintakan

bahasa

kebangsaan. Akhir sekali, memperluas penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Berita Harian
pada 06/01/2011; 29). Hal ini kerana, bahasa Melayu tidak boleh ketinggalan
dalam zaman teknologi tinggi ini.
Penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan tinggi di Malaysia juga
antara langkah yang boleh memartabatkan bahasa Melayu. Menurut Mohd
Rashid (2013), kerajaan pusat melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat. Dasar pengajian negara
menetapkan bahawa kerajaan pusat sahaja yang boleh menubuhkan universiti
untuk penganugerahan ijazah (Mohd Rashid, 2013).

Kebanyakan kerja yang

pesat berkembang di sektor awam mewajibkan pemohonnya lulus sekurangkurangnya dengan kredit dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM menjadikan
nilai bahasa Melayu menjadi tinggi (Mohd Rashid, 2013). Seterusnya, segala
urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu. Generasi muda
daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa Melayu juga
sudah menerima bahasa Melayu sebagai bahasa mereka. Pensyarah IPTA
daripada pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai bahasa Melayu untuk
menyampaikan kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam bahasa
Melayu dan menterjemahkan bahan-bahan pengajaran daripada bahasa Inggeris
ke dalam bahasa Melayu. Pelajar IPT boleh menjawab soalan peperiksaan dalam
bahasa Melayu. Disertasi sarjana dan doktor falsafah juga boleh ditulis dalam

bahasa Melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan yang besar
terhadap bahasa Melayu di Malaysia. Sejak tahun 1996, beberapa akta
pendidikan negara telah diluluskan oleh Parlimen dan berkuat kuasa hingga
sekarang. Semua akta ini bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan
negara khususnya pendidikan tinggi. Antara akta yang penting dalam konteks
penggunaan bahasa Melayu ialah Akta IPTS 1996. Kini, aspek falsafah bahasa
dan falsafah pendidikan bahasa bertambah kukuh di IPTA melalui penawaran
kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di samping disertasi
di peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu
sewajarnya menguasai aspek falsafah ini, selain memahami Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan falsafah pendidikan guru.
Menyentuh tentang teori falsafah bahasa (Mohd. Rashid Md. Idris; 2007,
2010 dan 2012), terdapat tiga prinsip asas, iaitu pertama, kegiatan berbahasa
mestilah

menggunakan

nahu

yang

betul

untuk

mencapai

objektifnya.

Seterusnya, kegiatan berbahasa mestilah melibatkan penyampaian maklumat


yang betul dan benar. Ketiga, kegiatan berbahasa adalah suatu ibadah. Hal ini
sewajarnya diperluaskan kepada para guru yang mengajar di sekolah rendah dan
menengah sebagai suatu wadah baharu. Manakala, falsafah pendidikan bahasa
pula adalah hasil daripada gandingan falsafah bahasa dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Maksudnya, ketiga-tiga prinsip dalam falsafah bahasa akan
menjurus kepada tercapainya gagasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan generasi insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI). Aspek sosial memandangkan era ledakan teknologi
komunikasi maklumat memungkinkan aspek sosial terpinggir kerana sikap
individu yang gemar menyendiri dan menghabiskan banyak masa di hadapan
muka komputer sahaja.
Bukan dari sudut pendidikan sahaja, Pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 juga merupakan landasan
terbaik untuk memartabatkan bahasa rasmi negara ke peringkat antarabangsa
(Hakimi, 2011). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, penganjuran PABM 2011 membolehkan negara di luar Nusantara
mengenali dan menguasai bahasa Melayu yang dituturkan di kebanyakan negara
Asia Tenggara (Hakimi, 2011). Beliau berkata, pendedahan melalui pertandingan
pidato itu dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan

keindahan bahasa Melayu serta budaya yang diamalkan penuturnya (Hakimi,


2011).
Pertandingan ini juga sebagai satu bentuk kesedaran dan perang psikologi
kepada rakyat Malaysia yang menganggap kerajaan meminggirkan bahasa
Melayu (Hakimi, 2011). Kerajaan juga perlu mewujudkan program baru termasuk
mewajibkan mereka mengambil subjek Bahasa Melayu (Hakimi, 2011). Selain itu,
program pertukaran pelajar perlu diperbanyakkan bagi membolehkan proses
penguasaan bahasa Melayu dilakukan (Hakimi, 2011).

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan juga bahasa
kebangsaan. Bahasa ini juga merupakan bahasa perpaduan. Sejak zaman
lampau, bahasa Melayu telah pun dituturkan mahupun bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu Klasik atau bahasa Melayu moden. Namun begitu, sungguh
bahasa Melayu merupakan bahasa yang pernah diagungkan dahulu, kebanyakan
rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar di IPTA tidak begitu setuju bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa ilmu hanya kerana bahasa ini kekosongan kosa
kata dalam bidang sains dan teknologi. Sudah terang lagi bersuluh, status
bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi ini disenda-sendakan
dari segi kemampuan bahasa Melayu ini. Tambahan lagi, Naib Canselor kepada
universiti yang terkenal memperlekeh bahasa Melayu dengan menyatakan
bahawa bahasa ini tidak mampu memberi pekerjaan kepada graduan-graduan
kelak. Sangat menyedihkan apabila seorang yang mempunyai pangkat tinggi
dan tahap pendidikan yang tinggi mampu berfkiran seperti itu. Oleh itu, antara
langkah-langkah

untuk

memartabatkan

bahasa

Melayu

ialah

dengan

mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan IPT. Selain itu,


kualiti guru bahasa Melayu juga perlu ditingkatkan. Bukan sahaja itu, kerajaan
juga mengambil langkah seperti mengadakan Pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 untuk memartabatkan bahasa
Melayu

pada

peringkat

antarabangsa.

Walau

bagaimanapun,

mentaliti

masyarakat mengenai kemampuan bahasa Melayu juga haruslah diubah.


Sebanyak

mana

pun

kerajaan

mengambil

langkah-langkah

untuk

memartabatkan bahasa Melayu, jika pemikiran masyarakat tetap sama, adalah


susah untuk memartabatkan bahasa ini. Rakyat-rakyat Malaysia sendiri harus

bekerjasama

untuk

meningkatkan

imej

bahasa

Melayu

pada

peringkat

kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa.

5.0 RUJUKAN
Adam Ramlah. (2014). Pendaulatan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa ilmu di Malaysia: sejarah dan kedudukan masa kini. Pusat
Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), 1-26.
Armin Azhari Saleh. (2005). Bicara Bahasa Dahulu, Kini dan Selama-lamanya.
Dewan Bahasa, 5, 5.
Bahasa Melayu di IPTA merosot. (2013, Disember 11). p. 22.
Buku Kecil MBMMBI, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chew Fong Peng. (2008). Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI): Penerimaan Dan Kesannya Terhadap Status Bahasa
Melayu. Jurnal Sarjana, 23, 52-71.
Chew Fong Peng dan Zahari Ishak. (2008). Tahap Penggunaan Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Mahasiswa/i IPTA dan IPTS dalam
Sistem Pendidikan Negara. Jurnal Pengajian Melayu, 19, 16-36.
Hakimi Ismail. (2011, Mac 7). Martabatkan bahasa Melayu peringkat global. p. 9.
Hashim Musa, Rozita Che Rodi, Halimah Pondo Salmah, dan Jan Noor
Muhammad.

(2013).

Bahasa

Melayu

dan

Konsep

Kebenaran

Ilmu

Berdasarkan Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Kemanusiaan,


20(1), 1-22.
Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia, MBMMBI mampu
melahirkan
generasi fasih Melayu, Inggeris (Sumber: Berita Harian pada 06/01/2011:
29).
Kesan negatif kecelaruan sistem pendidikan. (2011, Mac 4). 22. Berita Harian.

Ku Hasnan Ku Halim. (n.d.). Membugar Harapan Pemersatuan Atau Menanti Masa


Ditalkinkan Atas Nama Bernegara? Dimana Bahasa Melayu Dalam
Pemupukan Jati Diri Bangsa Setelah 55 Tahun Merdeka. Jabatan Pengajian
Kemanusiaan Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.
Md. Salleh Yaapar. (2014). Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah
Pencerahan yang Dinantikan . Dewan Bahasa dan Pustaka .
Mohd Rashid Md. Idris. (2007). Monograf Bahasa Melayu Jilid 2. ACH
Communication Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md. Idris. (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjung Malim:
Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md. Idris. (2012). Teori Falsafah Bahasa. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd

Rashid

Md.

Idris.

(2013).

Memartabatkan

Bahasa

Melayu

Melalui

Pendidikan Dan Mendepani Cabaran Globalisasi. Malaysian Journal of


Youth Studies, 8, 207-222.
Samat Buang. (1995). Pensejarahan Melayu: 1800-1960. Jurnal Dewan Bahasa,
39, 379-383.
Suharne Zainudin. (2012, November 26). Mengapa bahasa Melayu semakin
dipinggirkan?

Sinar

Online.

Retrieved

from

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mengapa-bahasa-melayusemakin-dipinggirkan-1.107385
UM perlekeh bahasa Melayu. (2011, Mac 5). 35. Berita Harian.
Yohan Kurniawan dan Nur Azuki Yusuff. (n.d). 1Malaysia = 1Bahasa: Sebuah
Mediator Pemersatu Kaum di Malaysia. Pusat Pengajian Bahasa dan
Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan.
Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan dan Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. (n.d.).
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta di Sarawak. AJTLHE, 1(1), 8-25.
____________(2014). IPTA kurang guna bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai