Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN BOLA BALING SMK BENTONG

SMK BENTONG
28700 BENTONG Tel : 09-2221163
PAHANG DARUL MAKMUR Fax : 09- 2311006
Email : CEA0059@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKB.PIBG.Koko.03.700 1/12(1)


Tarikh : 13 Julai 2022

Kepada;

Yang Hormat
Dato' Amizar Bin Abu Adam,
Pengerusi
Khabar Bentong.

Melalui dan salinan,


PIBG,
SMK Bentong,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.

YH Dato',

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK KONTINJEN BOLA BALING MSSD BENTONG KE


KEJOHANAN MSS PAHANG 2022.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pihak Pengurusan Kontinjen Bola Baling MSSD


Bentong telah bersetuju untuk memohon sumbangan daripada pihak Dato’. Sumbangan
ini adalah untuk kegunaan kontinjen bola baling MSSD Bentong semasa Kejohanan
Bola Baling MSS Pahang 2022 yang akan berlangsung pada 18-22 Julai 2022 di Raub,
Pahang. Perincian senarai sumbangan yang dipohon adalah seperti berikut :

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH (RM)


Penginapan Kontinjen semasa
Kejohanan
RM 10 (Asrama) x 4 malam x
1. (Pusat Kegiatan Kemas Kg. RM 2240.00
56 orang
Gali Tengah, 27600 Raub,
Pahang D.M.)
JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM 2240.00

3. Untuk pengetahuan Dato’, Nombor telefon dan Kejohanan Bola Baling MSS
Pahang 2022 ini akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh Latihan Pusat : 13 – 15 Julai 2022


Tarikh Pertandingan : 18 – 22 Julai 2022
Tempat Pertandingan : MSSD Raub,
Pahang.
Tel. Pengerusi Teknik : 019-9814857 (En. Mohd Azrani Bin Jusoh)
4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan permohonan tersebut
mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada Dato’. Bantuan kewangan yang
diberikan akan dapat menampung kos perbelanjaan Kontinjen Bola Baling MSSD
Bentong sepanjang kejohanan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat
kepada mereka untuk terus cemerlang dalam bidang sukan yang mereka sertai.

5. Segala kerjasama dan keperihatian Dato’ amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah.

………………………………
(MOHD AZRANI BIN JUSOH )
PENGURUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN
BOLA BALING MSSD BENTONG.

Sk.
PPD Bentong.

Anda mungkin juga menyukai