Anda di halaman 1dari 13

Elemen Elemen ASAS

Dalam Tamadun Islam


MUHAMMAD KHAIRUL AZWAN BIN AZHAR (AM93326)
pengenalan
Tamadun islam diasaskan oleh Ibnu Khaldun dan pernah
menjadi satu tamadun yang hebat. terdapat tiga elemen
yang menjadi asas kepada tamadun islam iaitu akidah,
syariah dan akhlak.
asas tamadun islam
AKIDAH
SYARIAH
AKHLAK
AKIDAH
Merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan
kukuh dalam jiwa Muslim.

Definisi akidah :
Bahasa : Berasal daripada kata kerja aqada yang bererti simpul atau ikat
I stilah : Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati akan menjadi tenang kepadanya, beroleh
keyakinan dalam kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
(I bnu Taimiyyah)

Pengertian akidah menurut Imam al-Ghazali : berpegang dan membenarkan dalam hati
secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak .

Kesan akidah terhadap pembangunan masyarakat melahirkan tamadun yang mantap dan
bebas daripada sebarang penyelewengan

Akidah dapat membentuk perasaan ukhuwah dan akhirnya melahirkan masyarakat maju
dan hidup aman damai.

SYARIAH
Umumnya syariah membawa kepada maksud undang-undang, aturan-
aturan dan ketetapan Allah S.W.t yang brtujuan untuk mengatur
hubungan manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam bagi menjamin kebahagiaan hidup yang abadi di
akhirat nanti.

a)KEISTIMEWAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
bersifat sempurna bagi semua bidang kehidupan
lengkap dalam mengatur kehidupan manusia
bersifat bersepadu
bersifat universal
matlamat perlaksanaannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah
S.W.T
bersifat tetap, tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat

b)Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam
tujuannya adalah untuk mengatur hidup manusia atas asas makruf(segala nilai
luhur dan sifat baik) dan mengelak kemungkaran(segala jenis dosa dan
kejahatan)
secara prinsipnya syariah bertujuan menyelamatkan dan memelihara lima
perkara yang menjadi asas kepada kehidupan manusia iaitu:
1) Memelihara Agama
-Agama islam menjadi teras kepada tamadun islam.
-merupakan nikmat paling besar bagi menyelamatkan manusia daripada bencana
-bagi orang islam wajib untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai
muslim
-untuk menjaga iman dan agama. Undang-undang islam telah memperuntukkan
hukuman bagi golongan yang murtad.



2) MEMELIHARA NYAWA
-Nyawa merupakan hak untuk hidup yang telah allah
kurniakan kepada kita.
-Oleh itu nyawa tidak boleh dicabut dengan sewenang-
wenangnya atau tanpa hak
-Mereka yang melanggar undang-undang syarak ini akan
dijatuhkan hukuman yang berat
-Islam melarang umatnya dari membunuh diri.


3) Memelihara akal
Akal membezakan manusia dengan makhluk2 yang lain..
Manusia boleh tentukan perkara baik atau buruk
Islam sangat ambil berat tentang pemeliharaan akal dan
melarang manusia daripada melibatkan diri dalam
perkara2 yang menggugat kewarasan
Manusia yang hilang fungsi akal akan membawa
kerosakan kepada masyarakat dan tamadun




4) Memelihara kehormatan dan
keturunan
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan
kehormatan perlu dijaga dan dikawal
Boleh dikawal menerusi perkawinan
Perkara-perkara negatif seperti seks bebas,berzina dilarang
keras
Islam bertujuan semata-mata untuk memelihara
kehormatan dan kemuliaan



5) Menjaga harta benda
Sesiapa yang melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran
seperti mencuri, menipu akan dikenakan hukuman berat.
Merangkumi segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk
peraturan yang luas dan menyeluruh
Wahyu Allah sama ada ditegaskan dalam al-Quran atau
sunnah.
Di dalamnya terdapat aspek Itiqadiyyah yakni hal yg
berkaitan dgn akidah dan keimanan.
Amaliyyah iaitu hal yg berkaitan dgn
ibadat,muamalat,munakahat dan jenayah
Akhlaqiyyah yg membahaskan mengenai budi pekerti atau
moral manusia sbg individu yg bermasyarakat dan bernegara.





AKHLAK
AKHLAK DALAM ISLAM : Sikap rohaniah dan memuliakan tingkah
laku manusia terhadap Allah S.W.T, diri sendiri dan makhluk lain.
AKHLAK BERASAL DARI PERKATAAN ARAB : AL-KHULUQ
bermaksud budi pekerti,tingkah laku dan tabiat.
Imam al-ghazali : sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya
terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran
terlebih dahulu.
Akhlak terbahagi kepada dua : mahmudah (akhlak yang baik)
: mazmumah (akhlak yang buruk)
Islam menitikberatkan persoalan akhlak kerana ia membezakan manusia
dengan binatang.
Manusia tanpa akhlak yang baik akan hilang taraf dan kemanusiaanya.
Menjadi penghubung yang erat antara fenomena keislaman seseorang
dengan keimanannya.






kesimpulan
Islam menyusun rapi sistem dan kaedah dan akhlaknya.
Perutusan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah simbol
kepada kepentingan akhlak dalam islam.
Ini dijelaskan melalui hadith yang diriwayatkan oleh bukhari
yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia




SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai