Anda di halaman 1dari 17

Batik berasal dari kata Jawa amba yang bermakna menulis, dan nitik yang bermakna membuat titik.

Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara. Batik, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009. Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Seni pewarnaan kain dengan teknik pencegahan pewarnaan menggunakan malam adalah salah satu bentuk seni kuno. Penemuan di Mesir menunjukkan bahawa teknik ini telah dikenal semenjak abad ke-4 SM, dengan temuinya kain pembungkus mumiyang juga dilapisi malam untuk membentuk pola. Di Asia, teknik serupa batik juga diterapkan di Tiongkok semasa Dinasti Tang (618907) serta di India dan Jepun semasa Periode Nara (645-794). Di Afrika, teknik seperti batik dikenali oleh Suku Yoruba di Nigeria, serta Suku Soninke dan Wolof di Senegal. Di Indonesia, batik dipercayai sudah ada semenjak zaman Majapahit, dan menjadi sangat popular akhir abad XVIII atau awal abad XIX. Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sampai awal abad XX dan batik cap baru dikenal setelah Perang Dunia I atau sekitar tahun 1920-an. Walaupun kata batik berasal dari bahasa Jawa, kehadiran batik di Jawa sendiri tidaklah tercatat. G.P. Rouffaer berpendapat bahawa teknik batik ini kemungkinan diperkenalkan dari India atau Sri Langka pada abad ke-6 atau ke-7. Di sisi lain, J.L.A. Brandes (arkeologi Belanda) dan F.A. Sutjipto (arkeologi Indonesia) percaya bahawa tradisi batik adalah asli dari daerah seperti Toraja, Flores, Halmahera, dan Papua. Perlu dicatat bahawa wilayah tersebut bukanlah area yang dipengaruhi oleh Hinduisme tetapi diketahui memiliki tradisi kuno membuat batik. G.P. Rouffaer juga melaporkan bahawa pola gringsing sudah dikenal sejak abad ke-12 di Kediri, Jawa Timur. Dia menyimpulkan bahawa pola seperti ini hanya bisa dibentuk dengan menggunakan alat canting, sehingga ia berpendapat bahawa canting ditemukan di Jawa pada masa sekitar itu. Legenda dalam literatur Melayu abad ke-17, Sulalatus Salatin menceritakan Laksamana Hang Nadim yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud

untuk berlayar ke India agar mendapatkan 140 lembar kain serasah dengan pola 40 jenis bunga pada setiap lembar. Kerana tidak mampu memenuhi perintah itu, dia membuat sendiri kain-kain itu. Namun sayangnya kapalnya karam dalam perjalanan pulang dan hanya mampu membawa empat lembar sehingga membuat Sultan kecewa. Oleh beberapa penafsirserasah itu ditafsirkan sebagai batik. Dalam literatur Eropah, teknik batik ini pertama kali diceritakan dalam buku History of Java (London, 1817) tulisan Sir Thomas Stamford Raffles. Ia pernah menjadi Gabenor Inggeris di Jawa semasa Napoleon menduduki Belanda. Pada 1873 seorang saudagar Belanda Van Rijekevorsel memberikan selembar batik yang diperolehnya saat berkunjung ke Indonesia ke Museum Etnik di Rotterdam dan pada awal abad ke-19 itulah batik mulai mencapai masa keemasannya. Sewaktu dipamerkan di Exposition Universal di Paris pada tahun 1900, batik Indonesia memukau publik dan seniman. Semenjak industrialisasi dan globalisasi, yang memperkenalkan teknik automasi, batik jenis baru muncul, dikenal sebagai batik cap dan batik cetak, sementara batik tradisional yang di produk dengan teknik tulisan tangan menggunakan canting dan malam disebut batik tulis. Pada saat yang sama imigran dari Indonesia ke Persekutuan Malaya juga membawa batik bersama mereka.

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik


Motif Aya Motif Bunga Buluh MotifBunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak Bercampur Motif Bunga Orkid Motif Bunga Raya Motif Daun Sireh Motif Geometrik Motif Pucuk Rebung Motif Rama-rama Motif Siput

Contoh Motif Geometrik


Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

1. Batik 2. Batik 3. Batik 4. Batik

Tulis / Lukis/ Conteng/ Canting Terap / Blok /Cap Skrin Pelangi ( Tanpa Penggunaan Lilin)

BATIK TULIS/ CONTENG


Alatan
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kain Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin Bahan Kain putih - Jenis sutera dan cotton Campuran lilin - Lilin putih (paraffin) Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain Bahan pewarna - Remazol atau primazin Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kain Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin

BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP


Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang sama Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian seragam

Jenis Kain Batik Blok/Terap


1. Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam upacara pengebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang. 2. Batik ela dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal

Alatan dan Fungsi


Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain. Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara merebus kain.

Bahan
1. Kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas

2. Campuran lilin a. Lilin putih (paraffin) b. Campuran rosin(damar) c. Lemak binatang d. Minyak kelapa 3. Bahan pewarna 4. Debu soda (soda ash) 5. Kanji untuk mengilatkan kain batik

BATIK SKRIN/BATIK SUTERA SARING/BATIK CETAK


Ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20 Ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik pembuatannya yang lebih ringkas Teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan adalah corak tradisional

Alatan
1. Skrin

diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain pemidang setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja 2. Sekuji (squeegee) diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya -- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin 3. Kelongsong stensil (funnel pen) alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin 4. Meja Pengecap meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses 5. Kuali dan Bekas untuk merendam dan membersihkan kain 6. Pengukus untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain

Bahan
1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang 2. bahan pewarna jenis reactive dan pigmen dye 3. bahan lacquer / laker # Sejenis campuran bahan thinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalamkelongsong stensil untuk melukis corak pada skrin # Bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke bahagian-bahagian yang telah ditutup dengan lacquer yang perlu digunakan.

BATIK PELANGI
Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh CheMinah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II Ia disebut juga sebagai kain rawa Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain

Jenis Batik Pelangi


1. Batik Lasem Kelantan batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk rebung pada bahagian kepala kain 2. Batik Perkalongan Kelantan bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus 3. Batik Selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas 4. Batik Solo Kelantan dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning

Proses sukar mencanting batik ialah bagaimana untuk mengadun warnanya dan paling penting adalah semasa mencanting menggunakan lilin cair seperti dammar dan wewarnai kain untuk menjaga kualiti warna supaya tidak rosak.

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN BATIK


1. Pensel digunakan terlebih dahulu di atas kain kaftan sebelum mencanting dengan cairan lilin dan dammar serta berus untuk mewarna.

2. Mencanting batik

3. Mewarna batik

4. Merebus batik

5. Menjemur batik

PROSES MEMBUAT BATIK BLOK


Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik cap. Proses membatik batik blok adalah proses mengecap bahagian corak timbul pada permukaan blok yang berlilin cair ke atas permukaan kain. Fungsi lilin adalah untuk menghasilkan kesan corak pada permukaan kain setelah diwarnakan kerana pewarna tidak dapat menembusi bahagian kain yang berlilin..

Langkah-langkah:
1. memateri kepingan logam 2. melekatkan kepingan logam ke atas blok ( sarang batik ) 3. mencelupkan permukaan sarang batik kedalam cairan lilin. 4. mengecapkan lilin cair ke atas permukaan kain.

5. mencelupkan kain yang dicap dengan lilin ke dalam pewarna

6. merebus kain dengan air soda ash untuk menanggalkan lilin.

7. menjemur kain.

Kain batik yang indah dan menarik tentunya tidak lepas dari bagaimana penghasilan tangan-tangan pencanting dalam memproses. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencipta karyaseni tradisional ini dan tentunya dengan kesungguhan dalam menggunakan teknik-teknik tradisional semulajadi yang mampu menghasilkan kain batik dengan ceceg-ceceg yang membentuk suatu pola motif indah akan membuat nilai dari batik tersebut menjadi tinggi berbanding dengan pembuatan batik menggunakan teknik moden seperti cap, printing, sablon dan sebagainya. Dalam pembuatannya ada beberapa hal atau dalam bahasa inggerisnya weapon's tertentu yang harus dipersiapkan. Pada kesempatan ini saya akan mencuba menjelaskan mengenai peralatan apa saja yang diperlukan dalam membuat suatu karya seni batik tradisional.

BANDUL

Bandul dibuat dari timah, atau kayu,atau batu yang dikantongi. Fungsi pokok bandul ialah untuk menahan mori yang baru dibatik agar tidak mudah tergeser ditiup angin, atau tarikan si pembatik secara tidak sengaja. Jadi tanpa bandul pekerjaan membatik dapat dilaksanakan.

DINGKLIK

Dingklik merupakan tempat duduk orang yang membatik, tingginya disesuaikan dengan tinggi orang duduk semasa membatik.

GAWANGAN

Gawangan diperbuat dari kayu atau bamboo yang mudah dipindah-pindahkan dan kukuh. Fungsi gawangan ini untuk menggantungkan serta membentangkan kain mori sewaktu akan dibatik dengan menggunakan canting.

WAJAN

Wajan ialah perkakas untuk mencairkan "malam" (lilin untuk membatik). Wajan dibuat dari logam baja, atau tanah liat. Wajan sebaiknya bertangkai supaya mudah diangkat dan diturunkan dari api tanpa menggunakan alat lain. Oleh kerana itu periuk yang dibuat dari tanah liat lebih baik daripada yang dari logam kerana tangkainya tidak mudah panas. Tetapi wajan tanah liat agak lambat memanaskan "malam".

TAPLAK

Taplak berfungsi untuk menutup dan melindungi paha pembatik dari titisan lilin malam dari canting.

ANGLO(KOMPOR)

Anglo dibuat dari tanah liat, atau bahan lain. Anglo ialah alat perapian sebagai pemanas "malam". Kompor dibuat dari Besi dengan diberi paksi .. Apabila mempergunakan anglo, maka bahan untuk membuat api ialah arang kayu. Jika menggunakan kayu bakar anglo diganti dengan keren; keren inilah yang banyak digunakan orang di desa-desa. Keren pada prinsipnya sama dengan anglo, tetapi tidak bertingkat.

TEPAS

Tepas ini tidak dipergunakan jika perapian menggunakan api. Tepas ialah alat untuk membesarkan api menurut keperluan; diperbuat daripada buluh. Selain tepas, digunakan juga ilir. Tepas dan ilir pada pokoknya sama, hanya berbeza bentuk.Tepas berbentuk empat persegi panjang dan meruncing pada salah satu sisi lebarnya dan tangkainya terletak pada bahagian yang runcing itu.

KEMPLONGAN

Kemplongan merupakan alat yang diperbuat dari kayu yang berbentuk meja dan palu pemukul alat ini dipergunakan untuk menghaluskan kain mori sebelum di beri pola motif batik dan dibatik.

CANTING

Canting merupakan alat untuk melukis atau menggambar dengan coretan lilin malam pada kain mori. Canting ini sangat menentukan nama batik yang akan dihasilkan menjadi batik tulis. Alat ini diperbuat dari kombinasi tembaga dan kayu atau bamboo yang mempunyai sifat lentur dan ringan.

HAJI CHE SU BIN ISHAK


Haji Che Su Bin Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu.

HAJI ALI BIN ISMAIL


Dalam tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang dari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contohcontoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu. Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia.

HAJI AWANG
Di negeri Terengganu kira-kira tahun 1912, Encik Awang ataupun lebih dikenali dengan nama Haji Awang ketika beliau berusia 14 tahun, dari Kampung Seberang Takir telah pergi ke Patani kerana menziarahi keluarganya. Sewaktu perjalanan hendak pulang beliau singgah di Kelantan dan bekeijadiperusahaan batik Haji Che Su di Kota Bahru Kelantan. Di sinilah beliau mula menimba pengalaman serta mempelajari tentang teknik membatik.

Anda mungkin juga menyukai