Anda di halaman 1dari 47

KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

KERTAS KONSEP
PESTA PANTUN
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2023

(EDISI BERSEMUKA)

Anjuran:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan:
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

1.1 Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi
muda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenal
pertandingan berbalas pantun antara Sekolah Menengah Malaysia pada
tahun 1989 yang dikenali sebagai Pesta Pantun Sekolah-sekolah
Menengah Malaysia.

1.2 Pesta Pantun dilaksanakan mengikut format „kalah mati‟ iaitu yang
menemukan pemenang antara dua kumpulan dalam satu pertandingan
bermula pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun, pada pertandingan
peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang
dibenarkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memupuk perpaduan dalam kalangan murid melalui pertandingan pantun.

2.2 Mengekal dan mengembangkan pantun serta seni berpantun sebagai


khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa.

2.3 Menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat, tepat, kritis dan
kreatif.

2.4 Mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam menjual dan menjawab pantun.

2.5 Membina keyakinan diri dan semangat bersaing secara sihat dalam
pertandingan.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

1
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan yang berdaftar
dengan KPM sahaja.

4.2 Penyertaan murid berbilang kaum amat digalakkan

4.3 Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan seperti berikut:

4.3.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.4.2 Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5

4.4 Jumlah murid terdiri daripada lima (5) orang peserta daripada sekolah yang
sama bersama seorang guru pembimbing.

4.5 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan.


Pakaian seragam sekolah adalah dibenarkan.

4.6 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan
hadis beserta terjemahan untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama
sekali.

4.7 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Borang penyertaan perlu
dihantar kepada PPD Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan.

5.0 FORMAT

5.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat (4) kerat iaitu pantun empat
(4) baris yang mempunyai dua (2) baris pembayang dan dua (2) baris
maksud.

5.2 Rima hujung baris mestilah berpolakan “a,b,a,b”.

5.3 Tempoh masa menjual dan membeli pantun dikira berdasarkan arahan
jurupantun.

5.4 Masa dikira apabila jurupantun mengarahkan pantun dijual dalam tempoh
20 saat untuk pusingan pertama.

2
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.5 Masa untuk membeli pantun ialah 60 saat untuk ketiga-tiga pusingan bagi
sekolah menengah manakala bagi sekolah rendah ialah 90 saat.

5.6 Loceng akan dibunyikan selepas 20 saat untuk menjual pantun, sekiranya
pemantun gagal menjual pantun.

5.7 Tema diberi awal kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya


dua (2) minggu sebelum pertandingan. Tema pantun disediakan oleh
pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan.

5.8 Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif.

5.9 Pemantun tidak dibenarkan menjual pantun yang berbentuk kuiz/teka-teki.

5.10 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan sama


ada secara lisan ataupun bertulis. Sekiranya berlaku perbincangan,
sebanyak 50 peratus daripada jumlah markah keseluruhan pasukan akan
dipotong.

5.11 Tatacara pertandingan SEKOLAH RENDAH adalah seperti berikut:

Pantun Pengenalan

Kumpulan Penjual (Pemantun 5) Kumpulan Pembeli (Pemantun E)

Pusingan 1 (Tema diberi awal)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 1 A 1 A A

2 2 B 2 B B

3 3 C 3 C C

Pusingan 2 (Tema diberi awal)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 B 1 B

3
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

2 C 2 C

3 A 3 A

Pusingan 3 (Tema spontan undian)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 C 1 C

2 A 2 A

3 B 3 B

Pusingan 4 (Tema spontan undian)

Tema Penjual Pembeli Tema Penjual Pembeli

4 D D 4

5.12 Tatacara pertandingan SEKOLAH MENENGAH adalah seperti berikut:

Pantun Pengenalan

Kumpulan Penjual (Pemantun 5) Kumpulan Pembeli (Pemantun E)

Pusingan 1 (Tema diberi awal)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 1 A 1 A A

2 2 B 2 B B

3 3 C 3 C C

Pusingan 2 (Tema spontan undian)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

4
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

1 B 1 B

2 C 2 C

3 A 3 A

Pusingan 3 (Tema bebas)

Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

1 C 1 C

2 A 2 A

3 B 3 B

Pusingan 4 (Tema bebas)

Tema Penjual Pembeli Tema Penjual Pembeli

4 D D 4

5.13 Peranan Pasukan


Pada setiap perlawanan, setiap pemantun akan menjalankan peranan
seperti berikut:

Pemantun

1 A Menjual 3 rangkap pantun Membeli 3 rangkap pantun

2 B Menjual 3 rangkap pantun Membeli 3 rangkap pantun

3 C Menjual 3 rangkap pantun Membeli 3 rangkap pantun

4 D Menjual 1 rangkap pantun Membeli 1 rangkap pantun

5 E Pantun pengenalan

5
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

6.0 PEMARKAHAN

6.1 Markah akan dinilai meliputi aspek-aspek seperti yang berikut:


6.1.1 Isi : 20 markah
6.1.2 Bahasa : 20 markah
6.1.3 Persembahan : 10 markah

6.2 Markah untuk Anugerah Ketrampilan Terbaik


(tidak termasuk markah keseluruhan jual/beli pantun)
6.2.1 Persembahan Pantun Pengenalan : 10 markah
6.2.2 Busana dan tatarias : 10 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat Negeri akan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk ketua
hakim seperti yang berikut:
7.1.1 Hakim Bahagian Isi : 2 orang
7.1.2 Hakim Bahagian Bahasa : 2 orang
7.1.3 Hakim Bahagian Persembahan : 1 orang

7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan mengikut kriteria yang ditetapkan.

7.3 Keputusan rasmi dibuat berdasarkan jumlah markah yang diperoleh oleh
setiap pasukan.

7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi
dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

8.1 Johan
8.2 Naib Johan
8.3 Tempat Ketiga (2 pasukan)
8.4 Anugerah Pemantun Terbaik
8.5 Anugerah Ketrampilan Terbaik

6
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

9.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarangpelantar


bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

11.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

11.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak JPN dan boleh digunakan pada semua peringkat
untuk pertandingan yang dianjurkan oleh JPN.

11.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

7
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

CARTA PERTANDINGAN

K1 P1
M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P10

P2
M2 Negeri 3 K2 M1
M17 Negeri 4

P17 P18
K3 P3
Negeri 5
Negeri 6
M11 P12
M21 P4 M22
Negeri 7
M4 K4
P2 P22
K5 P5
K2 M1 Negeri 9 M1 K2
Negeri
P1 P1
P6
M6 Negeri 11 K6
Negeri 12
M19 P20
K7
P7
Negeri 13
M15 Negeri 14 P16

M8 P8 K8
Negeri 15
Negeri 16

P 23 Ke-3 / Ke- 4

P 24 (Akhir)
Johan / Naib

8
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN PESTA PANTUN


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahun/Tingkatan :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru Besar/


:
Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2023

BORANG PENGHAKIMAN: HAKIM PERTAMA - ISI (10 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


1 2 3 4

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

P4: 37 40

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


A B C D

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli


P1: 3 2 7 6 11 10

P2: 23 22 15 14 19 18

P3: 31 30 35 34 27 26

P4: 39 38

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: Tandatangan:

10
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2023

FOKUS HAKIM 1:

● 10 markah sahaja
● Menilai baris ketiga dan keempat
● Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidak
mengulang/meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif). Markah diberi
tidak lebih daripada dua (2) markah
● Soalan dan jawapan mesti jelas dan mudah difahami. Kiasan yang dibenarkan
hanya simile dan metafora sahaja
● Pemantun mesti fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual sahaja
● 0 markah tidak menjawab soalan atau kosong (0) markah untuk jawapan pelarian
● Pemantun prihatin „bentuk dan aras soalan‟
● Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan : 3-4 markah
● Pantun jawapan berbentuk nafi tanpa alasan: kosong (0) markah
● Partikel „kah‟ tidak dibenarkan dalam pantun yang dijual. Sekiranya ada soalan
menggunakan partikel „kah‟: kosong (0) markah
● Pantun jualan dan belian berbentuk peribahasa: kosong (0) markah

11
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2023

BORANG PENGHAKIMAN: HAKIM KEDUA - ISI (10 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun 3 Pemantun Jumlah


1 2 4

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

P4: 37 40

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


A B C D

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 3 2 7 6 11 10

P2: 23 22 15 14 19 18

P3: 31 30 35 34 27 26

P4: 39 38

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: Tandatangan:

12
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2023

FOKUS HAKIM 2:

● 10 markah (padat dan jitu: 5 markah, nilai susila: 5 markah)


● Menilai pemilihan kata/frasa yang betul, tepat, indah dan berfungsi serta nilai susila
pada keseluruhan baris berasaskan tema
● Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris
maksud
● Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan
memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2/5 markah
manakala pengulangan baris yang sama hakim berhak memberikan 1/5 markah
sahaja bagi markah padat dan jitu

13
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENGHAKIMAN: HAKIM KETIGA - BAHASA (10 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


1 2 3 4

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

P4: 37 40

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN
Sekolah : PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


A B C D

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 3 2 7 6 11 10

P2: 23 22 15 14 19 18

P3: 31 30 35 34 27 26

P4: 39 38

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: Tandatangan:

14
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

FOKUS HAKIM 3:

● Rima : 5 markah (rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah)


● Rima tengah berasaskan sebutan/bunyi
● Rima hujung berasaskan suku kata
● Suku kata: 5 markah (8-12 suku kata )
● Lebih daripada 12 suku kata: 3 markah suku kata sahaja
● Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
● Kurang daripada 8 suku kata: 1 markah sahaja

15
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENGHAKIMAN: HAKIM KEEMPAT - BAHASA (10 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun 3 Pemantun Jumlah


1 2 4

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

P4: 37 40

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : PPD :

Tema Pemantun Pemantun Pemantun Pemantun Jumlah


A B C D

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 3 2 7 6 11 10

P2: 23 22 15 14 19 18

P3: 31 30 35 34 27 26

P4: 39 38

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: Tandatangan:

16
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

FOKUS HAKIM 4:

● 10 markah sahaja
● Hubungan baris 1 dan baris 2 (ada cerita, bertautan dan tiada kiasan): 6 markah
● Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan: 5-6 markah
● Ada cerita, masih ada tautan dan tiada kiasan : 3-4 markah
● Ada cerita, tiada tautan, tiada kiasan: 2 markah
● Ada cerita, tiada tautan, ada kiasan: 1-2 markah
● Tiada cerita, tiada tautan, ada kiasan: 1 markah
● Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud: 4 markah
● Amat serasi 4 markah, serasi 3 markah , kurang serasi 2 markah, tidak serasi 1
markah

17
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENGHAKIMAN: HAKIM KELIMA - PERSEMBAHAN (10 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Tema Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3 Pemantun Jumlah


4

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 1 4 5 8 9 12

P2: 13 16 17 20 21 24

P3: 25 28 29 32 33 36

P4: 37 40

Jumlah
Keseluruhan

LAWAN

Sekolah : PPD :

Tema Pemantun A Pemantun B Pemantun C Pemantun Jumlah


D

Jual Beli Jual Beli Jual Beli Jual Beli

P1: 3 2 7 6 11 10

P2: 23 22 15 14 19 18

P3: 31 30 35 34 27 26

P4: 39 38

Jumlah
Keseluruhan

Nama Hakim: Tandatangan:

18
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

FOKUS HAKIM 5:

● 10 markah sahaja
● Gerak fizikal / bahasa tubuh: 3 markah
● Intonasi: 3 markah
● Kelancaran: 2 markah
● Sebutan baku : 2 markah
● Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang
● lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan „mood‟ diksi dalam pantun
● Berkeyakinan/kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris/sekat

19
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENGHAKIMAN
HAKIM KELIMA – PENGENALAN & BUSANA (20 MARKAH)

Sekolah: PPD :

Pantun Pengenalan Busana


(10 markah) (10 markah)

Isi (3m) Kreativiti konsep tradisional (4m)

Kreativiti (3m) Beridentiti nasional (2m)

Gaya persembahan (2m) Kekemasan dan penampilan (2m)

Suara dan kejelasan (2m) Keseragaman (2m)

JUMLAH JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN

LAWAN

Sekolah: PPD :

Pantun Pengenalan Busana


(10 markah) (10 markah)

Isi (3m) Kreativiti konsep tradisional (4m)

Kreativiti (3m) Beridentiti nasional (2m)

Gaya persembahan (2m) Kekemasan dan penampilan (2m)

Suara dan kejelasan (2m) Keseragaman (2m)

JUMLAH JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN

Nama Hakim: Tandatangan:

20
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

FOKUS HAKIM 5:

PANTUN PENGENALAN
● 10 markah sahaja
● Isi: 3 markah
● Kreativiti: 3 markah
● Gaya persembahan: 2 markah
● Suara dan Kejelasan: 2 markah
● Membuat persembahan yang menarik, dengan gaya yang terkawal
● tidak dibenarkan membawa peralatan atau „props‟
● persembahan tidak boleh mengganggu audiens atau pihak lawan
● pemantun 1-4 dibenarkan mencelah tetapi tidak mendominasi persembahan pantun
pengenalan

BUSANA
● 10 markah sahaja
● Kreativiti konsep tradisional: 4 markah
● Beridentiti nasional: 2 markah
● Kekemasan dan penampilan: 2 markah
● Keseragaman: 2 markah
● Pemantun berupaya menyerlahkan keindahan busana dalam persembahan
● Bebas memilih konsep busana, selagi tidak keterlaluan
● Mampu menggayakan busana dengan kemas dan santun
● Wujud keseragaman sebagai satu pasukan

21
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG JUMLAH MARKAH


HAKIM KELIMA – PENGENALAN & BUSANA (20 MARKAH)

GILIRAN MARKAH KEDUDUKAN

10

11

12

13

14

15

16

Nama Hakim: Tandatangan:

22
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM


ANUGERAH KETRAMPILAN TERBAIK

Kedudukan Kumpulan
Giliran Kedudukan
Kumpulan Jumlah Keseluruhan
Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Hakim 4 Hakim 5
Agregat

10

11

12

13

14

15

16

23
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

HAKIM NAMA TANDATANGAN

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

24
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN MARKAH PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023


NEGERI: (Pasukan jual dahulu)

HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

PEMANTUN 1

PEMANTUN 2

PEMANTUN 3

PEMANTUN 4

JUMLAH

NEGERI:

HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

PEMANTUN 1

PEMANTUN 2

PEMANTUN 3

PEMANTUN 4

JUMLAH

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

25
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

KEPUTUSAN PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH / MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

● PUSINGAN AWAL PERTAMA


● PUSINGAN AWAL KEDUA
● SUKU AKHIR
● SEPARUH AKHIR
● AKHIR

PEMENANG
NEGERI

PEMANTUN TERBAIK
NEGERI

ANUGERAH
KETRAMPILAN
TERBAIK

NEGERI

HAKIM NAMA TANDATANGAN

PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

26
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

PANDUAN PEMARKAHAN PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI

1. PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA (ISI)


Ketepatan soalan/jawapan & Jelas/sesuai dengan tema
Jumlah markah: 10/20 markah

1.1. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema


1.2. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas
1.3. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan
1.4. Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan berbentuk soalan,
markah tidak akan diberikan
1.5. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah
1.6. Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan tidak
diberikan markah

2. PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA (ISI)


2.1. Padat & jitu serta bernilai susila
2.2. Jumlah markah: 10/20 markah
Padat dan jitu
● Pemilihan kosa kata yang indah 5 markah
● Tanpa kesalahan bahasa
● Susunan kosa kata yang betul

Mempunyai nilai susila


● Pantun sarat dengan nilai-nilai murni dan dapat
dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan 5 markah
seharian

3. PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA (BAHASA)


3.1. Menghakimi Bahasa & Pola Rima & Suku kata
3.2. Jumlah markah: 10/20 markah
Pola Rima `a,b,a,b’
● Rima di hujung baris 3 markah
● Rima di tengah 2 markah

Suku kata dalam baris


● 8 hingga 12 suku kata 5 markah

27
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

4. PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEEMPAT (BAHASA)


4.1. Pembayang dan maksud serta tautannya
4.2. Jumlah markah: 10/20 markah
Pembayang maksud
● Terdapat tautan/kesinambungan dengan baris pertama
dengan baris kedua.
● Pembayang maksud mestilah berkaitan dengan
keindahan alam semesta atau unsur semula jadi atau
kerenah manusia. 6 markah
● Pembayang maksud mestilah mempunyai cerita yang
jelas dan berkaitan.
● Pembayang maksud tidak mengandungi maksud kiasan
seperti metafora, personifikasi, simile dan
seumpamanya.

Tautan pembayang dengan maksud


● Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris 4 markah
maksud

5. PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA (PERSEMBAHAN)


5.1. Gerak fizikal, intonasi, jeda, kelancaran dan sebutan baku
5.2. Jumlah markah: 10 markah
Gerak-geri yang seimbang dengan pantun
Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat 3 markah
aksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan.

Intonasi dan jeda


Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada
setiap baris. Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud 3 markah
dengan pembayang maksud pantun.

Kelancaran
Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan. 2 markah

Sebutan baku dan jelas. 2 markah

28
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.3 PANDUAN PEMARKAHAN PERSEMBAHAN PANTUN PENGENALAN &


BUSANA
Jumlah markah: 20 markah

PERSEMBAHAN PANTUN PENGENALAN (10 markah)

Isi
Memperkenalkan pasukan, menggunakan elemen pantun, 3 markah
tugas pemantun ke-5, menyerlahkan pendirian pasukan.

Kreativiti
Menilai olahan pantun, menggunakan kreativiti 3 markah
menghidupkan persembahan, ada unsur keindahan
sebagai persembahan yang menghiburkan, tiada peniruan.

Gaya persembahan
Gerak-geri tangan, jelingan, berkeyakinan dan senyuman. 2 markah
Jika terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang
diberikan.

Suara dan kejelasan 2 markah


Suara yang jelas, sesuai dengan pendirian pasukan, tiada
kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

BUSANA PANTUN (10 markah)

Kreativiti konsep tradisional


pemilihan konsep busana yang menarik, unik dan istimewa, 4 markah
dari segi padanan, warna, dan kesesuaian persembahan

Beridentiti nasional
kesantunan pemakaian busana dan aksesori yang sesuai, 2 markah
tidak bertentangan dengan identiti tempatan, tidak terikat
kepada satu-satu negeri sahaja

Kekemasan dan penampilan


pemakaian yang kemas, menarik, memenuhi susila tradisi, 2 markah
lengkap dan tidak mengganggu persembahan.

Keseragaman 2 markah
menampilkan kesatuan sebagai satu pasukan, berasaskan
konsep yang dipilih.

29
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

PANDUAN UNTUK HAKIM

BIL JENIS KESALAHAN HURAIAN DAN PEMBERIAN


MARKAH

1. Bukan pantun jual/pantun pernyataan Tiada markah


Cuma intonasi dinaikkan pada baris (Hakim 1 dan Hakim 2)
keempat atau cara berpantun seolah-
olah bertanya Contoh pantun pernyataan:
Burung merbuk riang bersenda,
Bersenda riang di pohon turi;
Sayang remaja wawasan tiada,
Ibunda tercinta menghilang diri ?

2 soalan dalam satu pantun Contoh soalan:


Ilmu dituai buahnya di mana?
Pabila dituai murnikah hasilnya?

Lari atau tidak menepati tema

2. Sebutan tidak baku Tolak 2 markah persembahan.


(Hakim 5)

3. Perbincangan sesama sendiri/ 50% markah ditolak daripada markah


memberikan nota semasa mencipta, keseluruhan.
menjual dan membeli pantun.

4. Tergagap-gagap/tersekat-sekat/ 1 markah sahaja diberikan


mengulang (Hakim 5 )

5. Pantun ciplak Ciplak sebaris:


 pantun jual atau pantun beli 5 markah sahaja (Hakim 4)
 pantun lama atau diambil daripada
pihak lawan- sebaris atau dua baris Ciplak 2 baris:
penuh. Tiada markah (Hakim 4)

Contoh ciplak sebaris (5 markah):


Buah cempedak di luar pagar

● Mengulang pantunnya sendiri atau Bunga melur cantik di taman


pantun pasukannya-sebaris atau 2 Cantik di rimba cantik di tanjung
baris penuh.

● Peribahasa Tiada markah

6. Pantun jawapan pelarian Tiada markah:

30
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

(Tidak menjawab soalan yang diberi) (Hakim 1 dan Hakim 2)


Contoh: jawapan disedia berasaskan
tema

1. Budaya ilmu amalan mulia


darjat insan kan kekal berzaman
2. Manfaat ilmu bersinar indah
insan kreatif memimpin pertiwi
3. Manfaat ilmu bersinar indah
kukuhkan iman hadapi dugaan

7. Pihak lawan mesti membeli pantun Hakim 1 (isi) : 5 markah


berasaskan tema walaupun pantun
jual gagal dilafazkan dalam tempoh Hakim 2 (isi) : 5 markah
yang ditetapkan.

Hakim 3 : Berdasarkan
(Bahasa) bahasa

Hakim 4 : Berdasarkan
(Bahasa) bahasa

Hakim 5 : Berdasarkan
(Persembahan) persembahan

8. Jawapan nafi untuk soalan terbuka Hakim 1 sahaja: (3/4 markah)

Contoh soalan :
Mampukah remaja hadapi saingan?

Contoh Jawapan:
Takkan mampu hadapi saingan
Andai semangat luntur di jiwa.

Hakim 1 sahaja: (0 markah)


Contoh Soalan:
Mengapa remaja parah akhlaknya

Contoh Jawapan:
Takkan remaja parah akhlaknya

31
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

JENIS HURAIAN DAN CONTOH

Perbandingan secara langsung


Metafora
❖ bahtera merdeka belayar sudah
❖ gedung ilmu gagah di hutan batu
❖ bendera bahasa berkibar megah

Contoh maksud pantun:


Bunga ilmu mekar mewangi,
Bagaimana harumnya majukan bangsa?

Contoh maksud pantun:


Lautan ilmu diharung sudah,
Mengapa lemas di jagat raya?

Perbandingan secara tidak langsung


Simile
(bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana)
❖ gigih pak tua bak semarak api
❖ laksana helang di angkasa raya

Contoh pantun:
Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,
Nilaian kudus dirakam bagaimana.

Contoh pantun:
Andai masa bak mata pedang,
Mengapa dibiar menikam diri?

Personifikasi Unsur perorangan iaitu memberi sifat manusia kepada


benda-benda bukan manusia
❖ Tampak rembulan tersenyum padaku
❖ alam terbakar menangis hiba
❖ hembusan sang bayu menyapa puteri

Inversi Pembalikan susunan kata-kata


❖ jiwa pak tua teguhnya masih
❖ remaja kini ditegur jangan
❖ ilmu dituai buahnya di mana?
❖ kasih beralih dibelai bagaimana?

32
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Kiasan yang melampau dan berlebih–lebihan


Hiperbola
❖ gerak remaja memukau ummah
❖ hilang duniaku sekelip mata
❖ penjara rumah berabad sudah
❖ kasih ibu melaut saujana

Contoh pantun (tema: tanggungjawab remaja)


Gunung terbeban dipikul remaja
Kenapa bimbang dipikul gelombang?

Pengulangan kata sebagai penegas, anafora, responsi,


Metafora epifora

Contoh pantun:
Orang di Jawa menanam kapas,
Orang di Eropah menanam anggur;
Jangan tertawa pelepah di atas,
Melihat pelepah di bawah yang gugur.

Asonansi Perulangan huruf vokal

Aliterasi Perulangan huruf konsonan

33
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

PROFESIONAL HAKIM PANTUN

Contoh pantun:

Juntai cendana sisian keledang,


Kelapa berjajar luas terperi;
Andai masa bak mata pedang,
Mengapa dibiar menikam diri.

HAKIM BIDANG TUGAS MARKAH DINILAI

Hakim 1 (10 markah) Menilai soalan baris 3 dan 4 ● Jelas dan tepat
● Menilai soalan baris 3 dan
4 Andai masa bak mata pedang Jumlah: 10 markah
● Menilai jawapan baris 3 Mengapa dibiar menikam diri
dan 4

Hakim 2 (10 markah) Juntai cendana sisian ● Pemilihan kata di baris


● Pemilihan kata dan nilai keledang, pembayang tidak tepat
susila Kelapa berjajar luas terperi; ● Nilai susila kurang
Andai masa bak mata pedang, menarik
Mengapa dibiar menikam diri.
Pemilihan diksi: 3 markah
Nilai Susila: 3 markah
Jumlah: 6 markah

Hakim 3 (10 markah) Menilai pola rima dan suku ● Rima tengah: 2 markah
● Menilai pola rima dan suku kata ● Rima hujung: 3 markah
kata Juntai cendana sisian ● Suku kata: 5 markah
keledang,
Kelapa berjajar luas terperi; Jumlah: 10 markah
Andai masa bak mata pedang,
Mengapa dibiar menikam diri.

Hakim 4 (10 markah) Hubungan baris 1 & 2 ● Ada cerita


● Pembayang maksud dan Juntai cendana sisian ● Tiada tautan
maksud serta tautannya keledang, ● Tiada kiasan
Kelapa berjajar luas terperi; ● 2 markah

Hubungan pembayang maksud


dan kaitannya dengan maksud ● 4 markah
Jumlah: 6 markah
B1:
Juntai cendana sisian
keledang,

34
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

B3:
Andai masa bak mata pedang,

Hakim 5 (10 markah) Rujuk pemarkahan Berasaskan pemerhatian


● Gerak fizikal: 3 markah dan ketelitian hakim.
● Intonasi: 3 markah
● Kelancaran: 2 markah Jumlah: 9 markah
● Sebutan baku: 2 markah

HAKIM 1: MENILAI SOALAN BERASASKAN TEMA (10 MARKAH)


Fokus Hakim 1 ( hakim isi ): Pantun soal dan jawab

● 10 markah sahaja
● Menilai baris ketiga dan keempat
● Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidak
mengulang/meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif) markah diberi tidak
lebih daripada 2 markah
● Soalan dan jawapan mesti jelas dan mudah difahami. kiasan yang dibenarkan hanya
simile dan metafora sahaja
● Pemantun mesti fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual sahaja
● 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian
● Pemantun prihatin „bentuk dan aras soalan‟
● 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa
● Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan: 3-4 markah
● Pantun jawapan berbentuk nafi tanpa alasan: 0 markah

Contoh soalan pantun (tema: amalan kejiranan)


Redup nyaman di kala senja,
Undan di sawah terbang ke hilir;
Hidup setaman tidak bersapa,
Sahutan muhibah mengapa dipinggir?

9-10 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan yang jelas Sahutan muhibah mengapa dipinggir?

7-8 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan yang masih baik Dijurang sengketa mengapa terjadi?
(tiada bersapa seolah-olah ada sengketa)

5-6 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan sederhana Tika bertemu mengapa membisu?
(tidak bersapa = membisu )

35
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

3-4 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan lemah Bolehkah jiran usahakan damai?
Soalan: menunjukkan sudah ada jawapan

1-2 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan sangat lemah Mengapakah sukan menjadi lesu.

0 markah Mengapa setaman tiada bersapa ?,


Dua soalan Tercuitkah hati ingin berdamai?

0 markah Hidup setaman tiada bersapa,


Soalan pernyataan Tika bertemu juga bermesra?

0 markah Budaya ilmu digarap indah,


Pantun kuiz Siapa ilmuan paling tersohor?

Contoh Pantun (Tema: Amalan Kejiranan)

Pantun Jual: Pantun Beli


Duduk di dapur membakar bahulu, Berjaja meriah di pekan sari,
Untuk dibuat hidangan kenduri; Sirih dijual serapah dibaca;
Kawan ketawa ramai selalu, Tika susah pasti sendiri,
Pabila susah mengapa sendiri? Rakan ketawa tak sanggup berkorban.

9-10 markah Tika susah pasti sendiri,


baik dan jelas Boleh mengenal intan dan kaca.
(simbol/metafora/simile/yang jelas)

7-8 markah Tika susah pasti sendiri,


masih baik Barulah kenal budi sahabat.

5-6 markah Tika susah pasti sendiri,


sederhana Sahabat sejati dicari masih.
tidak dapat membuat perbandingan (baru hendak mencari rakan)

3-4 markah Tika susah pasti sendiri,


lemah Usah dikenang rakan ketawa.

1-2 markah Tika susah pasti sendiri,


sangat lemah ibu menangis duduk di rumah.

0 markah Adat dunia begitu lumrahnya,


(pelarian)

36
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Contoh pantun pelarian


Contoh pantun Penjelasan jawapan pantun
Serindit berkidung di pohon sena,
Sirih gaharu dijaga cermat, Di ranting tinggi tiadakan gayat;
Dibungkus rapi kain berwarna; Berbuah ilmu serata buana,
Berjerih guru menyemai maklumat, Menjadi panduan sepanjang hayat.
Ilmu dituai buahnya di mana.
ATAU

ilmu dituai ada tempatnya


berbuah ilmu serata buana

1. Sebaris soalan diambil dijadikan


jawapan
2. Jawapan pengukuh
Hakim 1 : 9 @ 10 markah

Contoh jawapan pelarian:


Jawapan tuan bicaranya mudah,
Kiranya kita ada pertemuan
Pantun jual yang sama
Ilmu dituai buahnya di
❖ Pelarian yang jelas kerana tidak
mana? menjawab soalan
❖ Hakim 1 (isi) 0 markah
❖ Hakim 2 (isi) 0 markah
Contoh jawapan pelarian:
Soalan tuan tidak kugundah,
Yakinkan diri kuatkan iman
Pantun jual yang sama
ilmu dituai buahnya di mana?
❖ Pelarian yang jelas kerana tidak
menjawab soalan
❖ Hakim 1 (isi) 0 markah
❖ Hakim 2 (isi) 0 markah
Tema : kecemerlangan ilmu Tema : kecemerlangan ilmu
Contoh jawapan pelarian:
(jawapan disedia awal )
Pantun jual yang sama
Ilmu dituai buahnya di mana? Budaya ilmu kian bercambah,
Ilmuan tersohor daulatkan nusa

❖ Pelarian yang jelas kerana tidak


menjawab soalan
❖ Jawapan disediakan lebih awal
berasaskan tema

37
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

❖ Hakim 1 (isi) 0 markah


❖ Hakim 2 (isi) 0 markah

HAKIM 2: 10 MARKAH
Pemilihan Kata/Diksi dan Nilai Susila
Padat dan jitu: (5 markah) Nilai susila: (5 markah)
Fokus Hakim 2 (hakim isi):

● 10 markah (padat dan jitu: 5 markah, nilai susila: 5 markah)


● Menilai pemilihan kata/frasa yang betul, tepat, indah dan berfungsi serta nilai susila
pada keseluruhan baris berasaskan tema
● Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris
maksud
● Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan
memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2/5 markah
manakala pengulangan baris yang sama hakim berhak memberikan 1/5 markah
sahaja bagi markah padat dan jitu

Contoh pemberian markah

Padat & jitu Nilai susila


Contoh pantun
5 markah 5 markah
Jangan diusik kerbau jalang ● Kata / frasa ● mempunyai nilai,
Jika digesel rebah juga; kalau yang digunakan yang
Nasib memang malang, tepat menggambarkan
Sudah jatuh ditimpa tangga. mood pantun

4-5 markah 4-5 markah


Jangan dihalau kerbau jalang, ● kata / frasa yang ● nilai estetika yang
Jika ditanduk jatuhlah juga; berulang. agak longgar
Kalau nasib sudahlah malang, ● kata tidak tepat
Walaupun jatuh masih berbangga 3 markah
3 markah
Jangan dibaling kerbau jalang, ● kata / frasa yang ● tidak mempunyai
Ke hujung tanjung mengutip tidak tepat dengan nilai estetika
pegaga; kalau nasib sudahlah malang, mood pantun
walaupun jatuh bangunlah juga
2 markah 2 markah
Jangan dibaling kerbau jalang ● kata yang tidak ● tidak mempunyai
Di pagi hari, dinginlah juga; tepat kata/frasa nilai estetika
Kalau nasib sudahlah malang yang dianggap ● tiada kaitan
Duduk di anjung makanlah juga tidak logik antara baris –

1 markah 1 markah

38
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Contoh pemberian markah bagi pantun pembayang ciplak

Contoh pemantun yang sama menciplak pembayang sendiri di pusingan ke-2 dan ke- 3

Pusingan 1: Peserta 1 Pusingan 2: Peserta 1 Pusingan 3: Peserta 1

Bunga melur indah di laman, Bunga melur di tepi perigi, Di tepi perigi merimbun
Dipetik dara di kala pagi. Daunnya gugur sepah melur
merata. tempat pipit bermain riang
Hakim 2:
menilai seperti biasa Hakim 2: Hakim 2:
memberi 3-4 markah memberi 2 markah
(Pengulangan bunga melur) (Pengulangan yang ketara)

Contoh pemantun dalam kumpulan menciplak pembayang rakan sepasukan dalam


mana-mana pusingan
Pusingan 1: Peserta 1 Pusingan 2: Peserta 1 Pusingan 3: Peserta 1

Bunga seroja indah di laman, Bunga seroja indah di Bunga seroja indah di
Tempat puteri berhibur hati; laman, laman,
Daunnya gugur sepah Tempat pipit bermain
Hakim 2: merata; riang;
menilai seperti biasa
(markah padat dan jitu) Hakim 2: Hakim 2:
memberi 2 markah memberi 1 markah
(pengulangan sebaris) (pengulangan yang ketara)

39
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

HAKIM 3: 10 MARKAH
Pola rima dan Suku kata
Rima Tengah (2 markah), Rima Hujung (3 markah) Suku Kata (5 markah)

FOKUS HAKIM 3:

▪ Rima: 5 markah (rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah)


▪ Rima tengah berasaskan sebutan/bunyi
▪ Rima hujung berasaskan suku kata.
▪ Suku kata: 5 markah (8-12 suku kata)
▪ Lebih daripada 12 suku kata: 3 markah suku kata sahaja.
▪ Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
▪ Kurang daripada 8 suku kata: 1 markah sahaja

Contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar, Rima tengah: 2 markah


Buih membusa di tepi – tepinya; Rima akhir: 0 markah
Kalau kurang menaruh sabar, Suku kata: 5 markah
Boleh binasa semua jadinya. Jumlah markah: 7 markah
Bayu berlalu si teluk tenang, Rima tengah: 2 markah
Menerpa lembayung mengorak Rima akhir: 3 markah
tingkah; Suku kata: 5 markah
Ilmu baru setampuk pinang, Jumlah markah: 10 markah
Kenapa gunung hendak dilangkah.

Burung kedidi hinggap di dahan, Rima tengah: 2 markah


Turun ke tanah di pinggir kota; Rima akhir: 1.5 markah
Rosak budi runtunan kemajuan, Suku kata: 3 markah
Mengapa musnah maruah kerana Jumlah markah: 6.5 markah
harta.

Pulau di balik Pulau Gosong, Rima tengah: 1 markah


Pandang di Jawa diranggungkan; Rima akhir: 0 markah
Jangan kata terdorong-dorong, Suku kata: 5 markah
Badan dan nyawa menanggungkan. Jumlah markah: 6 markah
Laksana teruna putera di Johor, Rima tengah: 0 markah
Bijak membilang ayam betina; Rima akhir: 0 markah
Jasad menangis di pintu kubur, Suku kata: 5 markah
Hendak kembali ke alam dunia. Jumlah markah: 5 markah

40
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Contoh pemberian markah rima tengah dan rima akhir

Skala markah Pangkal bunyi Tengah bunyi Akhir bunyi

Terbaik: 5 Tidak diambil kira rang lar,


sa na;
rang lar,
sa na.
2 markah 3 markah

Baik: 3 Tidak diambil kira lu lang,


bung Sah;
ru lang,
bung mah.
2 markah 1.5 markah

Sederhana: 2 Tidak diambil kira di rang,


mah ti;
gi yang,
lah li.
2 markah 0 markah

 Suku kata: antara 8-12 suku kata : layak mendapat 5 markah


 Sekiranya pemantun mengungkapkan rima syair (rima akhir), hakim 3 tidak
memberikan sebarang markah untuk rima

41
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

HAKIM 4: 10 MARKAH
Pembayang maksud (6 markah) dan Kesesuaian dengan maksud (4 markah)

FOKUS HAKIM 4:
▪ 10 markah sahaja
▪ Hubungan baris 1 dan baris 2 (ada cerita, bertautan dan tiada kiasan): 6 markah
▪ Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5-6 markah
▪ Ada cerita, masih ada tautan dan tiada kiasan : 3-4 markah
▪ Ada cerita, tiada tautan , tiada kiasan : 2 markah
▪ Ada cerita, tiada tautan, ada kiasan: 1-2 markah
▪ Tiada cerita, tiada tautan, ada kiasan: 1 markah
▪ Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud: 4 markah
▪ Amat serasi 4 markah, serasi 3 markah , kurang serasi 2 markah, tidak serasi 1
markah

Hubungan baris 1 dan baris 2: 6 markah


(ada cerita, bertautan dan tiada kiasan)
5-6 markah
Baik Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, tempat tempua membuat sarang;
bertautan dan tiada kiasan
3-4 markah
Sederhana 1. Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, masih ada Hendak menebang membawa parang
tautan
dan tiada kiasan 2 Tinggi- tinggi si pohon sena,
si pohon sena di hujung kampung
(mengulang frasa : si pohon sena)
2 markah
Lemah Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, sayang petani pergi ke bendang;
tiada tautan, tiada kiasan
1-2 markah
Lemah Tinggi- tinggi si pohon sena,
Ada cerita, tiada tautan,ada Bayu menyapa di waktu petang; (personifikasi)
kiasan
1 markah
Amat lemah Mentari pagi menyapa sena,
Tiada cerita,Tiada tautan, Bayu berlalu membelai kalbu; (personifikasi)
Ada kiasan

42
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud: 4 markah

Melati berserak tiada berguna,


Bunga hiasan tiada pengganti;
Pasti terjebak dadah durjana,
Takwa dan iman tiada di hati.
4 markah ● berserak tiada berguna baris 1
Baik ● terjebak dadah durjana baris 3
ada kaitan ● hiasan tiada pengganti baris 2
● iman tiada di hati baris 4

3 markah ● dihias serasi baris 1


Masih baik ● mengganti tradisi baris 3
ada kaitan ● lelawang madah terakhir baris 2
● pawang di era mutakhir baris 4

2 markah ● kenyalang sayup riang baris 1 (berasa


Sederhana (berasa gembira) gembira)
kurang berkait ● hidup dirintang reba
● tampak berwarna kelabu baris 3 (berasa hiba)
● Akhlak memikat kalbu baris 2
baris 4

1 markah ● terbilang melenggok seroja baris 1


Lemah ● dijulang wawasan dipuja baris 3
● temu diruah redah baris 2
● tercetuskah sudah baris 4

1 markah ● sayang puteri duduk termenung baris 1


Lemah ● kalau ilmu penuh setanjung baris 3
● selepas puas tertidur lena baris 2
● kalah dek petua lama baris 4

Pantun dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian

Jangan diusik kerbau jalang, Contoh pantun Johor dan Melaka


Jika digesel rebah juga;
Kalau nasib memang malang, Jalang menggambarkan malang
Kalau jatuh ditimpa tangga. Rebah menggambarkan jatuh

Hilir berderap mudik dedap, Dinilai sangat beruntung tetapi tidak


Patah galah di dalam perahu berguna

43
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Sungguh laksana bunga dedap, Menggambarkan keadaan yang tidak


Cantik merah tiada berbau, menguntungkan = cantik merah tiada
Patah galah dalam perahu berbau

HAKIM 5: 10 MARKAH
Gerak fizikal (3 markah), Intonasi (3 markah), Kelancaran (2 markah) dan Baku (2 markah)

FOKUS HAKIM 5:
● 10 markah sahaja.
● Gerak fizikal / bahasa tubuh: 3 markah
● Intonasi: 3 markah
● Kelancaran: 2 markah
● Sebutan baku: 2 markah
● Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang
● lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan „mood‟ diksi dalam pantun
● Berkeyakinan/kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris/sekata

Intonasi/Jeda - 3 markah
Skala Gerak–geri (3 markah) Kelancaran - 2 markah
Baku - 2 markah
▪ Menghayati pantun yang ▪ Jeda yang sesuai setiap
diucap baris/sekata
Baik ▪ Gerak geri tangan yang ▪ Intonasi berasaskan „mood‟
3 markah seimbang diksi pantun
▪ Jelingan dan senyuman yang ▪ Berkeyakinan
sesuai dengan diksi.
▪ Berkeyakinan
▪ gerak- geri tangan yang ▪ intonasi suara yang melandai
Sederhana dibuat-buat /sama
2 markah ▪ jelingan yang berlebihan/ ▪ hentian jeda agak
menghala setempat perlahan atau agak cepat
▪ senyuman yang seakan-akan ▪ ada yang tersekat-sekat.
dibuat-buat ▪ Tidak yakin

▪ Gerak-geri tangan ▪ Tidak bijak mengawal


Lemah berlebihan/kelihatan kaku. intonasi
1 markah ▪ Tampak agak tertekan. ▪ Hentian jeda yang tidak kena
▪ Kurang yakin pada tempatnya
▪ Tersekatsekat dan tergagap
–gagap.
▪ Suara: antara dengar
dengan tidak

44
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

HAKIM 5: 20 MARKAH
Pemarkahan Anugerah Ketrampilan Terbaik
(Persembahan Pantun Pengenalan & Busana)

● Markah penilaian anugerah ketrampilan terbaik tidak termasuk markah keseluruhan

Persembahan Pantun Pengenalan (10 markah)

Isi
Memperkenalkan pasukan, menggunakan elemen pantun, tugas 3 markah
pemantun ke-5, menyerlahkan pendirian pasukan.

Kreativiti
Menilai olahan pantun, menggunakan kreativiti menghidupkan
persembahan, ada unsur keindahan sebagai persembahan yang 3 markah
menghiburkan, tiada peniruan.

Gaya Persembahan
Gerak-geri tangan, jelingan, berkeyakinan dan senyuman. Jika 2 markah
terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan.

Suara dan Kejelasan 2 markah


Suara yang jelas, sesuai dengan pendirian pasukan, tiada
kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

Busana Pantun (10 markah)

Kreativiti konsep tradisional


pemilihan konsep busana yang menarik, unik dan istimewa, dari 4 markah
segi padanan, warna, dan kesesuaian persembahan.

Beridentiti nasional
kesantunan pemakaian busana dan aksesori yang sesuai, tidak 2 markah
bertentangan dengan identiti tempatan, tidak terikat kepada
satu-satu negeri semata-mata.

Kekemasan dan penampilan


pemakaian yang kemas, menarik, memenuhi susila tradisi, 2 markah
lengkap dan tidak mengganggu persembahan.

Keseragaman 2 markah
menampilkan kesatuan sebagai satu pasukan, berasaskan
konsep yang dipilih.

45
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

46

Anda mungkin juga menyukai