Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA UKAS 2016


KELAB UKAS (BIRO SUKAN)
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Presiden Kelab
UKAS, Jabatan Perdana Menteri bagi :Program

: Kejohanan Badminton Terbuka UKAS 2016

Tarikh

: 26 Mac 2016 ( Sabtu )

Masa

: 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Tempat

: Dewan BPH ( Presint 5 R6 )

Jumlah Peserta

: 50 peserta (termasuk urus setia dan juri)

Anggaran Perbelanjaan : RM 1958.00


2.

LATAR BELAKANG
Penglibatan dalam aktiviti riadah merupakan antara perkara penting untuk
meningkatkan kecergasan diri umumnya di kalangan rakyat Malaysia dan
khususnya warga kerja UKAS sebagai penjawat awam.

3.

OBJEKTIF
3.1

Mempromosikan kepada UKAS amalan gaya hidup sihat dan aktif


melalui bersukan;

3.2

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri (acara beregu);

3.3

Melahirkan

pemain-pemain

yang

akan

mewakili

UKAS

untuk

pertandingan-pertandingan di luar; dan


3.4

Melahirkan warga yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi


dan sosial.

4.

PESERTA
Semua warga UKAS dijemput untuk menyertai dan dijangka seramai 24 orang
akan menyertai pertandingan ini dan 6 orang terdiri daripada urus setia dan juri
pertandingan. Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak
RM 10.00 sahaja untuk seorang dan RM 20.00 untuk peserta bukan warga
UKAS. Pertandingan mengikut kategori perseorangan lelaki, perseorangan
wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

5.

PELAKSANAAN
Pendaftaran akan diadakan pada jam 8:00 pagi di dewan gelanggang
badminton BPH Persint 5 R6. Jemputan turut dipanjangkan kepada Presiden
Kelab UKAS untuk perasmian. Pertandingan akan dimulakan selepas acara
perasmian. Format pertandingan adalah secara liga untuk semua ketegori dan
dengan kiraan mata

30 (15+15). Makanan dan minuman akan disediakan

bergantung kepada yuran penyertaan. Hadiah pertandingan diperuntukan


untuk Johan; Naib Johan dan ketiga mengikut kategori pertandingan. Sijil
penyertaan

juga disediakan

untuk semua

pemain.

Pertandingan dan

penyampaian hadiah dijangka selesai pada jam 6:00 petang.


6.

KOS PROGRAM
Kos dianggarkan bagi menjayakan pertandingan ini adalah sebanyak
RM 1958.00. Sumbangan daripada Kelab UKAS yang dipohon adalah
sebanyak RM 1958.00. Kos terperinci adalah seperti di Lampiran 1. Aturcara
pertandingan adalah seperti di Lampiran 2.

7.

PERAKUAN
Sukacita dikemukakan cadangan untuk Kejohanan Badminton Terbuka UKAS
2016 diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan puan jua.
Sekian, terima kasih.

(MOHD ZABIDI BIN SAPEE)


Biro Sukan Kelab UKAS, JPM
Tarikh:

Mac 2016

__________________________________________________________________
KEPUTUSAN PRESIDEN KELAB UKAS
__________________________________________________________________

LULUS/TIDAK LULUS

(PUAN AZIZATUL YUSNA BINTI AHMED YUSUFF)


PRESIDEN KELAB UKAS,
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh:

Mac 2016

LAMPIRAN 1
ANGGARAN KESELURUHAN PERMOHONAN PERUNTUKAN
PERBELANJAAN DARIPADA KELAB UKAS, JPM DAN
Bil

6.1

Perkara

Pembiayaan

Hadiah Pertandingan
Perseorangan lelaki
Perseorangan wanita
Beregu lelaki
Beregu wanita
Beregu campuran

Kelab UKAS

800.00

Kelab UKAS

100.00

6.3

Sewa gelanggang
RM 12 x 1 jam x 9 = RM 108.00

Kelab UKAS

108.00

6.4

Peralatan (bulu tangkis)


RM 75.00 x 10 = RM 750.00

Kelab UKAS

750.00
200.00

6.2

RM 100
RM 100
RM 200
RM 200
RM 200

Jumlah
(RM)

Bunting (untuk digunakan dalam


semua acara sukan)
RM 100.00 x 1 = RM 100.00

6.5

Token Juri; Sijil Penyertaan dan


Kontingensi

Kelab UKAS

6.6

Makan/ Minum

Yuran
penyertaan

JUMLAH PERMOHONAN PERUNTUKAN

RM 1958.00

LAMPIRAN 2
4

Aturcara Program
Tarikh:
Tempat

26 Mac 2016 ( Sabtu )


:
Dewan BPH ( Presint 5 R6 )

Masa
8:00 pagi

Aktiviti
Ketibaan dan pendaftaran pemain

8:15 pagi

Perasmian dan sesi bergambar

9:00 pagi

Pertandingan dimulakan

1:00-2:30 petang

Rehat

5.00 petang

Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan

6:00 petang

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai