Anda di halaman 1dari 5

TEKS FORUM

TAHUN 2022

TAJUK: ILTIZAM MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT BERINTEGRITI

Pengerusi Percubaan, Percubaan, Percubaan

Ahli Panel 1 Percubaan, Percubaan, Percubaan

Ahli Panel 2 Percubaan, Percubaan, Percubaan

Ahli Panel 3 Percubaan, Percubaan, Percubaan

BAHASA MELAYU BAHASA PERKASA, MARI MELANGKAH


SEMUA
KE PERSADA ANTARABANGSA
Pengerusi Salam sejahtera dan salam mesra dari Tsung Wah.
(Gan Rong Shen)
Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Segala puji-pujian ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja
peringkat Zon B pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak


lagi tampan bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.

Tajuk forum kita berkisar tema budaya iaitu Iltizam Membudayakan


Masyarakat Berintegriti.

Iltizam membawa maksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan


penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu komitmen.

Pelbagai definisi integriti mula diketengahkan antaranya sebagai kualiti


kejujuran dan ketinggian prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh
seseorang individu. Selain itu, integriti turut ditakrifkan sebagai tahap
konsistensi antara nilai moral yang dipegang seseorang individu dengan
cerminan tingkah laku yang ditunjukkannya.

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita meneliti lebih mendalam topik


perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli
panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudara Chew Hong Yit yang merupakan ahli
panel yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar?
Ahli Panel 1
Syukur kepada Tuhan, saya baik-baik sahaja.
(Chew Hong Yit)

Seterusnya, saya memperkenalkan ahli panel kedua, yang berada di


Pengerusi
sebelah saudara ahli panel pertama iaitu saudara Lam Wei Sheng,
(Gan Rong Shen)
selamat datang saudara. Saudara Wei Sheng apa khabar?

Ahli Panel 2
Khabar baik saudara pengerusi.
(Lam Wei Sheng)

Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel
Pengerusi
kita yang ketiga iaitu saudari Yip Pei En. Walaupun nampak pemalu,
(Gan Rong Shen)
namun petah bicaranya. Apa khabar saudari?

Ahli Panel 3 Saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya berada di sini bersama
(Yip Pei En) saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada
topik forum kita tentang Iltizam Membudayakan Masyarakat
Berintegriti.

Pengerusi Sidang hadirin yang dihormati, apakah sebenarnya masyarakat


(Gan Rong Shen) berintegriti dan sejauh manakah remaja diberikan pendedahan tentang
masyarakat berintegriti. Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya
mengajukan soalan pertama kepada ahli panel pertama. Saudara Chew
Hong Yit, mohon saudara memberikan penjelasan tentang maksud
masyarakat berintegriti.
Terima kasih saudara pengerusi.

Salam sejahtera kepada sidang hadirin yang dihormati.

Takrif masyarakat berintegriti yang saya petik daripada portal rasmi


Jabatan Kemajuan Masyarakat ialah individu yang berintegriti akan tetap
Ahli Panel 1
mematuhi peraturan walaupun di kala lampu merah menyala dan tiada
(Chew Hong Yit)
sesiapa di situ kecuali diri sendiri pada jam 2 pagi. Ini kerana takrif
integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral
dan nilai-nilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun
tidak. Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti memerlukan
seseorang individu itu menjadi manusia yang bermoral dan beretika
dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa.

Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif masyarakat


berintegriti. Pada pandangan saya ia merupakan satu penjelasan yang
terperinci dan menarik daripada saudara Chew Hong Yit. Seterusnya,
Pengerusi
saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudara Lam Wei
(Gan Rong Shen)
Sheng untuk membicarakan tentang persoalan apakah cara-cara yang
boleh dilakukan untuk memupuk nilai integriti dalam kalangan
masyarakat? Silakan saudara Wei Sheng.

Salam sejahtera. Terima kasih saudara pengerusi.

Sidang hadirin yang dihormati, terdapat pelbagai cara untuk memupuk


nilai integriti dalam kalangan masyarakat. Yang pertama adalah melalui
didikan agama. Tidak dapat dinafikan bahawa didikan agama yang
teguh amat penting untuk menerapkan nilai intergriti dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya dengan didikan
agama yang teguh, seseorang itu dapat membezakan antara kaca dan
permata dan antara yang hak dan yang batil. Sebagai contoh ketika
seorang pelajar menjawab peperiksaan, dia akan bersikap jujur dan tidak
akan meniru walau dengan apa-apa cara sekalipun kerana dia sedar
bahawa perbuatan itu sesuatu yang salah dari segi agama. Jelaslah bahwa
Ahli Panel 2
dengan didikan agama yang teguh kita dapat menerapkan integriti dalam
(Lam Wei Sheng)
sanubari seseorang insan.

Bukan itu sahaja, cara yang kedua adalah dengan sentiasa


berketerampilan positif. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai
keterampilan diri sebagai pemimpin yang baik dan perkara ini perlu
dipraktikkan dari awal. Sebagai contoh jika dilantik menjadi ketua
kampung, seseorang itu perlu jujur, adil, dan telus ketika menjalankan
tugasanya. Hal ini dikatakan demikian kerana jika mereka berintegriti,
pasti semua itu akan dilakukan dengan penuh keikhlasan. Sudah terang
lagi bersuluh bahawa salah satu cara untuk menerapkan integriti dalam
kehidupan adalah dengan berketerampilan positif.
Terima kasih saudara Wei Sheng atas penjelasan yang cukup bermakna
berhubung cara memupuk nilai integriti dalam kalangan masyarakat.

Saya yakin dengan mengimplikasikan cara-cara tersebut kita dapat


Pengerusi
melahirkan generasi muda yang berintegriti dan taat kepada negara.
(Gan Rong Shen)
Soalan saya yang seterusnya kepada ahli panel ketiga, saudari Yip Pei
En, apakah kesannya jika nilai integriti tidak diamalkan oleh orang
ramai? Dipersilakan ahli panel ketiga untuk menjawab persoalan ini.

Salam sejahtera. Terima kasih saudara pengerusi.

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.

Persoalan apakah kesannya jika nilai integriti tidak diamalkan oleh orang
ramai merupakan soalan yang agak menarik. Umum mengetahui bahawa
perbuatan yang tidak berintegriti akan meninggalkan kesan buruk jangka
pendek dan jangka panjang yang menyeluruh kepada masyarakat dan
negara yang meliputi aspek tadbir urus, pendidikan dan lain-lain lagi.

Dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran misalnya, keruntuhan


integriti menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan seperti
peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tidak kira sama ada
Ahli Panel 3 dalam organisasi awam mahupun swasta, pemegang jawatan atau pekerja
(Yip Pei En) yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan mencari peluang
untuk melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi, tanpa
memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap imej pentadbiran dan
negara.

Hadirin sekalian, dalam aspek pendidikan pula, tindakan oleh individu-


individu yang tidak berintegriti boleh mencemar kesucian bidang yang
sangat penting untuk membangunkan modal insan negara ini. Perbuatan-
perbuatan seperti melakukan plagiat, memanipulasi kelayakan akademik,
dan sebagainya bukan sahaja menjejaskan reputasi si pelakunya, tetapi
juga boleh mengakibatkan kualiti sistem pendidikan negara di semua
peringkat dipertikaikan secara keseluruhan.

Setakat ini sahaja saudara pengerusi penjelasan saya. Terima kasih.


Terima kasih saudari Yip Pei En ahli panel kita yang ketiga.

Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati,

Demikian tadi, perbincangan menarik berhubung Iltizam


Membudayakan Masyarakat Berintegriti.

Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan, saya ingin merumuskan


topik perbincangan kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti


bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap individu yang inginkan
kelangsungan kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan perlu
berushaa sedaya mungkin untuk memperkukuh integriti diri sendiri dan
individu-individu di bawah tanggungjawab masing-masing.
Pengerusi
Memetik kata-kata cendekiawan Albert Einstein:
(Gan Rong Shen)
“...integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge
without integrity is dangerous and dreadful...”

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperkasa dan


membudayakan amalan integriti dalam semua aspek kehidupan bagi
memastikan negara Malaysia akan sentiasa ditunjangi oleh ahli-ahli
masyarakat madani yang memilik integriti diri yang tinggi.

Sidang hadirin yang dihormati,

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan
Forum ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini


selanjutnya mengundur diri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai