Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pendahuluan 1

Riwayat Hidup 2

Sifat-Sifat Peribadi 4

Kegigihan Hasan Al-Banna Menuntut Ilmu 5

Sumbangan Tokoh 6

Karya Hasan Al-Banna 10

Kesimpulan 11

Bibliografi 12

Lampiran/ Gambar 13

1
PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan folio
yang bertajuk „Hasan Al-Banna‟ ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah subjek Pendidikan Islam saya, Ustazah Zariah Binti Zainudin kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu
bapa saya yang memberi pemudah cara untuk saya menyiapkan tugasan folio ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral serta bantuan kewangan bagi
saya menyelesaikan tugasan folio ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana
telah banyak menghulurkan bantuan, kerjasama dan banyak memberi peringatan terhadap
setiap apa yang saya telah alpa bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya
kemukakan kepada mereka.
Akhir madah, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

2
RIWAYAT HIDUP

Hasan Ahmad Abdul Rahman Muhammed Al-Banna atau ringkasnya Hasan Al-
Banna dilahirkan pada waktu Duha, hari Ahad 25 Syaaban 1324 Hijrah bersamaan 14
Oktober 1906 di desa Al-Mahmudiyyah di daerah Al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir oleh ibu
kandungnya iaitu Fudhla.
Bapa Hasan Al-Banna yang bernama Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna atau
dikenali juga sebagai “As-Saa‟ti” (pembaiki jam) adalah seorang ulama, imam, guru dan
pengarang beberapa buah kitab hadis serta fikah perundangan Islam yang berkelulusan dari
Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau bekerja sebagai tukang membaiki jam di desa Al-
Mahmudiyyah untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk
mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir Al-Quran dan hadis
kepada penduduk tempatan. Isterinya, Fudhla berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan isteri
pertamanya ini, Imam Ahmad Al- Banna memperolehi tujuh orang anak. Anak-anaknya itu
bernama Hasan Al-Banna (anak sulung), Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul
Basit Al-Banna, Zainab Al-Banna, Ahmad Jamaluddin Al-Banna dan Fauziah Al-Banna.
Muhammad meninggal dunia pada bulan Mac tahun 1990 manakala Zainab pula meninggal
dunia ketika masih kecil. Imam Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri. Dengan
isteri keduanya ini, beliau memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al-
Banna.
Kehidupan seharian Hasan Al-Banna dibahagikan kepada empat waktu. Pada waktu
pagi, beliau ke sekolah dan pulang dari sekolah beliau menolong bapanya membaiki jam di
kedai. Pada waktu malam, beliau mengulangkaji pelajaran dan bangun untuk sembahyang
tahajud pada waktu tengah malam, lalu mengulang kaji hafalannya sehingga waktu subuh.
Semasa berada di Ismailiyah, Fudhla sering menziarahi keluarga yang rapat dengan
Hasan Al-Banna. Antaranya ialah keluarga Haji Hussin As-Shauli yang menyokong penuh
dakwah Hasan Al-Banna sehingga semua ahli keluarganya menjadi ahli Ikhwan Muslimin.
Semasa berkunjung buat kali pertama, Fudhla terdengar bacaan Al-Quran seorang gadis
bernama Latifah yang merdu. Fudhla mencadangkan Hasan Al-Banna melamar gadis itu.
Hasan Al-Banna tidak membantah tetapi memohon diberi masa tiga hari untuk berfikir.
Selepas diadakan perbincangan antara keluarga kedua-dua belah pihak, Hasan Al-Banna
ditunangkan dengan Latifah pada 1 Ramadan. Majlis akad nikahnya telah diadakan pada 27

3
Ramadan di dalam Masjid Ikhwan Muslimin. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan
enam orang anak iaitu Wafa, Ahmad Saiful Islam, Tsana, Roja‟, Halah dan Istisyhad.
Di hari terakhir sebelum wafat, Hasan Al-Banna terbangun dari tidurnya. Beliau
bermimpi melihat Imam Ali r.a berkata kepadanya, “Wahai Hasan, urusanmu sudah selesai.
Engkau telah menyampaikan risalahmu. Allah menerimamu dan apa yang engkau perbuat.”
Hasan Al-Banna gembira dan memberitahu kepada salah seorang keluarganya serta berkata,
“Sesungguhnya bermimpi melihat Imam Ali ketika tidur bererti mati sebagai syuhada”.
Pada pukul 12.50 tengah malam 12 Februari 1949, Hasan Al-Banna meninggal
dunia setelah ditembak mati oleh pembunuh upahan arahan Raja Farouk dan Perdana
Menterinya, Ibrahim Abdul Hadi berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh
seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Hasan Al-Banna
menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Pada pukul
satu pagi, pihak polis menyampaikan berita kematian kepada Imam Ahmad Abdul Rahman
dengan dua pilihan iaitu pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau
menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan atau
pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat
jenazah anaknya itu. Bapa Hasan Al-Banna menerima pilihan yang pertama. Jenazah Hasan
Al-Banna dibawa ke rumahnya di Hilmiah Al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi
oleh polis yang lengkap bersenjata. Bapa Hasan Al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun
itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru
berusia 43 tahun itu seorang diri.
Sekitar jam lapan pagi, beberapa orang wanita membawa jasad Hasan Al-Banna ke
Masjid Qaysun. Tidak seorang lelaki pun diberi izin untuk mengusung jenazahnya. Anggota
polis mengancam akan mengarahkan senjata dan melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja
yang mendekati jendela rumahnya. Imam Ahmad Al-Banna menyembahyangkan jenazah
anaknya seorang diri. Jenazah Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-
kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya
kecuali keluarganya sendiri. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama dan isteri
Hasan Al-Banna menamakannya Istisyhad yang bermaksud memburu mati syahid. Selepas
kematiannya pada tahun 1949, beliau dikenali dengan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

4
SIFAT PERIBADI

1. Seorang yang prihatin.


Beliau prihatin terhadap perkembangan anak-anaknya. Hal ini demikian kerana setiap
anaknya mempunyai fail khas yang ditulis olehnya sendiri. Di dalam fail tersebut
terkandung maklumat seperti maklumat-maklumat perubatan anak-anaknya, sijil-sijil
pelajaran bersertakan catatan-catatan tentang kemajuan pembelajaran mereka.

2. Seorang yang pemurah.


Beliau memberikan wang saku kepada anak-anaknya sebanyak 3 Qurusy berbanding
kanak-kanak lain yang puratanya mendapat suku atau setengah Qurusy sahaja daripada ibu
bapa mereka.

3. Seorang yang bertanggungjawab.


Buktinya, beliau menyediakan satu perpustakaan khas buat anaknya, Ahmad Saiful Islam.
Ini adalah antara proses pentarbiahan beliau kepadanya. Beliau tidak melarang Saiful
Islam membaca apa-apa jenis bahan bacaan, malahan memberi bacaan lebih baik untuk
dibaca oleh Saiful apabila selesai membaca bahan bacaan diminatinya.

4. Seorang yang bersungguh-sungguh.


Hasan Al-Banna bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah Rasulullah SAW. Beliau
menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan
membincangkannya dengan rakan-rakannya sama ada di kedai atau rumah. Pertemuan ini
memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting
perwatakannya.

5. Seorang yang penyayang.


Hasan Al-Banna tidak pernah mengucapkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan
isterinya. Beliau juga tidak pernah memukul atau merotan anak. Jika mereka nakal,
dinasihatkannya dengan kata-kata yang baik.

5
KEGIGIHAN HASAN AL-BANNA MENUNTUT ILMU

Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Sewaktu


berumur lima tahun, beliau mengikut bapanya ke masjid untuk sembahyang jemaah. Sejak
itu, Imam Ahmad Al-Banna mengajar anaknya itu membaca Al-Quran. Selesai sembahyang
subuh di masjid, Imam Ahmad Al-Banna terus pulang ke rumah lalu mengajar anaknya itu
menghafaz Al-Quran hingga habis waktu Duha. Begitu juga selepas sembahyang Asar. Pada
waktu malam pula, Fudhla mengambil alih tugas suaminya menyemak bacaan ayat-ayat Al-
Quran yang telah dihafal oleh anaknya sebelum tidur. Beliau turut dididik untuk sembahyang
lima waktu di awal waktu dan bangun tengah malam untuk sembahyang tahajud.
Imam Ahmad Al-Banna juga memberi beberapa panduan termasuk cara menjaga
makan dan minum. Hasan Al-Banna disuruh meminum madu lebah dan memakan kismis
serta membaca doa penerang hati setiap kali selesai sembahyang. Seawal usia tujuh tahun,
beliau dihantar ke Madrasah Ar-Rasyad As-Diniyyah yang diasaskan pada tahun 1915 oleh
Syeikh Muhammad Zahran yang cacat penglihatannya untuk melengkapkan dirinya dengan
ilmu dunia dan akhirat. Mata pelajaran yang diajar termasuk hadis, penulisan, nahu, latihan
amali dan kajian kesusasteraan. Bapanya mengatur jadual pembelajaran anaknya supaya
tidak membuang masa dengan bermain-main. Hasan Al-Banna juga sering menghadiri majlis
perbahasan antara Syeikh Muhammad Zahran dan Hamis Muhsin. Apabila pengurusan
sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya meletak jawatan secara sukarela kerana
ingin berdakwah, maka beliau pun berpindah ke Madrasah I‟dadiyah.
Ketika melangkah usia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke
Madrasah Al-Muallimin Al-Awalliyah di Damanhur. Seperti yang dijangka oleh bapanya,
pihak madrasah tersebut ragu-ragu untuk menerima Hasan Al-Banna kerana umurnya belum
mencapai 14 tahun dan tahap pengajian di situ lebih tinggi daripada madrasah lamanya.
Hasan Al-Banna diberi ujian mengenai hukum fikah dan sejarah Islam. Memandangkan
semua soalan berjaya dijawab dengan tepat, ujian kedua telah dijalankan. Beliau diminta
membaca surah-surah Al-Quran yang telah dihafalnya. Pengetua madrasah itu berasa kagum
dan menerimanya bersekolah di situ. Hasan Al-Banna juga sering menghadiri majlis ilmu di
Masjid Tawbah. Bagi meningkatkan kemahirannya berpidato dan menulis, Hasan Al-Banna
berjaya menghafal 18,000 bait puisi Arab dan beribu-ribu hadis.
Beliau mendapat tempat pertama dan kelima terbaik dalam peperiksaan akhir dari
maktab-maktab perguruan seluruh Mesir. Ketika 16 tahun, gurunya, Syeikh Farhat Salim

6
menyuruhnya melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan
di Kaherah pada tahun 1923. Kemudian, Hasan Al-Banna mendapat dua surat tawaran.
Pertama dari Pejabat Pelajaran Daerah yang menawarkannya jawatan guru dan kedua tawaran
menyambung pelajaran ke Darul Ulum. Jawatan guru ditolak kerana ingin menyambung
pengajian ke Fakulti Darul Ulum yang terkenal dengan gelaran “Al-Azhar kecil”.
Di tahun akhirnya di Darul Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk
menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak
agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan
keriangan dalam kehidupan". Pada bulan Jun 1927, keputusan peperiksaan akhir Darul Ulum
diumumkan dan Hasan Al-Banna antara pelajar yang mendapat keputusan terbaik. Beliau
mendapat diploma ketika berusia 21 tahun. Pada 20 September 1927, beliau bertugas
sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan iaitu Al Ismailiyah Al Ibtidaiyyah Al
Amiyriyyah di Ismailiyah, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.

SUMBANGAN TOKOH

Berusaha Menentang Kejahatan


Semasa di Kaherah, Hasan Al-Banna masih mengamalkan puasa selama tiga bulan
berturut-turut pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan termasuk berpuasa sunat Isnin dan
Khamis. Tahun itu sudah separuh Ramadan berlalu, beliau gelisah hingga tidak dapat tidur
kerana memikirkan keadaan rakyat Mesir. Setelah lama berfikir, akhirnya Hasan Al-Banna
mengambil keputusan untuk bertemu dengan mereka yang berpengaruh seperti Syeikh Yusof
Ad-Dajwi iaitu seorang ulama yang banyak menulis buku dan dikenali ramai.
Keesokan harinya, selepas berbuka puasa dan sembahyang terawih, Hasan Al-Banna
menziarahi Syeikh Yusof Ad-Dajwi di rumahnya. Ketika itu, beliau dikerumuni orang-orang
alim terkemuka seperti Ahmad Bin Kamil yang juga datang menziarahinya. Beliau
mengemukakan pendapatnya tentang keadaan di Mesir yang dilanda fahaman atheis dan
maksiat. Syeikh Yusof Ad-Dajwi kelihatan sedih dan menyatakan bahawa segala usaha yang
dilakukannya tidak berjaya. Persatuan Nahdatul Islam yang ditubuhkan olehnya dan majalah
Islam yang dihantar ke Persidangan-Persidangan Agama di Jepun menemui kegagalan.
Hasan Al-Banna meminta Syeikh Muhammad Saad mencadangkan nama-nama
ulama. Beliau mencadangkan agar satu akhbar mingguan dan bahan-bahan kesusasteraan
Islam diterbitkan. Satu senarai panjang nama-nama ulama terkemuka dan orang berpengaruh

7
dituliskan. Antaranya ialah Syeikh Dajwi, Syeikh Muhammad Al-Khizr Hussain, Syeikh
Abdul Aziz Jawish, Syeikh Abdul Wahab Najjar, Syeikh Muhammad Ahmad Ibrahim dan
Syeikh Abdul Aziz Al-Khauli. Akhirnya, mereka berjaya menubuhkan satu gerakan Islam.
Setelah para ulama mengadakan perjumpaan, majalah Al-Fatah iaitu panduan para
belia terpelajar diterbitkan. Syeikh Abdul Baqi Sawwar Na‟im menjadi ketua pengarang dan
Syed Muhibuddin Al-Khatib sebagai pengurus majalah tersebut yang kemudiannya kedua-
dua tugas itu diambil alih oleh Syed Muhibuddin Al-Khatib.

Dakwah Kedai Kopi


Pada suatu malam, orang ramai berkumpul di masjid untuk sembahyang berjemaah.
Keadaan di dalam masjid sesak kerana seorang ulama Azhar dari Kaherah datang bagi
menyelesaikan perbezaan pendapat umat Islam Ismailiyah. Pertengkaran berlaku apabila
ulama tersebut menyalahkan fahaman ahli Sufi dan Salafi. Selepas lama memikirkannya,
beliau bertekad untuk tidak menjadikan orang-orang masjid sebagai sasaran dakwahnya.
Semasa di Kaherah, Hasan Al-Banna dan kawan-kawannya pernah berdakwah di
kedai kopi dan usahanya itu boleh diterima orang ramai. Beliau berazam bagi mencubanya di
Ismailiyah. Beliau tetap meneruskan usahanya itu walaupun bersendirian kerana Syeikh
Ibrahim Al-Bonhawi enggan mengikutinya. Beliau memilih dua kedai kopi yang paling
ramai pelanggannya. Salah satunya terletak di tepi Sungai Nil. Beliau memakai pakaian
biasa iaitu seluar, baju kemeja lengan panjang dan tarbus. Pada mulanya, ramai terkejut
dengan caranya berdakwah tetapi akhirnya mereka terbiasa. Hasan Al-Banna hanya memilih
tajuk-tajuk ceramah berbentuk nasihat umum yang mampu disampaikan dengan baik
berkaitan dengan Allah, hari kiamat, ganjaran pahala, amalan-amalan soleh dan larangan
melakukan perbuatan yang dilarang. Walaupun ceramah yang disampaikan hanya mengambil
masa sekitar 15 minit, namun ia berjaya menarik perhatian orang ramai.
Penduduk Ismailiyah suka dengan cara Hasan Al-Banna berdakwah sehingga
memintanya mengajar mereka tentang hukum Islam. Beliau meminta mereka mencari tempat
yang sesuai bagi perbincangan tersebut dan dipersetujui oleh mereka. Mereka menemui
sebuah rumah usang tetapi masih boleh digunakan sekiranya diperbaiki. Mereka bergotong-
royong membaiki bangunan tersebut dalam masa dua hari dan mengadakan perjumpaan yang
pertama di dalam rumah itu. Akibat terlalu ramai yang hadir di rumah itu bagi mendengar
ceramah Hasan Al-Banna, seorang hartawan pemurah bernama Haji Mustafa berasa simpati
lalu membina sebuah bangunan baru bersebelahan rumahnya.

8
Menubuhkan Ikhwan Muslimin
Pada tahun 1922, Hasan Al-Banna telah menjadi ahli penuh pertubuhan sufi, Al-
Ikhwan Al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini, beliau berkenalan dengan Ahmad Al-Sakri
yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Pada usia
23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac
1928. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan
menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian, membentuk
keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita
perjuangan Islam dengan tegas. Setiap petang selepas sembahyang Asar, semua anggota
Ikhwan Muslimin berkumpul di Perpustakaan Syeikh Alias Syarif yang disewa dengan kadar
60 Qursh sebulan. Mereka menjadikan tempat tersebut sebagai Madrasah Al-Tahzib.
Susunan pengajiannya melibatkan pendidikan Islam dan ditekankan pembacaan Al-Quran
yang betul serta ilmu hadis. Sejak itu, bilangan ahli Ikhwan Muslimin bertambah ramai.
Selepas beberapa bulan berlalu dan banyak wang terkumpul, mereka tekad untuk
membina masjid. Pada pagi 5 Muharam 1348, orang ramai berkumpul bagi menyaksikan
upacara meletak batu asas pembinaan masjid oleh Syeikh Muhammad Hussain Zamloot.
Masjid Ikhwan Muslimin siap dibina dan dibuka dengan rasminya pada waktu Isyak, 17
Ramadan 1348 Hijrah, mengambil sempena tarikh berlakunya Perang Badar. Acara
perasmian Masjid Ikhwan Muslimin diadakan secara meriah. Ramai yang meminta Hasan
Al-Banna menjadi imam sembahyang berjemaah pertama sekali gus merasmikan masjid
tersebut. Masjid itu bukan sahaja dijadikan tempat sembahyang malah sekolah yang
dinamakan Maahad Hirak Al-Islam.
Semasa mesyuarat Ikhwan Muslimin, Hasan Al-Banna bercadang untuk menubuhkan
cawangan Ikhwan Muslimin di Aboo Suwair. Syeikh Abdullah Badwi dipilih menjadi Yang
Dipertua Ikhwan Muslimin. Kemudian, Ikhwan Muslimin Pelabuhan Said ditubuhkan.
Perasmiannya dilakukan di rumah Ahmad Afandi Misri selepas sembahyang Isyak. Selepas
itu, para ahli Ikhwan Muslimin mengambil keputusan bagi mengadakan majlis perhimpunan
umum pada 15 Muharam 1349 Hijrah di Pusat Gerakan Ikhwan Muslimin di Pelabuhan Said.
Selepas perhimpunan itu, ahli-ahli Ikhwan Muslimin Pelabuhan Said menyampaikan dakwah
secara terbuka kepada orang ramai. Tiga bulan kemudian, sebuah lagi cawangan Ikhwan
Muslimin dibuka di rumah Abdul Latif di Thaweelah yang dinamakan Jadidatul Manzila.
Semakin lama, perjuangan Ikhwan Muslimin terus aktif sehingga berjaya mempunyai
bangunan sendiri dan beberapa lagi buah cawangan ditubuhkan.

9
Pada suatu hari, seorang pegawai British menemui Hasan Al-Banna lalu menawarkan
satu jawatan sebagai pegawai British di Ismailiyah. Sekiranya Hasan Al-Banna menerima
tawaran itu, beliau boleh hidup mewah kerana gaji yang ditawarkan lumayan. Beliau
menolak tawaran itu. Selepas puas memujuk dan tidak berjaya, akhirnya pegawai British itu
sedar Hasan Al-Banna bukan lelaki yang mudah dipujuk dengan pangkat dan harta.
Sehingga tahun 1934, Ikhwan Muslimin telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di
Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Dalam
satu jawapan yang diberikan kepada wartawan barat yang bertanyakan siapakah beliau,
Hasan Al-Banna menjawab, “Saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, insan yang
mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, warganegara yang inginkan kemuliaan,
kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam”.
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah
Noqrashi Pasha dari Parti Al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan
Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang
menghadapi Israel seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000
diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai
pertubuhan haram. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di
Palestin dipanggil balik. Pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-
anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, diseksa dengan teruk dan dibunuh.
Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Mesir dibunuh dan Gerakan Ikhwan
Muslimin telah dipersalahkan atas kejadian itu. Berikut adalah prinsip yang dipegang teguh
oleh Hasan Al-Banna dalam dakwahnya:

...Saya meyakini, sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad SAW junjungan
kita, penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari
pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur‟an itu Kitabullah. Islam itu perundangan yang
lengkap untuk mengatur kehidupan dunia akhirat.

10
KARYA HASAN AL-BANNA.

Terdapat banyak karya yang telah dihasilkan oleh Hasan Al-Banna. Antaranya ialah
Muzakirat Ad-Da‟awah Wa-Dai‟yiah (Catatan Dakwah dan Pendakwah). Inilah hasil
karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentang kehidupan
peribadinya dan kegiatan Ikhwanul Muslimin.
Seterusnya, Risaail-Al-Imamu-Syahid yang merupakan himpunan beberapa makalah/
judul yang disusunnya pada waktu-waktu tertentu sepanjang hayatnya. Antara buku-buku
tersebut ialah Risalatu Ta'alim, Risalah Jihad, Da‟watuna Fi Taauri Jadid (dakwah kami di
tahap baru), Ar-Risail As-Tsalaasah yang terdiri daripada tiga makalah iaitu “Apakah tugas
kita?, Ke arah mana kita menyeru manusia? dan Risalah Cahaya”, Perbandingan Di Antara
Yang Dahulu Dan Sekarang, Risalatul Mu‟tamarul Khamis, Ikhwanul Muslimin Di Bawah
Panji-Panji Al-Quran, Persoalan Persoalan Negara Dari Segi Kaca Mata Islam dan Usul
Isyrin atau usul Dua Puluh yang mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan
diketahui oleh tiap-tiap orang muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya.
Karyanya yang lain adalah seperti Syarahan-syarahan Imam Hasan AI Banna. Buku
ini mengandungi syarahan-syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Antara perkara yang
dibincangkan dalam kuliah Ikhwanul Muslimin ini adalah berkenaan iman dan tuntutannya.
Di dalam kuliah ini ada menyebut bahawa masalah iman bukanlah perkara kedua yang boleh
dipandang rendah sebaliknya perkara utama dan terpenting sejak manusia mulai menjejakkan
kakinya di muka bumi ini.
Selain daripada Maqalat Hasan Al-Banna yang merupakan himpunan nasihat-nasihat
dan arahan-arahan Imam Hasan Al-Banna kepada sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul
Muslimin, Al-Ma‟thurat juga salah satu daripada karya beliau. Buku ini ialah himpunan doa-
doa dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri.

11
KESIMPULAN

Sebagai seorang pelajar, kita mestilah mencontohi sikap sabar Hasan Al-Banna bagi
menghadapi setiap cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, beliau
sabar walaupun sering kali difitnah dan dituduh oleh pelbagai pihak.
Seterusnya, kita seharusnya menjadikan keberanian Hasan Al-Banna sebagai suri
teladan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah segala kemungkaran yang berlaku pada
masa kini. Misalnya, beliau berani melaksanakan kaedah berdakwah di kedai kopi yang tidak
dapat dijangkakan respons yang bakal diterima daripada penduduk di Ismailiyyah. Beliau
juga berani untuk berdakwah bersendirian kerana rakannya, Syeikh Ibrahim Al-Bonhawi
enggan menyertainya.
Bukan itu sahaja, kita juga mestilah bersikap zuhud dan tegas dalam berdakwah.
Sebagai contoh, Hasan Al-Banna sanggup menolak pangkat dan harta yang ditawarkan oleh
pegawai British demi meneruskan usahanya dalam menjalankan aktiviti berdakwah.
Selanjutnya, salah satu iktibar yang boleh diperolehi daripada Hasan Al-Banna ini
ialah kita hendaklah bersikap penyayang dan baik hati. Sebagai contoh, beliau tidak pernah
memukul anak-anaknya sekiranya mereka melakukan kesalahan. Beliau hanya memberi
nasihat secara baik supaya kesilapan tersebut tidak diulangi lagi.
Di samping itu, kita haruslah taat kepada perintah Allah yang telah mencipta kita.
Sesungguhnya, segala ibadat dan amal kebajikan yang dilakukan akan ditimbang dan ia akan
menentukan kedudukan kita di akhirat kelak sama ada kita berada dalam golongan yang
beriman dan bertaqwa ataupun sebaliknya.
Kisah hidup Hasan Al-Banna ini sewajarnya dijadikan pengajaran dalam kehidupan
kita dalam melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik.

12
BIBLIOGRAFI

BUKU:
Abdul Latip Talib, 2013, Hasan Al-Banna (Perjuangan Belum Selesai). Selangor : PTS Litera
Utama Sdn. Bhd.
Ali Muhammad Garisyah, 1999, Dakwah dan Pendakwah Menyingkap Ketokohan Hassan al-
Banna. Selangor : Thinker‟s Library Sdn. Bhd.
Dr. Anwar Al-Jundi, 2012, Biografi Hasan Al-Banna: Imam dan Mujadid yang Menuai Mati
Syahid, Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd.
Riduan Mohamad Nor, 2007, Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna. Selangor : MHI
Publications.

INTERNET:
https://ms.wikipebeliau.org/wiki/Hasan_al_Banna (18 hb Julai 2016: 6.16 petang)
http://www.biografiku.com/2009/01/biografi-hasan-al-banna.html (18 hb Julai 2016: 6.34
petang)
http://tarbiyahpewaris.blogspot.my/2009/04/hasil-tulisan-imam-hasan-al-banna.html (19 hb
Julai 2016: 6.10 petang)
http://www.academia.edu/5376092/FALSAFAH_DAN_PEMIKIRAN_HASSAN_AL_BAN
NA (19 hb Julai 2016: 6.42 petang)
http://silverheritage.blogspot.my/2013/10/biografi-ringkas-al-imam-al-syahid.html (19 hb
Julai 2016: 8.08 malam)
http://layarminda4.blogspot.my/2010/06/kenali-tokoh-kita-as-syahid-hassan-al.html (19 hb
Julai 2016: 8.12 malam)
https://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/06/30/mengenali-anak-anak-hassan-al-banna/
(19 hb Julai 2016: 8.20 malam)

13
LAMPIRAN

IMAM HASAN AL-BANNA


DAKWAH HASAN AL-BANNA

ISTERI HASAN AL-BANNA

LOGO IKHWAN MUSLIMIN

KEDUDUKAN MESIR

10 WASIAT HASAN AL-BANNA

ANTARA KARYA HASAN AL BANNA

KATA-KATA HASAN AL-BANNA

14

Anda mungkin juga menyukai