Anda di halaman 1dari 4

Title of article : Faktors Influencing Career Choices of Adolescents and Young

Adults in Rural Pennsylvania


Author of the article : Natalie M. Ferry
Source of the article : June 2006 // Volume 44 // Number 3 // Research in Brief // 3RIB7

Summarize the article

Artikel ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pilihan kerjaya bagi golongan
remaja dan belia luar bandar di Pennsylvania. Menurut Bandura (2001) pembangunan kerjaya
adalah proses sepanjang hayat yang membolehkan setiap individu memilih kerjaya mereka.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu seperti
gaya hidup, kebolehan peribadi dan juga pencapaian akademik.

Pengkaji telah memilih kajian secara kualitatif dan proses kumpulan berfokus sebagai kaedah
kajian kerana kaedah ini lebih bersifat terbuka dan responden dapat memberikan maklumat
secara temu bual. Responden terdiri daripada 12 kumpulan individu dalam kalangan remaja
dan belia dari kawasan luar bandar di Pennsylvania Tengah. Proses temubual dijalankan oleh
moderator yang berpengalaman menggunakan soalan-soalan yang berstuktur. Antara soalan
temubual adalah mengenai matlamat kerjaya, medium yang membantu individu mendapatkan
maklumat pembangunan kerjaya, faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya, halangan
dalam mencapai matlamat pekerjaan dan perancangan terhadap kerjaya pada masa hadapan.

Dapatan hasil kajian telah dibahagikan kepada lima fokus utama iaitu:

i) Saling kebergantungan institusi keluarga, pendidikan dan budaya masyarakat


Institusi keluarga, pendidikan dan budaya masyarakat memainkan peranan yang
penting dalam pemilihan kerjaya seseorang remaja atau belia. Hasil kajian mendapati
jika remaja atau belia daripada keluarga yang bekerjaya serta berpendapatan tinggi
mendapat sokongan yang lebih baik dalam pemilihan kerjaya.
ii) Perbezaan faktor kontekstual sosial dan ekonomi;
Remaja dan belia yang mendapat pendidikan kemahiran di peringkat sekolah lebih
cenderung memilih kerjaya mengikut minat atau kemahiran yang dimiliki.

iii) Kerjaya ideal


Pemilihan kerjaya yang ideal juga berkait rapat dengan institut keluarga remaja
tersebut. Menurut pengkaji remaja daripada keluarga yang berpendapatan lebih tinggi
lebih didedahkan dengan pemilihan kerjaya yang lebih baik oleh keluarganya.
Manakala remaja daripada keluarga sederhana cenderung untuk membuat keputusan
sendiri terhadap kerjaya mereka.

iv) Halangan
Halangan utama dalam membuat pemilihan kerjaya remaja adalah faktor kewangan.
Remaja atau keluarga mereka perlu membiayai sendiri kewangan bagi mendapatkan
pendidikan atau latihan di institusi pendidikan di negara tersebut. Selain daripada itu,
faktor kekurangan pekerjaan juga menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya ini.

v) Migrasi keluar.
Pengkaji juga mendapati bahawa remaja dan belia menghadapi masalah untuk tinggal
berjauhan daripada keluarga untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

What major part of this article impressed me the most and why?

Daripada artikel ini didapati bahawa faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di
Pennsylvania dan Malaysia mempunyai banyak persamaan. Walaupun Pennsylvania dan
Malaysia dipisahkan oleh lautan dan benua, namun remaja di Malaysia turut mempunyai isu
atau permasalahan yang hampir sama.

Menurut Maimunah dan Roziah, 2006 terdapat lima peringkat umur dalam pemilihan kerjaya.
Pada peringkat penerokaan iaitu bagi remaja dan belia yang berumur 14 tahun hingga 24
tahun, mereka dalam fasa memilih atau menentukan kerjaya. Pemilihan kerjaya mereka
adalah dipengaruhi oleh faktor keturunan, penglibatan ibu bapa dan sosial. Hal ini adalah
sangat sinonim dengan dapatan pengkaji di mana dapatannya menunjukkan terdapat saling

2
kebergantungan dalam institusi keluarga, pendidikan dan budaya masyarakat dalam
pemilihan kerjayanya. Perkara ini juga adalah sinonim dengan situasi di Malaysia pada masa
ini, di mana remaja dan belia cenderung untuk mendapatkan pandangan daripada keluarga
atau guru/ kanselor untuk mencorakkan kerjaya mereka.

Namun begitu, dapatan pengkaji mengenai faktor kewangan yang menjadi halangan dalam
mendapatkan pendidikan dan latihan kemahiran adalah tidak sama dengan situasi di Malaysia.
Pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) dijangka mampu
melahirkan tenaga kerja mahir untuk peningkatan ekonomi Malaysia (Minghat dan Yasin,
2010). Bagi mencapai peningkatan ekonomi yang begitu pesat terdapat pelbagai kementerian
seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian
Sumber Manuasia dan lain-lain lagi yang menawarkan Pendidikan TVET yang
kebanyakannya dibiayai sepenuhnya atau sebahagian oleh kerajaan. Oleh itu remaja dan belia
di Malaysia boleh memilih bidang mengikut bidang yang sesuai dan bersedia memasuki alam
pekerjaan.

Seterusnya dapatan pengkaji juga menunjukkan bahawa remaja dan belia di Pennsylvania
tidak berusaha untuk keluar daripada kawasan tempat tinggal mereka untuk mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik. Hasilnya mereka hanya akan mendapatkan pekerjaan yang lebih
rendah daripada kelayakan sebenar mereka. Ini kerana biasanya peluang pekerjaan yang lebih
baik adalah letaknya di bandar-bandar besar. Hal ini juga terjadi kepada remaja dan belia yang
berada di Malaysia di mana mereka telah berasa selesa tinggal bersama keluarga.

My assessment of this article

Kajian tentang faktor yang mempengaruhi pilihan kerjaya bagi golongan remaja dan belia ini
telah dijalankan di Kawasan luar bandar di Pennsylvania. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk
meneroka pemilihan kerjaya golongan luar bandar yang kebiasaannya adalah daripada
golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kesimpulan daripada artikel ini adalah
pengkaji mendapati bahawa faktor pemilihan kerjaya bukan sahaja terletak kepada individu
tersebut sahaja. Ia juga dipengaruhi oleh persekitaran seperti institusi kekeluargaan,
Pendidikan dan faktor luaran seperti sosio ekonomi. Kajian seperti ini juga boleh dijalankan
di kawasan luar bandar di Malaysia terutama kepada individu dalam generasi Z yang
mempunyai attitude yang sangat berbeza dengan generasi X dan Y.

3
Rujukan

Bandura, A., Barbaranelli, C., Caprara, G.V., & Pastorelli, C. (2001). Self-efficacy beliefs as
shapers of children's aspirations and career trajectories. Child Development, 72, 187-206.

Maimunah, I. and Roziah, M.R. (2006), High Flying Academics: A Question of Career
Mobility, Pelanduk Publication, Kuala Lumpur.

Minghat, A.D. and Yasin, R.M. (2010), “Sustainable framework for technical and vocational
education in Malaysia”, Procedia – Social and Behavioral Sciences, Vol. 9, pp. 1233-7.

Anda mungkin juga menyukai