Anda di halaman 1dari 3

FORUM BAHASA MELAYU :

AKTIVITI REKREASI
PENGERUSI : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu
wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan
Salam 1 Malaysia.
Wahai rakan sekalian ,
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu taala kerana dengan izin serta limpah kurnia
daripadaNya, dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Puteri Nor
Eva Farisha pada pagi yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, masalah
kesihatan badan dapat dikategorikan sebagai masalah yang membimbangkan semua pihak .
Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan.
Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini iaitu remaja berekreasi . Apakah itu rekreasi ?
Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu dari
aspek kesihatan mental dan fizikal sebagai seorang remaja .
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam , terlebih dahulu, mari kita berkenalan
dengan empat orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana rakan
sekalian sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,
saudari Nur Nisreen Nabihah yang merupakan seorang pengawas pusat sumber di sekolah
Agama Menengah Paya Jaras . Apa khabar saudari?
Panel pertama : Alhamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, kemas berpakaian sukan
lengkap , saudari Nurul Iman Adriana memegang jawatan pembimbing rakan sebaya sekolah
Agama Menengah Paya Jaras , selamat datang saudari .
Dan di hujung sana, ahli panel kita yang ketiga, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari
Nur Syauqina . Selamat datang juga buat saudari .

FORUM BAHASA MELAYU : AKTIVITI REKREASI 1


Baiklah di sebelah kiri saya , ahli panel keempat , saudari Nur Farah Batrisyia selaku Pengerusi
unit beruniform Pandu Puteri Islam . Selamat datang buat saudari dan sekali lagi kepada ahli
panel yang lain .
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah
sebenarnya definisi rekreasi ?
Panel pertama :Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional
persoalan. Pada pendapat saya , rekreasi merupakan Aktiviti terancang yang dilakukan
untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan . Selain itu , rekreasi juga membawa
maksud penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja
.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran definisi yang utuh lagi ringkas.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa rekreasi merupakan aktiviti yang dilakukan
untuk mengisi masa lapang . Justeru, saya ingin bertanyakan persoalan seterusnya kepada ahli
panel kita yang kedua, apakah contoh rekreasi yang boleh dilakukan oleh remaja ?
Panel kedua : Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. .
Antara contoh rekreasi ialah perkhemahan , memanah , berkayak , kembara hutan dan lain - lain.
Baiklah sebenarnya , rekreasi dikategorikan sebagai rekreasi luar dan dalam . Rekreasi luar
merujuk kepada penyertaan dalam lingkungan tertutup atau separuh tertutup seperti badminton
dan tarian . Manakala , Rekreasi dalam membawa maksud aktiviti senggang dilakukan di
persekitaran luar yang melibatkan sumber alam semula jadi seperti berkhemah dan berkelah.
Saya ingin meminta ahli panel kita yang ketiga untuk menyatakan faedah rekreasi kepada
masyarakat .
Panel ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara
dalam majlis forum ini. hadirin hadirin yang dihormati Allah sekalian ,

dengarkan pantun ini ,


Harum sudah cempaka hiasan,

Berpuput semilir laungan jiwa,


Aktiviti rekreasi pencetus wawasan,

Pastinya lahir nusa wibawa.


Pantun di atas jelas mengetengahkan kepada kita betapa pentingnya aktiviti rekreasi , Antara
faedah berekreasi adalah dapat mengeratkan hubungan dan ukhuwah sesama keluarga , rakan

FORUM BAHASA MELAYU : AKTIVITI REKREASI 2


rakan dan masyarakat . Selain itu , kita boleh menambah keyakinan diri dan memotivasikan diri
agar menjadi lebih baik dan berani di masa akan datang . Di samping itu , dengan berekreasi ,
kesihatan diri akan lebih terjaga Akhir sekali , kita juga boleh mencabar kemampuan diri supaya
dapat menonjolkan kelebihan dalam aktiviti ini dari pelbagai kemahiran . Oleh itu , kita haruslah
mengamalkan aktiviti rekreasi ini kerana badan cergas otak cerdas . In syaa Allah

Pengerusi : Sungguh luas pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Tetapi , saya ingin bertanya ,
apakah pandangan ahli panel kita yang keempat tentang keburukan jika amalan rekreasi ini tidak
dilakukan dan dipandang remeh oleh segelintir masyarakat ?

Panel keempat :Terima kasih kepada saudari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak
persoalan yang mendalam. Pada pandangan saya , terdapat banyak keburukan jika amalan ini
dipandang remeh dalam masyarakat . kita berkemungkinan mendapat risiko yang tinggi untuk
mendapat penyakit kerana rekreasi dapat mengeluarkan peluh , mengembangkan otot dan tulang
sendi serta meningkatkan tahap tenaga. Jika kita tidak mengamalkan aktiviti ini , kita akan hilang
keyakinan diri dan motivasi . In syaa Allah , jika masyarakat mempunyai kesedaran diri tentang
ini , masalah ini dapat diatasi dengan sempurna. Wallahu’alam.

Pengerusi : Terima kasih sekali lagi kepada semua ahli panel dan rakan rakan sekalian yang
mendengar ,
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;


Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya
daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam .
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

FORUM BAHASA MELAYU : AKTIVITI REKREASI 3

Anda mungkin juga menyukai