Anda di halaman 1dari 1

Pada era globalisasi ini, banyak perkara baharu yang telah dibawa masuk sejak

zaman penjajah lagi. Sebagai manusia kita berevolusi. Manusia berevolusi seiring
dengan peredaran masa. Sewaktu zaman penjajahan lagi mereka telah membawa
masuk budaya-budaya mereka ke dalam masyarakat kita dan sedikit sebanyak telah
mempengaruhi minda masyarakat dinegara kita. Pada masa kini, lebih banyak
budaya yang diterapkan didalam masyarakat sama ada baik atau buruk.
Diantara punca utama masyarakat berubah ialah pengaruh media sosial. Media
sosial seperti Tiktok , Twitter dan facebook telah banyak memberi kesan buruk dan
baik kepada masyarakat. Keburukkan media sosial ialah ia terlampau memberi
kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan idealogi mereka. Warganet tidak takut
untuk mengkritik sesiapa sahaja yang mereka mahu kerana mereka boleh mencipta
akaun palsu untuk kegunaan itu. Perubahan dari segi yang baik pula, masyarakat
dapat menyebarkan perkara positif seperti ceramah-ceramah agama, memberi
kesedaran kepada masyarakat dan bertanya khabar dengan keluarga yang jauh.
Perkara ini amat memberi kesan yang besar dalam perubahan kebudayaan didalam
masyarakat dinegara kita.
Berikutnya ialah faktor politik. Politik telah memberi kesan yang banyak dalam
perubahan masyarakat. Pada zamn dahulu, kepimpinan diketuai oleh Raja atau
Sultan. Terdapat banyak perkara yang perlu diikuti seperti aspek kebudayaan dan
adat. Rakyat tidak boleh mengkritik raja dan perlu menurut setiap apa yang
dititahkan kerana titah raja adalah peraturan. Tetapi pada masa kini, rakyat bebas
Pemimpin mengkritik pemimpin kerana hak kebebasan bersuara. Tetapi rakyat perlu
ingat kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Oleh itu , perubahan yang
berlaku didalam masyarakat mempunyai implikasi yang baik dan buruk kepada
negara

Anda mungkin juga menyukai