Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 1, Blok D & E, Tel : 088 – 972719 / 976723
Bangunan Gunasama Persekutuan, Fax : 088 – 976307
Beg Berkunci No. 2, 89159 Kota Belud, Sabah. E-mel: ppd.kotabelud@moe.gov.my

Ruj : PPDKB.SPb.600-2/12/1 ( )
Tarikh :20 Oktober 2023

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

PELAKSANAAN KAJIAN INDEKS STEM MURID (ISM) TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN BAGI MURID SEKOLAH RENDAH
DAN SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan dari Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
(JPNS) nombor rujukan JPNSBH.SPb.600-2//1/20 JLD.3(11) bertarikh 16 Oktober 2023 adalah berkaitan.

02. Untuk makluman tuan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembudayaan murid dalam bidang STEM
berdasarkan indikator merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Sikap, Kokurikulum dan Literasi STEM murid.
Oleh yang demikian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan melaksanakan kutipan
data secara dalam talian bagi subjek Sains dan Matematik melibatkan murid sekolah rendah Tahun 6, murid sekolah
menengah Tingkatan 3 dan 4 di sekolah-sekolah yang terpilih.

03. Sehubungan itu, tuan dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada murid sekolah yang terlibat. Kutipan data
secara dalam talian perlu dilaksanakan dalam tempoh 20 Oktober hingga 10 November 2023 melalui pautan yang
berikut:

Tahun / Tingkatan Sains Matematik


Tahun 6 bit.ly/sains_tahun_6 bit.ly/matematik_tahun_6
Tingkatan 3 bit.ly/sains_tingkatan_3 bit.ly/matematik_tingkatan_3
Tingkatan 4 bit.ly/sains_tingkatan_4 bit.ly/matematik_tingkatan_4

04. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Puan Zyaliah @ Maya Ramdan, Penyelaras
STEM daerah melalui talian 019-8813897.

Segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOKILAU RUDIN
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud

myrg20102023
Ruj : PPDKB.SPb.600-2/12/1 ( )
Tarikh :20 Oktober 2023

PELAKSANAAN KAJIAN INDEKS STEM MURID (ISM) TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN BAGI MURID
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

SENARAI EDARAN

1. Guru Besar
SK Taburan

2. Guru Besar
SK Rosok

3. Guru Besar
SK Melangkap

4. Pengetua
SMK Taun Gusi II

5. Pengetua
SMK Taun Gusi

Anda mungkin juga menyukai