Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : JPNM.SPBM.PBM.600-4/2/5 Jld.

2 (75)
Tarikh : 15 Ogos 2023
Pengurus,
Sports Marketing Manager,
Nestle Products Sdn. Bhd,
Level 22,1 Powerhouse,
No.1 Persiaran Bandar Utama,

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENAJAAN UNTUK KEJOHANAN SUKAN BOLA JARING


MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2023

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Melaka menerusi Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSNM) telah
dipertanggungjawabkan mengelolakan Kejohanan Sukan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah
Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 19 hingga 22 September 2023.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa berbesar hati ingin memohon penajaan
daripada syarikat tuan untuk pengelolaan kejohanan tersebut berdasarkan item-item seperti
berikut :
3.1 Kemeja T tanpa kolar (atlet dan pembantu teknikal) - 690
3.2 Kemeja T berkolar (pegawai dan jawatankuasa pengelola) - 370
3.3 Kain Rentang (Banner) -6
3.4 Minuman MILO sepanjang kejohanan berlangsung
4. Untuk makluman, seramai 1060 orang pelajar dan pegawai akan terlibat di dalam
penganjuran kejohanan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Husaini,
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
di talian 06-232 6842 atau 011-2708 2437.
Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
Saya yang menjalankan amanah,

(DR. MOHD ARAS BIN KHAMIS)


Setiausaha Agung,
Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka.
sk 1. Fail Penyelaras
MAK/mhh/UPBM/sumbanganpenajaanmilokejohananbolajaringmssm
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA

Anda mungkin juga menyukai