Anda di halaman 1dari 15

Soalan 1

Pendahuluan

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa
dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain
batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau
menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di
Kelantan dan Terengganu.

Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan
daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam
semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan
sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap
menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil.

Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau
menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan
bagi corak dan kesan yang terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai batik yang sama dengan
yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama.
Motif dan corak batik
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap
batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan
Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-
tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Berbalik kepada batik yang telah dipilih seperti dalam gambar, coraknya adalah
berkenaan dengan fauna dan bunga-bungaan. Bunga-bunga yang dicanting pada contoh batik
yang telah dipilih ini adalah motif awan larat dan binatang yang dilukis adalah bermotifkan
ekor merak.

Dengan penggunaan motif-motif etnik yang terdiri daripada imej-imej flora


seperti motif pucuk rebung, bunga cempaka, bunga airmata kasih; manakala motif fauna
seperti motif kala jengking, motif rama-rama, motif burung dan juga motif ayam. Namun
begitu, motif-motif fauna ini telah diubahsuai mengikut daya kreativiti masyarakat dahulu
lakaran yang dihasilkan tidak menyerupai bentuk yang sebenar, kerana menghormati ajaran
agama Islam.

Ragam corak dan warna batik dipengaruhi oleh berbagai pengaruh asing. Awalnya,
batik memiliki ragam corak dan warna yang terbatas, dan beberapa corak hanya boleh dipakai
oleh kalangan tertentu. Namun batik pesisir menyerap berbagai pengaruh luar, seperti para
pedagang asing dan juga pada akhirnya, para penjajah. Warna-warna cerah seperti merah
dipopulerkan oleh orang Tionghoa, yang juga mempopularkan corak phoenix. Bangsa
penjajah Eropah juga mengambil minat kepada batik, dan hasilnya adalah corak bebungaan
yang sebelumnya tidak dikenal (seperti bunga tulip) dan juga benda-benda yang dibawa oleh
penjajah (gedung atau kereta kuda), termasuk juga warna-warna kesukaan mereka seperti
warna biru. Batik tradisonal tetap mempertahankan coraknya, dan masih dipakai dalam
upacara-upacara adat, kerana biasanya masing-masing corak memiliki perlambangan masing-
masing.

Jenis Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

 Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu
ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

 Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

 Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik
dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin
dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi
dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang
berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.

Kegunaan kain batik

Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh,
pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan
dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan
sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan
lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu
digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering
dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Batik dahulu hanya diperuntukan untuk keluarga raja-raja saja. Seiring dengan
perkembangan zaman, batik turut ikut berkembang menjadi kesenian yang hampir ada di
seluruh nusantara.

Kesenian batik merupakan kesenian gambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi
salah satu kebudayaan keluarga raja-raja zaman dulu. Awalnya batik dikerjakan hanya
terbatas dalam istana saja dan hasilnya untuk pakaian raja dan keluarga serta para
pengikutnya. Oleh kerana banyak dari pengikut raja yang tinggal diluar istana, maka kesenian
batik ini dibawa oleh mereka keluar istana dan dikerjakan ditempatnya masing-masing.

Teknik membuat batik tekap atau batik cap

Secara umum proses pembuatan batik melalui 3 tahap iaitu mewarna, melilin pada
kain dan pelepasan lilin dari kain.

Kain putih yang akan dibatik dapat diberi warna dasar sesuai selera kita atau tetap
berwarna putih sebelum kemudian di lilin. Proses melilin ini dapat menggunakan proses batik
tulis dengan canting tangan atau dengan proses cap. Pada bahagian kain yang diberi malam
maka proses pewarnaan pada batik tidak dapat dilakukan kerana tertutup oleh lilin (wax
resist). Setelah dililin, batik dicelup dengan warna. Proses pewarnaan ini dapat dilakukan
beberapa kali sesuai keinginan, berapa warna yang diinginkan.
Jika proses pewarnaan dan melilin selesai maka lilin dilunturkan dengan proses
pemanasan. Batik yang telah jadi direbus hingga lilin mencair dan terlepas dari air. Proses
perebusan ini dilakukan dua kali, yang terakhir dengan larutan soda ash untuk mematikan
warna yang menempel pada batik, dan menghindari kelunturan. Setelah perebusan selesai,
batik direndam air dingin dan dijemur.

Pembuatan batik tekap pula menggunakan beberapa alatan seperti blok penerap,
campuran lilin, kain, pencelup serta sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih
merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan
dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan
kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis.
Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang
berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain
batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Soalan 2
Bidang/Tajuk Hasil Pembelajaran Objektif Strategi P&P
Memperkenalkan Aras 1 Pada akhir 1. Para pelajar dibahagikan
kraf tradisional 1. Mengetahui pembelajaran, para kepada enam kumpulan
Tajuk: istilah dalam kraf pelajar akan dapat: 2. Guru mengedarkan
Corak dan Motif tradisional 1. Menyatakan contoh kain batik dan
kain Batik dan Aras 2 perbezaan corak kain songket.
Songket 1. Menyatakan dan motif kain 3. Tiga kumpulan mendapat
perbezaan antara batik dan kain kain batik dan tiga
batik dan songket songket kumpulan lagi mendapat
Aras 3 2. Menyatakan kain songket
1. Menghasilkan bahan yang 4. Setiap kumpulan diminta
kraf tradisonal digunakan untuk untuk memerhatikan
dengan dengan menghasilkan corak yang ada pada kain
menguasai kain batik dan batik dan kain songket
kemahiran kain songket masing-masing
menggunakan 5. Para pelajar diminta
alat dan teknik melukis kembali corak
2. Membuat tersebut di atas kertas.
pernyataan 6. Guru meminta para
tentang hasil pelajar menyatakan motif
kerja sendiri dan dan corak yang mereka
rakan secara dapati di atas kain batik
kritis dan kreatif dan songket tersebut
mengikut pemahaman
dan pemerhatian mereka
sendiri
7. Guru menerangkan
mengenai motif dan
corak-corak yang
terdapat pada kain batik
8. Guru menerangkan
mengenai motif dan
corak yang terdapat pada
kain songket
9. Pelajar diminta
mencatatkan dalam
kertas jawapan yang telah
diberikan. (Rujuk
Lampiran A)
10. Para pelajar menyatakan
perbezaan antara kain
batik dan kain songket

Nilai:
1. Kerjasama
2. Menghargai
KBKK:
1. Memerhati
2. Membezakan
3. Kreatif
4. Kritis
ABM:
1. Kain batik
2. Kain songket
3. Lampiran A
Membuat corak Aras 1 Pada akhir 1. Guru menunjukkan
dan rekaan 1. Menghasilkan pembelajaran, pelajar contoh kain batik di
Tajuk: motif akan dapat: hadapan semua pelajar
Membuat corak berdasarkan 1. Menghasilkan 2. Guru menerangkan
Batik penerokaan objek corak batik mengenai motif flora
alam dan objek mengikut yang terdapat pada kain
buatan manusia kreativiti masing- batik tersebut
Aras 2 masing 3. Guru menetapkan tema
1. Mengolah motif 2. Memupuk nilai motif bunga-bungaan
berdasarkan kerjasama, yakin sebagai tema motif batik
objek alam dan diri dan sabar yang perlu dilukis
objek buatan 3. Melatih 4. Para pelajar diminta
manusia untuk penggunaan melukis batik dengan
menghasilkan warna dan cara tema bunga-bungaan
corak dan rekaan mewarna yang mengikut kreativiti dan
Aras 3 sesuai rekaan sendiri
1. Mewarnakan 5. Guru memilih lukisan
corak terbaik dan memberikan
menggunakan hadiah
warna yang
sesuai Nilai:
1. Bersungguh-sungguh
2. Sabar
3. Tanggungjawab
KBKK:
1. Imaginasi
2. Merekacipta
3. Kreatif
ABM:
1. Kain batik
Mengenal kraf Aras 1 Di akhir pembelajaran, 1. Guru mengedarkan kertas
tradisional 1. Mengetahui pelajar akan dapat: yang mengandungi
Tajuk: istilah dalam kraf 1. Mengetahui cara soalan-soalan mengenai
Pembuatan batik tradisional pembuatan batik pembuatan batik dan
dan songket Aras 2 dan songket songket (Rujuk Lampiran
1. Menyatakan 2. Menyatakan B dan Lampiran C)
perbezaan antara perbezaan cara 2. Guru memainkan video
batik dan songket membuat batik mengenai cara
dan songket penghasilan batik dan
songket
3. Pelajar diminta untuk
mengisi ruang-ruang
kosong dalam kertas
jawapan yang telah
diedarkan berdasarkan
apa yang mereka tonton
4. Guru meminta pelajar
menerangkan semula
mengenai apa yang
mereka fahami tentang
pembuatan batik
5. Guru meminta pelajar
menerangkan semula
mengenai apa yang
mereka faham tentang
pembuatan songket
6. Pelajar menyatakan
perbezaan mengenai cara
pembuatan batik dan
songket
Nilai:
1. Kerjasama
KBKK:
1. Memerhati
2. Memahami
3. Menceritakan semula
ABM
1. Laptop
2. LCD
3. Lampiran B
4. Lampiran C
Mengenal kraf Aras 1 Di akhir pembelajaran, 1. Guru membahagikan
tradisional 1. Mengetahui pelajar akan dapat: kelas kepada enam
Tajuk: istilah dalam kraf 1. Memahami kumpulan
Kegunaan batik dan tradisional kegunaan batik 2. Setiap kumpulan
songket 2. Memahami diberikan majalah-
Aras 2 kegunaan majalah lama
Menyatakan perbezaan songket 3. Pelajar diminta mencari
antara batik dan songket 3. Menyatakan dan menggunting
perbezaan antara gambar-gambar yang
kedua-duanya menunjukkan pemakaian
kain batik dan kain
songket
4. Pelajar diminta
menerangkan mengenai
kegunaan kain batik
(Rujuk Lampiran D)
5. Pelajar diminta
menerangkan mengenai
kegunaan kain
songket(Rujuk Lampiran
E)
6. Pelajar diminta untuk
menyatakan perbezaan
antara kedua-duanya
Nilai:
1. Menghargai
2. Kerjasama
3. Tolong-menolong
KBKK:
1. Memerhati
2. Menerangkan
3. Membezakan
ABM:
1. Majalah lama
2. Lampiran D
3. Lampiran E

LAMPIRAN A
Nyatakan motif dan corak yang terdapat pada kain batik dan kain songket
Kain Batik Kain Songket

LAMPIRAN B

Cara Pembuatan Batik

1.

2.
3.

4.

5.

LAMPIRAN C

Cara Pembuatan Songket

1.

2.
3.

4.

5.

LAMPIRAN D

Contoh Kegunaan Batik

1.

2.

3.

4.
5.

6.

LAMPIRAN E

Contoh Kegunaan Songket

1.

2.

3.

4.

5.

Anda mungkin juga menyukai