Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN USAHAWAN NUSANTARA

(PPM-018-10-03082017)

Rujukan Kami : PUNHQ/P/011/22 Tarikh : 30/10/2022


Rujukan Tuan :

Pengurus Djangkar FC
Bengkong Baru Blok B, No. 37,
RT 004, RW 004,
Kel. Bengkong Indah, Kec. Bengkong,
Batam 29461,
Indonesia

U/P: Hady Nur Yanto

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK TERTUTUP (LIGA SERUMPUN)


ANJURAN PERSATUAN USAHAWAN NUSANTARA (PUN)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Setelah tertangguh lebih dua tahun kerana kekangan pandemik Covid19, sukacita kami memaklumkan
bahawa kesediaan kami sebagai tuan rumah bagi penganjuran tahun 2022 untuk julung kalinya diadakan di
negeri Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

3. Penganjuran kali ini melibatkan penyertaan tempatan dan dimeriahkan lagi dengan jemputan pasukan
antarabangsa dari Indonesia dan Australia.

4. Maklumat penganjuran sebagaimana berikut;

Tarikh : 20hb November 2022 (Ahad)


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 ptg
Lokasi : Padang Bolasepak A dan B, Dataran MBPG, Jln. Mesjid, Pasir Gudang, Johor.

5. Kami selaku penganjur mengharapkan program seperti ini dapat mengeratkan hubungan sosial generasi
muda melalui semangat kesukanan selain membina rangkaian perniagaan dimasa hadapan.

6. Semua pasukan boleh berurusan dengan Pengurus Penganjuran Bola Sepak Tn. Hj Saari bin Md Lasim (HP:
+6013-773 0117) untuk menyediakan senarai penuh kontigen (pengurusan dan pemain) untuk urusan
keselamatan, penginapan, logistik dan lain-lain.

Sekian, Alhamdulillah Jazzakallahukhaira dan terima kasih.

Yang benar,

Hj Baharudin bin Hj Ahmad


Pengerusi
SEJAGAT RAYA SEKATA JAYA

Alamat: LOT 711, TANJUNG RIMAU DALAM 78000, ALOR GAJAH, MELAKA. Tel: 019-731 3786 / 014-223 1354
Pusat Operasi Selatan 1: NO 76, JALAN 9/5, TAMAN AIR BIRU, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TA’ZIM.
Tel: 013-770 7651 e-mail: sejagatraya.nusantara@gmail.com.

Anda mungkin juga menyukai