Anda di halaman 1dari 13

Kolej Matrikulasi Kedah

WUT 021
Tajuk: IBNU SINA

Nama ahli : Mohd Fakhrul Fahmi bin Mohd Shukri


MA1618627074
Mohd Firdaus bin Mohd Yusoff
MA1618627044

Nama Pensyarah:Ustaz Hassan bin Ebau Noi @ Abdul Rahman


ISI KANDUNGAN

NAMA M/S
PENGENALAN 3
RIWAYAT HIDUP IBNU SINA 4-5
LATAR BELAKANG IBNU SINA 6
SUMBANGAN IBNU SINA 7
SIFAT KEPERIBADIAN IBNU SINA 8
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM PERUBATAN 9
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU 10
PERUBATAN
KESIMPULAN 11
IKTIBAR KISAH IBNU SINA KEPADA GENERASI SEKARANG 12
RUJUKAN 13
PENGENALAN

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap
Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang
berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah
dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera
yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu
sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya
meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi Doktor Di Raja. Disamping itu, Ibnu Sina jiga
telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama
seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah
dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh
Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang
ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri,
astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Riwayat Hidup Ibnu Sina

Nama lengkapnya adalah Abu 'Ali al-Husyn ibn Abdullah. Penyebutan nama ini telah
menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan para ahli sejarah. Sebahagian dari mereka
mengatakan bahawa nama tersebut diambil dari bahasa latin, Avin Sina, dan sebahagian yang
lain mengatakan bahawa nama tersebut diambil dari kata Al-Shin yang dalam bahasa Arab
bererti China. Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama tersebut
dihubungkan dengan nama tempat kelahirannya, yaitu Afshana.
Dalam sejarah pemikiran islam, Ibnu Sina di kenal sebagai intelektual muslim yang banyak
mendapat ijazah. Ia lahir pada tahun 370 H. bertepatan dengan tahun 980 M, di Afshana,
suatu daerah yang terletak di dekat bukhara, di kawasan Asia Tengah. Ayahnya bernama
Abdullah dari Belkh, suatu kota yang masyhur dikalangan orang-orang Yunani, kota tersebut
sebagai pusat kegiatan polotik, juga sebagai pusat kegiatan intelektual dan keagamaan.
Adapun Ibu Ibnu Sina bernama Astarah, berasal dari Afshana yang termasuk wilayah
Afghanistan. Namun demikian, ia ada yang menyebutkan sebagai berbangsa Parsi, kerana
pada abad ke-10 M, wilayah Afganistanini termasuk kawasan Parsi.
Tampilnya Ibnu Sina selain sebagai ahli sains yang terkenal disokong oleh tempat
kelahirannya sebagai ibu kota kebudayaan, dan orang tuanya yang dikenali sebagai pegawai
tinggi, juga kerana kecerdasannya yang luar biasa. Sejarah mencatat, bahawa Ibnu Sina
melalui pendidikannya pada usia lima tahun di kota kelahirannya Bukhara. Pengetahuan yang
pertama kali ia pelajari ialah membaca al-Qur'an. Setelah itu ia meneruskan dengan
mempelajari ilmu-ilmu agama islam seperti tafsir, fiqh, Usuluddin dan lain-lain. Berkat
ketekunan dan kecerdasannya, ia berjaya menghafal al-Quran dan menguasai pelbagai cabang
ilmu keislaman pada usia yang belum genap sepuluh tahun.
Ia dianggap seorang yang bijak, kerana dalam usia yang sangat muda (17 Tahun) Ibnu Sina
telah di kenal sebagai ahli falsafah dan doktor terkemuka di Bukhara selain itu Ibnu Sina juga
dikenali sebagai tokoh yang luar biasa. Kecuali seorang saintis ia juga boleh melakukan
berbagai macam pekerjaan dengan baik seperti dalam bidang perubatan, pendidikan,
penasihat politik, pengarang dan bahkan menjadi waziar (mentri).
Ibnu sina banyak mempelajari kitab karangannya Abi Abdillah Al-Natily yang berjudul
"Isagogi" dan buku karangan Eclides dan Al-Magisty. Pada waktu ia menerangkan isi buku-
buku tersebut kepada gurunya, ia menunjukan kecerdasan fikirannya yang mengagumkan,
kerana ia dapat mengukapkan isi kandungannya secara jelas sesuai dengan formula-formula
dan permasalahan yang di tulis dalam buku-buku tersebut di mana gurunya sendiri tidak
dapat memahaminya.

Dia mendalami ilmu-ilmu alam dan teologi, kemudian mempelajari perubatan dan di angkat
menjadi penyelia. Ia amalan sebagai doktor, merawat orang sakit, tidak untuk mencari
kekayaan, tetapi ilmunya sekadar untuk di gunakan alat bergaul dengan para doktor pada
masa itu dan untuk memuaskan dorongan cintanya pada ilmu perubatan. Pada waktu umur 16
tahun kemashurannya telah menyebar luas sampai kepada para ahli perubatan lain sehingga
mereka tertarik mempelajari
pengalaman dan berbagai macam teknik penyembuhan dari padanya Memang ia
mencurahkan seluruh waktunya untuk menelaah, membaca dan membincangkan,
menganalisa, meneliti dan melakukan pengkajian terhadap berbagai pendapat para ahli .

Di kisahkan bahawa Amir nuh bin Nasr as-smanai menderita sakit keras, Abu Ali Ibnu Sina
diminta untuk merawat dan sembuhlah ia dari penyakitnya, maka senanglah hati raja itu. Ia di
serahi sebuah perpustakaan Amir Nuh bin Nasr yang termanshur dengan kelengkapan kitab-
kitabnya, maka Ibnu Sina tenggelam dalam perpustakaan itu, membaca seluruh kitab yang
ada di dalamnya yang terdiri daripada kitab-kitab mengenai ilmu-ilmu dasar dari tiap ilmu
dan seni. Ia telah dapat memahami isi semuanya, dan telah berjaya mendapatkan ketenangan
di dalam perpustakaan itu.

Sebagai saintis Ibnu Sina telah berjaya menyumbangkan buah pemikirannya dalam buku
karangannya yang berjumlah 276 buah. Diantara karya besarnya adalah Al-Syifa berupa
ensiklopedi mengenai fizik, matematik dan logik. Kemudian Al-Qanur Al-Tabibb adalah
sebuah ensiklopedi perubatan. Ibnu sina wafat tahun 427 H = 1037 M. (permulaan abad yang
kelima). Kitab As-Syifa 'terdiri dari 18 jilid. Masih tersimpan satu muskha di Universiti
Oxford, London.
LATAR BELAKANG

Abu 'Ali al-Husayn bin' Abdullah ibnu Sina tak hanya dikenali sebagai seorang doktor
legenda. Ibnu Sina juga mencurahkan gagasannya tentang pendidikan. Menurut Ibnu Sina,
pendidikan atau pembelajaran itu menyangkut seluruh aspek pada diri manusia, mulai dari
fizikal, metal maupun moral. Pendidikan tidak boleh mengabaikan perkembangan fizikal dan
apa-apa yang mempunyai pengaruh terhadap perkembangan fizikal seperti sukan, makanan,
minuman, tidur, dan kebersihan, "tutur Ibnu Sina,
Dalam pandangan Ibnu Sina, pendidikan tak hanya memperhatikan aspek moral, tetapi juga
membentuk individu yang menyeluruh termasuk, jiwa, fikiran dan watak. Menurutnya,
pendidikan sangat penting diberikan kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri untuk
menghadapi masa dewasa.
Ibnu Sina mendedahkan, seseorang harus mempunyai profesi tertentu dan harus boleh
menyumbang kepada masyarakat. Ibnu Sina mendedahkan pendidikan itu harus diberikan
secara berperingkat mengikut usia. Ia dianggap seorang yang bijak, kerana dalam usia yang
sangat muda (17 Tahun) Ibnu Sina telah di kenal sebagai ahli falsafah dan doktor terkemuka
di Bukhara selain itu Ibnu Sina juga dikenali sebagai tokoh yang luar biasa. Kecuali seorang
saintis ia juga boleh melakukan berbagai
macam pekerjaan dengan baik seperti dalam bidang perubatan, pendidikan, penasihat politik,
pengarang dan bahkan menjadi waziar (mentri).

Sebagai saintis Ibnu Sina telah berjaya menyumbangkan buah pemikirannya dalam buku
karangannya yang berjumlah 276 buah. Diantara karya besarnya adalah Al-Syifa berupa
ensiklopedi mengenai fizik, matematik dan logik. Kemudian Al-Qanur Al-Tabibb adalah
sebuah ensiklopedi perubatan.
Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-
Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai
100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut
telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan
sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-
Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam
buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan
cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa),syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam
sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: ) yang
memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana
yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap
kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan
yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga"
dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan
ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
KEPERIBADIAN IBNU SINA

Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca
buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina seorang yang taatberagama.
beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan
untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk
daripada Allah SWT. Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah
(ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun. Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak
melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang
perubatan.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.


2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawan penguasa Bukhara Nuh bin Mansur,
pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-
Amir Ala Al- daulah.
3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-
Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin,
Hebrew dan Inggeris.
5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikmukakan oleh Ibnu Sina
dalam karya-karyanya. Karya karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan perting.

Penemuan penyakit baru serta puncanya


- Pengaruh kuman dalam penyakit.
- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.
- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Penemuan dalam bidang farmasi
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan


- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
- Mencipta picagari dan lain-lain.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN
1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang
kian malap pada masa itu.
2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini,
ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih
kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.
4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu
perubatan moden.
Kesimpulan
Ibnu Sina di kenal sebagai intelektual muslim yang banyak mendapat ijazah. Ia lahir pada
tahun 370 H. bertepatan dengan tahun 980 M, di Afshana, suatu daerah yang terletak di dekat
bukhara, di kawasan Asia Tengah. Ia dianggap seorang yang bijak, kerana dalam usia yang
sangat muda (17 Tahun) Ibnu Sina telah di kenal sebagai ahli falsafah dan doktor terkemuka
di Bukhara selain itu Ibnu Sina juga dikenali sebagai tokoh yang luar biasa. Kecuali seorang
saintis ia juga boleh melakukan berbagai macam pekerjaan dengan baik seperti dalam bidang
perubatan, pendidikan, penasihat politik, pengarang dan bahkan menjadi waziar (mentri).
Pemikiran Ibnu Sina yang banyak keterkaitannya dengan pendidikan, menyangkut
pemikirannya tentang filsafah ilmu. Menurut Ibnu Sina ilmu terbahagi menjadi 2 (dua), yaitu:
1. Ilmu yang tak kekal
2. Ilmu yang kekal (hikmah). Ilmu yang kekal dipandang dari peranannya sebagai alat disebut
logik.
Ibnu sina juga membahagikan falsafah dalam 2 bahagian, iaitu teori dan amalan, yang
keduanya berkaitan dengan agama, di mana dasarnya terdapat dalam syari'at Tuhan, yang
penjelas dan kelengkapannya di peroleh dengan akal manusia. Berdasarkan tujuannya maka
ilmu dapat dibagi menjadi 2, yaitu:
1. Ilmu praktikal seperti sains semula jadi, matematik, ilmu ketuhanan dan ilmu kulli.
2. Ilmu praktikal adalah ilmu akhlak, ilmu kepengurusan, rumah ilmu, pengurusan bandar dan
ilmu nabi (syariah
IKTIBAR KISAH IBNU SINA KEPADA GENERASI SEKARANG

Iktibar yang dapat dikongsikan dalam kisah hidupan Ibnu Sina kepada generasi sekarang
ialah cara pemikiran beliau tentang pendidikan terutamanya dari segi perubatan dan falsafah.
Hal ini demikian kerana generasi sekarang perlu memikirkan tentang pendidikan yang
dipelajari semasa mereka masih belajar terutamanya ,sekolah menengah, kolej atau
university. Cara pemikiran Ibnu Sina dapat membantu para pelajar dengan cara memikirkan
tentang sesuatu perkara dengan lebih baik.

Kita juga dapat mencontohi sifat peribadi beliau yang gigih berusaha untuk
mendapatkan pendidikan yang baik dan betul serta tidak mudah mengalah. Sifat ini amat baik
bahkan sesuai dengan pelajar pada masa kini.
RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Sina

2. Modul Pendidikan Islam

3. https://umimpai.blogspot.com/2013/06/sejarah-pendidikan-islam-ibnu-sina.html

4. http://ilmu-kalam.blogspot.com/2006/06/tokoh-tokoh-islam.html

Anda mungkin juga menyukai