Anda di halaman 1dari 2

Praktis SPM 2

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan . KBAT: MENGANALISIS (ARAS 5)

Bahan 1 – Petikan

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah
menengah mulai tahun 2002. Meskipun penerapan KOMSAS dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah
menengah sudah hampir 20 tahun, namun minat pelajar terhadap KOMSAS masih berada pada tahap yang
rendah. Dalam ledakan teknologi maklumat kini, rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera tidak
menjanjikan masa depan yang cerah berbanding dengan subjek lain.

Arus globalisasi yang berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka berpendapat
peluang melayakkan diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi tipis jika mereka
mengambil subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam bidang
sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain. Budaya kurang membaca dalam kalangan masyarakat
juga mendorong pelajar meminggirkan sastera. Tambahan pula, kebanyakan pelajar hari ini tidak mempunyai
minat untuk membaca bahan bacaan yang serius. Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan
diperlukan untuk menguasai dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.

Bagi mengatasi masalah ini pihak kerajaan misalnya menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
berterusan memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat tentang kepentingan mempelajari
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Misalnya, Kementerian Pendidikan Malaysia
boleh menganjurkan kempen kesedaran tentang manfaat mempelajari KOMSAS dan disalurkan kepada
khalayak menerusi media sosial. Tambahan lagi, pihak sekolah sendiri perlu kreatif dengan menganjurkan
pelbagai pertandingan meliputi sastera bagi menarik minat murid mempelajari komponen tersebut. Apa-
apapun pada akhirnya kesedaran diri pelajar itu sendiri menjadi faktor dominan dalam memupuk minat akan
sastera.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Pelajar dan


Sastera’ oleh Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, Novembe, 2005)

Bahan 2 – Grafik
SKEMA JAWAPAN

Pendahuluan

Rumusan membincangkan faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS dan cara-cara menarik
minat murid terhadap sastera.

Bahan 1 – Petikan: Fokus 1 (faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS)


F1 (1) Subjek sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah.

F1 (2) Peluang melayakkan diri untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tipis.

F1 (3) Kursus yang ditawarkan dalam bidang sastera terhad.

F1 (4) Peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad.

F1 (5) Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius.

F1 (6) Budaya kurang membaca dalam kalangan masyarakat.


Bahan 1 – Petikan: Fokus 2 (cara-cara menarik minat murid terhadap sastera)

Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan kempen kesedaran tentang manfaat mempelajari


F2 (1)
KOMSAS.

F2 (2) Pihak sekolah perlu kreatif dengan menganjurkan pelbagai pertandingan berkaitan sastera.

Bahan 2 – Grafik: Fokus 2 (cara-cara menarik minat murid terhadap sastera)


F2 (1) Pihak NGO seperti syarikat penerbitan menerbitkan lebih banyak karya sastera.

F2 (2) Ibu bapa memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil.

F2 (3) Media massa mempromosikan karya sastera kepada masyarakat menggunakan pelbagai medium.

F2 (4) Pusat sumber sekolah memperbanyak karya sastera seperti novel tulisan sasterawan negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kerajaan perlu berusaha lebih giat meningkatkan minat murid terhadap karya sastera
agar warisan bangsa ini tidak pupus ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai