Anda di halaman 1dari 3

Dialog forum

Moderator : Bismillahhirrohmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur


kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersua kali ini di dalam satu forum ilmiah, bagi
membincangkan berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang penididikan pada masa kini.
Sebelum itu saya ingin mengalukan kehadiran tuan puan pada majlis kita pada hari ini. Semoga kita
semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada forum ini. InsyaAllah. Tajuk forum kita
pada hari ini berkisar mengenai isu yang berleluasa iaitu pergaulan bebas mengarah merana.
Bersama saya ahli penel pertama nur aini ketua timbalan polis kota setar, penel kedua nur aina
ketua organisasi pembangunan wanita dan ahli penel ketiga nurul wardina ketua panitia keagamaan
kota setar. Sebelum saya memberikan soalan kepada ahli penel izinkan saya untuk menerangkan
definisi pergaulan bebas.Pergaulan bebas tidak asing lagi bagi anak muda masa kini.Pergaulan bebas
juga sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negetif seperti seks bebas,narkoba ,kehidupan
malam dan lain-lain.Masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana kurang didikan
agama.Bergaul bebas tanpa mengira jatina menyebabkan generasi muda yang melihatnya
terpengaruh serta memberi impak negetif.Golongan dikenali sebagai remaja ini merupakan
seseorang yang berada dalam lingkungan umur 12 tahun hingga 21 tahun yang sedang dalam fasa
peralihan dimana berlakunya perubahan menuju kematangan.Oleh kerana itu,perlu dilakukan kajian
mengenai masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja sekolah. Izinkan saya bertanya pada ahli
panel 1 daripada perspektif anda apakah ada perkaitan dadah dengan pergaulan bebas?

Panel 1 : Asalamualaikum dan terima kasih kepada semua panel yang hadir dan tidak dilupakan juga
pengerusi kami cik NUR SYIFFA BINTI SHAHARIZAN EFFENDY. Saya NURUL AINI ATIQAH BINTI MOHD
SOBRI sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah Bahagian Siasatan Jenayah, juga sebagai panel pertama
yang akan menerangkan tentang pergaulan bebas yang melibatkan dadah. Ya daripada pendapat
saya pergaulan bebas ade berkaitan dengan dadah izinkan saya menerangkan pendapat
saya.Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dadah merupakan salah satu istilah kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan kesihatan Dari segn fizikal dan mental. Seperti yang kita semua
tahu, terdapat banyak kalangan masyarakat remaja yang mengambil bahan terlarang seperti dadah
akibat pergaulan bebas atau pengaruh rakan sebaya. Selain itu , kesan penggunaan dadah yang
berlebihan bagi kalangan remaja yang masih di bawah umur serta yang masih bersekolah boleh
mengakibatkan mereka terjejas atau terganggu dalam pelajaran, bagi kalangan remaja yang sudah
berkerja pula boleh mengakibatkan pekerjaan terjejas serta boleh dibuang kerja kerana terlalu
banyak tidak datang kerja serta prestasi semasa bekerja sangat-sangat tidak memuaskan. Selain itu,
ada juga kalangan pelajar yang sanggup menggadaikan maruah keluarga serta mengakibatkan
keluarga mendapat masalah, ada juga yang sanggup untuk menyamar menjadi pengemis dan
sanggup melacurkan diri untuk membeli bahan terlarang tersebut.

Moderator : wah terima kasih cik aini atas penerangan yang jelas tetapi saya ingin bertanya pula
kepada panel kedua berkaitan tajuk forum kita ini. Bagaimana anda menerangkan kesan pergaulan
bebas terhadap remaja?

Panel 2 : Assalamualaikum dan terima kasih Moderator yang saya kasihi. Sebelum saya
menerangkan lebih lanjut tentang isi yang akan di ulas, izinkan saya menerangkan maksud pergaulan
bebas. (terangkan maksud). Umum mengetahui pergaulan bebas banyak kesannya terutama kepada
remaja. Maka dengan itu saya hanya akan menekan 3 isi sahaja. Peningkatan pembuangan bayi
kerana tidak mampu menguruskan bayi yang dilahirkan serta malu untuk menanggung anak yang
tidak diingini. (terangkan isi 1) selain itu, Peningkatan kes pelacuran bawah umur akibat daripada
kepercayaan yang Diberikan terhadap pasangan.(terangkan isi 2) akhir sekali, • Peningkatan kes
penceraian rumah tangga akibat daripada ketidakmatangan dalam mengurus rumah
tangga.(terangkan isi 3)

Moderator: wah terima kasih cik aina atas penjelasan yang amat jelas sekali. Sekarang apa pula
pendapat panel 3 berdasarkan soalan yg diberi ?

Panel 3: Assalamualaikum dan terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini . Pada mulanya sekali , saya akan menerangkan definisi keruntuhan akhlak remaja dalam
pergaulan bebas. Keruntuhan akhlak menurut kamus dewan bahasa edisi yg keempat , keruntuhan
bermaksud perihal runtuh , kejatuhan , kerobohan , kerosakan akhlak yg dimaksudkan meliputi
kerosakan tingkah laku apabila mereka melakukan perkara yg menyimpang dari ajaran Islam yg
sebenar. Isi pertama yang ingin saya huraikan ialah kesan keruntuhan akhlak ke atas individu.
Individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Kesan terhadap keluarga pula , masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak
dipelihara. Yang terakhir iaitu kesan ke atas masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda ,
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

Moderator: terima kasih panel. Apa yang boleh saya simpulkan disini pergaulan bebas sungguh
memberi merana terhadap mangsa nya seperti tajuk forum kita sedemikian tadi. Tanpa membuang
masa lagi izinkan saya bertanya pada panel 2 tentang apakah cara mengatasi masalah yang telah
dikatakan oleh anda sebentar tadi?

Panel 2: terima kasih Moderator yang petah berkata kata. Terima kasih juga kerana telah memberi
kesempatan kepada saya untuk bersama-sama dalam forum ini. Berbalik kepada soalan yang
ditujukan kepada saya cara mengatasi masalah nya ialah Memperbanyakkan masa dengan
meluangkan masa membaca buku yang berfaedah. (Terangkan isi 1) seterusnya Bimbingan daripada
orang tua dan institusi pendidik (terangkan isi 2) akhir sekali Tidak menjadikan gaya hidup sebagai
pegangan hidup (terangkan isi 3). Hanya itu yang mampu saya katakan bagaimana pula dengan
pendapat anda panel 1?

Panel 1: terima kasih Moderator saya akan menerangkan tentang cara mengatasi pergaulan bebas
kalangan remaja yang melibatkan dadah. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah
dengan, meluangkan banyak masa dan aktiviti bersama keluarga serta mengurangkan meluang masa
bersama kawan yang membawa kita kepada pengaruh atau kawan yang membawa kita ke arah yang
salah. Seterusnya, bincangkan kepada keluarga jika mempunyai masalah. Jangan sesekali mengambil
bahan terlarang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ingatlah bahawa dadah bukanlah cara yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah. Penutup kata ialah, “DADAH MEMBAWA PADAH”. “KERANA
DADAH BADAN BINASA

Moderator: terima kasih ahli panel atas penjelasan yang menarik. Bagaimana pula dengan pendapat
anda panel 3
Panel 3: Terima kasih kepada saudari pengerusi. Cara mengatasi keruntuhan akhlak ialah kita
hendaklah memilih rakan yang baik akhlaknya atau yang mengajar kita kearah kebaikan. Kemudian ,
pihak ibu bapa haruslah memain peranan iaitu mendidik anak dari segi agama. Cara yang terakhir
pihak masyarakat perlulah mengadakan kempen ‘Maksiat Sifar’ kepada remaja masa kini bagi
membasmi sebarang kegiatan maksiat atau perkara yang melanggar syaratnya

Moderator: terima kasih panel 3. Natijahnya,hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat
manusia yang tercalar.Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.Usaha yang
komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya
ada pergenbeng tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh itu,semua pihak terutamanya ibu
bapa,sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi maslah
ini.Hal ini demikian,adalah kerana golongan remaja adalah aset terpenting negara yang akan
memacu negara pada masa hadapan serta untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus
berluasa sehingga boleh mencemarkan imej,Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka
di dunia.Akhir kata,kejayaan negara pada masa hadapan bergantung kepada kualiti remaja yang
akan menjadi barisan hadapan kepimpinan negara.Terima kasih ahli ahli panel yang manis lagikan
jelitawan kerana sudi meluangkan masa untuk membincangkan tajuk forum kita.berakhir sudah sesi
perbincangan forum kita maka dengan itu saya ingin memohon ampun jika terkasar bahasa. Sekian
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai