Anda di halaman 1dari 3

Nama : Wan Mohd Zulfaqar Bin Wan Yahya No. Matrik: 123920 No.

K/P : 911016-06-5173 Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menyertai Kursus Kepegawaian Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21, 22 dan 23 Februari 2013 yang lalu. Kursus ini bertujuan untuk melatih guru pelatih berkenaan dengan ilmuilmu kepegawaian bagi mempersiapkan diri guru pelatih menjadi pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia yang berwibawa dan berdedikasi. Kursus ini adalah kursus yang wajib disertai oleh semua guru pelatih Semester 5 sebagai persediaan bagi menduduki peperiksaan KOAM. Sepanjang kursus ini berlansung banyak ilmu yang telah saya perolehi tentang selok belok menjadi seorang pegawai KOAM yang bertauliah. Ceramah ceramah yang diberikan oleh pensyarah penuh dengan input dan peraturan - peraturan yang telah dikemaskini agar kami sentiasa sedar akan perubahan yang berlaku.Slot bersama Ahmad Jalani bin Halus telah banyak membuka mata saya akan kelemahan dan sejauh mana pengetahuan sedia ada saya mengenai olahraga. Hasil dari sesi bersama beliau banyak input baru yang saya perolehi terutama untuk olahraga peringkat sekolah dan apa itu sukantara dan sebagainya. Beliau juga memberi penjelasan kepada kami tentang kesalahan-kesalahan ketika aktiviti olahraga berlangsung serta tugas-tugas pegawai. Sesi kedua yang berlangsung pada hari berikutnya bersama Encik Wan Azlan bin Ismail, kami telah diterangkan dengan lebih mendalam akan peraturan peraturan olahraga dan fungsi pengetahuan yang kami timba ini sewaktu di sekolah kelak. Beliau telah menerangkan akan tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang pegawai KOAM di sekolah kelak dan memastikan segala perjalanan sesuatu kejohanan itu berjalan lancar atau tidak adalah bergantung atas pengurusan yang dibuat, jika baik pengurusan itu maka berjayalah sesebuah kejohanan tersebut.

Kami juga telah dipecahkan dalam beberapa buah kumpulan untuk sesi bersama pelajar Pendidikan Jasmani Dinamik bagi penerangan tentang cara cara terperinci untuk membuat padang dengan betul. Dalam sesi tersebut saya telah pelajari kaedah sebenar untuk membuat padang dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipandang ringan. Kami juga diberitahu oleh En Wan Azlan bahawa membuat padang merupakan tugas wajib bagi seorang guru pelatih terutama guru pelatih lelaki menjelang acara olahraga sekolah. Jesteru segala teknik teknik dan langkah menghasilkan padang balapan yang sempurna telah saya catit dan akan dijadikan bekalan untuk ke sekolah kelak. Kursus ini telah banyak memberikan ilmu baru kepada diri saya kerana ilmu yang sedia ada dalam diri saya belum kursus ini sangatlah terhad dari pemerhatian saya sepanjang penglibatan dalam olahraga di sekolah sahaja, namun dengan kursus ini saya telah melipat gandakan ilmu saya ke tahap yang lebih tinggi dan ini merupakan peluang yang tidak akan datang dengan selalu. Jika sebelum ini saya memandang guru guru yang menjadi pegawai ketika di sekolah dengan sebelah mata namun kini saya telah sedar bahawa bertapa tingginya pengorbanan guru guru saya dahulu dalam masa dan wang untuk menjayakan kejohanan olahraga walaupun di peringkat sekolah namun itu sudah cukup untuk mengagumkan saya kerana hasil usaha hanya telah mereka letakkan untuk kejohanan tersebut. Setiap perkara yang dirancang oleh manusia tidak aka nada yang sempurna begitu juga dengan kursus ini. Dari pandangan saya tempat berkursus pada hari kedua dan ketiga kurang sesuai kerana persekitaran yang luas dan tiada kemudahan pembesar suara yang sempurna telah membataskan pendengaran kami di dalam gymnasium IPG. Ianya mungkin lebih sesuai untuk diadakan di dalam dewan memandangkan 70% dari kursus ini melibatkan teori dan hanya sejumlah kecil sahaja masa kami yang digunakan untuk amali. Jesteru saya merasakan bahawa kelemahan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang kerana keselesaan berkursus akan membuatkan guru pelatih memberikan perhatian sepenuhnya kepada ilmu yang disampaikan.

Kesimpulannya, saya merasakan kursus ini merupakan platform yang amat sesuai untuk mendedahkan guru guru pelatih terhadap peraturan peraturan olahraga kerana olahraga merupakan takwim wajib yang perlu ada di dalam sesebuah perancangan sekolah sebagai satu aktiviti wajib dijalan menurut surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Jesteru ilmu yang diperolehi oleh guru pelatih di dalam kursus ini akan dapat dijadikan bekal untuk guru pelatih bawa ke sekolah kelak bagi menjayakan Kejohanan Olahraga di sekolah kelak. Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai