Anda di halaman 1dari 3

a) Perincikan ciri-ciri bacaan mekanis dan bacaan mentalis.

Dalam jenis pembacaan mekanis dan mentalis, terdapat beberapa ciri


tertentu yang dapat kita lihat dan bezakan. Ciri utama bacaan mekanis ialah
membaca secara bersuara. Membaca secara mekanis adalah satu aktiviti membaca
secara jelas dengan suara yang nyaring supaya dapat menangkap dan memahami
informasi, fikiran dan perasaan seorang pengarang. Pembaca perlulah mempunyai
kecepatan mata yang tinggi dan pandangan mata yang jauh. Seterusnya, pembaca
perlu mengunakan nada suara yang tepat dan membaca dengan jelas supaya
pendengar dapat memahami dengan jelas. Selain itu, bacaan mekanis juga
merupakan satu perkara yang kompleks dan agak rumit kerana pembaca perlu
memahami setiap perkataan supaya dapat mengeluarkan intonasi dan nada yang
tepat. Bacaan secara mekanis juga lebih tertumpu kepada usaha menganalisis
ucapan daripada pemahaman. Kebiasaannya bacaan secara mekanis mengambil
masa yang lebih panjang.

Ciri utama bacaan mentalis pula merupakan bacaan secara senyap atau
membaca dalam hati. Ia melibatkan ingatan visual, pengaktifan mata dan ingatan.
Hal ini supaya pembaca dapat memperoleh informasi dan pemahaman dengan
jelas. Selain itu, membaca secara mentalis melibatkan dua jenis bacaan, iaitu
membaca insentif dan membaca ekstensif. Kelajuan bacaan mentalis adalah lebih
pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam
bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan dalam bacaan senyap. Jadi, bacaan mentalis ialah bacaan yang
disuarakan dalam hati dengan menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa
mengeluarkan suara.
b) Bandingkan bacaan intensif dengan bacaan ekstensif dari aspek konsep dan

tujuan pelaksanaannya.

Bacaan intensif dan bacaan ekstensif pada dasarnya merupakan jalur


daripada bacaan mentalis. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan
yang dapat dilihat terhadap dua jenis bacaan ini. Dari segi konsep, bacaan intensif
adalah satu kegiatan mebaca secara teliti melibatkan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan guru. Ia memberi
asas untuk pengajar bagi menjelaskan dan memberi penerangan tentang struktur
yang sukar disamping memberi asas untuk meningkatkan perbendaharaan kata.
Bacaan intensif merupakan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa atau susunan kata
dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemukan oleh murid dalam
pembacaannya. Gerak laju dan kelinan latihan bagi bacaan ini dianggap penting.
Manakala konsep bacaan secara ekstensif pula, adalah pembacaan secara meluas.
Aktiviti ini melibatkan pembacaan teks secara singkat dan secara sendiri tanpa perlu
bimbingan guru. Pelajar dapat membaca sebanyak mana bahan yang diminati
dengan perasaan puas, seronok dan terhibur. Bahan bacaan lebih luas sesuai dari
segi perbendaharaan kata juga minat, umur, jantina, pengalaman, sikap serta cita-
cita pelajar. Bahan bacaan juga perlulah daripada bahan yang berbeza.

Tujuan pembacaan intesif pula ialah supaya pelajar dapat membetulkan


pelbagai aspek dari segi sebutan dan intonasi dengan lancar dan dapat
menggunakan tanda baca dengan baik. Pelajar juga dapat mempertingkatkan
kebolehan mentafsir penulisan dengan mengkaji susunan ayat dalam kamus. Akhir
sekali pelajar dapat membuat kesimpulan tentang apa yang dibaca. Manakala tujuan
pembacaan ekstensif pula ialah menggalakkann pelajar membaca secaraa sendiri
dengan fasih dan lancar. Disamping itu, pelajar dapat menambah pengetahuan
sendiri sambil menghiburkan diri. Pelajar juga dapat memperkayakan
perbendaharaan kata, menambahkan minat membaca disamping mempertingkatkan
mutu dan kepantasan pembacaan mereka.
2. Cabaran Guru dalam Mendepani Norma Baharu Pendidikan.

Di era pandemik ini, pelbagai masalah dan cabaran yang diterima oleh semua
bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran negara. Hal ini berpunca daripada
daripada satu wabak penyakit yang telah mengancam jutaan penduduk di dunia.
Sejarahnya pada sekitar penghujung 2019, dunia telah dikejutkan dengan satu
wabak pandemik COVID-19 yang pada awalnya dikesan di Wuhan, China. Susulan
daripada wabak yang semakin merebak itu, pada Mac 2020 pertubuhan kesihatan
sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai satu wabak
pandemik. Dengan itu, kerajaan telah mengambil tindakan drastik atas nasihat WHO
untuk melakukan kuarintin atau lebih popular dikenali sebagai Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai sektor-sektor
perindustrian, ekonomi dan pendidikan terpaksa akur bagi mengurangkan
pergerakan dengan menghentikan seketika aktiviti yang dijalankan. Sebulan
telahpun berlalu, tetapi masih tiada

Anda mungkin juga menyukai