Anda di halaman 1dari 9

a. Perincikan penemuan batu-batu bersurat dari aspek pensejarahan.

Batu bersurat telah ditemukan di beberapa tempat di kawasan Asia Tenggara.


Berdasarkan penemuan tersebut batu bersurat terawal dijumpai adalah pada abad
ke-7 masihi dan selepasnya. Batu bersurat telah ditemukan di beberapa tempat di
Asia Tenggara seperti Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Tanah Semenanjung, Thailand
dan Vietnam Tengah. Batu-Batu bersurat ini juga bukanlah satu perkara yang baru
yang telah dijumpai di daerah Kepulauan Melayu. Diantara batu bersurat yang
terpenting dijumpai adalah pertama Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang
(683M). Batu Bersurat ini diperoleh oleh M. Batenburg dari sebuah keluarga Melayu
di kampung Kedukan Bukit pada 29 November 1920. Ia berbentuk batu kecil
berukuran 45 x 85 cm dan mengunakan tulisan Pallava. Terdapat 10 baris ayat yang
terukir dan dijaga dengan baik kecuali 3 baris terakhir yang tidak dapat dibaca
kerana telah terserpih. Tulisan dan ayat yang digunakan pada batu bersurat ini
adalah pendek-pendek dan kurang jelas, tetapi masih memperlihatkan sifat bahasa
Melayunya.

Seterusnya, Batu Bersurat Talang Tuwo (684M), batu bersurat ini ditemukan
oleh Louis Constant Westenek iaitu Residen Palembang pada tahun 1920 di kaki
Bukit Siguntang. Ia merupakan batu bersurat peninggalan Kerajaan Sriwijaya. Batu
bersurat ini Berukuran 50 cm x 80 cm dan telah dipahat diatas sebuah batu pasir. Ia
ditulis dalam Aksara Pallava dan catatan tahunnya adaah 606 Saka iaitu 684 Masihi.
Batu bersurat ini merupakan sebuah piagam menyatakan bahawa Raja Jayanash
telah membuat sebuah taman bunga dan berjanji bahawa apa-apa yang dilakukan
disini semoga dapat memberi kebahagiaan kepada semua makhluk.

Batu bersurat selain itu adalah Batu Bersurat Kota Kapur (686M). Ditemukan
oleh J.K. van der Meulan pada tahun 1892 (Coedes, 2009). Batu bersurat ini
berbentuk tugu setinggi 1.77 meter dan telah ditemui di pesisir barat Pulau Bangka,
di sebuah dusun kecil yang bernamaa Kota Kapur. Kota Kapur terletak di kawasan
Pulau Bangka di Bahagian Utara Sungai menduk di antara tebing sungai tersebut
bernama Pangkal Mundo. Batu bersurat ini juga ditulis menggunakan aksara Pallava
dan merupakan dokumen bertulis tertua dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat ini
mengandungi 10 baris yang terpelihara dengan baik sehingga kini. Menurut Coedes
(2009), ia serupa dengan Batu Bersurat Karang Brahi tetapi mempunyai 2
perenggan yang tiada pada Batu Bersurat Karang Brahi.

Batu bersurat terakhir adalah Batu Bersurat Karang Brahi (686M). Batu
bersurat ini adalah peninggalan Kerajaan Sriwijaya dan ditemukan di Kampung
Brahi, daerah hulu Sungai Merangin, Jambi. Ia ditemukan oleh Kontrolir L.M
Berkhout pada tahun 1904. Sewaktu ditemukan, Batu Bersurat ini telah digunakan
sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di kawasan Jambi. Batu
bersurat ini terbuat daripada batu yang berukuran 90 x 90 x 10 cm dan berbentuk
separuh telur. Sewaktu dijumpai, batu bersurat ini tidak mempunyai tarikh tetapi para
sarjana telah bersepakat bahawa batu bersurat ini dibuat sekitar tahun 686 Masihi.
Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini menyeru dewa dan semua makhluk lain
untuk melindungi kedatuan Sriwijaya dengan mengabdikan diri kepada raja (Ismail
Hussein, 1966). Terjemahan batu bersurat ini tidak dapat ditemukan selengkapnya
kerana huruf-hurufnya telah rosak dan pembacaannya memerlukan bantuan
Inskripsi Kota Kapur. Terdapat beberapa juga perkataan yang hampir sama dengan
Bahasa Melayu seperti vari adalah beri, kayet adalah kait dan yam adalah yang.

b) Telitikan bentuk tulisan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno beserta contoh
sehingga abad ke-13 Masihi.

Dengan penemuan batu-batu bersurat di beberapa kawasan Nusantara, ia


telah membuktikan bahawa masyarakat berbahasa Melayu telah wujud sejak abad
ke-7 Masihi lagi. Terdapat beberapa jenis tulisan yang dipercayai telah digunakan
oleh masyarakat Melayu kuno. Diantara contohnya adalah tulisan Rencong, tulisan
Pallava dan tulisan Kawi. Tulisan pertama adalah tulisan Rencong. Tulisan Rencong
merupakan satu bentuk tulisan terawal di Alam Melayu. Tulisan ini kebanyakkannya
digunakan di Sumatera Selatan, iaitu di Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung,
Rejang, Jambi dan Minangkabau. Bentuk tulisan ini banyak ditulis di atas kulit-kulit
kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu bersurat. Tulisan
Rencong pernah dijumpai di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka
Barat dan tulisan ini kekal sehingga abad ke -18, sebelum Belanda menjajah
Indonesia. Contoh tulisan Rencong seperti yang terdapat didalam lampiran rajah 1.
Seterusnya adalah tulisan Pallava, menurut Nik Safiah (2010), tulisan ini
berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu sewaktu tiba di kawasan-kawasan
Melayu seperti Sriwijaya dan Palembang. Tulisan ini telah menerima pengaruh
bahasa Sanskrit kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan ketika itu. Penyebaran tulisan ini serta bahasa Hindu adalah terhad
dalam kalangan golongan istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk
mengajar orang kebanyakkan untuk membaca dan menulis. Tulisan Pallava terawal
ditemukan adalah pada sebuah tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara
Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala. Ia
ditemukan oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879. Yupa tersebut telah
disimpan di Muzium Nasional Jakarta sehingga kini. Contoh tulisan Pallava juga
boleh dilihat di lampiran rajah 2.

Tulisan terakhir adalah Tulisan Kawi. Tulisan Kawi ini adalah satu sistem
Tulisa selepas tulisan Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Pali. Kawi
bermaksud penyair da nberasal daripada perkataan Sanskrit. Ia dikatakan berasal
daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang telah dibawa masuk oleh orang-
orang India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menuliskan bahasa
Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa pada waktu itu. Sewaktu peringkat awal,
tulisa ini ditulis pada daun lontar dan kemudian ditulis pada batu. Sistem tulisan ini
telah menurunkan pelbagai bahasa daerah seperti Batak, Rejang, Lampung dan
Kerinci. Tulisan Kawi ini leyap pada tahun 1400 Masihi kerana runtuhnya kerajaan
Majapahit. Contoh tulisan Kawi adalah seperti yang terdapat pada lampiran rajah 3.
1.

Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang pernah menjadi bahasa Lingua
Franca pada zaman dahulu. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu
merupakan satu bahasa yang penting dan mempunyai sejarahnya tersendiri.
Sehingga hari ini Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia masih mengunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Oleh itu, bahasa Melayu berpotensi menjadi
sebuah bahasa rasmi ASEAN sekiranya negara-negara ASEAN memahami sejarah
dan bahasa Melayu itu sendiri. Terdapat juga beberapa langkah yang telah
dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau. Dalam usaha
ini terdapat pelbagai jalinan di peringkat serantau bagi memperkukuhkan bahasa
Melayu. Langkah-langkah tersebut merupakan bukti untuk memartabatkan bahasa
Melayu

Diantara bukti memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan penubuhan Majlis


Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). MABM telah dilancarkan pada 21 Ogos
2000, seiring dengan sidangnya yang pertama yang dihadiri oleh wakil 20 buah
negara anggota dari seluruh dunia. Matlamat penubuhan majlis ini adalah untuk
menyelaraskan segala aktiviti yang melibatkan pembinaan dan pengembangan
bahasa Melayu di peringkat antarabangsa juga menaungi jawatankuasa-
jawatankuasa bahasa yang ada pada pelbagai peringkat. sewaktu sidang pertama
MABM pada 21-23 Ogos 2000, 20 buah negara teah menghantar wakil yang terdiri
daripada anggota Majlis dan juga pemerhati. Negara yang terlibat adalah Afrika
Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, India, Indonesia, Jepun,
Jerman, Kemboja, Korea Selatan, Malagasi, New Zealand, Rusia, Sri Lanka,
Singapura, Tanzania, Thailand dan United Kingdom juga Malaysia sebagai tuan
Rumah.

Diantara tugas-tugas MABM adalah untuk menyelaras aktiviti kebahasaan


yang menjurus kepada matlamat pengembangan Bahasa Melayupada peringkat
antarabangsa. Fungsi pembinaan bahasa oleh MABM juga merangkumi aspek
penyelidikan bersama dengan pelbagai institusi dan agensi dalam bidang bahasa
dan persuratan Melayu juga usaha penterjemahan dan penerbitan bahasa Melayu.
Selain itu, fungsi pengembangannya pula merangkumi program pembelajaran dan
pengajaran di pusat-pusat akademik, institusi penyelidikan dan budaya
antarabangsa disamping mewujudkan kerjasama kebahasaan dan persuratan
Melayu seluruh dunia melalui program pengembangan. Berdasarkan minat institusi
pengajian di pelbagai negara untuk mempelajari bahasa Melayu, MABM telah
mengariskan 4 bidang utama sebagai penggerak dalam memartabatkan bahasa
Melayu bukan sahaja di ASEAN tetapi antarabangsa.

Bagi bidang kegiatan, MABM telah menganjurkan pelbagai program seperti


pertukaran pelajar dan pengajar, pertandingan dan pameran bagi mempromosikan
bahasa Melayu. Untuk bidang penelitian dan penerbitan pula, perkara yang telah
dilaksanakan adalah penyelarasan penyelidikan tentang pelbagai aspek linguistik
dan persuratan Melayu di seluruh Pusat Pengajian Melayu Sedunia, penerbitan
jurnal, monograf, buku dan bahan terbitan elektronik berkaitan bahasa dan
persuratan Melayu. Dalam bidang hal ehwal pengajaran pula, telah diusahakan
Penyediaan Sukatan Kursus Bahasa Melayu bagi Penutur Asing Pelbagai Peringkat.
Akhir sekali bahagian bidang anugerah dan pengiktirafan pula meliputi Penghargaan
kepada Tokoh Pengembangan Bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa
terutamanya Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, penghargaan kepada
pelajar terbaik di luar negara dan penghargaan kepada Institusi Pengembangan
terbaik di luar negara.

Bukti lain adalah penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darrusalam-Indonesia-


Malaysia (MABBIM). MABBIM merupakan gabungan pengembangan bahasa dari
tiga rumpun negara iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia. MABBIM ditubuhkan pada
4 November 1985 apaila negara Brunei telah menyertai kerjasama kebahasaan
yang awalnya dijalinkan oleh Malaysia dan Indonesia (MBIM). Tujuan dan fungsi
MABBIM adalah mementuk penyeragaman dan penyelarasan ejaan antara negara
anggota. Ia telah diisytiharkan pada 16 Ogos 1972 dan terlahirlah buku Pedoman
Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
pada 1975. Buku lain yang telah diwujudkan selepas itu adalah Pedoman
Transliterasi Huruf Arab ke Hurf Rumi pada tahun 1984.

Usaha-usaha ini memungkinkan komunikasi ilmu dapat diperkasakan melalui


pengistilahan atau penyusunan kamus istilah. Ia merupakan satu kegiatan utama
dan penting bagi usaha memperkasakan bahasa Melayu bagi seantero ASEAN dan
dunia. Kamus juga telah diterbitkan dalam bidang-bidang tertentu diantara negara-
negara anggota. MABBIM juga mempunyai jurnal tersendiri iaitu Rampak Serantau
yang telah diterbitkan setahum sekali oleh negara anggota secara bergilir-gilir.
Keluaran pertama jurnal ini adalah pada 1994 bermula di Brunei Darussalam.

Selain itu, bukti yang telah dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu
peringkat serantau ialah penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).
MASTERA ditubuhkan bagi merancang dan memantau perkembangan sastera pada
peringkat nasional. MASTERA dianggotai oleh tiga negara pendiri iaitu Brunei,
Indonesia dan Malaysia pada 25 Ogos 1996. MASTERA dijadikan sebagai sebuah
majlis serantau yang mewakili Lembaga pemerintah atau kerajaan setiap negara
anggota selain negara pendiri. Keanggotaannya juga terdiri daripada 3 ahli dan
negara pemerhati. MASTERA berfungsi untuk membina dan mengembangkan
sastera dalam bahasa Melayu, mengenal pastu karya sastera yang bermutu tinggi
dalam pelbagai genre bagi diterjemahkan ke dalam bahasa negara anggota dan
negara pemerhati. Ia juga memberi pengiktirafan kepada pengasilan karya sastera
oleh penulis yang bermutu.

Di Malaysia, Urus setia MASTERA dipertanggungjawabkan kepada DBP


manakala Brunei pula diletakkan dibawah Dewan Bahasa negara tersebut.
Indonesia pula telah meletakkan sekretariatnya di Pusat Bahasa Indonesia, di
Jakarta. Kini MASTERA telah menerima keahlian dari negara Singapura pada 17
Oktober 2012 secara rasmi. Pada awalnya Singapura ialah negara pemerhati, tetapi
sikap Singapura yang selalu ikut serta dalam aktiviti MASTERA telah menjadikan
Singapura ingin turut serta secara rasminya ke dalam MASTERA. Kini Thailand juga
telah menganggotai MASTERA

Bukti terakhir ialah pembinaan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau


(FOKEPS). FOKEPS telah lama dicadangkan melalui satu memorandum
persefahaman yang dijalinkan daintara DBP dengan Balai Pustaka. Memorandum ini
telah ditandatangani pada 21 Ogos 1995 berintikan kerjasama dalam bidang
penerbitan antara DBP dan Balai Pustaka. Oleh itu, FOKEPS telah ditubuhkan pada
15 Mac 2001. Tujuan FOKEPS ditubuhkan adalah untuk memasarkan penerbitan
buku yang telah dihasilkan ndan diterbitkan di negara anggota untuk pasaran
serantau. Ia juga dijadikan sebagai sebuah rangkaian kerjasama melaksanakann
dan memantau aktiviti penerbitan karya bahasa Melayu pada peringkat serantau.
Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Ia juga telah mendapat sambutan yang baik pada peringkat
antarabangsa. Bahasa Melayu juga telah menjadi satu bahasa yang dapat
menjalinkan hubungan antara negara-negara lain. Justeru penggunaan bahasa
Melayu pada peringkat ASEAN bukanlah sesuatu perkara yang mustahil sekiranya
kita terus melakukan usaha dan menjulang bahasa Melayu ke peringkat
antarabangsa.

Maniyamin

Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988),
sajak mempunyai dua pengertian yang difahami oleh orang Melayu dari segi
karangan berangkap iaitu sejenis karangan berangkap seperti pantun dan syair dan
Suatu jenis karangan berangkap cara baru dalam Bahasa Melayu dimana
keadaannya serupa dengan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi
mempunyai perbezaan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang
tertentu.

Berfikir dan terus berfikir

Termenung sendiri
Berfikirberfikirberfikir

Menilai diri anugerah Ilahi

Sempurnakah imanku

Kuatkah aku mengejar sabar

Kuatkah aku harungi dugaan-Mu

Ya Rahman

Ya Rahim

Maha suci-Mu ya Allah

Aku berdoa memohon

Suburkanlah kesabaran buatku

Suburkanlah kekuatan jasmani rohaniku

Teguhkanlan keimananku
Untuk kehidupan ini

Agar diriku pasrah

Pasrah dalam redha

Redha dengan hakikat

Hakikat duniawi

Ya Allah

Hanya padamu

Untuk hidup dalam keredhaan

Redha yang abadi

Anda mungkin juga menyukai