Anda di halaman 1dari 22

Sejarah Tulisan Jawi

Sejarah Tulisan Jawi

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad
10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu.
Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama
Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain
menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam.
Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab
sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd
Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah
huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke
sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh
Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik
huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi.
Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan Jawi (
)berasal daripada bahasa Arab Jawah ((. Kemudian, orang Melayu
menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam
Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999)
perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan
Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan
tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang
kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan
Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di
Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani,
Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan
negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama alJawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada
suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul
Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail
Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan
seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam
menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain,
1996). Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan
dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di
Indonesia terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau tulisan Melayu
Arab.
Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di
banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang
Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain.
Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China,
Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan

juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf
Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau
digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantrenpesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab
Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

2.2

Tulisan Jawi Dalam Sejarah Bahasa Melayu

Ahli Sejarah menamakan Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman


dahulu sebagai Bahasa Melayu kuno dan perkembangan bahasa itulah yang
mewujudkan bahasa Melayu. Para sarjana seperti Swift, Parkinson, Nelson, Wilson
dan lain-lain (Sidek Saniff et.al , 2007) mempercayai bahawa bahasa Melayu kuno
itu sudah mempunyai huruf dan sistem tulisan sejak zaman awal pertumbuhannya
(Syed Naquib Al Atas, 1990). Tulisan kuno ini, yang dipercayai seakan-akan tulisan
Rencong seperti yang terdapat di Sumatera dan tulisan Kawi yang terdapat di Jawa,
dikatakan berasal daripada tulisan Kampuchea purba. Tulisan itu tidak dapat kita
warisi kerana bahan yang dijadikan kertas pada zaman itu tidak bertahan lama dan
orang-orang dahulu kurang berminat untuk menyimpannya. Lebih-lebih lagi
beberapa malapetaka sejarah seperti pembinasaan secara sengaja telah dilakukan
oleh kalangan istana terhadap segala sesuatu yang berbau Hindu di peringkat awal
perkembangan Islam di kepulauan ini (Hashim Hj Musa, 1999).
Oleh sebab kewujudan huruf dan sistem tulisan bahasa Melayu pada zaman
awal pertumbuhannya itu, sekadar anggapan ahli sejarah, dapat dirumuskan
bahawa bahasa Melayu bukan bahasa yang penting tetapi hanyalah merupakan
satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu
sahaja. Perkembangan bahasa Melayu kuno dapat dianggap bermula pada abad
ketujuh Masehi (Hashim Hj Musa, 1997). Ada empat batu bersurat tinggalan abad
ini. Batu bersurat yang pertama, dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang,
bertarikh 683 Masehi; batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo,
Palembang, bertarikh 684 Masehi; batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang
Brahi, Jambi, bertarikh 686 Masehi; dan batu bersurat yang keempat ditemukan di
Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu bersurat itu tertulis
dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India (Hashim Hj
Musa, 1992,1992). Bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat itu terlalu jauh
berbeza daripada bahasa Melayu kini. Para sarjana menganggapnya sebagai
contoh bahasa Melayu kuno. Sebuah batu bersurat lagi dijumpai di Gandasuli, Jawa
Tengah. Batu bersurat itu ditulis dengan huruf Nagiri. Huruf ini berasal dari utara
India dan mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha. Batu bersurat itu
dianggap sebagai penyata betapa jauhnya pengaruh bahasa Melayu ketika itu,
sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa, satu tempat yang bahasa
daerahnya amat berlainan sama sekali.

Batu-batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kuno


menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Batu bersurat bertarikh 1356 Masehi
yang ditemukan di Pagar Ruyong dan Batu Bersurat (nisan) bertarikh 1380 Masehi
di Minye Tujuh, Aceh, menunjukkan bahawa tulisan itu mungkin digunakan hingga
abad keempat belas. Catatan pengembara Cina pula, seperti I -Tsing yang pernah
singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masehi, serta beberapa bukti sejarah yang lain,
menunjukkan wujudnya kataMelayu (Mo-lo-yu) dan luasnya penggunaan bahasa
Melayu kuno sejak abad ketujuh lagi. Oleh sebab hal ini jugalah maka sarjanasarjana kita berpendapat bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa
perantaraan (lingua franca) lebih awal dari kurun ketiga belas. Profesor Ismail
Husain membuat kesimpulan:
Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti, bahawa dalam abad
ketujuh dan dalam abad-abad berikutnya, bahasa Melayu sudah dapat dan memang
digunakan sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu
dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian di daerah-daerah yang
bukan termasuk daerah bahasa Melayu yang sebenarnya.

Bagaimanapun, kenyataan di atas tidak menunjukkan kepada kita ketinggian


bahasa Melayu ketika menggunakan huruf yang dibawa dari India itu. Batu Nisan
Minye Tujuh yang bertarikh 1380 Masehi dan masih menggunakan huruf Pallava,
mungkin membuktikan bahawa Bahasa Melayu sudah begitu tinggi sehingga dapat
menjadi bahasa penyataan puisi yang halus tetapi tidaklah sebanding dengan
mutu bahasa pada Batu Bersurat Terengganu, yang 83 tahun lebih awal daripada
Batu Nisan Minye Tujuh. Penemuan itu adalah lebih dekat dengan gaya Bahasa
Melayu kini dan kemelayuan bahasanya juga jelas. Sebaliknya, gaya bahasa yang
terdapat pada Batu Nisan Minye Tujuh ialah gaya bahasa pra-Islam. Lebih menarik
lagi apabila kita fikirkan pandangan Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas
(1990) yang mengatakan bahawa sebelum Islam tiba di Kepulauan Melayu, tiada
terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar bahasa Melayu. Terdapat
pendapat lain mengatakan orang Melayu sebelum kedatangan Islam dikategorikan
sebagai buta huruf. Menurut beliau,
Bahasa Melayu kuno yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat dirumuskan
sebagaiMelayu, kerana zaman itu nampaknya belum timbul konsep bahasa Melayu.
Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiada memberi kesimpulan yang cukup dan
jelas terhadap bentuk sifat bahasa orang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan
yang terpahat padanya, adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lainlain yang mungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiada
membayangkan bahasa orang sehari-hari. Nampaknya besar pula kemungkinan
bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan tunggal, satu abjad, yang
menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat bahasa meliputi golongangolongan yang dapat diberi gelaran Melayu.

Penemuan bahan sejarah ini menjelaskan tentang kedudukan bahasa


Melayu serta tulisannya sebelum kemunculan tulisan jawi. Pertama, bahasa Melayu
mula tumbuh pada abad ketujuh Masehi. Kedua, abad ketujuh hingga abad kedua
belas merupakan tahap perkembangannya secara evolusi. Pada tahap ini bahasa
Melayu berkemungkinan menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu tetapi
belum dapat menyaingi bahasa Jawa yang terbukti lebih maju. Walaupun bahasa
Melayu belum dapat menyatukan pelbagai bahasa daerah yang terdapat di
Kepulauan ini, bahasa Melayu bermula, secara evolusi, menjadi bahasa ilmu
pengetahuan tetapi belum boleh dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang
sebenarnya. Ketiga, bahasa Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan tetapi
belum mempunyai satu sistem tulisan yang praktis (Edwar Djamaris, (1980) dan
Ismail Hussein, (1981).
Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa
Melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Teresat,
kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batu itu terpahat huruf
Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu
bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi.
Inti batu bersurat itu bertulis pengumuman sepuluh fasal syarat undang-undang.
Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja dan orang
besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran Rasulullah SAW.
Penemuan ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masihi, sekurang-kurangnya
di Terengganu, sudah ada orang yang mengetahui atau boleh membaca tulisan jawi.
Perkara inilah dapatdirumuskan bahawa penulisan bahasa Melayu telah mengalami
beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.
Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan
Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan
seperti berikutTulisan Rencong, Tulisan Pallava, Tulisan Kawi, Tulisan jawi,
dan Tulisan Rumi (Hashim Hj Musa, 1996).
Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu
dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk
kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di
dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam Sejarah Melayu
(Hashim Musa, 1996) dicatatkan bahawa tulisan jawi telah digunakan untuk perkara
berikut:
i. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui
di Sungai
Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
ii. Batu hidup. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan
Kempas,
Negeri Sembilan.
iii. Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya
kerajaan-

kerajaan Islam pada zaman silam.


iv. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama
raja Melayu
yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan
Muzaffar Shah,
Mansur Shah dan lain-lain.
v. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu
tetapi juga
dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau
raja Inggeris
atau raja-raja lain.
vi. Kitab dan buku. Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk
manuskrip
(bertulisan tangan) atau cap batu.
vii. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.
iix. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapalkapal
perdagangan.
ix. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan
Arifin,
surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.
x. Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang
dibacakan
ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.

Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tulisan jawi pada waktu itu
digunakan dengan meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap satu
tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaan yang
meluas itu telah menarik perhatian penulis-penulis tempatan dan luar negeri seperti
W.G Shellaber (1925) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling, R.J. Wilkinson
dan Winstedt dengan terbitan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901,1903, 1913, 1939)
yang masih menggunakan versi ejaan jawi tua. Sehingga kini penyelarasan Tulisan
jawi dibuat dari masa ke semasa oleh tokoh tersohor jawi iaitu Ahmad bin Mathlob
atau lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. Sumbangan beliau dalam usaha
memartabatkan Tulisan jawi sangat besar memandangkan kerajaan Malaysia kini
semakin giat mencari satu alternatif untuk memulihkan Tulisan jawi sejak daripada
peringkat sekolah rendah.

SEJARAH

Pelbagai sistem tulisan yang pernah digunakan oleh bahasa Melayu


sepanjang riwayat hidupnya. Ini dapat dibuktikan daripada tinggalan
sejarah dalam bentuk palaeografi dan juga epigrafi. Namun sistem tulisan
Jawi adalah yang paling lama dan luas digunakan oleh bahasa
Melayu. Tulisan Jawi telah digunakan dalam manuskrip Melayu sejak abad
kesepuluh Masihi sehingga dewasa ini. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi
bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina
dan Indonesia.

Tulisan Jawi telah mengalami beberapa tahap pensisteman


dalam sejarah perkembangannya. Tulisan ini bersumberkan tulisan Arab
tetapi ditambah lima abjad baru untuk melambangkan lima bunyi bahasa
Melayu yang tidak ada dalam bahasa Arab. Dengan demikian, tulisan Jawi
mengandungi 29 abjad Arab dan lima abjad ciptaan Melayu sehingga
menjadi 34 abjad semuanya. Pada tahun 1986 telah ditambah satu lagi
abjad untuk melambangkan bunyi v yang berasal dari
Eropah. Penyesuaian dan pembaikan masih lagi difikirkan bagi sistem
ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sejarah Ringkas Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu dan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam


Pasai. Tulisan Jawi kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka, Johor dan
juga Acheh pada abad ke 17. Tulisan dan skrip Jawi berasal daripada
skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan
kedatangan agama Islam. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu
memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam dan tulisan
Jawi. Mengikut beberapa pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula
diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah
abad ke 13 Masihi.

Oleh itu, sejarah kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu


ada kaitannya dengan tulisan Jawi. Ini dibuktikan dengan kemunculan
tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab/Islam. Pelbagai teori dan
pandangan dikemukakan bagi menguatkan hujah tentang kedatangan
Islam. Para pengkaji barat dan Timur termasuk pengkaji tempatan sendiri
seperti Syed Naquib al-Attas, Omar Awang, Fatimi S.Q., Wan Hussin Azmi
dan sebagainya menegaskan bahawa kedatangan Islam bukan sahaja
membawa agama dan kepercayaan tetapi aspek budaya Melayu yang lain.

Perkembangan Tulisan Jawi

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan


penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara
penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Sebagai contoh, tulisan Jawi digunakan dalam perjanjianperjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak
berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu Pemasyuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia ditulis dalam tulisan
Jawi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Melayu Tidak Bersekutu
semasa penguasaan British. Kini tulisan Jawi digunakan dalam urusan
agama Islam dan adat istiadat Melayu di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan
Terengganu.

Banyak kajian telah dilakukan tentang perkembangan


sistem tulisan Jawi di Kepulauan Melayu yang dijalankan oleh orang
Barat. Mereka berbuat demikian kerana tugas atau ada kaitan dengan
keperluan pentadbiran, perniagaan dan agama Kristian. Ada juga yang
melakukannya disebabkan oleh kecenderungan kesarjanaan mereka, iaitu
sebagai pembawaan daripada tradisi pengajian yang dialami mereka di
Universiti Cambridge, Oxford, Leiden dan lain-lain.

Shellabear yang menulis artikel tentang perkembangan


ejaan Melayu (Jawi) pada tahun 1901 (the Evolution of Malay Spelling,
JMBRAS, 1901,Vol. 36: 75 135), telah menyebut dan memberi ulasan
terhadap beberapa orang pengkaji Barat yang telah menyelidiki bahasa
Melayu, termasuk ejaannya (Jawi). Antaranya ialah van Rongkel,van
Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de
Hollander, van der Tuuk, Pihnappel, Klinkert dan Wilkinson dan
Shellabear. Mereka telah menyuarakan rasa kagum kerana keseragaman
ejaan Jawi yang terkandung dalam manuskirp-manuskrip, sebelum kurun
ke -17 Masihi yang tertulis di seluruh pelosok Kepulauan Melayu dari
Acheh ke Sulawesi. Beliau telah memberi dua sebab tentang hal

itu. Pertama, kemahiran menulis pada masa itu, hanya dikuasai oleh
beberapa orang tukang tulis. Mereka ini tentu sekali terlatih dalam
kaedah penulisan dan dengan itu dapat menjaga
keseragamannya. Kedua, teks pada masa itu tentang agama dan
kerajaan, yang ditulis oleh mereka yang terpelajar sahaja.

Satu perkara yang amat menarik yang dinyatakan oleh


Shellabear (ibid.: 77-78) ialah orang Melayu menerima sistem tulisan Jawi
ini secara langsung daripada orang Arab, dan orang Arablah yang mulamula menggunakan sistem tulisan Arab untuk menulis bahasa Melayu
yang seterusnya terkenal dengan nama tulisan Jawi itu.

Oleh sebab kebanyakan sistem tulisan Arab tidak


menggunakan tanda baris, maka penulisan tanpa tanda baris telah
menimbulkan kekeliruan dalam bahasa Melayu. Kekeliruan tersebut
berlaku kerana tanda baris bahasa Melayu tidak dapat diramalkan seperti
dalam bahasa Arab. Oleh itu pada awal penggunaan tulisan Jawi,
mengikut Shellabear, tanda baris digunakan, termasuklah tanda
tasydid. Tetapi setelah jurutulis-jurutulis sudah biasa dengan ejaan
perkataan-perkataan, maka tanda baris itu ditiadakan kecuali;
... in the cases of unusual words and peculiar derivatives.

Demikianlah caranya kata Shellabear, bahasa Melayu ditulis dengan


tulisan Jawi pada awal abad ke-17 Masihi.

Pada tahun 1812 Marsden telah memperkatakan tulisan


Jawi dalam bukunya A Grammar of the Malayan Language (London,
1812). Marsden menyebut tentang 28 abjad Arab (yang sebenarnya 29,
iaitu abjad hamzah tidak diambil kira olehnya), yang dipinjam oleh
bahasa Melayu dan mencipta enam abjad baru (termasuk yang
kemudian digugurkan). Marsden menghuraikan penggunaan tiap-tiap
abjad dalam perkataan dan menamakan abjad-abjad itu sebagai konsonan
seperti halnya dalam bahasa Arab (Marsden, 1812: 14). Tentang vokal,
Marsden mengatakan tulisan Melayu juga menggunakan sistem
pemvokalan seperti bahasa Arab (ibid.) dengan menggunakan tanda-tanda
baris, iaitu atas, bawah, dan hadapan. Marsden juga membincangkan
tanda-tanda ortografi dalam tulisan Jawi seperti jezm (tanda mati),
tasydid, hamzah, meddah (panjang pendek) dan angka (ibid,:20).

Pada tahun 1913, R.O. Winstedt telah memperkatakan


ejaan Jawi dalam bukunya Malay Grammar (Oxford, 1913). Kajian
Winstedt tentang ejaan ini jelas berasaskan kajian-kajian terdahulu,
terutamanya yang dilakukan oleh Marsden (1812) dan Shellabear
(1901). Oleh itu tidak banyak perkara baru yang diperkatakannya, kecuali
tentang tiga teori yang berkaitan dengan penggunaan huruf saksi oleh
tukang tulis Jawi yang berpendidikan Arab dan kemunculan penggunaan
hamzah ( Winstedt, 1913: 41-42). Selain ejaan Jawi, Winstedt juga
telah memperkatakan ejaan Rumi bahasa Melayu (ibid.:43).

Di kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang


mula-mula memperkatakan sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam
tulisannya Bustan al-Katibin (1267 H./1857 M.) Huraian Raja Ali Haji
tentang ejaan Jawi, sebenarnya merupakan panduan untuk mengenal,
menyebut dan menggunakannya dalam bentuk tulisan.

Tokoh Melayu seterusnya yang memperkatakan sistem


tulisan Jawi ialah Muhammad Ibrahim, iaitu anak Abdullah Munshi, yang
telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878 M. Buku ini
juga merupakan panduan tentang kaedah ejaan Jawi.

Tokoh Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan


Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala
permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dalam tulisannya
yang bertajuk Jawi Spelling (JMBRAS, vol. IV, 1928, hlm. 80-104). Beliau
telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya
ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan
dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan
intonasi, perkembangan penggunaan abjad , , penggunaan abjadabjad , dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir
kata. Zaba seterusnya menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu JawiRumi pada tahun 1949. Beliau juga telah membincangkan kaedah ejaan
Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur, iaitu Pelita Bahasa
Melayu penggal I (1940).

Dua orang tokoh Melayu lagi yang pernah memperkatakan


ejaan Jawi ialah Raja Haji Muhammad Tahir bin almarhum Murshid Riau
yang termuat di dalam bukunya Rencana Melayu (1928). Seorang lagi
tokoh Melayu ialah Mejar Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman yang telah
menulis buku Buku Katan (1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).

Pada tahun 1954, sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan


Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di
Seremban, telah membandingkan sistem tulisan Jawi dan Rumi. Hasil
daripada penyiasatan itu maka disimpulkan (dalam Memorandum
Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954) 11 kelebihan tulisan
Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi, dan satu kelemahan
tulisan Rumi berbanding dengan satu sahaja kelebihan tulisan Jawi.

Daripada hasil penyiasatan di atas, maka Angkatan


Sasterawan 50 telah mengesyorkan bahawa tulisan Rumi dirasmikan bagi
persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga
masa akan menentukannya. Pengesyoran ini telah diterima oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, di Singapura/Johor Bahru, 1956,
sambil mengambil ketetapan membentuk satu badan untuk mengkaji
bagaimana hendak memelihara tulisan Jawi dan bagaimana hendak
menyamakan ejaan tulisan Jawi di Malaya dan Indonesia.

Dalam tahun 1972, Raja Mukhtaruddin Dain, telah


mengesyorkan satu sistem pemvokalan ejaan Jawi melalui penggunaan
tanda-tanda baris sepenuhnya dengan mengetepikan penggunaan
abjad , , untuk menandakan bunyi vokal (Raja Mukhtaruddin Dain,
1972: 309-312). Beliau mengesyorkan tanda baris di atas melambangkan
vokal a, tanda baris di bawah melambangkan vokal i, tanda baris di
hadapan melambangkan vokal u, dan sebagainya.

Pada tahun 1981 Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan


Bahasa Malaysia di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengesyorkan supaya ejaan Jawi pada masa itu dikaji semula dan
diperkemaskan. Oleh itu, pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan
Bahasa dan Pustaka, Awang Mohamad Amin, telah membuat penyelidikan
tentang tulisan Jawi yang berjudul Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan
Jawi Zaba. Tujuannya adalah untuk mencari data tentang ejaan Jawi
bahasa Melayu dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai
asas untuk menyempurnakan ejaan tersebut.

Bagaimanapun, hasil kajian tersebut telah dibahaskan oleh


Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain dalam artikelnya Laporan
Tentang Satu Kajian Kaedah Ejaan Melayu Zaba yang dibuat oleh Tuan
Awang Mohd. Amin dan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman dalam
artikelnya Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi Keperluan
Masa Depan dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada bulan Februari 1983. Sebagai kesan daripada perbincangan

dalam bengkel itu, satu jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan
Pustaka, telah dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada pada
masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Zaba) dan memperkemaskannya.

Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam Konvensyen


Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada bulan April, 1994. Sistem
ejaan itu diterima oleh konvensyen, dan sebagai natijahnya, pada tahun
1986, diterbitkanlah buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi tiga bab, iaitu tentang
pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf dan cara penulisan dan kaedah
mengeja Jawi. Pada tahun 1988, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan
pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.

Di kalangan orang Timur, Kang Keong Seock (1986) dari


Korea telah menyiapkan satu kajian berjudul Perkembangan Tulisan Jawi
dalam Masyarakat Melayu sebagai satu tesis Sarjana Sastera di Universiti
Malaya, yang kemudiannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(1990). Dalam kajiannya, Kang menyentuh tentang sejarah
perkembangan tulisan Jawi daripada bentuk Arab kepada Melayu asli dan
menghuraikan perkembangan tulisan Jawi. Kang telah mengesyorkan satu
sistem gaya tulisan Jawi yang baharu. Pengesyorannya yang pertama
adalah untuk melestarikan prinsip penggunaan baris yang ada pada ejaan
Arab bagi bunyi-bunyi vokal pada suku kata tertutup. Pengesyorannya
yang kedua pula adalah bunyi vokal dalam suku kata terbuka mesti
dilambangkan oleh abjad vokal yang sebenar.

Penutup

Secara ringkasnya tulisan Jawi berkembang dengan


kemunculan dan penyebaran akhbar-akhbar dan majalah-majalah Melayu
dalam ejaan Jawi dan penubuhan sekolah-sekolah Melayu dan penerbitan
buku-buku pelajaran sekolah. Namun terdapat masalah dalam
penyelarasan ejaan Jawi terutama sekali dalam pengejaan diftong dan
juga pada persukuan kata tertentu. Walaupun terdapat kedua-dua buah
buku panduan ejaan Jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, namun dari segi perlaksanaannya mengambil masa yang lama
terutama untuk mengubah sesuatu sistem yang sekian lama wujud dan
telah berakar umbi dalam kebiasaan masyarakat Melayu. Namun setelah
tulisan Jawi diketepikan dalam pengajaran di sekolah, maka
penggunaanya kini telah merosot.

Kesimpulannya pada penghujung tahun 1991, belum ada


penyelarasan pada peringkat kebangsaan dalam sistem ejaan
Jawi. Syarikat Utusan Melayu dalam terbitan-terbitan yang berbentuk Jawi
masih lagi menggunakan sistem ejaan lama misalnya dalam akhbar
Utusan Melayu dan majalah Utusan Qiblat. Begitu juga dengan Bahagian
Pendidikan Agama, Kementerian Pendidikan yang menggunakan sistem
tulisan Jawi yang berbeza dengan yang dikemukakan Dewan
Bahasa. Ekoran daripada itu, pada tahun 1991, Konvensyen tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam di Kuala Lumpur telah mewujudkan satu
Jawatankuasa Penyelarasan Ejaan Jawi cadangan pembaikan terhadap
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (1986/87).

Malah dengan perkembangan teknologi canggih, mesin


komputer digunakan untuk penggunaan, pembelajaran dan penyebaran
tulisan Jawi melalui perkataan (hardware) dan perisian (software)
komputer dalam tulisan Arab secara meluas. Pada 5 Mac 1992, Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan penggunaan dan
penyebaran tulisan Jawi dengan terciptanya al-Bayan Arabic-English
Bilingual Wordprocessor Jawi Version di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Untuk
meluaskan penggunaan tulisan Jawi, Kementerian Pendidikan Malaysia
juga telah mengambil prakarsa untuk mengarahkan semua institusi yang
berada di bawahnya menggunakan Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan sepenuhnya
dalam penggunaan tulisan Jawi mereka.

Akhir sekali seni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi


terutama dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad
ke-20 telah mengembangkan lagi tulisan Jawi. Kebanyakan manuskrip
Melayu itu ditulis dalam bentuk khat gaya Naskhi yang dipengaruhi gaya
Taliq, walaupun pada permulaan kemunculannya ada yang berbentuk
gaya Thuluth yang terpengaruh dengan gaya Muhaqqaq dan
Raihani. Pada penghujung abad ke-19 dan abad ke-20, kebanyakan karya
dalam tulisan Jawi dicetak dengan mesin dan kebanyakan bentuk khatnya
dalam gaya Nashki tetapi judul buku, tajuk, kepala halaman dan
sebagainya ditulis dalam pelbagai gaya seperti Thuluth, Taliq, Dewani,
Riqah dan lain-lain.

Sejarah Tulisan Jawi

Jawi
1.0 Pengenalan
Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi
Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan
kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem
Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke
Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan
mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem
penulisan bahasa Melayu.
Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar
mahupun penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan,
dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan
untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat
pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah
dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh
golongan pelajar di Malaysia.
Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang
lalu, ia belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem
tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya, terdapat dua
pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab dan Melayu.
Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi
dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh
ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan
penggunaan tanda-tanda baris.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek
yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa
kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan
dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu
yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan
pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van
Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf
sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di
Nusantara.
Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab

terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa


sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari
batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahanbahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu
lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber
penemuan pada azimat dan tangkal.
Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin
Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab
bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan,
Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh
Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah,
dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di
Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi;
yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian
telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang
disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan
kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti
di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi.
Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan
mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi
tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak
menggunakan huruf-huruf Arab.
Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia
berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan
ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan
mengikut hukum :
a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan
ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan
tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ) , pada ( ) , dan kepada (
).
b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka
atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah,
atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada( ) , pasu() ,
suka( ) , barang( ) , bulan( ) ,nangka( ) , dan bantal( ) .
C) Ejaan Mengikut Hukum
Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum
mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga,
hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.
1.1 Objektif Kajian

a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan


kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam Akhbar Fikrah Harakah.
b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.
c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.
1.1 Bahan Kajian
Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Fikrah
Harakah sebagai bahan kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah Allah
Berkuasa Menarik Balik Penglihatan, Pendengaran Golongan Yang
MenyanggahNya dan Peranan Umat Islam Dalam Menghadapi Cabaran
Global tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 14 Febuari
2010.
1.2 Kaedah Kajian
Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar
ini, sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan,
sumber internet, dan individu tertentu iaitu guru mata pelajaran
Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.
1.3 Batasan
Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar Fikrah Harakah agak banyak,
namun penulis hanya menghadkan kepada 1000 perkataan awal sahaja.
Daripada 1000 perkataan ini kajian akan dibuat berdasarkan objektif yang
telah ditentukan.

2.0 Hasil Kajian


Setelah mengkaji 1000 perkataan daripada akhbar, bermula daripada
perkataan :
Tafsir hingga Amin didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti
berikut (terdapat juga perkataan berulang) :
2.1 Ejaan Lazim
1 Tanda
2 Tanya
3 Banyak
4 Baru
5 Tahu
6 Besar
7 Hasil
8 Usaha
9 Dan
10 Dalam
11 Dewan
12 Ahli
13 Majlis
14 Tentang

15
16
17
19

papan
Lagi
Batu
tanda

2.2 Ejaan Mengikut Hukum


2.2.1 Hukum Darlung
23 kali

2.2.2 Hukum Luar Darlung


24 saya
25 Mana-mana
26 nama

2.2.3 Hukum Ka dan Ga


27 ketika

2.2.4 Hukum Ha dan Aha


28 bahasa
2.3 Ejaan Tradisi
30 Orang
31 Utama
33 Yakni
34 Itu
35 Sendiri
36 Apabila
37 Pertama
38 Ia
39 Yang
40 Huruf sin
41 Atau
42 Tidak
43 Maknanya
44 Sampai
46 Melayu
47 Wujud
48 telah
49 kepada
50 kerana
51 apatah
52 penggaram

53 segera
54 Rahmat
55 sebarang

2.4 Kata Berimbuhan


57 perkataan
58 menjadi
59 melintasi
62 dibandar
63 apakah
64 Terpinga-pinga
65 terlihat
66 perkataan
67 tertinggal
68 Sebaik
69 kerumah
70 menyelongkar
71 pelbagai
72 termasuk
73 ternyata
74 terbaru
75 menyebabkan
76 bertanya
78 tersebut
79 sebuah

2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris


80 edisi

2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan


Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
1. Ejaan tradisi
2. Ejaan lazim
3. Ejaan kata serapan Inggeris
4. Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan
per..an
5. Ejaan lazim
6. Ejaan lazim
7. Ejaan lazim
8. Hukum di luar Darlung
9. Ejaan lazim
10. Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)

11. Ejaan lazim


12. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
13. Ejaan lazim
14. Nama khas
15. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
16. Kata serapan Arab
17. Ejaan lazim (suku kata terbuka)
18. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
19. Ejaan lazim (suku kata tertutup)
20. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)
21. Ejaan tradisi
22. Ejaan lazim (suku kata terbuka)
23. Kata berimbuhan awalan (ber)
24. Kata berimbuhan apitan
(awalan-akhiran) (kean)
25. Kata seru
26. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se..nya)
27. Ejaan tradisi (suku kata terbuka)
28. Bunyi glotis
29. Kata gabungan
30. Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
31. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
32. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
33. Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)
34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris
35. Kata perbuatan
36. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
37. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
38. Kata serapan Inggeris
39. Kata diftong
40. Ejaan lazim
41. Ejaan lazim
42. Kata serapan Inggeris
43. Kata serapan Inggeris
44. Ejaan tradisi
45. Ejaan lazim
46. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
47. Ejaan lazim
48. Ejaan lazim
49. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
50. Ejaan lazim
51. Ejaan lazim
52. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

53. Ejaan lazim


54. Ejaan lazim
55. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me..an)
56. Ejaan kata serapan Inggeris
57. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)
58. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
59. Ejaan tradisi
60. Ejaan lazim
61. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
62. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
63. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
64. Kata seru
65. Ejaan kata serapan Inggeris
66. Ejaan lazim
67. Ejaan lazim
68. Ejaan tradisi
69. Ejaan lazim
70. Nama khas
71. Kata diftong
72. Ejaan lazim
73. Ejaan lazim
74. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
75. Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)
76. Ejaan tradisi
77. Ejaan lazim
78. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
79. Kata geluncur
80. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
81. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)
82. Ejaan lazim
83. Ejaan kata serapan Inggeris
84. Ejaan lazim
- kata dasar satu suku kata
- dieja tidak menggunakan alif
85. Ejaan tradisi
86. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
87. Ejaan lazim
2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi
Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar
pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem
ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut
hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum
dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha

dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan


Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa
seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh
tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada
generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah
lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka
buta dalam pembacaan tulisan Jawi.
Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat
menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab
memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak
kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan
Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara
kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan
dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah
usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu
Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01
Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan
Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran
Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah
meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi
memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.
Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam
mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan
sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan
bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai
bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan
Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu
melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada
murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi
penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid
sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan
Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan
Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam
memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya,
peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat
oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah
bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi.
Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan
tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan
guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk

kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang


disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan
yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan
sistem tulisan Jawi lama.
3.0 Kesimpulan
Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah
ejaan merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti
budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi juga banyak berkaitrapat dengan
kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam
penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman
perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu
ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti
bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam
di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi
bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu
sejak dahulu lagi.
Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada
pembentukan sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat
dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan sukukata Jawi
tertutup.
Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal,
manakala sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan
huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili
enam huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif () mewakili huruf
vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( ) mewakili huruf vokal i dan e
(taling); manakala huruf wau( ) mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf
konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh
itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf
konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama
digunapakai oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu
yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah - ;) ejaan tua (itu ;) ejaan baharu ( billik - ;)ejaan Arab (wajib - ;)ejaan kemelayuan
( peduli - ;) dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal ) .
Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam
memelihara tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara
cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak
menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan
bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi
mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal (Hashim
Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan
tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan

Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.
Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang
mendapat sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Zaaba telah sebati
digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada sistem
baru.
Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Daftar
Ejaan Rumi-Jawi, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang diusahakan daripada
buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939). Kedua-dua buku tersebut
bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan
pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang
dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku
tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan
tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.
Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya
dan pencinta tulisan Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan
cabaran sama ada untuk menerima atau menolak
pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi
menangani cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan,
bengkel, dan seumpamanya akan/telah diadakan namun peningkatan dan
menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.

Anda mungkin juga menyukai