Anda di halaman 1dari 97

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sejauhmanakah revolusi pertanian menjadi titik tolak kepada kemunculan tamadun awal manusia?. A. Pengenalan 1. Latar belakang zaman Neolitik Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan, kebendaan, dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsur kehidupan. Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarah dan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Zaman ini menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang dikenali sebagai revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corak masyarakatnya. Revolusi pertanian telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks dan memberikan satu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat bandar yang bertamadun. 2. Konsep tamadun Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memajukan tahap kehidupan. Interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna. Pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan. Ciri-ciri tamadun lain turut berkembang seperti sains dan teknologi, kesenian, agama dan sebagainya. 3. Contoh-contoh tamadun awal manusia Kebanyakan tamadun awal manusia bermula di lembah-lembah sungai yang subur seperti Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho. Contohnya petempatan Catal Huyuk di Turki (6500 S.M). Kawasan petempatan ini meliputi kawsan seluas 32 ekar memperlihatkan wujudnya kepelbagaian hasil tembikar dan hasil tanaman. Masyarakat ini memperlihatkan perubahan gaya hidup

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

daripada pengumpul makanan kepada masyarakat yang menanam dan menghasilkan makanan. Perubahan ini dikatakan revolusi pertanaian. Justeru, selain faktor revolusi pertanian menjadi titik tolak kemunculan tamadun awal manusia, tetapi juga terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kemunculan tamadun awal manusia.

B. ISI-ISI PENTING 1. Konsep dan kepentingan revolusi pertanian terhadap kemunculan tamadun. Revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkannya secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun awal manusia. Kemajuan yang dicapai oleh manusia melalui revolusi pertanian membuka jalan kepada berkembangnya tamadun manusia. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka menguasai alam sekeliling mereka. Kawasan perkampungan pula makin berkembang dan akhirnya sekitar tahun 3000 4000 SM, muncul bandar-bandar sebagai pusat kehidupan manusia yang bertamadun. 2. Perubahan corak penempatan masyarakat Manusia tidak lagi berpindah randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak penempatan adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupan. Ini mungkin ada hubungannya dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan pelbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubah suai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Pada zaman ini, pertanian, penenunan, dan penternakan binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya hidup menetap bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamaduntamadun yang bersifat urbanisasi.
4

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

3. Pertambahan penduduk Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah, dan kemahiran menenun. Pertambahan penduduk menyebabkan lahirnya keperluan hidup berorganisasi yang akhirnya mendorong kemunculan tamadun awal dunia.

4. Perkembangan dan kemajuan kegiatan ekonomi Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran misalnya tamadun-tamadun awal terletak di tebing sungai besar seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus, dan Hwang Ho. Peningkatan dan kemajuan ekonomi turut mendorong kemunculan tamadun awal dunia kerana kehidupan masyarakat bertambah baik dan kompleks. Contoh-contoh tanaman : gandum, filet, pokok papyrus, dan lain-lain. 5. Kemajuan peralatan dan teknologi Kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Hal ini menunjukkan manusia Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian. Contohnya syaduf, penggunaan baja, dan benih tanaman. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barang-barang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro. 6. Wujud organisasi sosial

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Institusi keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil telah wujud dan mempunyai ketua bagi menjamin keselamatan kelompok. Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan masyarakat hidup lebih sistematik dan berlakunya pembahagian kerja dan hieraki masyarakat iaitu golongan atasan seperti raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan seperti golongan professional, artisan, pedagang, dan golongan bawahan seperti rakyat biasa dan hamba. Kesannya, masyarakat hidup lebih selesa dan produktif serta mendorong kepada kemunculan tamadun awal manusia. 7. Permulaan pengkhususan kerja Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan pembahagian tugasan harian. Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang, golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Terdapat golongan yang menumpukan urusan penghasilan alat-alat baru pertanian seperti golongan petukang. Pembahagian tugasan kerja mempercepat perkembangan masyarakat bertamadun. 8. Perkembangan sistem kepercayaan Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Kehidupan beragama menyebabkan masyarakat hidup lebih teratur dan sentiasa patuh kepada peraturan hidup. Kesannya, lahirlah masyarakat yang bertamadun dan hidup berperaturan. Contohnya, tamadun Mesir mempercayai bahawa firaun menguasai segala sumber alam semulajadi dan dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amon-re). 9. Perkembangan pemikiran secara konseptual Dapat dilihat dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu perkembangan baru. Seni Paleolitik bersifat realisme yang diilhamkan melalui objek-objek nyata atau nampak. Seni Neolitik pula bersifat simbolisme seperti seni dalam penghasilan tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewa untuk menjamin hasil pertanian berlipat ganda. Perkembangan ini mendorong kemunculan tamadun awal manusia. 10. Penciptaan sistem tulisan

Penciptaan sistem tulisan menjadi asas kepada kemunculan tamadun dan berlakunya penambahan pengetahuan serta melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan digunakan untuk mencatatkan peristiwa seharian, keagamaan, perdagangan, undang-undang, dan lain-lain.

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

11.

Bentuk muka bumi/lokasi/iklim/tanah-tanih

Kemunculan tamadun turut didorong oleh keadaan bentuk muka bumi, lokasi, iklim, dan tanah-tanih. Sejak zaman Neolitik, masyarakat sudah bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Mereka memilih petempatan di tepi-tepi sungai, tepi pantai, dan tanah pamah. Pemilihan kawasan lembahlembah sungai sebagai kawasan petempatan disebabkan kawasan ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan serta perdagangan. Di samping itu, mereka menguasai ilmu tentang iklim dan jenis tanaman. 12. Penghijrahan (Migrasi dan Imigrasi)

Kemunculan dan perkembangan tamadun awal manusia turut didorong oleh penghijrahan iaitu imigrasi dan migrasi penduduk. Mobiliti penduduk berlaku apabila sesuatu kawasan pertanian dan petempatan yang lebih luas diperlukan kesan pertambahan penduduk. Migrasi penduduk turut berlaku akibat kegiatan perdagangan dan kemajuan teknologi pengangkutan seperti roda, layar kapal, kapal layar, dan sebagainya. 13. Tenaga angin

Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan serta memperkayakan ciri-ciri kebudayaan, akibat pertukaran fikiran, dan teknik perindustrian. C. KESIMPULAN ( 1 Markah) Kemunculan tamadun awal disebabkan oleh Revolusi Pertanian. Wujudnya sungai-sungai dapat menyediakan tanah yang subur, disamping teknologi pengairan yang baik menjadikan kegiatan pertanian giat dijalankan. Oleh itu, kemunculan tamadun awal dunia berkait rapat dengan revolusi pertanian. Apa-apa yang berkaitan.

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Huraikan kesan-kesan pertanian ke atas kehidupan masyarakat tamadun awal. Pengenalan: Salah satu ciri tamadun ialah penempatan kekal. Justeru apabila kita mengatakan bahawa manusia mula terlibat dalam aktiviti pertanian, maksudnya sebenarnya ialah manusia telah tinggal tetap. Perubahan daripada masyarakat yang mengumpul hasil hutan dan memburu kepada masyarakat tani, merupakan permulaan kehidupan baru bagi manusia. Aktiviti pertanian memerlukan mereka tinggal tetap di sesuatu tempat berbeza dengan cara hidup mengumpul hasil hutan dan memburu yang memerlukan mereka berpindah randah. Kawasan kawasan awal untuk permulaan aktiviti pertanian ialah Lembah Nil dan Euphrates. Perubahan glasier, membawa kepada permulaan aktiviti pertanian sebagai satu cara hidup antara 10 000 hingga 12 000 tahun dahulu. Selama 10 000 tahun aktiviti pertanian ataupun revolusi pertanian telah merebak ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk bergantiung kepada keadaan tempatan. Secara beransur-ansur, cara hidup pertanian tetap telah menjadi cara hidup yang dominan di sebahagian besar dunia. Kemunculan aktiviti pertanian atau revolusi pertanian ini telah banyak meninggalkan kesan-kesan positif keatas kehidupan dan tamadun manusia awal.
8

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

ISI-ISI PENTING: Salah satu kesan daripada aktiviti pertanian adalah pergantungan kepada sesuatu tanaman tertendu berbanding dengan kepelbagaian tanaman atau hasil hutan apabila mereka mengumpul atau berburu. Keadaan ini ditambahkan pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Oleh yang demikian, pertanian tetap yang dijalankan oleh manusia pada peringkat awal merupakan suatu bentuk perjudian antara manusia dengan alam. Semasa manusia menjalankan aktiviti Apa yang jelas ialah mengumpul hasil hutan, mereka pasti mempunyai makanan kerana kemungkinan tumbuhan mengikut cuaca yang berlainan adalah terjamin. manusia awal mengambil risiko yang tinggi bagi menjalankan aktiviti pertanian tetap. Ini kerana pergantungan mereka kepada keadaan cuaca dan ekologi yang bukan dalam kawalan mereka. Keadaan ini ditambahkan pula dengan pergantungan kepada musim menuai, wujud suatu perbezaan nyata antara masyarakat tani dengan masyarakat pengumbul dan berburu. Perbezaannya, masyarakat tani terpaksa bergantung kepada musim menuai iaitu mungkin satu, dua atau tiga kali setahun, manakala masyarakat pengumpul dan memburu sepanjang tahun. Oleh itu, dengan tekanan sedemikian rupa, masyarakat tani mula merancang masa untuk menanam dan menuai. Disamping itu, mereka juga mula berfikir cara-cara untuk menyimpan hasil tuaian mereka. Perlu dinyatakan di sini, aktiviti menympan makanan merupakan proses baru dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana semasa aktiviti mengumpul dan berburu, manusia hanya mengumpul hasil hutan dan memburu binatang untuk memenuhi keperluan harian. Pertanian juga membuat manusia mula berfikir untuk membina petempatan yang tetap. Pertanian tetap membolehkan manusia merangcang untuk jangka masa panjang tentang kehidupan mereka di sesuatu kawasan. Pembinaan tempat tinggal tetap ini dilakukan dengan menggunakan sumber-sumber tempatan. Kawasan pertanian ini kemudiannya berkembang kecil kepada bandar atau negara kota, sepertimana yang wujud di tamadun-tamadun Mesopotamia, bandar-bandar seperti Ur, Urich dan Kish memperlihatkan rumah-rumah yang dibina menggunakan batu tanah liat. Salah satu masalah yang wujud dengan tinggal tetap melalui pembinaan rumah dalam ruang yang terhad ialah masalah kebersihan persekitaran mereka. Dalam masyarakat pengumpul dan pemburu, kebersihan persekitaran atau cara untuk pengkebumian mayat tidak menjadi masalah. Ini memandangkan kekerapan
9

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

dalam pergerakan mereka. Manakala dalam masyarakat tani pula, kesan daripada pembinaan tempat tinggal dalam ruang yang terhad, masalah kebersihan persekitaran mula menjadi isu penting untuk mengelakkan penyakit merebak. Contohnya, di Tamadun Indus, untuk menjamin persekitaran yang bersih, longkang bawah tanah dibina. Pertanian tetap membawa kepada perkembangan perkampungan tetap, secara langsung menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan tersebut. Pergerakan yang kerap dan cara hidup, mengelakkan pertambahan penduduk dalam masyarakat pengumpul hasil hutan dan pemburu. Manakala dalam masyarakat tani, pertambahan penduduk menjadi fenomena baru. tenaga buruh yang ramai dalam proses pertanian. Malahan mereka memerlukan Adalah tidak menghairankan

apabila berlaku pertamabahan penduduk dalam masyarakat tani. Ini ditambahkan pula dengan hasil tanaman yang mencukupi untuk menampung keperluan penduduk tersebut. Kesan pertanian tetap yang lain ialah perkembangan teknologi dan pengkhususan kerja. Perkembangan pertanian tetap memerlukan peralatan untuk memudahkan proses pertanian masyarakat awal. Proses pertanian awal seperti membajak tanah atau menanam bijirin dilakukan dengan menggunakan perlatan primitive seperti kayu. Proses ini memerlukan penggunaan tenaga buruh intensif dan ramai. Oleh itu, perkembangan perlatan untuk memudahkan proses pertanian adalah amat penting. Contohnya penggunaan tajak untuk membajak tanah. Di Tamadun Mesopotamia lebih kurang 6 000 tahun dahulu, tajak merupakan suatu peralatan penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Tajak yang ditarik oleh binatang ini juga menandakan peralihan daripada menggunakan tenaga buruh kepada tenaga binatang. Selain itu, keperluan untuk menyimpan lebihan hasil tanaman untuk keperluan jangka masa panjang, menyebabkan keperluan mencipta tempat penyimpanan hasil ini. Ini membawa kepada terciptanya tembikar yang digunakan di Uband, Mesopotamia. Perkembangan teknologi juga membawa kepada pengkhususan kerja dalam masyarakat tani. Contohnya, ciptaan tembikar membawa kepada golongan mahir dalam pertanian tetap, yang mempunyai musim penanaman dan menuai yang tertentu dan tidak memerlukan masyarakat terlibat dalam aktiviti pertanian sepanjang tahun. Ini ditambahkan pula dengan peningkatan teknologi pertanian yang mengurangkan keperluan tenaga buruh. Oleh itu, keadaan ini membolehkan
10

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

penglibatan masyarakat tani dalam aktiviti-aktiviti yang lain. Ini membawa kepada kewujudan pekerjaan baru berasaskan kemahiran tertentu seperti artisan, penyimpan kira-kira, ahli perubatan, golongan sami dan lain-lain lagi. Lama kelamaan perbezaan fungsi dalam masyarakat ini membawa kepada kewujudan hieraki sosial dalam masyarakat tani. Dua golongan yang menduduki tahap tinggi dalam sesuatu masyarakat ialah golongan pentadbiran dan sami/paderi. Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa revolusi pertanian bukan hanya dalam proses penanaman tetapi lebih kepada perubahan budaya dan cara hidup dalam masyarakat pengumpul, dan pemburu dalam masyarakat tani. Perubahan ini membawa kepada kewujudan berbagai-bagai kesan seperti mana yang dibincangkan di atas. Perubahan ini juga menjadi asas kepada peningkatan tamadun seterusnya.

Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat zaman prasejarah. Pengenalan: Zaman prasejarah merupakan suatu zaman yang tidak mempunyai rekodrekod bertulis tentang sejarah manusia. Zaman ini dikenali juga sebagai Zaman Preliterate. Zaman ini hanya dapat dibuktikan dengan peninggalan-peninggalan seperti fosil-fosil, lakaran di dinding-dinding gua, tulang-temulang purbakala,

11

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

peralatan batu dan tembikar. Zaman prasejarah boleh dibahagikan kepada dua era iaitu zaman prasejarah awal dan zaman praserah akhir. Prasejarah awal terdiri Zaman Paleolitik wujud antara tahun 500000 SM Zaman prasejarah lain mengikut daripada zaman Paleolitik dan zaman Mesolitik manakala zaman prasejarah akhir terdiri daripada zaman Neolitik. hingga 10000 SM. Zaman Mesolitik wujud antara tahun 10000 SM hingga 7000 SM. Zaman Neolitik wujud antara tahun 7000 hingga 3500 SM. berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang

perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut. Dalam menentukan zaman prasejarah ini, beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat tersebut. ISI-ISI PENTING: Antara faktor-faktor perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat zaman Prasejarah ialah faktor iklim. Pencairan ais yang berlaku pada akhir zaman paleolitik telah menyebabkan terbentuknya sungai-sungai dan tasik-tasik. Masyarakat Paleolitik yang hidup secara nomad itu telah mula berubah hidup secara menetap pada zaman Neolitik kerana kawasan-kawasan yang berhampitan dengan sungai dan tasik ini telah menyebabkan tanah-tanah yang berhampirannya menjadi subur. dan Ini telah memboleh masyarakat prasejarah akhir membina tempat tinggal tumbuh-tumbuhan yang membolehkan masyarakat Neolitik yang tetap di situ. Hal ini ditambah pula dengan wujudnya iklim yang lebih panas kemunculan mengamalkan aktiviti yang lebih efesien seperti bercucuk tanam, menternak binatang dan menangkap ikan. Mereka mula mengurangkan malah telah mula menghentikan amalan cara hidup nomad seperti berpindah randah, memburu binatang dan memunggut hasil hutan. Petempatan kekal turut merupakan salah satu faktor yang membawa kepada perubahan cara hidup dan kebudayaan masyarakat zaman prasejarah. Petempatan kekal yang dibina menjadi asas kepada pembentukan kampung. Dengan berlakunya peningkatan produktiviti serta pertambahan jumlah penduduk, petempatan berkenaan telah mengalami proses urbanisasi. Masyarakat zaman

Neolitik khususnya telah membina petempatan kekal di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sumber air. Antara kawasan petempatan yang didominasikan oleh mereka ialah seperti Jericho di Pelestin, Jarmo di Iraq, dan Tepe Yahya di Iran. Masyarakat ini membina kawasan petempatan kekal mereka di kawasan-kawasan
12

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

seperti berhampiran sungai untuk memudahkan aktiviti pertanian dan penternakan mereka serta urusan harian mereka. Faktor seterusnya yang turut mempengaruhi perubahan cara hidup dan kebudayaan sebegini ialah lebihan hasil pengeluaran. Dalam masyarakat zaman prasejarah akhir khususnya, satu evolusi telah berlaku iaitu hasil pertanian telah meningkat dari semasa ke semasa, hingga mewujudkan revolusi pertanian. Masyarakat di Asia Barat misalnya, telah mewujudkan revolusi pertanian yang menghasilkan produktiviti yang tinggi. Antara hasil pertanian mereka ialah seperti gandum, barli dan milet. Apabila berlakunya lebihan hasil pengeluaran, maka masyarakat tersebut mengambil inisiatif untuk memperdagangkan lebihan hasil pengeluaran mereka. Oleh sebab itu, wujud aktiviti perdagangan dalam masyarakat prasejarah yang berasaskan sistem barter atau sistem pertukaran barang. Masyarakat Neolitik misalnya, telah menukarkan barangan mereka dengan pihak luaruntuk mendapatkan batu permata dan hasil pertanian lain yang tidak dikerjakan oleh mereka. Maka wujudlah interaksi antara dua pihak yang membawa kepada Oleh itu, berlaku perubahan cara hidup dan peningkatan ilmu pengetahuan.

kebudayaan dalam masyarakat prasejarah. Faktor seterusnya yang membawa kepada perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat zaman prasejarah ialah pengkhususan kerja. Hal ini berlaku kerana lebihan hasil pertanian. Namun begitu, pengkhususan kerja juga berlaku disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kemahiran dan jantina. Kewujudan amalan pengkhususan kerja membolehkan pengagihan kerja dan pengagihan kuasa berjalan dengan lancar. Bagi masyarakat yang mempunyai kemahiran bertukang, Pengkhususan Hal ini turut mereka akan melakukan aktiviti-aktiviti pertukangan, manakala terdapat juga masyarakat yang melakukan pengkhususan kerja sebagai petani. menyelia kerja-kerja oleh golongan atasan, petani dan pedagang. membawa kepada perubahan cara hidup dan kebudayaan prasejarah. Organisasi sosial merupakan satu lagi faktor yang membentuk kepada terjadinya perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat prasejarah. Organisasa sosial ini wujud apabila berlakunya pertambahan penduduk yang memerlukan seseorang pemimpin atau ketua pada sesuatu peringkat. Munculnya golongan ketua yang berautoriti membolehkan sebarang masalah atau pertikaian dapat diselesaikan dan petempatan akan diuruskan dengan lebih cekap. Wujud juga
13

kerja ini telah mewujudkan golongan yang memerintah seperti ketua yang akan

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

golongan agama khususnya di kalangan ahli agama yang dapat mengubah persepsi dari segi keagamaan khususnya yang berhubung dengan aspek ketuhanan dan perkara lain yang berkaitan dengan spiritual. Dalam masyarakat Neolitik, telah wujud organisasi social. Organinsasi sosial pada peringkat paling atas ialah ketua puak. Peda peringkat Mereka bertugas khasnya dalam memimpin kegiatan pertanian. tanggungannya. Faktor seterusnya yang membawa kepada perubahan cara hidup dan kebudayaan masyarakat prasejarah ialah faktor peningkatan teknologi. Pelbagai hasil ciptaan telah dihasilkan yang membawa perubahan masyarakat. Peningkatan teknologi membolehkan masyarakat menguasai persekitaran yang membolehkan kehidupan menjadi lebih cedkap dan teratur. Dalam masyarakat Neolitik, mereka Rakit ini dibina bagi Hal ini Selain itu, terdapat telah mempunyai ilmu dan kemahiran bagi membina rakit. telah menyebabkan mereka mahir dengan aktiviti pelayaran.

keluarga pula pemimpin ialah suami yang bertanggungjawab terhadap orang

menghubungkan mereka dengan suatu kawasan lain melalui jalan sungai.

penciptaan lain seperti asas membuar roda, system pengairan dan alatan pertanian. Masyarakat praejarah yang mendiami kawasan subur seperti di Iraq yang telah mencipta system pengairan bagi meningkatkan hasil produktiviti mereka. Penghasilan roda telah memudahkan aktiviti pengangkutan dalam masyarakat. Hasilnya kereta lembu telah dicipta bagi mengangkut hasil pertanian. Faktor terakhir yang turut membawa perubahan cara hidup dan kebudayaan masyarakat prasejarah ialah faktor agama dan kepercayaan. secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah. masyarakat Neolitik. dewa-dewi. Kehidupan bermasyarakat mula menekankan nilai-nilai keagamaan yang mempunyai kaitan Pelbagai kepercayaan yang bersifat politeistik mula dianuti oleh masyarakat zaman prasejarah khasnya Masyarakat zaman prasejarah mempercayaai benda-benda ghaib yang dianggap suci dan kudus. Selain itu terdapat juga kepercayaan terhadap Mereka akan melakukan amalan-amalan ritual sebagai penghormatan Amalan-amalan ini biasanya disertai dengan upacara Hal ini dilakukan bagi mengelakkan dan memohon restu dewa.

pengorbanan binatang atau manusia. malapetaka kepada tempat mereka.

Kesimpulannya, perubahan cara hidup dan kebudayaan dalam masyarakat zaman prasejarah telah membentuk satu perkembangan yang baik, yang membentuk

14

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

ketamadunan manusia akhirnya.

Perubahan-perubahan ini telah membentuk satu

masyarakat yang maju dan dinamik dari semasa ke semasa.

Bincangkan sumbangan masyarakat Neolitik kepada pembentukan tamadun manusia. A. PENGENALAN 1. Pengenalan konsep prasejarah Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. 2. Latar belakang masyarakat Neolitik Sebelum kewujudan tamadun manusia, manusia menyara kehidupan mereka dengan memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM tahun dahulu apabila manusia mula mengetahui kaedah bercucuk tanam dan menternak binatang. dalam zaman Dengan adanya pengetahuan ini, perubahan yang besar berlaku dari segi mencetuskan perubahan ke atas kehidupan manusia. 3. Konsep tamadun. Tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian sesuatu masyarakat atau negara meliputi bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, sistem tulisan, undang-undang, kepercayaan dan agama , kesenian, urbanisasi, moral dan adat resam. B. ISI-ISI PENTING 1. LAHIRNYA PETEMPATAN KEKAL Wujudnya petempatan kekal atau perkampungan telah meningkatkan taraf hidup. Masyarakat Neolitik aktif bercucuk tanam dan menternak binatang seperti
15

Neolitik dan ini sama pentingnya dengan Revolusi Industri abad ke- 18M dan ke- 19M

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

di Jerico. Ini menunjukkan bahawa inilah pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap dan mempunyai tempat kediaman. Mereka tidak berpindah randah kerana mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dapat dihasilkan di sekitar kawasan penempatan mereka. Kualiti pemakanan bertambah baik dan berjaya menampung jumlah penduduk yang ramai. 2. PENEMUAN BAJAK DAN RODA Penemuan bajak dan roda telah menambahkan daya produktiviti manusia dalam pertanian. Manusia menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pelbagai pekerjaan harian mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau antara binatang yang sering digunakan dalam mengangkut barang atau membajak sawah. Penemuan roda membantu perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi harian seperti pembuatan tembikar dan memintal benang. 3. KAEDAH MENANAM Perkembangan dalam pertanian zaman Neolitik seperti kaedah menanam telah membolehkan mereka hidup lebih stabil dan terjamin. Penggunaan kaedah menanam yang betul telah menghasilkan pengeluaran pertanian yang berlebihan. Ini telah meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka mampu menentukan musim penanaman, penuaian dan pemilihan benih serta penggunaan baja. Oleh itu kualiti kehidupan mereka meningkat disebabkan bekalan makanan mencukupi. 4. PERTAMBAHAN PENDUDUK Pertambahan penduduk berlaku apabila kemajuan dalam bidang pertanian seperti kaedah menanam hasil pertanian dan perternakan telah menyebabkan manusia berjaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Kehidupan yang lebih stabil menyebabkan pertambahan penduduk semakin pesat dan kehidupan di suatu kawasan menjadi semakin kompleks. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Neolitik mencari kawasan-kawasan baru untuk tujuan petempatan dan aktiviti ekonomi untuk menampung pertambahan penduduk ini. Akhirnya petempatanpetempatan ini berkembang menjadi bandar-bandar penting dalam tamadun awal. 5. PEMBAHAGIAN KERJA
16

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya pembahagian kerja. Kesannya, berlakunya peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di suatu kawasan dan membolehkan sesetengah penduduk menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kesenian, aktiviti keagamaan dan aktiviti aktiviti lain. 6. WUJUDNYA ORGANISASI SOSIAL Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing. Misalnya, masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasikan dan memberi arahan kepada mereka. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan keagamaan. 7. MUNCULNYA INSTITUSI PEMERINTAHAN Institusi pemerintahan mula wujud hasil daripada revolusi Neolitik. Institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya memerlukan pemerintah dalam mengawalnya. Kepimpinan pendeta dan pahlawan muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya, paderi dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Manakala majoriti masyarakat yang tidak mempunyai senjata dan pengetahuan itu menjadi pengikut dan lama-kelamaan sistem masyarakat terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. 8. MUNCULNYA BANDAR Hasil daripada petempatan kekal yang lebih kompleks dan pertambahan penduduk telah membawa kepada munculnya bandar sebagai pusat kegiatan manusia seperti aktiviti perdagangan, keagamaan, pentadbiran dan kebudayaan. 9. AGAMA DAN KEPERCAYAAN Membantu manusia akur dengan hukum alam. C. KESIMPULAN Kesimpulannya, pada zaman Neolitik, manusia telah mula berusaha, berikhtiar dan menggunakan akal dalam kehidupan mereka. Keadaan ini membawa kepada perubahan evolusi kehidupan manusia dalam semua aspek. Implikasi daripada tinggal menetap maka kesannya berlaku revolusi pertanian. Revolusi pertanian

17

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

yang muncul dalam zaman masyarakat Neolitik ini menjadi titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia.

Huraikan kesan-kesan kehidupan masyarakat Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal manusia. A. Pengenalan 1. Zaman prasejarah adalah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya. 2. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman batu. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeologi seperti fosil, monumen dan peralatan yang dibuat daripada batu yang dikaji oleh ahli-ahli arkeologi. 3. Zaman prasejarah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Zaman Paleolitik ( 500,000 SM hingga 10,000 SM), Zaman Mesolitik ( 10,000 SM hingga 7000 SM) dan Zaman Neolitik ( 7000SM hingga 3500SM). 4. Zaman Neolitik dikenali sebagai zaman prasejarah akhir atau zaman batu baru. Zaman Neolitik dianggap perintis kepada perkembangan tamadun awal dunia berikutan kewujudan beberapa ciri zaman itu dengan tamadun awal manusia. Kewujudan zaman tamadun awal manusia merupakan kesinambungan daripada beberapa ciri yang wujud pada zaman Neolitik. Ciri-ciri masyarakat Neolitik menunjukkan adanya perkembangan intelektual yang menyebabkan wujud dan berkembangnya tamadun manusia. B. Isi-isi Penting Kesan-kesan Kehidupan Masyarakat Neolitik 1. Hidup bermastautin atau membina petempatan kekal - Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.

18

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

- Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka. - Kualiti pemakanan bertambah baik dan berjaya menampung jumlah penduduk yang ramai. - Petempatan kekal ini mendorong pula kepada pertambahan penduduk dan kewujudan institusi sosial yang seterusnya menjadi perintis kearah kewujudan institusi politik. 2. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian - Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10000 SM hingga 5000 SM lalu di Asia Barat. - Di kawasan utama seperti di Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, dan Iraq, manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing, biribiri dan babi sebagai sumber makanan yang berterusan. - Aktiviti pertanian ini telah menggerakkan pula aktiviti perdagangan dengan menggunakan sistem tukar barang. Kegiatan ini menyebabkan berlakunya pertembungan dengan masyarakat luar. 3. Memajukan aspek teknologi - Pada zaman Neolitik, penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian. - Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang untuk membantu meringankan tugas mereka. - Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. - Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar. 4. Mewujudkan pertambahan penduduk - Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain. - Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik. - Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota. 5. Mewujudkan pengkhususan kerja - Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan pertukangan, kesenian dan kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.

19

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

- Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat. 6. Membentuk organisasi sosial - Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan berlakunya pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu yang bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang. - Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua anggota masyarakat. - Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada sebarang ancaman. - Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan, - Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian. 7. Mewujudkan institusi pemerintahan - Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana alam (kemarau dan banjir). - Pemimpin, pahlawan dan pendeta memikul sebagai orang yang berkuasa. 8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan - Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewadewi. - Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan. - Mereka yakin dan percaya upacara menyeru bahan akan melipatgandakan pengeluaran pertanian. 9. Mewujudkan petempatan bandar - Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk. - Kehidupan manusia secara kelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses perbandaran yang pesat seperti Bandar Catal Huyuk. 10. Mengasaskan sistem tulisan - Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan. - Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat. C. Kesimpulan - Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila mereka mula bercucuk tanamdan menternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, institusi politik dan sebagainya.

20

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

- Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan 1 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu.

21

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

ISI-ISI PENTING: 1 Tempat Tinggal / Petempatan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah ) Neolitik Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu. Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor ) 2. Kegiatan Ekonomi Utama Paleolitik

22

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumbersumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri. Neolitik Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru 3. Teknologi peralatan Paleolitik Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.

Neolitik Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan

23

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. 4. Organisasi sosial Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. 5. Agama dan kepercayaan Paleolitik Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini. Neolitik Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk

24

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayatmayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. 6. Kesenian / kebudayaan Paleolitik Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual. 7 Corak/gaya hidup Paleolitik Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar Neolitik Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatangbinatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus.

25

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula mencipta senjatasenjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan diri. Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. 8. Pengkhususan pekerjaan Paleolitik Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatanperalatan senjata dan pertanian. 9. Institusi Politik Paleolitik Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik. Neolitik Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan ini menyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat
26

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

pengguna alam sekitar atau parasit persekitaran kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamaduntamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho. * Apa sahaja kesimpulan yang sesuai

27

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bincangkan kepentingan sungai dalam proses perkembangan tamaduntamadun awal manusia. 1. Pengenalan (a) Tamadun bermaksud kehidupan manusia yang telah berubah dan mengalami kemajuan dan perkembangan dari peringkat prasejarah ke peringkat sejarah bertulis dan tamadun. (b) Prof. M.A.J Beg mengatakan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan politik. (c) Petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun kerana ini merupakan langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur pemerintahan yang teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual sendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat. (d) Pembentukan sesuatu tamadun berkait-rapat dengan alam sekitar, terutamanya sungai. (e) Sungai mula terbentuk apabila persekitaran dan alam sekitar berubah akibat pencairan ais. (f) Contoh-contoh tamadun yang terbina di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris Euphrates (3500 SM), Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil (3100 SM), Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus(2500 SM) dan Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho (1800 SM). (g) Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusai yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun. 2. ISI-ISI PENTING Kepentingan sungai dalam perkembangan tamadun: (a)Sistem pengangkutan dan perhubungan. - Sungai dijadikan perantaraan untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat luar dan juga sebagai pengangkutan utama - Sungai menjadi perantaraan perhubungan antara negara kota dengan negara kota lain atau sesuatu tamadun dengan tamadun lain - Contohnya: masyarakat Mesopotamia menggunakan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. - Sungai juga boleh digunakan untuk membawa barangan yang banyak untuk perdagangan. - Sebagai bukti, penciptaan kapal layar telah di kesan pada perdagangan Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus. Sementara, di Asia Tenggara, sungai menjadi sumber pengangkutan hasil hutan seperti kayu balak,
28

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan Majapahit. (b) Pertanian. - kegiatan ekonomi amat bergantung pada pertanian dan sumber air. Tamadun wujud kerana pertanian membekalkan sumber makanan. Pertanian berkembang kerana terdapatnya sungai yang mengairi kawasan pertanian melalui sistem pengairan yang maju dan berjaya menghasilkan lebihan makanan. - Sungai membentuk tamadun kerana kota muncul di sepanjang sungai yang bertanah pamah. Tanah pamah membolehkan pertanian komersil dijalankan. - Banjir membawa mendapan tanah lanar yang kaya dengan garam galian ke kawasn pertanian setiap tahun dan ini telah membantu dalam kesuburan tanah. - Masyarakat tidak perlu berpindah-randah untuk mencari kawasan subur. (c) Bekalan air dan pengairan - Sungai membekalkan air untuk pertanian, membina terusan dan kincir air. sungai dijadikan asas kepada pembinaan terusan dan tali air bagi memeunhi kegiatan pertanian mereka. - contoh syaduf dan kincir air di tamadun Mesir dan China. (d) Sumber Protein. - Sungai juga dijadikan tempat untuk memperoleh sumber makanan bagi memenuhi keperluan hidup masyarakat. Sungai membekal ikan untuk sumber protein. - Menggunakan kaedah tangkapan tradisional. - Protein mudah diperolehi, manusia mula menetap di satu tempat dan membentuk tamadun. Selain itu, mereka menangkap ikan sebagai sumber ekonomi. (e) Kegiatan Seharian. - Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, seperti membasuh, memasak dan sebagainya. (f) Bekalan Bahan Binaan dan Peralatan - Sungai membekalkan tanah lumpur untuk membina rumah serta pelbagai jenis bangunan lain seperti rumah berhala. Mereka membina rumah mengguna tanah liat yang berhampiran dengan sungai Selain itu, tembikar dan peralatan harian juga mengguna tanag liat ini. - Contoh Sungai Tigris, Sungai Euphrates. (g) Upacara Keagamaan.
29

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Air dianggap suci dan menyucikan oleh sesetengah kepercayaan dan agama. Masyarakat Tamadun Indus menggunakan sungai untuk membersihkan diri daripada dosa. Membersihkan dosa dan menghanyutkan abu manyat. Ini kerana mengikut kepercayaan masyarakat lampau, sungai dikatakan menjadi tempat tinggal dewa-dewi dan roh suci. Contohnya Sungai Indus.

(h) Iklim - Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia. Kelembapan suhu 24OC-28OC. (i) Sempadan - Sungai sebagai sempadan, pertahanan daerah dan negeri. (j) Sumber Alam - Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu. (k) Petempatan - Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai yang mempunyai tanah rendah, luas, rata dan beralun. 3. KESIMPULAN - Ternyata lokasi ketamadunan manusia wujud di lembah sungai nyang subur. Sungai merupakan elemen penting dalam membentuk tamadun. - Namun, terdapat beberapa faktor lain yang mendorong permulaan petempatan tamadun awal manusia.

30

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman pra-sejarah. Pengenalan: Zaman prasejarah merupakan suatu zaman yang tidak mempunyai rekodrekod bertulis tentang sejarah manusia. Zaman ini hanya dapat dibuktikan dengan peninggalan-peninggalan seperti fosil-fosil, lakaran di dinding-dinding gua, serpihan tulang-temulang, peralatan batu dan tembikar. Dari segi geologinya pula, keadaan dunia pada zaman ini boleh dikatakan sebagai mengalami tahap zaman Plestosen iaitu bumi ditutupi ais atau glasier kira-kira 1.6 juta tahun sehingga 11 000 tahun dahulu. Ini diikuti pula dengan zaman Holosen iaitu zaman pencairan glasier di permukaan bumi, peningkatan paras air laut dan perubahan iklim buni serta kawasan daratan menjadi lebih kecil akibat dibanjiri oleh air laut dan sungai. Zaman prasejarah boleh dibahagikan kepada dua era iaitu zaman prasejarah awal dan zaman praserah akhir. Prasejarah awal terdiri daripada zaman Paleolitik dan zaman Mesolitik manakala zaman prasejarah akhir terdiri daripada zaman Neolitik. Zaman Paleolitik wujud antara tahun 500000 SM hingga 10000 SM. Zaman Mesolitik wujud antara tahun 10000 SM hingga 7000 SM. antara tahun 7000 hingga 3500 SM. Zaman Neolitik wujud Zaman prasejarah berlainan antara satu

kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza. Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Hubungan manusia dengan alam sekitar

31

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

dan

cara

manusia

mentafsir

hubungan

tersebut

dan

membuat

beberapa

pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia. 2. Isi-isi penting:

Pengaruh Alam Sekitar 1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan Paleolitik pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan. Neolitik pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan. 2. Agama & kepercayaan Paleolitik Alam dipercayai ada kuasa luar biasa mengancam keselesaan dan kehidupan. Neolitik mengharapkan hasil pertanian upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar agar alam sekitar tidak mengamuk ). 3. Peralatan Paleolitik mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan. Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk. Neolitik menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian). Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut. 4. Kegiatan Ekonomi Paleolitik bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka. Neolitik Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan

32

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

membolehkan perdagangan secara tukar barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah. 5. Gaya Hidup Paleolitik Kehidupan simple . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi. Neolitik Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah. Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja sama dan mula melakukan pengkhususan kerja. Kesimpulan: Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, dan ini telah banyak membantu penguasaan manusia dalam teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.

Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai. Pengenalan 1. Ahli kaji purba telah mengenalpasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan ), Eropah Barat ( Perancis dan Sepanyol Utara ), Asia ( Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis ) dan Jawa. Bekas fosil manusia serta alat perkakas, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. 2 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.

33

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

3.

Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama.

2. Isi-isi penting:

1.

Pengaruh alam sekitar kepada petempatan. Ketika zaman Paleolitik, masyarakatnya berpindah randah/ nomad disebabkan muka bumi dilitupi ais/air batu. Mereka akan menjadikan tempat tertentu sebagai tempat tinggal sementara seperti gua, lubang di dalam tanah dan tepi sungai. Mereka memilih tempat-tempat tersebut kerana dianggap selamat daripada keadaan sejuk. Ini membolehkan manusia berpindah randah dalan lingkungan yang luas. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa kawasan daratan telah ditenggelami air. Ini telah mengubah muka bumi iaitu membawa kepada wujudnya sungai dan tasik. Pada zaman Neolitik, masyarakatnya mula membina petempatan yang tetap yang tertumpu di lembah-lembah sungai. Keadaan ini seterusnya mewujudkan kampung-kampung sebagai petempatan awal. Ini seterusnya menyumbangkan kepada proses perbandaran. Pemilihan tempat tinggal adalah mengikut kesesuaian agar masyarakat tersebut dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

2.

Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman paleolitik manusia menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai peralatan seharian. Peralatan batu dihasilkan melalui kaedah merepih. Pada zaman logam mereka mula menggunakan logam untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul, mencipta roda, dan juga menenun kain daripada gentian tumbuh-tumbuhan.

3.

Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik, manusia hanya memperoleh bahan-bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata seperti menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memungut hasil hasil hutan. Apabila persekitaran berubah, masyarakat zaman neolitik mula menghasilkan bahan-bahan makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan.

4. Pengaruh fenomena alam yang mana suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan pakaian
34

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

dengan menggunakan kulit/bulu haiwan. Pengalaman kebakaran dari kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan api.

5.

Alam sekitar mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia dan sebagai sumber kerohanian. Alam sekitar sebagai tempat dewa dewi yang melindungi masyarakat. Kehidupan berlegar di sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber tersebut menyebabkan mereka percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati. Hutan, pokok, gunung, matahari, laut, angin dan sebagainya mempunyai semngat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah. Jika sebaliknya, kehidupan mereka akan menjadi sukar atau ditimpa bencana. Ketidak upayaan masyarakat mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya bahawa kuasa ghaib mempunyai kaitan yang rapat dengan persekitaran mereka. Lahirlah upacara-upacara pemujaan atau ritual, tarian atau persembahan korban agar semangat baik kekal melindungi mereka.

6.

Pengaruh alam sekitar dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Pemilihan tempat tinggal yang berdekatan dengan sungai dan laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan danj pengangkutan. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat Neolitik apabila masyarakat sudah mula berhubung dengan kawasan luar untuk menjalankan kegiatan perdagangan. 7. Alam sekitar juga membekalkan tanah yang subur. Sumber tanah yang subur dapat diperoleh daripada lembah sungai yang menjadi tumpuan petempatan masyarakat neolitik. Tanah yang subur terdapat di lembah-lembah sungai akibat banjir yang berlaku dan dapat mengekalkan kesuburan tanah di kawasan berhampiran. Lembah sungai yang subur terhasil daripada pemendapan lanar-lanar daripada kelodak air banjir. Kawasan yang subur ini akan menjadi tumpuan aktiviti bercucuk tanam. 8. Alam sekitar sebagai sumber bahan mentah. Setelah manusia tinggal tetap, mereka mula membina rumah. Rumah-rumah boleh dibina dengan menggunakan sumber alam seperti tanah liat, lumpur, kayu. Kulit binatang digunakan untuk membuat pakaian bagi menahan diri daripada sejuk, dan gigi binatang sebagai alat mengira. Manakala, tanduk rusa dan gading dijadikan perhiasan. 9. Alam sekitar sebagai bekalan air domestik dan pengairan. Sungai-sungai yang wujud dan menjadi tumpuan petempatan masyarakat turut menyumbang kepada bekalan air domestik yang mudah untuk keperluan minuman, mandi dll. Akibat perkembangan pertanian dan penternakan, sungai dapat membekalkan air untuk tanaman dan minuman ternakan mereka. Kesimpulan

35

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kesimpulannya, kehidupan manusia pada zaman prasejarah memang dipengaruhi alam sekitar. Perubahan dan perkembangan alam sekitar telah membawa kepada berlakunya pelbagai perubahan dalam corak kehidupan masyarakat ketika itu. Kreativiti dan inovatif masyarakat neolitik telah membawa perubahan yang sangat besar kerana mereka telah menguasai alam sekitar. Peranan alam sekitar jelas terbukti apabila pembentukan tamadun awal manusia berlangsung di lembah-lembah sungai.

Bagaimanakah alam sekitar dapat mempengaruhi ketamadunan manusia daripada masyarakat paleolitik kepada masyarakat yang bertamadun. Pendahuluan :

Pengertian alam sekitar.

Alam sekitar merujuk kepada semua objek dan kehidupan yang terdapat di muka bumi ini seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-gunung, sungai dan hal ini berkait rapat dengan seluruh kejadian yang berlaku di muka bumi seperti cuaca, kemarau, banjir, gempa bumi, dan bencana alam yang lain. Manusia adalah

36

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

sebahagian daripada alam sekitar. Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku kebetulan tanpa satu perancangan yang rapi. Penemuan api dan kegunaannya dalam kalangan masyarakat pimitif bermula dengan pemerhatian mereka terhadap fenomena petir yang menyambar pokok, yang telah mengeluarkan serpihan api yang akhirnya menyala. Semenjak itu mereka cuba mempelbagaikan penggunaan api seperti memanaskan badan ketika kesejukan, memasak makanan, menakutkan binatang dan sebagainya. Manusia primitif mula mencuba cara untuk mencipta api. Daripada keadaan ini manusia mula menguasai alam sekitar melalui penciptaan material dan penciptaan material melalui kaedah mencuba inilah yang disebut sebagai teknologi. Tahap penciptaan teknologi manusia berubah-ubah dari semasa ke semasa dan perubahan ini turut mengubah alam sekitar.

Pengertian masyarakat paleolitik.

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumbersumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.

Pengertian masyarakat bertamadun.

Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsure-unsur kehidupan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh kompleks daripada perkampungan sebelumnya.

Ciri-ciri asas masyarakat bertamadun.

Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal dan sistem pemerintahan.

Isi-isi penting Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat :

Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini
37

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Perkembangan penempatanpenempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alatalat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.

Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi :

Pada zaman paleolitik alat batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif. Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi :

Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan. Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan :

Percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan tanaman dan
38

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia. Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.

Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja :

Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial) :

Dalam masyarakat munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan :

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya.

Huraikan konsep dan faktor kemunculan Tamadun. Pengenalan :

39

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Manusia pada masa itu memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, ia sebenarnya telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Keadaan ini berlaku semasa zaman Neolitik. Terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsur kehidupan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh kompleks daripada perkampungan sebelumnya. Konsep Tamadun : 1. Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad tentang makna tamadun. Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi. 2. Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentu kerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya. Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi. 3. Pembinaan bangunan-bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomi dan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka. ISI-ISI PENTING: Faktor Kemunculan Tamadun : Petempatan Kekal :

40

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindahrandah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho. Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai : Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamaduntamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho. Kemajuan Teknologi : Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar. Penciptaan Roda : Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro. Sistem Tulisan : Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho. Organisasi Sosial :

41

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat. Pengkhususan Kerja : Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat. Agama dan Kepercayaan : Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Kemunculan agama mempunyai pertalian yang rapat dengan adat istiadat dan cara hidupyang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintah, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan. Perbandaran. Salah satu lagi factor kemunculan tamadun manusia ialah kewujudan Bandar. Pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar. Antara bandar-bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Indus, Anyang dan Loyang di Lembah Hwang Ho serta Thinis, Memphis dan Thebes di Lembah Nil. Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur dan Mari di Mesopotamia. Penciptaan sistem tulisan dan bahasa Kemunculan tamadun juga didorong oleh penciptaan bahasa dan system tulisan. Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan, dan kegiatan perdagangan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit. System tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform, dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal berbentuk gambar,

42

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

symbol, dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat, dan alat untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea serta pemikiran manusia. Dengan kata lain, penciptaan sistem tulisan yang menjadi asas penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi.

Migrasi ( Penghijrahan ). Pertambahan penduduk pada zaman neolitik memerlukan peningkatan keperluan makanan. Kawasan-kawasan pertanian kian diperluas. Usaha ini telah menyebabkan berlakunya migrasi atau penghijrahan ke kawasan-kawasan baru. Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan (wind mills ) antara kawasan. Penemuan roda turut menggalakkan pertumbuhan perdagangan jarak jauh dan digunakan sebagai alat pengangkutan darat. Akhirnya, aktiviti migrasi itu telah mempercepat kelahiran dan perkembangan tamadun awal manusia. Kemajuan ekonomi. Kemajuan teknologi dalam bidang pertanian, pengangkutan, dan perdagangan. Menyebabkan perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan dan berkembang pesat pada zaman neolitik. Hal ini membolehkan usaha mendapatkan bahan bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan memperkayakan ciri-ciri kebudayaan akibat pertukaran fikiran dan teknik perindustrian. Akhirnya, kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat dan menyumbang kepada kehidupan bertamadun. Geografi. iklim, hujan, kesuburan tanah, bentuk muka bumi, sumber protein (makanan dan kesihatan). Sistem pertahanan Tembok-tembok dan kubu dibina di sekitar seperti tombak, pedang, panah, wagon menggunakan sungai, bukit sebagai sempadan. keselamatan penduduk. Akhirnya, penduduk harian dengan lebih terjamin.

petempatan. Kegunaan peralatan (wheel), penggunaan tentera, Pertahanan yang kuat menjamin dapat melaksanakan aktiviti

Kesimpulan : Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun

43

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho. yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk.

Jelaskan konsep tamadun . Huraikan bagaimana ahli ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah lembah utama di dunia Pengenalan Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok kelompok masyarakat yang berselerak dimerata-rata tempat , menunjukkaqn bentuk bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman Neolitik terdapat perbezaanperbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolotik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya.

ISI-ISI PENTING A). Konsep Tamadun Tiada satu takrifan tentang konsep tamadun yang muktamad. vSalah satunya, takrif oleh Gordon Childe, seorang ahli arkeologi Australia yang mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi

44

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Contohnya masyarakat Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya, manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi - Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan-bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk mereka pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia merasa cabaran-cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka.

B).

Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia

1. Melalui kaedah cari gali

Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau eskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak tapak yang di kenalpasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah carigali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya.

Melalui kaedah carigali ahli arkeologi dapat menemui artifek-artifek seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifek sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arakeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau C14 2. Penemuan arkeologi

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tingglan tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan satu-satu tempat itu pernah wujud. Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifek , inskripsi dan monument.

Artifek merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manikmanik , fosilfosil , kapak batu dan lain lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada

45

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya.

Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifek dan monument purba seperti piramid , kuil kuil , istana firaun , spinx dan sebagainya 3. Penemuan sains dan teknologi

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakkan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan , perubatan, matematik , astronomi , fizik ,kimia dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaanciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun

Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , spinx dan mumia .Tamadun Hwang Ho di buktikan melalui pernemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , batu jed , kompas dan sebagainya.

4. Penemuan tapak tapak kota atau bandar purba

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak-tapak kota atau 46ystem purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya. Tapak tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap . Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai 46ystem46 keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir , Indus dan lain lain

Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300 SM. Jumpaan Tamadun Mesopotamia melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

46

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

5. Sistem tulisan

Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan 47ystem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana , kuil , surat perjanjian dan sebagainya . Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan menifestasi sesuatu bangsa.

Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk 47ystem 47ystem atau 47ystem47 yang di cantumkan menjadi maksud tertentu. Antaranya tulisan yang terawal seperti hiegolif (Mesir), Ideogram (Mesopotamia), Ideogram (Hwang Ho), Phoenicia (Yunani) dan sebagainya. Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu batu bersurat , tugu peringatan , rumah-rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .

Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai Rosseta Inskription dan tulisan-tulisan yang terdapat pada dinding piramid.

6. Aktiviti Ekonomi

Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba . Antaranya melalui 47ystem pertanian , perdagangan , matawang , pengangkutan dan sebagainya

Contohnya tamadun Mesopotamia sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali chariot , penggunaan kapal layar dan lail lain . Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifek yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya.

7. Agama dan Kepercayaan

Ahli arkeologi membultikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing-masing. Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan-kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka . Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa
47

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat-alat penyembahan dan sebagainya. Kebanyakkan bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adat dan sebagainya.

Contohnya Tamadun Mesopotamia dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai ziggurat yang merupakan bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kurnak dan Memphis dan sebagainya. Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan

Huraikan bagaimana ahli arkeologi membezakan corak kehidupan manusia dan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik. Pengenalan :

Maksud Paleolitik merujuk kepada zaman batu awal yang wujud kira-kira 500,000 hingga 10,000 sm. Kehidupan mereka dapat dikesan dengan penemuan arkeologi seperti fosil, artifak, peralatan batu. Antara manusia Paleolitik yang dikesan ialah Neanderthal, Java Men dan Peking Man. Neolitik pula merujuk kepada zaman batu baru atau zaman batu akhir yang wujud kira-kira pada 10,000 hingga 3,000 tahun sm. Ciri kehidupan mereka telah maju dan menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan inovatif.

48

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT Tokoh ahli arkeologi seperti Gordon Chile dan Leonard Woolley, Redfield dan

ramai lagi. Ahli kaji purba telah mengenal pasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan Kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan) Eropah Barat( Perancis dan Sepanyol Utara), Asia( Choukoutien, China Utara Pihecantrophus Pekienenis dan Jawa. Bekas fosil manusia dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza Paleolitik awal dan akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo Sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pliestocene. Isi-isi : Kaedah yang Digunakan : Kaedah Ahli Kaji Purba Mendapatkan Maklumat :

Menggunakan kaedah cari gali (excavation) dan mengesan usia artifak menggunakan Radio Karbon Dating C14. Kedua-dua kaedah ini adalah kaedah kajian moden dan sainstifik yang menggabungkan semua ilmu seperti arkeologi, geologi, kimia, fizik dan sebagainya. Contohnya ahli kaji purba menyifatkan bekas fosil manusia yang dijumpai di zaman paleolitik sebagai makhluk makhluk yang seakan-akan manusia atau homindas dan bukan manusia sebenarnya, iaitu homosapeans. Dari fosil itu didapati gambaran hidup kebudayaan Paleolitik.

Penggunaan Alat Perkakas :

Menggunakan peralatan yang digunakan. Pada zaman Paleolitik, peralatan yang digunakan adalah dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap Paleolitik akhir mulai mempelajari bagaimana menyesuaikan dirinya kepada persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti pebble: dan flaked tools yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi. Berbanding dengan Paleolitik, banyaknya bilangan tapak serta peralatanmenunjukkan wujudnya bilangan besar orang-orang Neolitik. Terdapat unsur kepelbagaian alat-alat yang lebih luas yang memerlukan kaedah-kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Kebudayan materialnya temasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajarinya. Alat-alat baru dibuat dengan sempurna dan pertama kalinya mungkin dipakai untuk mengelakkan nasib buruk. Kegiatan Ekonomi :

49

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT Zaman Paleolitik kegiatan ekonomi- memburu dan memungut makanan asas

ekonomi tidak dapat menanggung pertambahan bilangan penduduk yang cepat. Manakala zaman Neolitik menyaksikan sesuatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian memburu binatang dan mengutip makanan menjadi kurang penting sedangkan penanaman tanaman-tanaman makanan bijirin menjadi semakin penting. Ia mungkin ada hubungannya dengan perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasa diburu berikut dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim lebih panas serta kemunculan tumbuhantumbuhan memaksa manusia mengubahsuai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Penempatan :

Di zaman Paleolitik, kehidupan mereka dapat dikesan melalui gua-gua batu yang menjadi tempat tinggal sementara mereka. Penemuan sisa-sisa makanan dan peralatan batu dapat membuktikan kewujudan mereka. Bagi zaman Neolitik dengan timbulnya kegiatan pertanian, corak hidup yang mengembara pun terhenti dan manusia mula menetap dan membina perkampungan. Kehidupan bermasyarakat membolehkan manusia bekerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak lading, menuai tanam-tanaman dan menternak binatang. Contoh penempatan awal yang di temui ialah di Asia Barat seperti Catal Huyuk(Turki) dan Jericho(Palestine)

Organisasi Sosial :

Adalah pasti kegiatan memburu seperti tergambar dalam lukisan gua telah memperkenalkan suatu jenis organisasi manusia berkumpulan untuk mencapai sesuatu objektif bersama. Pemburuan binatang besar seperti badak berbulu (Wooly rhinocores), gajah besar, dan harimau memerlukan kerjasama sebuah kumpulan yang lebih besar daripada unit keluarga- suatu prinsip yang amat penting dalam evolusi tamadun manusia.

Kepercayaan Agama :

Pada zaman Paleolitik ahli sejarah melihat bentuk agama bersifat unsur ainimisme. Tidak terdapat bukti manusia telah mempunyai agama dan kepercayaan yang tinggi. Contoh manusia takut dengan bunyi guruh dan kilat. Manakala zaman Neolitik manusia telah mempunyai bentuk agama yang tinggi. Manusia sudah percaya kepada dewa dewi dan tuhan tertentu. Proses pemikiran konseptual membolehkan manusia mempertingkatkan penguasaan lebih berkesan ke atas persekitaran fizikal dan mempercepatkan proses evolusi pemikiran dan agama yang lebih abstrak.

50

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kesenian :

Masyarakat Neolitik mempertajamkan pemikiran konseptual mereka. Dapat diperlihatkan dalam perciptaan seninya yang menandakan satu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang di ilhamkan oleh objek-objek yang ia Nampak. Simbolisme belum wujud. Seni Neolitik seperti yang ditunjukan dalam tembikar-tembikarnya mula menunjukkan permukaan yang dihias oleh polapola geometrik dan simbolik.

Kesimpulan : Berdasarkan usaha ahli arkeologi, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk membandingkan antara masyarakat paleolitik dengan neolitik. Kaedah yang paling utama adalah melalui kaedah excavation. Ini kerana kaedah ini amat penting untuk memberi maklumat tentang perkembangan pemikiran dan kebudayaan manusia dan asas kewujudan tamadun manusia.

Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun daripada tamadun-tamadun awal.

berdasarkan

contoh-contoh

51

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

A. Pengenalan: Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah. Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat. Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal dan sistem pemerintahan.

B. Isi-isi penting:
1. Perbandaran Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar. Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir. Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

2. Pengkhususan pekerjaan Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara daripada serangan musuh. Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat. Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan artisan dan pedagang. 3. Organisasi sosial. Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.

52

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan. Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisanlapisan di atasnya. Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.

4. Bahasa dan tulisan Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta mengembangkan idea pemikiran manusia. Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram. 5. Agama dan kepercayaan. Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang. Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan kepercayaan animisme. Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih dari satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan. 6. Petempatan kekal Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik. Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun

53

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Mesopotamia(lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning) 7. Sistem pemerintahan Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara. Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesarpembesar negara. C. Kesimpulan Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja, organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal, kemajuan sains dan teknologi serta sistem pemerintahan. Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh masyarakat dalam segala aspek kehidupan. (Apa-apa yang berkaitan)

54

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun awal manusia. Pendahuluan a. Perkembangan pembinaan petempatan pada tamadun-tamadun awal bermula kirakira 5000 SM. Antara petempatan-petempatan terawal ialah bahagian utara di Zawi Chemi Shanidar dan Shanidar di timur laut Rawanduz, Karim Shahir, Qalat Jarmo, Hassuna dan Tell Arpachiya di Mesopotamia, Mesir utara dan Mesir Selatan, dan kawasan Indo-Iran di Indus. b. Pembinaan petempatan di sekitar kawasan pertanian dan lembah-lembah sungai seperti Sg. Tigris dan Sg Eupharates di Mesopotamia, Sg. Nil di Mesir, Sg. Indus di India dan Sg. Hwang Ho di China.

Isi-Isi Jawapan Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal. a. Pengaruh sungai dan sumber air: Kebanyakan pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal dipengaruhi oleh kedudukan sungai. Kawasan-kawasan yang berhampiran sungai menjadi pilihan pembinaan petempatan. Ini disebabkan sungai memberi sumber air minuman, makanan dan kegunaan dalam kehidupan. Contoh pembinaan petempatan di Mesopotamia berhampiran Sg. Tigris dan Sg. Upharates, di Mesir lembah Sg. Nil menjadi pilihan petempatan manusia dan juga di India Lembah Sg Indus menjadi petempatan manusia.Sumber air telah mendorong manusia untuk hidup menetap dan membuka petempatan kekal kerana aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Sungai dan laut juga memainkan peranan penting dalam perhubungan dan pengangkutan. b. Keadaan fizikal muka bumi: Faktor fizikal muka bumi mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal manusia. Kebanyakan kawasan petempatan tamadun awal manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai. Mempunyai kecerunan tanah yang rendah. Tanah rendah dan bentuk muka bumi yang rata sesuai untuk pembinaan rumah sebaliknya kawasan yang tidak rata dan bergunung-ganang tidak sesuai untuk petempatan. c. Kesuburan tanah : Kesuburan tanah amat mempengaruhi pembinaan petempatanpetempatan tamadun awal manusia. Kawasan yang mempunyai kesuburan tanah menjadi tarikan manusia menetap di sesebuah kawasan. Tanah

55

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

yang subur dan kemudahan sumber air mewujudkan kegiatan pertanian dan penternakan. Lembah sungai seperti Tigris dan Euphrates merupakan tanah lanar yang sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Di China Lembah Hwang Ho terdiri daripada tanah loes yang subur. d. Kegiatan pertanian : Kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama manusia dalam tamadun awal. Kegiatan pertanian dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti tanaman padi, gandum, barli dan lain-lain lagi. Disamping itu kegiatan penternakan dan menangkap ikan turut dijalankan. Kedudukan sungai yang berhampiran menyediakan sumber air dan sistem pengairan kepada kegiatan pertanian. e. Migrasi dan Pertambahan penduduk : Berlakunya proses migrasi ke kawasankawasan petempatan-petempatan baru kerana kesesuaian iklim , bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. Faktor tarikan dari petempatan-petempatan ini menyebabkan pertambahan penduduk dari masa ke semasa. Perkembangan petempatan kekal membawa kepada pembentukan perkampungan dan perbandaran dalam tamadun awal. f. Kewujudan organisasi sosial : Kesan dari pertambahan penduduk telah membawa kepada perkembangan petempatan petempatan kekal. Perkembangan perkampungan dan perbandaran telah membawa kewujudan organisasi sosial masyarakat. Pembahagian struktur sosial masyarakat berlaku kerana pengkhususan kerja untuk meningkatkan produktiviti. g. Kewujudan organisasi politik : Perkembangan dalam institusi sosial seperti institusi agama dan keluarga. Kewujudan institusi masyarakat ini melahirkan institusi negara. Kemunculan golongan pemerintah dalam petempatan tamadun awal seperti raja dan golongan pendeta. h. Keagamaan dan Kepercayaan terhadap kuasa ghaib : Masyarakat tamadun awal percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka mengambil kira kepercayaan-kepercayaan ini dalam membina petempatan. Dalam membangunkan petempatan-petempatan mereka membina rumah-rumah ibadat di kawasan yang lebih selamat. Mereka mengharapkan petempatan-petempatan mereka dirahmati oleh kuasakuasa ghaib. i. Perkembangan perdagangan dan pertembungan budaya: Kesan dari perkembangan kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal. j. Penguasaaan kemahiran dan teknologi : Perkembangan kemahiran dalam menenun kain, membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan

56

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

penciptaan baru membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal. 3. Penutup Perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal manusia membawa pertumbuhan bandar-bandar. Kemunculan bandar Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus, Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Bandar Thebes dan Memphis di Mesir

Bincangkan ciri-ciri perbandaran dalam tamadun awal dengan merujuk kepada Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Indus. Pengenalan 1. Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kemunculan bandar. 2. Bandar adalah satu unit politik, satu pertempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur. 3. Pembandaran pula merujuk kepada proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan tertentu dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian, dan perkhidmatan. 4. Pembandaran juga merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar. 5. Setiap bandar di tamadun awal manusia mempunyai ciri-ciri tersendiri. 6. Dalam konteks tamadun Mespotamia, kemunculan Bandar dapat dikesan sejak pertengahan abad ke-4 S.M. 7. Kemunculan bandar Mesopotamia disebabkan oleh peningkatan hasil pertanian ekoran kemajuan dalam sistem pengairan. 8. Terdapat bandar terancang seperti bandarMohenjo Daro dan Harappa dalam Tamadun Indus yang dianggap sebagai dua bandar terancang yang terawal di dunia. 9. Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai unit politik, pentadbiran, ekonomi dan agama. Isi-isi penting: CIRI-CIRI BANDAR MESOPOTAMIA 1. Salah satu ciri perbandaran Mesopotamia ialah kewujudan tiga bahagian dalam bandar iaitu pusat bandar, kawsan luar bandar dan pelabuhan. 1a. Pusat bandar (i) Merupakan bahagian tertua dalam bandar.

57

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

(ii) Terdapat istana, rumah berhala, tempat kediaman pegawai-pegawai istana dan penempatan awam. (iii) Pintu gerbang berfungsi sebagai tapak perhimpunan. 1b. Kawasan luar bandar (i) Meliputi kawasan pertanian dan penternakan. (ii) Tembok dibina untuk melindungi kawasan ini. (iii) Terdapat kubu-kubu (kidunu) yang dibina untuk pertahan. 1c. Pelabuhan (i) Pusat kegiatan perdagangan. (ii) Pelabuhan mempunyai berasingan. pentadbiran dan perundangan yang

(iii) Terdapat tempat penginapan dan gudang untuk menyimpan barang dagangan. 2. Ciri kedua ialah pembinaan kubu dan tembok pertahanan. 2a. Pembinaan kubu (i) Kubu dibina bagi tujuan pertahanan sejak 3000 S.M. (ii) Bandar-bandar lama mempunyai kubu dalam bandar manakala bandar-bandar baru mempunyai kubu di luar kawasan bandar.. 2b. Pembinaan tembok pertahanan (i) Dibina untuk mempertahankan bandar daripada serangan musuh. (ii) Berfungsi sebagai sempadan yang memisahkan kawasan bandar dan luar bandar. (iii) Tembok terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu segi empat tepat, bulat, dan bujur. (iv) Di bandar-bandar lama, tembok dibina untuk memisahkan rumah berhala dan istana. Ciri ini tidak terdapat di utara Mesopotamia. (v) Di sesetengah bandar, dua tembok dibina di sekeliling bandar. Tembok pertama dibina di sekeliling istana, rumah, rumah berhala, dan tempat kediaman pegawai istana. Tembok kedua meliputi kawasan pinggir bandar. 3. Ciri ketiga ialah pembinaan pintu gerbang. 3a. Pintu gerbang (i) Merupakan laluan masuk utama ke dalam bandar. Contoh: di Babylon, terdapat 8 pintu gerbang dan pintu Ishtar adalah pintu masuk utama. (ii) Memainkan peranan dalam mengawal dan mengawasi orang yang keluar masuk. (iii) Berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong kerana terdapat monumen-monumen yang diukir dan dihiasi di pintu gerbang.
58

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

(iv) Memainkan peranan sebagai pusat sivik. 4. Ciri keempat ialah kewujudan institusi pasar. 4a. Pasar (i) Bandar-bandar Mesopotamia juga mempunyai kawasan berjual-beli, iaitu pasar dan kedai. (ii) Senarai harga barangan yang dijual dipamerkan. (iii) Kedai menjual barang-barang mewah. Sippar. 5. Ciri kelima ialah pembinaan jalan raya. 5a. Jalan raya (i) Jalan-jalan dibina untuk menghubungkan pintu gerbang dengan tempat-tempat lain. (ii) Jalan-jalan mempunyai ukuran lebar yang standard dan bersilang pada sudut tepat. (iii) Terdapat jalan perarakan (jalan suci) yang dibina di Babylon, Assur, Hattusa, dan Uruk. Jalan ini digunakan untuk perarakan semasa perayaan Tahun Baru. Bit Mahirim terdapat di

ii. CIRI-CIRI BANDAR MOHENDO DARO - HARAPPA 1. Keadaan Ekologi

Keadaan ekologi yang sesuai dengan keadaan tanah yang suburdan iklim yang sesuai adalah penting dan merupakan faktor kewujudan bandar dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri bandar dipengaruhi oleh kemajuan dalam bidang teknologi seperti pengairan, seni bina dan lain-lain. 2. Keadaan Bangunan

Binaan yang biasa dibina terdiri daripada binaan bermutu tinggi. Kebanyakannya mempunyai saiz 11 x 5.5 x 2.5 atau 9.2 x 4.5 x 2.2 inci. Ia didirikan dalam blok-blok empat persegi. 3. Rumah

59

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

bermutu. 4.

Kebanyakan rumah dibina mengikut pelan dan menggunakan batu yang

Kemudahan Infrastruktur

Didirikan dewan perhimpunan dan tempat mandi Mempunyai tempat atau kolam mandi awam Great Bath yang berukuran 39 kaki panjang, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam. Mempunyai bilik mandi untuk para paderi / golongan agama. Mempunyai sistem saluran najis Mempunyai sistem perparitan ( longkang tertutup ) Mempunyai pasar Mempunyai rumah kongsi. Daripada kajian tinggalan kota Mohenjodaro dan Harappa, adalah diketahui bahawa kedua-dua bandar mempunyai ciri persamaan dari segi perancangan bandar yang teliti. 1. Bandar dan Kubu Pertahanan Masyarakat Indus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam perancangan dan pembinaan bandar. Kebanyakan bandar di Indus terdiri daripada dua bahagian iaitu kubu dan bandar. Biasanya kubu dibina di bahagian timur bandar bagi mengelak musuh dan mengatasi masalah banjir. 2. Batu-batu yang standard Pembinaan bandar Indus menggunakan batu-bata yang bermutu tinggi dan bersaiz standard. Bangunan dibina dalam bentuk blok-blok empat segi di sepanjang jalan dan lorong, menggunakan skil garisan lurus. 3. Jalanraya Jalan-jalan utama dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebar, Jalan dari utara ke selatandi silang oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blik yang berukuran 130 kaki X 65 kaki. Di samping itu juga terdapat longkang yang tertutup dibina di sepanjang jalan dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. 4. Mempunyai kemudahan awam. Dalam bandar terdapat kemudahan awam seperti tempat mandi awam dan tandas awam. Kemudahan dibina berhampiran dengan jalan utama untuk kegunaan buruh dan hamba. Terdapat juga kolam mandi yang besar (The Great Bath) . Terdapat tangga yang dibina menggunakan batu dan bitumen. Air dalam kolam boleh diisi dan dikosongkan semula. Terdapat bilik mandi khas untuk golongan pendeta dan bangsawan. Wujud juga sebuah jelapang (Great Granary) yang terletak di atas sebuah podium yang berukuran 150 kaki lebar dan 200 kaki panjang. Jelapang itu adalah digunakan oleh pemerintah untuk menyimpan biji-bijirin yang merupakan hasil berlebihan pertanian. 5. Bentuk rumah

60

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pembinaan rumah ikut standard. Bentuk rumah dua tingkat atau lebih. Saiz setiap rumah adalah berbeza, terdapat bilik tidur, serambi, bilik mandi dan perigi. Rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan utama dan terdapat ruang antara satu rumah untuk peredaran udara. C Kesimpulan Kesimpulannya, ternyata masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mendirikan bandar-bandar terancang. Bandar-bandar ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti jalan raya dan pasar. Malahan, bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, politik, ketenteraan, keagamaan, dan perdagangan. Perkembangan bandar memperlihatkan kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat Mesopotamia. Tambahan pula, idea pembinaan bandarbandar terancang yang dipelopori oleh masyarakat Mesopotamia turut mempengaruhi proses perbandaran dalam tamadun Indus.

Jelaskan tentang ciri-ciri pembandaran Tamadun Rom yang berasaskan kemewahan dan keagungan. Pendahuluan 1. Bandar ialah satu unit politik,satu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur binaan.-menurut Detwyler dan Marcus dalam Pembandaran dan Persekitaran: Geografi Fizikal Bandar. 2. Masyarakat Rom adalah satu masyarakat yang mementingkan sifat praktikal . ini dapat dilihat berdasarkan bandar-bandar yang dibangunkan dengan begitu unik dan dilengkapi dengan segala kemudahan.Rom terkenal dengan rumah berhala, ampiteater, sarkas ,koliseum, forum dan lain-lain.

61

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

3. Pembinaan bandar-bandar di Rom adalah dipengaruhi oleh pertambahan penduduk,undangundang yang mewajibkan bahan-bahan binaan yang tidak mudah terbakar, kesungguhan dan kemewahan golongan menengah atas yang bebas mencantikkan dan menaikkan imej bandar serta pengawasan Majlis Perbandaran. Secara umunnya , proses pembandaran Rom banyak dipengaruhi faktor politik, sosial dan kebudayaan . Isi-isi penting 1. Masyarakat Rom sangat mementingkan soal keselesaan dalam proses pembentukan bandar iaitu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Biasanya bandarbandar di Rom mempunyai badan pentadbiran masing-masing iaituMajlis pembandaran. Pembangunan bandar mendapat sokongan dan bantuan daripada golongan kelas menengah yang memiliki kekayaan bagi mencantikkan dan menceriakan bandar mereka. Pada umumnya setiap bandar mempunyai beberapa gedung khusus seperti rumah berhala, istana, dewan teater, sarkas, forum dan kolam mandi awam. 2. Di kawasan tengah bandar terdapat pasar, pejabat, dan dewan awam yang digunakan untuk tempat perjumpaan sekaligus berfungsi sebagai mahkamah, perpustakaan, rumah berhala dan forum. Bangunan kedai dibina di kawasan yang berasingan untuk para penianga menjalankan aktiviti perniagaan. Pembangunan bandar tidak mengetapikan prasarana untuk hiburan dan riadah wargakota. Terdapat beberapa cobtoh seperti Colosseum yang siap dibina pada tahun 80 masihi. Bangunan ini mempunyai cirri-ciri istimewa yang berbentuk melengkung seperti gelanggang. Colosseum boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang penonton pada satu-satu masa. Biasnya di Colosseum diadakan pertandingan antara pahlawan ( Gladiator ). Di samping itu banduan daripada penjaga dipanggil untuk bertanding sesame mereka denganmenggunakan senjata dan pemenang akan ditentukan setelah lawan mati. 3. Pembangunan bandar begitu terancang termasuk soal pemilihan bahan binaan. Contohnya pada tahun 64 masihi, terdapat undang-undang yang mewajibkan semua bangunan dibina menggunakan bahan-bahan yang tidak mudah terbakar. Mereka juga menggunakan beberapa nahan khas seperti simen dan batu marmar untuk mengukuhkan dan mencantikkan lagi bangunan-bangunan. Contohnya di Bandar Pompeii, bangunan dibina dengan menggunakan batu kapur. 4. Kawasan bandar akan dihibungi oleh jalan raya yang lurus, lebar dan berturap. Di samping itu jalan raya yang dibina untuk memudahkan perhubungan dengan seluruh empayar yang luas. Pasukan tentera boleh dikerahkan ke mana-mana wilayah dalam empayar Rom dengan menggunakan jalanraya. 5. Sistem bekalan air di bandar Rom merupakan yang termoden di dunia.saliaran air yang dinamakan Aquaduct dibina merentasi kawasan pergunungan. Terdapat lebih kurang 10 buah Aquaduct di Rom. Salah satu yang terkenal ialah Aqua Claudia yang wujud hingga kini. Air dialirkan melalui paip-paip ke rumah dari tangkitangki pembekal. 14 saluran air yang panjangnya 265 batu dengan membekalkan 1000 juta air untuk menampung keperluan penduduk Bandar Rom. Air juga akan

62

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

disalurkan ke kolam mandi dan pancuran awam. Contohnya kolam mandi awam di Caracalla yang mempunyai keluasan 11 hektar dan boleh memuatkan 1500 orang sekali mandi. Penduduk juga menggunakan air untuk mengisar bijirin. 6. Setiap bangunan di bandar mempunyai ciri-ciri khas seperti kuil dewan Pantheon yang mempunyai bumbung berbentuk kubah. Bangunan akan diserikan lagi dengan tiang-tiang yang mempunyai ukiran indah dan patung manusia yang akan menghiasi pintu masuk kebandar. Pintu gerbang biasanya dibuat empat haluan untuk memudahkan pergerakan keluar dan masuk ditambah bentuk kubah di bahagian atas pintu gerbang. Kesimpulan Pembangunan bandar Rom begitu terancang untuk menimbulkan kesan keselesaan kepada para penduduknya. Oleh yang demikian segala kelengkapan dan kemudahan akan dibina demi mewujudkan keharmonian warganya. Keindahan bandar akan lebih terserlah dengan adanya teknologi dan kemahiran khususnya senibina yang indah dan halus. Dasar pemerintahan Rom amat mempengaruhi proses urbanisasinya . Apapun, pembandaran Rom begitu unik kerana semua yang dibina pasti mempunyai kegunaan dan bebas digunakan oleh semua lapisan warga kotanya.

Pembandaran adalah salah satu ciri masyarakat bertamadun. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan perbandaran dengan merujuk kepada Mesir,Mesopotamia dan Indus. Pengenalan

63

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Terdapat banyak definisi yang dikemukakan oleh sejarawan bagi istilah bandar dan pembandaran. Bagi Detwyler dan Marcus menyatakan bandar adalah suatu unit politik , suatu penempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah kediaman lain-lain struktur. Beliau menegaskan bahawa bandar meliputi elemen semulajadi , sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Bagi MAJ Beg dalam bukunya, Historic Cities of Asia menjelaskan bahawa bandar sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi bukan pertanian. Pembandaran pula merujuk proses pertumbuhan dan pembinaan bandar berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk di bandar ekoran dari migrasi dan perkembangan yang berlaku dalam bandar. Bagi Raja Mohd. Afandi, menjelaskan bahawa pembandaran adalah proses di mana terdapatnya orang-orang tinggal dan berkerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan awam. Dalam sejarah tamadun awal manusia seperti Mesopotamia, Mesir dan Indus, pembandaran merupakan asas yang penting dalam pembinaan tamadun. Ini kerana bandar menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan seperti raja membina istana, pusat agama, kubu-kubu pertahanan, dan sebagainya.Selain dari itu, ia berfungsi sebagai pusat politik keagamaan, pengangkutan, dan perindustrian.

Isi-isi penting A) Faktor Perkembangan Perbandaran Di Mesir ,Sumeria dan Indus Bagi MAJ BEG dalam bukunya historic Cities Of Asia menggariskan tiga faktor kemunculan bandar dalam tamadun tersebut iaitu ekologi yang sesuai ,teknologi dan organisasi social :

1 -

Ekologi yang sesuai Penting untuk pertanian/penternakan. Dipengaruhi oleh tanah yang subur/iklim yang sesuai Penting untuk menghasilkan makanan keperluan asas bagi kemunculan tamadun. Cth Mesir: Bandar seperti Memphis dan Kernak dan lain2 wujud di Sungai Nil kerana faktor Iklim/tanah subur untuk kemudahan orang Mesir bercucuk tanam sejak zaman neolitik lagi. Mesopotamia: faktor ekologi dan alam semula jadi di kawasan lembah Sungai Tigris dan Euphraters menjelang tahun 4000 S.M., penduduk di selatan telah berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang banyak dan mencukupi keperluan

64

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

penduduk. Ini menjadi faktor kemunculan bandar sepert Akkadia, Babylon, Lagash dan lain2. 2. Kemajuan teknologi Berkait rapat dgn kemajuan teknologi yang dikuasai oleh masyarakat. Teknologi terawal ialah sistem pengairan , penternakan dan pertukangan . Sarjana barat seperti Gideon, Adams dan Braid Wood yang berpendapat bahawa teknologi pengairan menjadi faktor loncatan dalm bidang pertanian yang menjadi dorongan pembinaan bandar di pinggir sungai. Perkembangan teknologi pertanian merintis jalan kepada ciptaan teknologi seperti penggunaan logam, tenunan, tekstil, dan tembikar. Cth seperti di Mesopotamia, wujud sistem pengairan yang baik telah menyebabkan kekurangan bekalan air dan masalah banjir turut dapat diatasi. Kesannya, kawasan pertanian semakin meluas di lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan membawa kemunculan Bandar-bandar baru di kawasan tersebut. Kemunculan Bandar Harappa dan Mohenjo Daro adalah berkaitan rapat dengan teknologi. Ini kerana kedua-dua bandar tersebut berjaya dibina dengan sempurna mengikut pelan yang tersusun , menggunakan sistem garisan lurus, disamping sistem peparitan dan saluran najis yang sempurna. Organisasi sosial. Perbandaran di sebabkan oleh terdapatnya OS yang kompleks . Kemunculan kampong berasas pertanian mewujudkan sistem sosial baru dibawah ketua atau raja Perkembangan pertanian yang maju memerlukan organisasi yang sisitematik unutk mengawalnya .Oleh itu lahirlah bandar yang bertindak sebagai pengawal kegiatan tersebut dan bertindak sebagai unit politik dalam menguruskan kerja kerja ekonomi seperti pembinaan pengairan , terusan , cukai dan sebagainya Contohnya di Sumeria , bandar merupakan agen yang mengawal kegiatan pertanian dan sistem pengairan seperti Lagash , Babylon ,Uruk , Huttusa dan lain lain . Berfungsi sebagai bandar satelit kepada kegiatan pertanian . Dalam Tamadun Indus ,pengaruh sistem sosial dalam pembentukan bandar Harrapa dan Mohenjo daro dapat dilihat melalui penyusunan penempatan kepada golongan pemerintah , pentadbiran , rakyat di samping kemudahan awam yang berbeza seperti seni bina bangunan , taman , tempat mandi dan sebagainya . Di Mesir kemunculan bandar seperti Akhetaton dan Netep membuktikan pengaruh elemen faktor sosial dimana bandar bandar ini mempunyai tembok yangmembahagikan bandar mengikut zon iaitu kawasan miskin dan kawasan kaya .Zon orang miskin mempunyai jalan raya yang padat , sempit dan rumah yang rapat manakala zon golongan kaya terdapat banyak kemudahan awam , jalanraya yang luas , rumah yang tersusun dan sebagainya Peperangan Mengikut Robert M Adams , berpendapat kemunculan bandar bandar dalam tamadun awal adalah berkaitan dengan peperangan yang sering berlaku . Peperangan menyebabkan pendudukan terpaksa mendapat perlindungan dari
65

3. -

4. -

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

ketua ketua tempatan yang kuat dan berpengaruh . Ketua atau Raja ini mendiami kawasan yang strategik , selamat dan membina kubu pertahanan yang kukuh Penduduk juga tinggal di kawasan persekitaran yang diserapkan secara paksa kedalam bandar untuk tujuan keselamatan , kawalan sosial , tingkatan undang undang dan sebagainya . Apabila penduduk berpindah atau tinggal di kota kota tersebut , ia akan berkembang menjadi sebuah bandar Contoh di Mesopotamia , perkembangan pengairan di sekitar Sungai Tigris dan Euphrates telah menimbulkan konfilk di kalangan komuniti yang tinggal di kawasan tersebut . Peperangan antara Orang amesopotamia dengan Semitik sering berlaku kerana punca air dan kawasan yang subur Kesannya mendorong penduduk berpindah dan tinggal di kawasan sama untuk bagi mempertahankan diri dari serangan musuh. Di Mesir perkembangan bandar Avaris di Selatan Mesir adalah lebih di pengaruhi oleh faktor kententeraan .Mengikut Piere Montet , bandar tersebut mempunyai kem2 tentera dan kubu pertahanan yg kukuh utk tujuan mempertahankan serangan drp Orang Mesir . Ekonomi Mengikut Oppenheim ( 1964) menjelaskan bahawa perkembangan bandar adalah disebabkan oleh kegiatan ekonomi kerana menjadi pelabuhan utama kawasan tersebut . Mempunyai banyak kemudahan seperti pusat pentadbiran , tempat penginapan pedagang asing ,stor menyimpan barang di samping mempunyai kedai kedai dan pasar pasar Di Mesir bandar Memphis merupakan bandar utama yang terletak di pinggir Sungai Nil yang menjadi pusat pengumpul barang barang dari kawasan persekitaran dan pendalaman Mesir . Keagamaan Kemunculan bandar bandar purba adalah disebabkan oleh faktor agama . Mengikut MAJ Berg ( 1985) kebanyakkan bandar dalam tamadun awal adalah di pengaruhi oleh aktiviti keagamaan seperti pusat ritual, bandar kelahiran diraja, bandar pemujaan dan sebagainya. Di Mesir misalnya kebanyakkan bandar dibina di tepi sungai Nil yang ada kaitan dengan agama yang dianuti oleh Firaun .Antara ciri ciri bandar spt mempunyai rumah berhala , patung dewa , makan Firaun dan sebagainya .Bandar Nekhen dan Nekheb di Selatan Mesir merupakan bandar spiritual dan tempat asal raja raja Mesir . Bandar Memphis berkait rapat dengan tuhan Ptah .Bandar Abydos sbg makam pengebumian tuhan Osiris Di India , bandar Harappa dan Mohenjo Daro mempunyai ciri ciri perkembangan keagamaan seperti mempunyai kuil kuil , patung dewa dan sebagainya

5. -

6. -

Kesimpulan : Konsep perbandaran ini bermula dengan petempatan kecil, kemudian wujudnya perbandaran yang dilengkapi pelan perancangan. Hasil perbandaran ini dapat melahirkan pentadbiran dan politik yang kukuh sehingga membawa kemunculan

66

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

empayar. Jika sesebuah kawasan itu tidak mempunyai bandar, maka ia boleh dikatergorikan sebagai sebuah kawasan yang tidak bertamadun. apa sahaja yang berkaitan

Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia. Bandingkan sistem organisasi sosial Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Mesir Pendahuluan 1. Organisasi sosial merupakan satu daripada ciri masyarakat bertamadun yang mula dikesansejak zaman Neolitik berikutan berlakunya cara hidup masyarakat. 2. Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. 3. Melvin Tumin menjelaskan organisasi sosial ialah penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan rohani. 4. Masyarakat yang mula melibatkan diri dalam pertanian yang telah mewujudkan pelbagai kelas dalam masyarakat. 5. Kemewahan di bandar-bandar besar menyebabkan muncul satu lapisan organisasi sosial yang baru iaitu askar-askar professional unruk mempertahankan bandar daripada serangan orang gasar. 6. Pemerintah dan paderi menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara7. Golongan petani dan hamba wujud di lapisan paling bawah yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil ekonomi Negara dan mereka mengusahakan sektor pertanian. 8. Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di Lembah Sungai TigrisEupharates. 9. Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. 10. wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat membolehkan pengkhususan kerja diamalkan dan seterusnya membawa kepada kelancaran kegiatan ekonomi. Isi-isi penting

1.Raja lapisan/heiraki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,

67

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Mesopotamia -raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi. merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama. Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ngal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan. merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama. Raja Mesir - kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat. peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim. bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari. 2. Golongan bangsawan Mesopotamia-hairaki kedua tertinggi selepas raja . Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir. Berkuasa memilih pewaris tahta. Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabnor yang dilantik oleh raja. Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja. Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat. Tamadun Mesir- kedua tertinggi selepas raja . Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja contoh pendeta, penguasa dan pentadbir. Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja. Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar. 3. Golongan professional/tentera Mesopotamia -golongan professional merupakan hairaki yang ketiga. dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis. Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka. Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing. Mesir - Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan. Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja. Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun. Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi. 4. Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba. Mesopotamia - rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah. rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.

68

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang. Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta. Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan. Mesir - golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang. Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil. Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan. Kesimpulan Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Setiap masyarakat membentuk organisasi masyarakat yang berbeza. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut. Struktur sisial melambangkan kedudukan individu dalam masyarakat.

Organisasi sosial merupakan ciri utama masyarakat yang bertamadun. Dengan merujuk kepada pernyataan tersebut, bincangkan struktur sosial dalam tamadun awal manusia di Mesopotamia dan Mesir. A.Pengenalan 1.Definisi Organisasi Sosial Melvin Tumin menjelaskan organisasi sosial ialah penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan rohani. Menurut Mayer Kurt kewujudan organisasi sosial dalam masyarakat awal dapat dikesan sejak zaman Neolitik lagi. Kemunculan organisasi sosial ini ada kaitan dengan revolusi pertanian. 2. Latar Belakang Kewujudan Organisasi Sosial dalam Tamadun Awal Kemunculan petempatan kekal dan perkembangan ekonomi dan pengeluaran hasil pertanian lebih menyebabkan munculnya golongan paderi yang bertindak sebagai ketua atau pemimpin agama meletakan diri mereka sebagai orang penting dalam masyarakat,Mereka menggunakan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi. Begitu juga kemunculan golongan askar-askar profesional berkaitan dengan kemakmuran ekonomi ekoran dari lebihan hasil pertanian. Tugas askar-askar adalah untuk mempertahankan petempatan dari serangan orang gasar . Golongan askar akhirnya berkembang menjadi golongan bangsawan dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di istana raja. Golongan petani pula adalah golongan bawahan yang mengusahakan tanah pertanian dan menghasilan makanan untuk paderi, tentera dan sebagainya.

69

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Terdapat petani bebas, petani yang membayar cukai, serta petani yang tertakluk kepada tuan-tuan tanah. Kemajuan dan perkembangan di bandar telah mewujudkan beberapa lapisan masyarakat, antaranya golongan pedagang, golongan artisan dan tukang-tukang mahir. 3. Latar Belakang Tamadun Mesopotamia dan Mesir Tamadun Mesopotamia yang wujud pada tahun 6000 SM itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran. Kajian arkeologi, menunkukkan petempatal kekal terawal didirikan di Jarmo (utara Iraq) sekitar 6700 SM dan Catal Huyuk (selatan Turki) sekitar 6000 SM.Salah satu ciri utama petempatan ini ialah pembinaan tembok pertahanan bagi mempertahankan petempatan daripada ancaman musuh.Terdapat juga rumah berhala yang mempunyai struktur berbentuk kubah dan orang kaya mempunyai rumah bertingkatPeningkatan dalam hasil pertanian dan pertambahan penduduk menyebabkan petempatan kekal berkembang menjadi bandar. Tamadun Mesir (3100 SM 1075 SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah hadiah daripada Sungai Nil. Ini adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahakan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean. B. Isi-isi Penting Struktur Sosial Tamadun Mesopotamia 1. Golongan Raja Raja ialah golongan bangsawan yang mewakili kelas atasan. Dari segi sosiopolitik, raja mempunyai kuasa dan kedudukan yang tertinggi. Raja ialah wakil tuhan yang harus mentadbir dengan adil dan saksama. Peranan raja dalam pentadbiran ialah memberi khidmat nasihat dan arahan kepada pembesarpembesar, melantik pembesar, menerima aduan daripada pegawai, dan menyelesaikannya serta menerima kunjungan diplomat. Peranan raja dalam bidang ketenteraan ialah menjadi ketua tentera dan mengetuai pasukan tentera di dalam operasi ketenteraan di samping bertindak sebagai merangka pelan kempen ketenteraan serta memeriksa pasukan tentera dari masa ke masa. Peranan raja di dalam keagamaan. Menjadi wakil tuhan dan ketua paderi. Raja akan mengawasi kerja-kerja pembinaan rumah berhala serta membaik pulih
70

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

rumah yang sedia ada. Raja mempunyai kuasa melantik paderi serta menghadiri upacara-upacara keagamaan. 2. Golongan Bangsawan Dikenali sebagai Marbanuti. Mereka membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Golongan bangsawan mempunyai kuasa untuk memilih calon pewaris takhta kerajaan. Golongan bangsawan ini selalunya memegang jawatan Panglima Tentera, Ketua Pendeta, Pembawa Alat Kebesaran Diraja, Penasihat Raja, Ketua Komander dan Gabenor Provinsi. Golongan Bangsawan tinggal di pusat bandar serta memiliki rumah yang besar dan memiliki ramai pekerja . Memiliki harta dari rampasan perang dan cukai yang dikenakan ke atas rakyat. 3. Golongan Profesional Dikenali sebagai Ummane. Mereka terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doktor, jurutulis dan artisan. Mempunyai kerjaya tertentu serta memiliki persatuan bagi menjaga kebajikan serta melindungi pekerjaan mereka. Memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah kerajaan. Pekerjaan mereka akan diwarisi oleh anak-anak mereka 4. Rakyat biasa Rakyat biasa berkerja sebagai petani ataupun askar dan hamba Pada zaman Babylon, terdapat satu kelas sosial yang dikenali sebagai Mushkenum. Golongan ini terdiri daripada rakyat miskin yang tidak menikmati sebarang keistimewaan.

5. Hamba Golongan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Mesopotamia. Golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang. Mereka boleh dijual beli. Golongan hamba di Mesopotamia boleh memilik harta serta boleh mempelajari kemahiran tertentu. Mereka juga diberi layanan yang baik. Struktur Sosial Tamadun Mesir. 1.Raja dan Kerabat Diraja Raja mempunyai kedudukan tertinggi dan dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat. Pada Zaman Kerajaan Lama firaun dianggap jelmaan Tuhan Horus dan mendakwa diri mereka berasal dari keturunan Horus. Pada Zaman Dinasti ke-lima raja-raja Mesir dianggap sebagai Anak Tuhan Matahari. Perkara ini adalah untuk meningkatkan status dan kewibawaan raja. Raja ialah sumber kekuasaan dan berperanan sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir, dan ketua hakim. Raja adalah lambang kebenaran dan keadilan ( maat ) yang memperkenalkan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan dalam negara. Dalam bidang pentadbiran raja dibantu oleh segolongan pegawai tinggi. Pada Zaman Dinasti Awal kebanyak pegawai-pegawai ini terdiri dari
71

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

keluarga raja. Dalam bidang kehakiman, raja merupakan ketua hakim. Raja sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman dan mendengar rayuan dan mengampunkan pesalah. Raja dibantu oleh wazir dan pegawai-pegawai tinggi. 2. Golongan Bangsawan dan Paderi Golongan bangsawan terdiri dari pegawai tinggi kerajaan, anggota keluarga diraja, pendeta, wazir, dan sebagainya. Golongan bangsawan ini juga terdiri dari pegawai-pegawai raja yang menjalankan pentadbiran di wilayah-wilayah. Paderi atau pendeta juga adalah sebahagian dari golongan bangsawan. Mereka terlibat dalam tugas-tugas keagamaan dan perlantikan raja. 3. Anggota Tentera. Anggota tentera juga termasuk di dalam struktur organisasi sosial Mesir. Anggota tentera biasanya berasal dari petani, pekebun kecil, golongan artisan dan kumpulan professional sederhana yang menyertai angkatan tentera untuk meningkatkan status dan taraf hidup mereka.Anggota tentera yang berjaya dalam kempen peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat, dan tanah estet raja. 4. Pembantu Raja. Golongan ini terdiri dari kumpulan serf yang bekerja dalam bidang pertanian serta kumpulan pelombong emas, tembaga, pekerja kuari dan pekerja binaan. Pembantu raja ini juga terdiri daripada pekerja dalam bidang membuat tembikar dan pengangkutan air. Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli.

5.Petani Pada Zaman Kerajaan Lama golongan petani ditindas oleh tuan tanah. Mereka terikat dengan tuan tanah. Apabila tanah dijual mereka akan menjadi milik tuan tanah yang baru.Para petani yang berkhidmat di atas tanah raja diberi sedikit kelonggaran dan kebebasan. Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Baru, petani diberi kebebasan memiliki tanah raja. Tanah tersebut boleh diwarisi tetapi tidak boleh dipindah milik. 6.Hamba Golongan hamba tidak mempunyai kebebasan.mereka terdiri dari golongan tawanan perang. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baru, hamba memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang yang dimiliki raja atau rumah berhala. Pada zaman pemerintahan Ramses III golongan hamba terdiri dari tawanan perang dari Syria yang dipaksa bekerja di dalam sektor binaan.
72

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

C. Kesimpulan (2M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain. Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut. Pengenalan Definisi Organisasi Sosial Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa,harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani. Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas

73

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil hasil ekonomi negara. Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegitan ekonomi Tamadun Indus wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di Lembah Sg Indus, negara India. Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus, India. Tamadun India mempunyai 3 kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan artisan, pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi. Sementara Tamadun China wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM - 1100SM). Struktur social di China adalah bersifat dinamik kerana berubah dari satu dinasti ke satu dinasti. Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri daripada tiga lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Selepas golongan bangsawan ialah golongan petani. Golongan ini merupakan golongan terbesar dalam masyarakat Shang. Semasa Dinasti Chou pula, golongan bangsawan menduduki hieraki yang tertinggi dalam sistem feudal yang diwujudkan. Melalui sistem feudal, Dinasti Chou memberi kuasa kepada golongan bangsawan mentadbir sesatu wilayah secara mutlak. Semasa pemerintahan Dinasti Chou ini juga, sebilangan petani yang bekerja di sawah-sawah kecil telah menjadi hamba berhutang kerana gagal mengeluarkan hasil yang mencukupi. Selepas golongan petani terdapat golongan artisan, peniaga dan askar. Kaum wanita dipandang rendah dalam organisasi tamadun China.

ISI-ISI PENTING A) 1. Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya Golongan Pendeta Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja,maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada

74

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

golongan paderi yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat denhgan tuhan ataupun dewa. Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka. Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba. Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang. Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya. Golongan Pedagang Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus.Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri samada golongan buruh yang merdeka atau hamba. Golongan ini dapat menjalani kehidupan yasng mewah keramna urusan perdaganagn yang djalankan oleh mereka adalh bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai. Para pedagang ini juga mempunyaai cop-cop mohor yang mempunyai lambing bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti Golongan bawahan

2. -

3 -

Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi,golongan bawahan masyarakat dilembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah keci lataupun yang disediakan oleh golongan pedagang,biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik. Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta. Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin,membina tembok,dan menenun kain. Manakala kerja-kerja yang lebih keas seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankab oleh hamba 4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan

75

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem kasta. Sistem ini menklasifikasikan prnduduk mengikut pekerjaan mereka. Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalm soal keagamaan serta spiritualadan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan Golongan kedua pula khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam Seterusnya pula golongan Vasya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang Manakala kasta yang paling rendah diantara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani Kasta- kasta yang diamalkan disini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas Organisasi sosial masyarakat China dan kepentingannya Golongan raja Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China,merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai supreme authority sebagaimana peranan firaun di Mesir Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan , menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim , mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran. Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga, seandainya berlaku bencana alam, seseorang raja itu harus ditukar samada secara baik ataupun melalui pemberontakan Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat China. Golongan Aristokrat

B) 1. -

2. -

Merupakan pembantu utama raja,dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masayarakat China Dizaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata

76

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sesuai dengan tarafnya,golongan ini membna rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan Dizaman Dinasti Chao golngan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu Golongan yang diperintah Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas. Kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti Confuciunisme, Taoisme, Legalisme, Moisme, dan Monciusme. Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat China yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia. Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen monumen tertentu. Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi masyarakat China selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat. Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri

3. -

Kesimpulan : Kesimpulannya, kewujudan tamadun melambangkan wujudnya masyarakat yang kompleks. Struktur masyarakatnya bercirikan pengkhususan pekerjaan. Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab dan peranannya sendiri. Justeru, struktur sosial melambangkan kedudukan indvidu dalam masyarakatnya. - Apa-apa yang berkaitan

77

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Organisasi Sosial Masyarakat serta Agama dan Kepercayaan merupakan ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia. Bincangkan tentang organisasi sosial masyarakat di China serta jelaskan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan di Mesir. Pendahuluan Rangka Jawapan. maksud/pengertian organisasi sosial serta agama dan kepercayaan. Agama dan kepercayaan merujuk kepada segala aktiviti atau upacara yang diadakan samada dalam bentuk keagamaan ataupun sosial dalam sesuatu masyarakat. Organisasi social pula merujuk kepada pembahagian anggota masayarkat kepada beberapa lapisan social berdasarkan kuasa,harta kekayaan,cara hidup,pekerjaan dan kerohanian. Kewujudan kedua-dua perkara ini merupakan ciri penting dalam tamadun awal manusia. Isi A) 1) Organisasi sosial Masyarakat di China berbentuk susunan piramid. Raja

berkedudukan paling tinggi dan dianggap sumber kekuasaan/dapat mandat syurga. menjalankan pemerintahan dengan bantuan awam. bertindak sebagai ketua agama. boleh digulingkan oleh rakyat jika hilang mandat syurga. malapetaka spt. banjir,ribut,kemarau dan wabak penyakit sbg. tanda raja hilang mandat. 2) 3) Bangsawan kelas amat berpengaruh. bertindak sebagai pegawai kerajaan dan membantu raja dalam pentadbiran. mereka biana rumah berhampiran rumah ibadat. galongan ini memonopoli alat gangsa seperti senjata dan alat ritual. Golongan cerdik pandai

mempunyai kedudukan penting dalm masyarakat. mereka sentiasa beri nasihat dalam hal pentadbiran dan tingkah laku manusia kebanyakan mereka bekerja sebagai guru seperti Kung Fu Tze,Lao Tze dan Mencius
78

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

4)

Petani

kumpulan terbesar dan paling ramai dianggap golongan paling mulia kerana hasil kegiatan mereka bekalkan makanan kehidupan mereka miskin mereka tinggal dalam rumah yang dibina bawah tanah

5) 6) B) 1) -

Artisan,Peniaga dan Askar ketiga-tiga sama taraf artisan mahir dalam pembinaan peniaga sering dianggap penipu dan dipandang rendah kerana mengaut keuntungan dan menyusahkan masyarakat askar bertanggungjawab jaga keselamatan tempat mreka ketiga-tiga golongan ini berada di bawah perlindungan bangsawan Hamba menghuni lapisan paling rendah biasanya terdiri daripada anak perempuan yang dijual masa kecil terdapat juga hamba yang gagal jelaskan hutang biasanya mereka dijadikan pembantu rumah,pelakon dan pelacur Agama dan kepercayaan di Mesir Dewa-dewi mempunyai kepercayaan berbentuk Poytheisme iaitu sembah dewa-dewi yang punyai fungsi yang berlainan Re,(Tuhan Matahari),Osiris(sungai),Isis(Bulan),Nut(langit),dan Shu(udara) mereka percaya alam semesta dipengaruhi dewa-dewi upacara penyembahan diadakan untuk elakkan malapetaka

2) Kematian kepercayaan ada kehidupan lepas mati orang mati di akhirat(penuh kebahagiaan) mayat diawet jadi mumia upacara pengkebumian disertakan makanan,pakaian,perkakas dan barabg kemas untuk kegunaan du akhirat adakalanya ahli keluarga/pengikut dibunuh untuk membantu si mati di akhirat 3) Animisme
79

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

4) -

menyembah unsur-unsur alam sembah kucing dan kerbau kerana dianggap suci mengadakan upacara pemujaan semangat tanaman agar hasil meningkat Sembah raja anggap raja/Firaun tuhan(Amon Re@anak tuhan matahari)

Kesimpulan Agama dan Kepercayaan serta organisasi sosial masyarakat merupakan ciri penting dalam perkembangan tamadun awal manusia. Kedua-duanya ber

80

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ). Pendahuluan 1. Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus, India. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai 3 kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan artisann, pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi. 2. Istilah agama dikenali sebagai religion dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin religare. Istilah agama dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit agama yang bermaksud jalan untuk memperolehi keredaan Tuhan dan kepercayaan pula adalah bermaksud sesuatu yang dianggap sebagai benar.

3.

Agama merujuk kepada segala kepercayaan terhadap Tuhan, dewa dan roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Ahli-ahli sosiologi mentakrifkan agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri terhadap apa yang dianggap suci atau kudus.

4.

Masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa atau Lembah Indus ini mempunyai tradisi keagamaan dan kepercayaan yang tersendiri. Penemuan mohor-mohor, patung dan bahan-bahan tembikar menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian. Kebanyakan daripada unsur-unsur kepercayaan dan agama masyarakat Mohenjo-Daro dan Harappa ini telah diwarisi dan diamalkan oleh masyarakat Hindu pada masa kini dan ini menunjukkan bahawa bahawa masyarakat tamadun ini telah meninggalkan satu impak yang mendalam dalam aspek agama dan kepercayaan Isi-isi Penting Kepercayaan Politeisme Masyarakat tamadun ini mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Sebagai contohnya, mereka menyembah banyak dewa-dewi dan dewa-dewi ini mempunyai kedudukan yang berlainan serta mewakili pelbagai fenomena alam seperti langit, bumi, air, api, bintang dan tumbuh-tumbuhan.

1.

81

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

2.

Penyembahan Dewi Ibu Menurut Sir John Marshal, kepercayaan masyarakat yang paling popular dalam tamadun ini ialah penyembahan Dewi Ibu dan hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan patung-patung wanita di kawasan ini dan juga di selatan Baluchistan dan Lembah Zhob. Patung-patung wanita ini juga turut ditemui di Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin dan ini menunjukkan bahawa amalan ini turut tersebar luas di banyak kawasan. Amalan penyembahan Dewi Ibu ini mempunyai pengaruh yang amat mendalam di kalangan masyarakat India. Dewi Ibu dianggap proto prakriti ( tenaga kosmik ) dan sebahagian daripada jiwa kosmik ( Purusha ). Kepercayaan ini juga terdapat dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nasab ibu ( matriarchal ). Amalan penyembahan Dewi Ibu ini juga telah meletakkan asas bagi penyembahan saktisme.

3.

Penyembahan Dewa Siva Penemuan sebuah mohor oleh Dr. E. Mackay pada tahun 1930 membuktikan bahawa terdapat amalan penyembahan Dewa Shiva dalam masyarakat tamadun MohenjoDaro dan Harappa atau Tamadun Lembah Indus ini. Gambar dalam mohor ini menunjukkan seorang sedang duduk bersila dalam keadaan membuat yoga dan dia mempunyai tiga tanduk dan kepala. Tangannya dipenuhi gelang dan disekelilingnya terdapat beberapa ekor binatang seperti gajah, harimau, kerbau dan dua ekor rusa. Sir John Marshall mentafsirkan dewa berkepala tiga dalam gambar dalam mohor ini sebagai lambang Proto Shiva. Tiga kepala atau muka itu adalah mewakili konsep Trimurthi dan ianya melambangkan tiga fungsi utama Dewa Shiva iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Mohor ini juga melambangkan konsep Mahayogi dan Mahatapah yakni Dewa Shiva ialah ketua bagi para yogi. Hal ini menunjukkan bahawa yoga adalah berasal daripada masayarakat di Lembah Indus. Mohor ini juga dikaitkan dengan konsep Pasupati yang merupakan asas kepada falsafah Saivisme dan menurut falsafah ini, Tuhan adalah ketua bagi semua jiwa. Manusia yang terdapat dalam lambang ini ditafsirkan sebagai Pati manakala binatang-binatang yang terdapat disekelilingnya dilambangkan sebagai Pasu.

4.

Penyembahan Lingam dan Yoni Penyembahan Lingam dan Yoni merupakan satu lagi bentuk kepercayaan di Lembah Indus. Lingam ialah simbol Dewa Shiva dan Yoni adalah simbol Dewi Ibu. Penemuan batu-batu yang berbentuk kon di Mohenjo-Daro dan Harappa membuktikan kewujudan penyembahan Lingam. Para sarjana mengaitkan objekobjek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva.

82

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sementara itu, penemuan batu-batu yang berbentuk melambangkan Yoni yang merupakan simbol Dewi Ibu. 5. Penyembahan Pokok

gelang

yang

besar

Terdapat juga amalan penyembahan pokok dalam masyarakat di Lembah Indus di mana hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok Pipal dan Acacia di Mohenjo-Daro dan Harappa. Pokok Pipal Dan Acacia ini diatakan sebagai tempat tinggal dewa-dewi. Selain daripada pokok-pokok itu, pokok Udumbura, Bilva, Nimba dan Thulasi juga dianggap suci. Menurut Sastri, pokok Pipal adalah merupakan pokok yang paling suci dan ia melambangkan ilmu pengetahuan manakala pokok Acacia pula melambangkan jiwa. Dipercayai seseorang yang meletakkan atau mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperolehi ilmu. Sebilangan besar mohor-mohor yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa menunjukkan Dewa Pipal berdiri di bawah pokok tersebut. Dewa Pipal dikatakan sebagai ketua bagi semua dewa orang Indus dan penyembahan Dewa Pipal amat popular dan meluas di kalangan masyarakat di Lembah Indus. 6. Upacara Mandi Ritual Upacara mandi ritual diamalkan di Mohenjo-Daro di bawah pengawasan golongan pendeta. Kepentingan upacara mandi ritual ini dapat dibuktikan dengan kewujudan kolam mandi Great Bath yang dilengkapi dengan bilik-bilik kecil dan dewan bertiang. Kewujudan bilik air dengan salur keluar di kebanyakan kediaman merupakan satu lagi bukti amalan mandi ritual telah dipraktikkan di Lembah Indus. Upacara mandi ritual diadakan untuk menjaga kebersihan dan kesucian dan menghalau roh-roh jahat. 7. Tarian Ritual Di Lembah Indus juga terdapat amalan tarian ritual. Penemuan patung gangsa yang menunjukkan seorang perempuan sedang menari membuktikan kewujudan amalan tarian ritual ini. 8. Upacara Pengebumian Masyarakat Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Dalam hal ini, masyarakat ini mengebumikan mayat dengan berhati-hati di mana kepala dihalakan ke timur dan kaki menghala ke arah selatan. Upacara ini juga disertakan dengan barang-barang pengebumian seperti makanan dan senjata. Kajian oleh ahli sejarawan juga

83

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

menunjukkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke sungai sepertimana yang berlaku dalam masyarakat di Harappa. Kesimpulan Masyarakat di Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai kepercayaan dan agama yang unuk dan tersendiri. Dalam hal ini banyak kepercayaan masyarakat ini seperti penyembahan Dewi Ibu dan Dewa Shiva telah diwarisi dan diamalkan oleh orang India sehingga sekarang. Kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian dan idea keagamaan masyarakat ini telah tersebar ke kawasan lain seperti ke Mesopotamia. * Apa sahaja kesimpulannya

Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia. Pengenalan 1. Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, , tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya. 2. Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa. 3. Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif ( Mesir ) ideogram (Sumeria ) piktograf ( China ) dan Phoenicia ( Yunani ) 4. Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol menjadi maksud tertentu. 5. Latar belakang tamadun awal. Isi- Isi Jawapan 1. Sistem Tulisan sebagai Catatan Pensejarahan Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai Roseta Inskription .Tulisan ini terdapat pada dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan ekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba. 2. Tulisan untuk Merekod Upacara Keagamaan Penemuan rumah berhala ziggurat di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan symbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan

84

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir. 3. Tulisan untuk Merekod Sistem Undang-Undang Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya. 4. Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan Intelektual Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan . Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu table text dan problem text oleh masyarakat di Mesopotamia. 5. Tulisan untuk Merekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Mesopotamia. Pada zaman Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant. Pada abad ke- 3 Sm tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan. 6. Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar Teracota mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai. 7. Tulisan untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan. Dengan adanya tulisan juga, masyarakat tamadun awal dapat sertakan resit, nota urusniaga dan surat kredit dalam urusan perniagaan. Ini dapat dilihat semasa hubungan perdagangan antara tamadun Mesopotamia dengan

85

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

tamadun Indus yang mana terdapat cop mohar syarikat yang digunakan urusan perdagangan. 8. Tulisan untuk Ketenteraan Melalui teks-teks Taittiriya Upanishad dan kitab-kitab rig-veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat. Kesimpulan Kesimpulannya, tulisan menjadi salah satu ciri penting tamadun. Kepentingan tulisan adalah pelbagai dan ini telah merangsang kepada perkembangan pendidikan. Tulisan juga menjadi asas perkembangan ilmu pengetahuan sehingga ke hari ini. - Apa sahaja yang berkaitan

Jelaskan peranan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia. A. Pengenalan : Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat. Proses ini bermula pada zaman Neolitik apabila berlakunya revolusi pertanian yang menyebabkan berlakunya petempatan manusia sehinggalah membawa kepada kemunculan sistem tulisan. Perkembangan system bahasa dan tulisan tercetus setelah perkembangan ekonomi dan perdagangan berada di tahap yang menggalakkan. Semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan perlu diwariskan kepada stu generasi ke generasi yang lain. Justeru, itu tulisan itu diperlukan. Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, tugu, istana, kuil, surat perjanjian dan sebagainya. Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa. Kegiatan perniagaan, perdagangan, dan interaksi antara tamadun di peringkat tempatan dan antarabangsa berlangsung dengan lebih berkesan dengan wujudnya system bahasa dan tulisan yang baik. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod. Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif (Mesir) ideogram (Sumeria) piktograf (China) dan Phoenicia (Yunani). Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol membawa maksud tertentu.
86

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

B. Isi : 1. Sistem Tulisan sebagai catatan Pensejarahan : Dapat merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun dan menjadi sumber sejarah yang amat berharga. Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai Roseta Inskription .Tulisan ini terdapat pada dindingdinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan ekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba. 2. Tulisan UntukMerekod Upacara Keagamaan : Penemuan rumah berhala ziggurat di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Begitu juga di Mesir, yang mana peranan tulisan bertujuan untuk keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir. 3. Tulisan UntukMerekod Sistem Undang-Undang : Tulisan digunakan untuk menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti Kod Hammurabi. Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut. Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya. 4. Tulisan untuk Merangsang dan Merekod kepada Perkembangan Ilmu Pendidikan : Peranan tulisan sebagai asas perkembangan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains, astronomi dan perubatan. Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod Hammurabi mengandungi

87

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu table text dan problem text oleh masyarakat di Mesopotamia. 5. Tulisan UntukMerekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian : Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawanan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman Sumeria, epiknya yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant. Pada abad ke- 3 SM, tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan. 6. Tulisan untuk Merekod Semua Urusan Pentadbiran : Merekod urusan pentadbiran seperti aktiviti pertanian, kutipan cukai, upacara keagamaan dan amalan ritual kepercayaan. Tulisan hieroglif digunakan untuk merekod segala aktiviti pertanian dan percukaian serta untuk di Mesir. Catatan rekodrekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar Teracota mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai. 7. Tulisan UntukMerekod Urusan Ekonomi Perdagangan : Seperti menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam uruasan perniagaan. Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan bukubuku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan. 8. Tulisan Untuk Ketenteraan : Melalui teks-teks Taittiriya Upanishad dan kitab-kitab Rig-Veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat. 9. Tulisan diguna untuk Penilikan nasib: Tulisan ideogram adalah bentuk tulisan terawal di China. Pada awalnya digunakan dalam penilikan nasib berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat pada tulang-tulang oracle. Bentuk tulisan ini asalnya berbentuk simbol dengan gambar kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan, akan meletakkan tulang ini di atas api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini akan ditafsir dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

88

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

C. Kesimpulan : Apa sahaja yang berkaitan.

Bincangkan peranan teknologi dalamperkembangan tamadun awal manusia. Pengenalan: Kamus Dewan mendefiniskan teknologi menggunakan pengetahuan sains untuk sebagai aktiviti tujuan praktis atau kajian yang dalam pertanian,

perindustrian, perubatan, perniagaan dan lain-lainl agi. Teknologi juga bermasksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal. Penggunaan teknologi bererti penggunaan ilmu mengenai cara-cara mencipta barangan-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan lain-lain. Manakala tamadun dapat didefinisikan sebagai suatu petempatan yang kekal dan suatu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh masyarakat. Menurut Professor M.A.J.Beg,tamadun ialah pencapaian manusia dalam bentuk kata , skrip, kesenian, senibina, agama, undang-undang dan politik. Contohnya di Mesir danMesopotamia, struktur masyarakat menjadi lebih teratur apabila pembentukan sebuah kerajaan berlaku. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi sememangnya

89

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

wujud dalam perkembangan tamadun awal manusia seperti tamadun Mesir, Mesopotamia, China, India dan sebagainya. Isi-isi Penting: Salah satu penggunaan teknologi dalam perkembagan tamadun awal manusia dapat dilihat dari segi teknologi pembinaan bandar terancang ditamadun India. MohenjoDaro dan Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Pembinaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan penggunaan teknologi yang tinggi apabila bandar -bandar inidibina secara terancang mengikut pelan yang sama. Pembinaan bandar bandar di tamadun India menggunakan batu-batu yang bermutu tinggi. -batutersebut diperbuat daripada bahan yang dibakar di bawah suhu yang tinggi yang dapat meningkatkan daya tahanan semasa pembinaan. Pembinaan kolam mandi besar (The Great Bath) berukuran 12x7 meter dan 2.5 meter dalam memperlihatkan kemajuan tinggi dalam teknologi pembinaan. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam menuju ke bahagian dasar kolam. Tangga inidibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Keunikan kolam ini ialah air kolam boleh dikosongkan dan diisi semula. Kolam manditurut dibina dengan bilik-bilik mandi persendirian untuk kegunaan golongan pendeta. Selain itu, perkembangan tamadun awal manusia dapat dilihat melalui penggunaan teknologi peralatan. Kemunculan tamadun-tamadun awal sepertidi Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan penggunaan logam sepertitembaga, gangsa dan besi. Logam-logam ini dibuat menjadi bajak dan alat pertanian lain untuk kegiatan pertanian. Hasil penciptaan ini secara tidak langsung telah meluaskan kawasan pertanian. Kesan daripada ini, pengeluaran ekonomi bertambah dan mampu menampung keperluan sebahagian besar masyarakat di bandar mahupun di luar bandar. Jelasnya, penggunaan teknologi peralatan mampu menggalakkan ekonomi tempatan yang membawa perkembangan tamadun. Tambahan lagi, tamadun. Hal teknologi ini pengairan turut kerana hasil membawa kepada perkembangan pertanian sesuatu tamadun akan

demikian,

berkembang pesat sekiranya terdapat sistem perairan dan terusan yang sistematik. Proses pengairan yang terdapat di Mesopotamia danMesir memudahkan masyarakat

90

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

untuk mengawal air-air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Malahan, proses perairan yang dijalankan membolehkan Mesir mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku yang boleh membawa kerosakan kepada tanaman. Kebanyakan tamadun-tamadun yang terletak di tebing sungai seperti Nil, TigrisEuphrates, Indus dan Hwang Ho, akan dilengkapi dengan sistem perairan untuk tujuan pertanian. Penggunaan teknologi pengangkutan dapat dilihat dalam perkembangan sesuatu tamadun. Penciptaan roda membawa perubahan kepada corakpengangkutan. Dengan ini, kereta kuda dan lembu dicipta untuk mengangkut hasil pertanian yang lebih banyak. Hal ini telah menjimat tenaga manusia yang sebelum ini perlu mengangkut hasil tanaman dengan kekuatan manusia. Penggunaan teknologi roda juga dapat mempercepat industri seperti industry kerja tangan bagi memenuhi permintaan agama dan sosial. Penciptaan roda turut menyebabkan barangan yang dihasilkan secara seragam dan kemudiannya dapat dieksport. tembikar. Daro. Selain itu, penggunaan teknologi perkapalan memudahkan dan membantu Hal ini menggalakkan perdagangan antara Contoh barang yang tamadun. Misalnya, dapat dihasilkan dengan seragam yang melalui penggunaan teknologi roda ialah perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan Mesopotamia dengan Mohenjo-

pengangkutan barangan dari pulau ke tempat lain. Penggunaan teknologi ini dapat mengembangkan tamadun awal manusia. Dalam penggunaan teknologi ini, tenaga angin diperlukan sebagai corak pengangkutan baru dan untuk mengelakkan Wind Mills. Perdagangan jarakjauh dapat direalisasikan untuk memperoleh bahan-bahan mentah untuk keperluan pelbagai bidang antara tamadun-tamadun awal ini. Hal ini menyebabkan pertembungan tamadun-tamadun berlaku. Ciri-ciri kebudayaan pembinaan bangunan, agama dan ekonomi sesebuah kerajaan dapat diperkaya dengan pertukaran fikiran dan teknik perindustrian menerusi pertembungan tamadun-tamadun ini. Perkembangan tamadun awal manusia juga dapat dilihat dalam penggunaan teknologi perekodan. Penciptaan sistem tulisan merupakan satu faktor yang penting

91

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

dalam pembentukan dan perkembangan sesebuah tamadun awal. Hal ini disebabkan oleh tulisan adalah asas kepada penambahan pengetahuan dan berfungsi melicinkan pengurusan ekonomi. Dengan adanya tulisan, banyak perkara dapat direkodkan. Pengganaan teknologi tulisan yang berbentuk simbollisme dapat merekodkan hal hal pentadbiran, keagamaan, aktiviti perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Contoh tulisan yang berbentuk simbollisme ialah tulisan ideogram di China, Piktograf di India, Cuneiform di Mesopotamia, dan Heiroglif di Mesir. Jelasnya, sistem tulisan memperlihatkan teknologi yang berkesan dalam merekod ingatan-ingatan dalam bentuk tulisan atau simbollisme. Tambahan lagi, penghasilan pakaian oleh masyarakat turut memperlihatkan penggunaan teknologi tenunan yang berkesan. Manusia padazaman paleolitik membuat pakaian mereka daripada kulit dan bulu binatang disebabkan suhu yang sejuk. Keadaan ini berbeza pada zaman Neolitik dimana manusia mula membuat pakaian mereka daripada gentian tanaman.Perubahan persekitaran telah mempengaruhi manusia pada masa itu untuk mencipta alat tenunan. Jelasnya, tamadun-tamadun yang muncul dalam zamanNeolitik telah menggunakan teknologi tenunan dalam membuat pakaian mereka. Kesimpulannya, penggunaan teknologi sememangnya dapat dilihatdalam

perkembangan tamadun awal manusia. Penggunaan teknologi yangberbagai bukan sahaja mengatasi masalah atau kekura ngan yang dihadapi malahan mencapai kemajuan yang tinggi pada masa hadapan. Hal ini telah mengembangkan tamaduntamadun manusia.

92

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bincangkan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia. Pengenalan 1. Konsep tamadun secara umum. Definisi Prof. M.A.J Beg: Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang-undang dan politik. Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau) Antara ciri utama tamadun Mesopotamia; kewujudan negara kota tugu-tugu peringatan agama dan kepercayaan Ciri-ciri tamadun : Petempatan kekal Pembandaran Organisasi sosial Kepercayaan dan agama Sains dan teknologi Bahasa dan sistem tulisan

2. Tamadun-tamadun awal Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho Isi Penting Perkembangan Sains dan Teknologi dalam perkembangan tamadun manusia 1. Aktiviti pertanian Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar. Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah. Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.

93

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian. 2. Sistem ketahanan dan pertahanan

Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. 3. Kemudahan asas

Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air. Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus. Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut. Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar. Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65

94

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama. 4. Petempatan

Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat. Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina. Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih. Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi. Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi. Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama. Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik. 5. Aktiviti keagamaan

Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuilgua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). 6. Aktiviti pengangkutan dan pelayaran

Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan

95

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

lembu, menggunakan pedati dalam peperangan. Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. 7. Sistem perbandaran

Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang. Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan. 8. Intelektual

Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah

96

Modul Soalan Sejarah 1-STPM 2010 BAHAGIAN A TEMA 1 MANUSIA DAN MASYARAKAT

mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. 9. Peralatan

Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta. Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan. Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir. Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk. Kesimpulan Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamaduntamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.

97

Anda mungkin juga menyukai