Anda di halaman 1dari 1

Malam itu

Pagi itu, tiba-tiba mendung. Hujan lebat turun mencurahkan tangisnya kebumi. Aku masih lagi terbaring di dalam
kamar. Sambil menunggu karma menjemput. Tali sudah tergantung, tingkap sudah di kedapkan. Sudahku puas
merasai hidup, mungkin mati juga pengalaman. Ku perhatikan kipas syiling yang memutar perlahan-lahan. Sebaik
sahaja ia berhenti, disitulah tamat masaku. Aku….

“Wei, kejap-kejap. Kau tulis cerita depress-depress ni dah kenapa?” soal Layla, Editor aku. “Alaa, zaman
sekarang ni kan Kak, orang suka cerita-cerita Thrill. Bukan apa, saya dah muaklah dengan cerita cinta ni bosan” balas
aku. “Bosan?... Syahirah, kau bosan sebab kau tak pernah bercintakan. And lagi satu, aku tua setahun je dari kau, tak
yah nak akak-akak sangat eh” balas Layla. “Baik Sis” jawabku. “Kalau ‘Sis’ tak apa” katanya. “Bukan sama… ahh tak
apalah, habistu nak kena buat barulah ni?” tanya aku. “Yup, buat baru” jawabnya kembali.

Anda mungkin juga menyukai