Anda di halaman 1dari 6

3.

0 KEGIATAN SOSIAL ZAMAN NEOLITIK DIMALAYSIA

Antara kegiatan sosial yang paling ketara pada zaman neolitik ialah mengamalkan
kepercayaan anisme yang menyembah batu, matahari kerana percaya adanya semangat roh dan
jiwa orang mati. Kerohanian masyarakat neolitik mereka percaya dengan kuasa – kuasa luar
biasa yang dianggap suci. Mereka turut mempercayai semangat atau tuhan yang mengawal alam
semesta. Oleh itu, mereka melakukan pemujaan untuk mententeramkan semangat unsur – unsur
alam untuk mengelakkan sebarang bencana alam yang memusnahkan hasil pertanian. Contohnya
upacara ritual dan amalan korban dijalankan bagi meningkatkan kesuburan tanaman dan
ternakan. Manusia zaman neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dewa – dewi seperti dalam
tamadun Indus. Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimenifestasikan melalui upacara –
upacara, ritual – ritual agama dan simbol pemujaan. Ianya berubah mengikut kepintaran dan
celik akal manusia merentasi zaman yang mana dapat dilihat melalui perubahan kepercayaan
pada zaman logam yang mana dapat dilihat pegangan kepada agama mula berubah kepada
kepercayaan kepada pegangan hidup yang tertentu.
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini mulai
terbentuk kerana penambahan penduduk dan adanya satu pakatan yang kompleks yang harus
ditangani dan dikawal. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga
ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih
untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara
penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Termasuklah perkara yang melibatkan pertanian,
penempatan, pembahagian tugas, tugas – tugas agama, melantik golongan berkepentingan dan
sebagainya yang wajar pada masa berkenaan. Wujudnya ketua atau pemimpin pada masa
tersebut juga dikenali sebagai ketua kampung yang berfungsi sebagai pengawal dan peyelia bagi
penduduk – penduduk disana.

Selain itu penempatan masyarakat zaman


neolitik tinggal menetap dikampung – kampung dan membina rumah kediaman yang mana
mereka mendirikan penempatan dikawasan yang berhampiran dengan sumber air yang
diperlukan untuk aktiviti pertanian dan pertanian. Rumah mereka didirikan dari pelbagai bahan
seperti kayu, tanah liat dan batu. Penempatan awal ditemui dikawasan jormo dan catal huyuk.
Menyebut mengenai pertanian dan perternakan, pengkhususan pekerjaan masyarakat zaman
neolitik ialah pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan menyebab berlakunya pengkhususan
dalam bidang pekerjaan.
Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman tersebut juga menyebabkan
manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Mereka lebih berhati – hati dalam
melakukan setiap perkara dan belajar dari kesilapan yang lalu. Perubahan ini telah menyebabkan
tingkat ketamdunan manusia pada zaman tersebut dilihat maju dan juga stabil. Perubahan ini
menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin dari kebuluran atau
ancaman lain. Dari fenomena ini, ia telah meningkatkan pertambahan bilangan penduduk pada
sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk penempatan yang kompleks seperti bentuk negara
kota.

Seterusnya kesenian pada zaman neolitik. Lukisan pada zaman neolitik bercorak simbolisme.
Kesenian bercorak simbolisme ini lebih kepada tulisan yang bertujuan merekod hal – hal seperti
pertadbiran, keagamaan, ekonomi dan sebagainya. Contoh tulisan yang terdapat pada zaman ini
ialah cuneiform di Meseopotamia, Heirogif dimesir purba, Piktogram diIndia, Ideogram diChina
dan sebagainnya. Kewujudan sistem tulisan telah membantu dan memudahkan kegiatan ekonomi
yang memerlukan rekod sesuatu perkara yang telah berlaku pada zaman tersebut. Lukisan –
lukisan ada dinding gua tidak kira berupa bentuk telah dikenalpasti dan dijumpai banyak digua –
gua disemanjung atau umumnya dimalaysia. Antaranya ialah :

1. Gua Tambon, Ipoh


2. Gua Badak, Lenggong Perak
3. Gua Dayak, Lenggong Perak
4. Gua Batu Putih, Lenggong Perak
5. Gua Batu Chincin, Ulu Kelantan

Lukisan Gua di Malaysia lukisan gua diMalaysia dibahagikan kepada dua jenis mengikut
bahan yang digunakan untuk melukisnya iaitu, lukisan yang menggunakan hematite (iron oxide
atau red ocre). Di Semenanjung Malaysia lukisan jenis hematite hanya terdapat di Gua Tambun,
Ipoh manakala di Malaysia Timur ia terdapat di Gua Lobang Kain Hitam, Niah, Sarawak.
Lukisan menggunakan arang (lukisan monokromatik).
4.0 KESIMPULAN

Zaman prasejarah merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada masa dimana
catatan sejarah yang tertulis belum wujud dan tersedia. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa zaman
prasejarah telah bermula saat terbentuknya alam semesta atau secara khususnya merujuk kepada
masa dimana terdapat kehidupan dimuka bumi. Perubahan demi perubahan dapat dilihat secara
terus dari peralihan zaman dimalaysia. Dimulai dengan zaman paleolitik, zaman neaolitik ,
zaman logam dan seterunya. Dari sudut zaman neolitk sendiri, dapat dituntaskan dengan
mengatakan bahawa, perkembangan cara hidup, berinterksi , gaya hidup dan sisi tamadun sudah
mula berkembang dan menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku. Hasil perkembangan ini
telah menyebabkan pelbagai impak yang baik bagi para ahli arkeologi dalam membuat analisis
dan kajian mengenai kemunculan awal tamadun, mengenalpasti kesan kependudukan, ciri – ciri
zaman prasejarah dan mengukur umur tinggalan sejarah yang dijumpai. Walaupun zaman
neolitik dilihat antara zaman kepada kemajuan teknolgi dalam bidang pertanian dan pemburuan ,
ia telah menyebabkan daya fikir manusia pada zaman tersebut juga berkembang, lihatlah dengan
bukti – bukti penemuan kapak batu dan alatatan pertanian yang menunjukkan perkembangan
daya fikir yang kreatif dalam melangsung hidup sehingga membawa kepada penciptaan kapak
dari logam pada zaman logam. Tuntasnya , zaman neolitik ciri neolitik telah menggambarkan
satu evolusi budaya yang menyeluruh dari pelbagai sudut dan perspektif.
Rujukan

1. http://historyprojecttt.blogspot.com/2013/11/zaman-pra-sejarah.html
2. http://historyprojecttt.blogspot.com/2013/11/zaman-pra-sejarah.html
3. https://nrainiyunus.blogspot.com/2019/03/zaman-logam.html
4. https://may.topbrainscience.com/3181597-what-is-the-neolithic
5. https://arkeologi.usm.my/images/nota/101/uaw%20101%20lukisan%20%20ukiran.pdf
6. https://line.17qq.com/articles/ssuhatswcx.html
7. https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-1/bab-1-zaman-prasejarah-di-
malaysia/

Anda mungkin juga menyukai