Anda di halaman 1dari 14

2012

Jabatan Pengajian Politeknik


Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
GARIS PANDUAN PROJEK
PELAJAR

Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik
ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas
sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan
pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar ini.


Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihak
membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan
graduan yang berkualiti serta menjana modal insan inovatif
melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi
keperluan negara.


Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada
semua pihak agar Garis Panduan Projek Pelajar ini ditambah baik
dari semasa ke semasa.


Bahagian Pembangunan Akademik
Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi
Galeria PJH
Aras 4, Jalan P4W
Persiaran Perdana Presint 4
62570 WP Putrajaya

03 8891 9000
Fax 03 8891 9316
www.politeknik.gov.my
bki@mohe.gov.my
















































Terlebih dahulu marilah kita panjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w di atas kesempatan untuk
menerbitkan Garis Panduan Projek Pelajar
ini bagi membantu membangunkan modal
insan negara yang mampu bersaing dengan
negara maju di dunia, serta berupaya
melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan
berkesan pada peringkat global.

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran
persaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa
proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukan
pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu
memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad
ke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titik
tumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajar
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka
sepanjang berada di politeknik seperti yang digariskan di dalam
Kerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasai
lapan domain hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat.

Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Akademik telah
mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis
Panduan Projek Pelajar bagi kegunaan pelajar dengan
mengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran
berdasarkan Outcome Based Education (OBE)

Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar
dan warga politeknik ke arah menghasilkan projek yang lebih
berkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha
dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini.

Saya berharap Garis Panduan Projek Pelajar ini dapat
melancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa
mengekang kreativiti mereka.




DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


































Apa itu projek?
Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi
program pengajian tertentu yang perlu
dilaksanakan sebagai memenuhi syarat
bergraduasi. Projek memberi ruang kepada
pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran terdahulu serta mempamerkan
keupayaan mereka dalam merealisasikan idea,
kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan
masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar
dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan
kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu
dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai
mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan.


Apakah matlamat dalam
pelaksanaan projek?
Matlamat kursus projek adalah untuk mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah
kajian akademik secara saintifik dan sistematik dalam melahirkan
graduan yang kompeten. Ini adalah selari dengan huraian tahap
kelayakan yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan
Malaysia bagi tahap diploma dimana diakhir pengajian pelajar
berupaya:














Kursus projek merangkumi kursus-
kursus lain yang pelaksanaannya
sama seperti kursus projek.









Kerangka Kelayakan Malaysia
muka surat 8-9





Menggunakan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran
praktikal dalam kerja.
Membuat penilaian dan
keputusan dengan
mengambil kira isu sosial,
saintifik dan etika dengan
autonomi sederhana.
Berkomunikasi dengan
berkesan dan menyampaikan
maklumat, idea, masalah dan
penyelesaian secara jelas dan
meyakinkan kepada pakar
dan bukan pakar
Apakah hasil
pembelajaran (CLO)
kursus projek?
Hasil pembelajaran menerangkan apa yang
perlu pelajar tahu, faham dan boleh lakukan
selepas menamatkan sesuatu kursus.

Secara umumnya,hasil pembelajaran yang
disasarkan melalui pelaksanaan kursus
projek adalah pelajar berupaya untuk
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi dari pembelajaran terdahulu.




Apakah yang didefinisikan
sebagai projek?
Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan
pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan
penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasi
pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang
program. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek
pengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projek
berasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian
masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaan
perancangan perniagaan

















Garis Panduan Pelaksanaan
Penilaian Kerja Kursus
Politeknik.












(Harolld Kerzner, 2009)




Berikut adalah CLO kursus projek
program saya.


CLO 1:


CLO 2:


CLO 3:


Apakah jenis projek yang boleh
saya jalankan?

Apakah asas pemilihan projek?
Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepada
keaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi
menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atau
perkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkan
kepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyai
nilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikut
keperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yang
dijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta boleh
dilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu
pelajar membuat pemilihan projek:




Contoh projek: Kajian Masalah
Lemah Pencapaian Akademik Di
Kalangan Pelajar Politeknik




Contoh projek: Bangunan Melayu
lama



Contoh projek: Mesin pencucuk
sate



Contoh projek: Membangunkan
permainan komputer





Contoh tema seperti Teknologi
Hijau
Contoh kategori seperti
penggunaan teknologi hijau di
pejabat
www.mte.org.my (award-
categories)



Projek Kajian Penyelidikan
Tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang
hendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat, analisis dan
tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan
kajian atau penyelidikan.

Projek Reka bentuk
Tertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk untuk
memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Produk
Tertumpu kepada pembangunan produk (fizikal atau
perkhidmatan) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang
telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Perisian
Tertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikut
spesifikasi yang ditetapkan.
Tema/Kategori
Pihak jabatan digalakkan menetapkan tema/kategori projek bagi
membantu pelajar menentukan projek yang bakal dilaksanakan.
Tajuk
Tajuk projek adalah berdasarkan cetusan idea sama ada daripada
pelajar, pensyarah atau industri.
Apa yang dikatakan dengan
keaslian projek?






Siapakah yang akan membiayai
projek saya?






TAKLIMAT!!!!








Plagiat bermaksud amalan membuat
sesuatu petikan bahan daripada
sumber tertentu tanpa memberikan
penghargaan (acknowledgement)
kepada penulis asalnya. Bahan
tersebut mungkin merupakan satu
ayat/perenggan/bahagian ataupun
beberapa bahagian ayat yang
dicantum.



www.mosti.gov.my
www.cradle.com.my






Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya
atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara
individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan
dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat
atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar
diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan
kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian
projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa
projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada
idea sendiri.
Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek perlu diberi
taklimat berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar pada
setiap awal semester oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penerangan
ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat
yang selaras dan jelas dengan tugas serta tanggungjawab masing-
masing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti.
Apakah peranan saya
sebagai pelajar?






Peranan
pelajar
Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut
standard (kriteria penilaian) yang ditetapkan.
Membuat kajian awal keperluan industri/komuniti dalam menentukan
pemilihan tajuk, keaslian idea dan hala tuju projek yang
mempunyai nilai komersil.
Menyerahkan buku log/portfolio/laporan projek kepada penyelia/pensyarah
kursus untuk semakan dan pengesahan mengikut jadual yang ditetapkan.
Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan
kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan
menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua
domain pembelajaran.
Bertemu dengan penyelia atau menghadiri sesi pembelajaran
mengikut jadual yang ditetapkan.
Pelajar yang memerlukan penyelia bersama dari pihak luar
dikehendaki mengemukakan surat permohonan secara
bertulis kepada Ketua Jabatan melalui penyelia/pensyarah kursus.
Melengkapkan borang-borang laporan kemajuan projek dan
dokumen-dokumen lain sekiranya perlu.
Menyediakan laporan akhir projek berserta produk (jika berkenaan)
untuk proses penilaian.
Menyerahkan laporan projek dalam bentuk softcopy/hardcopydan produk
akhir projek kepada penyelia/pensyarah kursus bagi tujuan rekod
dan rujukan.
Memilih projek yang menyumbang kepada keperluan industri/komuniti
dan digalakkan berkolaborasi.
Apakah peraturan projek yang perlu saya patuhi?

Bagaimana projek saya dinilai?
Penilaian projek pelajar adalah merupakan penilaian kerja kursus yang dilakukan secara berterusan
bagi menilai pencapaian dan kebolehan pelajar dalam menyiapkan sesuatu projek. Garis Panduan
Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus perlu dirujuk untuk menilai projek pelajar (eDokumen di
www.politeknik.gov.my). Hasil penilaian akan dipaparkan dalam bentuk gred bagi menunjukkan prestasi
pencapaian pelajar.

Pertukaran penyelia
Hanya dibenarkan apabila
dipersetujui oleh penyelaras
projek dengan kelulusan
ketua jabatan.

Penyelaras projek berhak
menentukan penyelia
gantian yang baharu dengan
kelulusan ketua jabatan.

Pertukaran tajuk
projek
Hanya dibenarkan apabila
dipersetujui oleh penyelia
projek dengan sokongan
oleh penyelaras projek.

Penukaran tajuk projek
dengan kebenaran boleh
dilakukan sehingga minggu
ke enam.
Kebenaran
melaksanakan projek
Kebenaran menggunakan
fasiliti politeknik perlu
mendapat sokongan
penyelia projek dan di
persetujui oleh pegawai
yang bertanggungjawab.

Pelajar perlu mendapatkan
surat kebenaran
menjalankan aktiviti luar
politeknik daripada penyelia
projek yang ditandatangani
oleh pengarah.
Bentuk
penilaian
Pembentangan
Hasil projek
Portfolio
Manual pengguna
Proposal
Buku log
Bahan Fizikal
Perisian
Laporan projek
Perkhidmatan

Bentuk
penilaian
projek adalah
merangkumi
mana-mana
perkara
berdasarkan
silibus kursus
yang
berkaitan.



Kertas cadangan untuk mengadakan/ menjalankan sesuatu
Portfolio
Pengumpulan sistematik hasil kerja pelajar yang
mempamerkan keupayaan, perkembangan
dan pencapaian dalam kursus berkaitan.
Penilaian portfolio dilaksanakan dengan
menggunakan rubrik yang bersesuaian.
Manual pengguna
Manual pengguna adalah dokumen
komunikasi teknikal yang bertujuan untuk
memberikan bantuan kepada pengguna
menggunakan sistem tertentu. Kebanyakan
manual pengguna mengandungi kedua-dua
panduan bertulis dan imej-imej yang berkaitan.
Pelajar dikehendaki membentangkan hasil projek
dalam sesi pembentangan yang ditetapkan.
Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada pelajar
berhujah mempertahankan hasil projek serta bertukar
pendapat secara ilmiah.
Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan
pencapaian pelajar seperti catatan aktiviti, isu, cabaran
dan penyelesaian yang telah dilaksanakan.
Main Idea
Pembentangan
Buku log
Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh penyelia.
Proposal
Hasil projek
Perisian
Arahan-arahan lengkap dalam bentuk atur cara dan
prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong
sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan
maklumat.
Laporan projek
Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu
penyelidikan, atau sebarang maklumat lengkap tentang
sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik
BENTUK
PENILAIAN
Bahan fizikal
Perkhidmatan
Saya ingin menyediakan
proposal. Apakah
kandungan yang perlu
ada?
Proposal projek perlu dikemukakan kepada jabatan bagi tujuan kelulusan
melaksanakan projek. Secara umumnya, kandungan proposal projek
adalah seperti berikut:
a. Tajuk projek
b. Pengenalan:
i. Rasional projek
ii. Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian
(mana yang berkenaan)
iii. Objektif projek
iv. Skop dan limitasi projek
v. Kepentingan dan impak projek
vi. Anggaran kos projek
c. Tinjauan/Kajian literatur
d. Kaedah penyelidikan/Metodologi projek
e. Pelan perancangan projek
f. Kesimpulan


Apa pula yang perlu ada dalam
laporan projek?

Pelajar perlu menyediakan laporan secara terperinci dan lengkap yang
mematuhi kaedah, format serta piawaian penulisan laporan yang
ditetapkan oleh jabatan.
Berikut dicadangkan kandungan laporan yang dikemukakan iaitu:

a. Bahagian awal
i. Halaman judul
ii. Perakuan keaslian
iii. Abstrak
iv. Penghargaan
v. Isi kandungan
vi. Senarai jadual
vii. Senarai rajah
viii. Senarai simbol, singkatan atau
tatanama
ix. Senarai lampiran

b. Bahagian Utama
i. Pengenalan
ii. Kajian literatur
iii. Metodologi kajian
iv. Dapatan dan perbincangan projek
v. Kesimpulan dan cadangan

c. Bahagian tambahan
i. Rujukan menggunakan gaya American Psychological
Association (APA)
ii. Lampiran


























www.apastyle.org
Pelajar hendaklah
merujuk kepada
jabatan bagi
mendapatkan
panduan penulisan
proposal yang
telah ditetapkan.
P
e
la
ja
r

p
e
r
lu

m
e
r
u
ju
k

k
e
p
a
d
a

ja
b
a
t
a
n

b
a
g
i
m
e
n
d
a
p
a
t
k
a
n

m
a
k
lu
m
a
t

y
a
n
g

p
e
r
lu

d
im
a
s
u
k
k
a
n

k
e

d
a
la
m

la
p
o
r
a
n

u
n
t
u
k

p
e
r
m
o
h
o
n
a
n

f
a
il
p
a
t
e
n
Apakah maklumat tambahan yang
perlu saya ketahui?













Perkara: 5.16
Dasar Perancangan dan
Penyampaian Kurikulum




Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Politeknik (JPP)
www.mte.org.my



Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Politeknik (JPP)
www.myipo.gov.my








Hak milik projek
Hasil projek adalah hak milik politeknik. Politeknik boleh
menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan pelajar
dan/atau penaja luar.
Penyertaan dalam pertandingan/seminar
Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan
hasil atau inovasi projek di seminar dan kolokium di mana-mana
peringkat.
Pendaftaran harta intelek
Politeknik digalakkan mengemukakan permohonan bagi
mendaftar harta intelek projek pelajar seperti paten, cap
dagangan, hak cipta dan rekabentuk perindustrian.
Pemasaran
Pelajar digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai
komersial dengan kerjasama koperasi, alumni, kelab keusahawanan,
kolaborasi, jualan terus dan organisasi/agensi.


PERNYATAAN KUATKUASA
Garis Panduan Projek Pelajar ini
berkuatkuasa kepada semua Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian
Pengajian Tinggi dan institusi di bawah
kawalannya mulai Jun 2012.































































Penyelaras projek

Pelajar
Penyelia projek

Pelajar

Panel/Penyelia projek


Pelajar

Pelajar


Penyelia projek


Pelajar

Pelajar

Panel/penyelia projek





Mula
Pemilihan Tajuk Projek &
Penyediaan Proposal
Taklimat Projek
Semak proposal
Penyerahan hasil projek
dan draf laporan
Membentang projek
Menghantar laporan
projek
Menyemak laporan dan
menilai hasil projek
Aktiviti projek
Diterima?
Diterima?
Tamat
Pembetulan
Pembetulan/
penambahbaikan
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Pembentangan proposal
Proses pelaksanaan projek

Pengerusi
Penaung
Penasihat
Timbalan Pengerusi
PN. NOOR AIDI BT. NADZRI
Ahli jawatankuasa
Pengurus Projek
EN. AZWAN B. ABDULLAH
Setiausaha
YBRS. MEJAR (K) HAJI MD. NOR BIN YUSOF
PN. NOOR ROSMAWATI BT. YUSUF
DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR
TN. HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR
PN. SITI JARIAH BT. IBRAHIM
TN. HJ. ZULKIFLI B. MD. SALLEH
Ahli
EN. ABDUL HANIF B. MUSTAPHA (PTSB)
PN. NORLIA BT. MD DESA (PSAS)
PN. AZIAM BT. MUSTAFA (PSA)
EN. ABU BAKAR B. ABDUL HAMID (PIS)
PN. NORMAH BT. CHEMAN (POLIMAS)
EN. MAT ABDUL SHUKOR B. ABDUL WAHAB (BTN)
EN. ABDULLAH B. YUSOFF (PSAS)
EN. MOHAMAD FAUZI B. CHE PA (PSIS)
EN. MOHSEN B. AHMAD (PNS)
EN. KHAIRUL AZHA B. AHMAD (JPP)
PN. SALMIYAH BT. CHE AHMAD (PSP)

Anda mungkin juga menyukai