Anda di halaman 1dari 1

LOGO DAN ALAMAT SYARIKAT

TARIKH SURAT

ALAMAT PENERIMA

Tuan

SURAT TAWARAN PEKERJAAN

Merujuk perkara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan sebagai
______________________ kepada tuan. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat
dialu-alukan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:


1. Tempoh bekerja
Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.

2. Gaji dan Elaun


Gaji yang ditawarkan adalah sebnayak RM1200 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1800 sebulan selepas
tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun kedatangan sebanyak RM150 sebulan. Sebarang kenaikan
atau percubaan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

3. Potongan KWSP dan SOCSO


Potongan KWSP dan SOCSO akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

4. Cuti Tahunan
Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 sehari setahun yang diberi secara pukul rata (prorated). Permohonan cuti
hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan Waktu bekerja


Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat. Sebarang
perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, dimaklumkan kepada anda.

6. Tugas dan tanggungjawab


Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. Sebarang
perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu
menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anada menghadapi sebarang kesulitan, anda
dialu-alukan untuk merujuka kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan Kerja
Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui
pemberian notis 3 bulan lebih awal. Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan
memajukan lagi organisasi ini.

Yang benar,

....................................
(NAMA)
Pengurus
(SYKT)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengakuan dan pnerimaan
Saya ........................................................................ nombor kad pengenalan...........................
Dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : .......................................................

Tarikh : .........................................................
Posted 8th November 2016 by khairy

Anda mungkin juga menyukai