Anda di halaman 1dari 5

BMMB3043 KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI II (25%)

DUE DATE: 21 APRIL 2022

Berdasarkan Big ldea: Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21: Ke arah Kemenjadian Murid
sediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahap 2 yang mengandungi
objektif pengajaran dan menggunakan bahan dalam Kit Pembelajaran yang dihasilkan dalam
kursus BMMB3052.

Panjang esei ialah 1000 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan anda harus meliputi perkara yang berikut:


i. Huraian yang jelas dan terperinci tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan.
ii. Penulisan melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2.
iii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan objektif pengajaran yang dirancang dengan
memasukkan Kemahiran Abad Ke-21, Kemahiran Teknologi Maklumat, bahan
bantu mengajar daripada Kit Pembelajaran, lembaran kerja yang sesuai dengan
tema, tajuk dan aspek tatabahasa Bahasa Melayu.
iv. Perbincangan secara kritis tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
memasukkan Kemahiran Teknologi Maklumat dan bahan bantu mengajar untuk
mencapai objektif PdP yang dipilih.
v. Kandungan aktiviti PdP mempamerkan idea yang kreatif untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan Standard
Pembelajaran.
vi. Keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pengolahan menunjukkan
keaslian hasil tugasan.
vii. Panjang esei 1000 patah perkataan (tidak termasuk lampiran, semua bahan sokongan
projek seperti peta pemikiran, grafik, gambar, carta, jadual dan sebagainya).
viii. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
Hasil Pembelajaran Kursus (Khusus untuk Tugasan 2):

1. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta


merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas
secara bertulis; (C3, PLO3, PLO6, CTPS1, LL1)

Draf:

Penghargaan

Kandungan

1.0 Pendahuluan

2.0 Definisi Big Idea: ‘Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21: Ke arah Kemenjadian Murid’

3.0 Butiran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

*Tema, Tajuk, Kemahiran Fokus, SK, SP, Objektif Pembelajaran, BBM

4.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2

4.1 Set Induksi

4.2 Langkah 1

4.3 Langkah 2

4.4 Langkah 3

4.5 Langkah 4 dan seterusnya….. (jika ada)

4.6 Penutup

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

Lampiran
Perkara Penting:

- WAJIB: Pilih DSKP TAHAP 2


- Bahagian Kandungan perlu ditulis menggunakan tulisan TIMES NEW ROMAN, Saiz 11
- Rujukan sekurang-kurangnya 7 untuk markah A+ (4 rujukan = markah C & C+)
- Rujukan haruslah merangkumi DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, jurnal yang
berkaitan dengan DSKP.
- 1000 patah perkataan.

Penerangan:

- Pendahuluan
*Maksud, matlamat, objektif DSKP
*Kelebihan PdP yang mengandungi TMK dan PAK-21 (secara ringkas)
*Tujuan penulisan
*Nyatakan DSKP BM tahun berapa yang dipilih

- Definisi Big Idea: ‘Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21: Ke arah Kemenjadian Murid’
*Konsep abad ke-21
*Pendapat tentang Big Idea tersebut
*Hurai Big Idea secara ringkas (cara mencapai Big Idea)

- Butiran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


*Tema, Tajuk, Kemahiran Fokus, SK, SP, Objektif Pembelajaran, BBM

- Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2
*Huraian jelas dan TERPERINCI bagi setiap langkah.
*Mesti ada elemen TMK dan PAK-21
*Kait dengan Kemenjadian Murid
*Aktiviti PdP selaras dengan objektif pembelajaran

- Kesimpulan
*Kepentingan TMK dan PAK-21 dalam PdP
*Kaitkan dengan situasi semasa
Info KK Kajian Kurikulum BM SK:

Maksimum
Bil. Nama Pensyarah Kelas Komen Tentang Draf
Jumlah PP

Nampak macam ok tu. Point


Cik Wan Mardziyah Bt Wan G1 1150 PP
1 huraikan yang utama sahaja. Tak
Hasbullah G2 SAHAJA
perlu ambil semua. 6 isi cukup dah.

G3 1200 PP
2 Puan Sabariah Bt Yaakub Setakat ni draf tu ok.
G4 SAHAJA

Draf sesuai. Dalam setiap langkah,


terangkan penggunaan BBB dan
1000 PP kemahiran abad ke-21 yang
3 Cik Hayati binti Mat Yusof G5
SAHAJA diaplikasikan. Sertakan lampiran
tentang BBB yang digunakan.
Contoh: pautan video.

1000 PP Draf diterima. Hanya perlu buang


4 Puan Habsah Bt Majid G6
SAHAJA Set Induksi itu.
Rubrik A+:

• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan DSKP BM


SR Tahap 2 yang menunjukkan penguasaan Kemahiran Abad Ke-21 menggunakan
bahan dalam Kit Pembelajaran (NPDL) dengan amat jelas.
• Amat berkebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai
sumber.
• Mempamerkan penulisan objektif PdP yang amat sesuai dan relevan dengan Standard
Pembelajaran.
• Mengaplikasikan strategi pengajaran dengan aktiviti PdP yang amat sesuai dan amat
relevan.
• Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berunsurkan teknologi maklumat
berdasarkan kemahiran yang dipilih amat relevan.
• Mempamerkan pemahaman yang amat baik tentang aktiviti PdP serta menilai
perbincangan.
• Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat, BBM dan lembaran kerja untuk
mencapai objektif PdP yang dipilih dengan amat jelas dan amat relevan.
• Mengemukakan hujah yang sangat relevan dan amat mudah difahami.
• Penggunaan bahasa yang amat baik dengan kesilapan bahasa dan ejaan yang paling
minimum.
• Pengolahan idea yang sangat sistematik.
• Sumber rujukan yang amat relevan dan pelbagai dengan menggunakan tujuh rujukan
termasuk jurnal yang berkaitan dengan DSKP (LL1).

Anda mungkin juga menyukai