Anda di halaman 1dari 2

halaman dalam pembinaan

Seni Batik
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diaasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan
sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas permukaan tekstil. Warna kemudiannya disampaikan kepada tekstil samada
dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain
sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama. Keunikan setiap helai ini tambah terserlah dalam seni batik tulis.

Seni Batik Terap


Batik terap merupakan seni batik asal Terengganu yang mempunyai warisan yang lama. Beberapa catatan sejarah merakam penggunaan
batik yang berusia lebih daripada seratus tahun. Batik terap menggunakan teknik cap iaitu aplikasi lilin dengan blok cap dan pewarnaan
secara celupan ke dalam pewarna. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan batik sarung dan batik lepas yang popular dalam kegunaan
harian. Kaedah celupan hanya memungkinkan warna yang sekata dan datar walaupun terapan dan celupan ulangan boleh dibuat  untuk
mendapatkan warna akhir yang lebih banyak. Kaedah cap dan celup ini memungkinkan pengeluaran batik yang agak cepat untuk pasaran.

Anatomi sehelai batik


        Anatomy of a batik piece
Tidak seperti corak batik kontemprari yang banyak dipengaruhi oleh Batik Jawa [sebahagiannya dicetak di Indonesia tetapi diedar di
Terengganu sebagai Batik Terengganu] dan corak yang moden dan bebas, Batik Terengganu yang asli mempunyai anatomi yang tersendiri.
Sehelai batik mempunyai bahagian-bahagian corak yang khusus dengan panggilan 'patak' [pantat / dasar], kaki dan sebagainya.
Penggunaan corak dan warna juga mempunyai kaitan yang rapat dengan anatomi batik tadi.

Batik Terap [dari keping-keping logam ke busana]


         Batik Prints (from metal scraps to couture)
Dilihat dari kepingan kain batik yang siap, tidak siapa menyangka yang kisah sehelai batik bermula dari keping-keping logam yang diambil
dari tin-tin kosong yang terbuang. Blok cap yang dibuat dari pada keping-keping logam yang dipotong daripada tin-tin yang dibuang inilah
yang menentukan corak dan rupa akhir kain batik yang akhirnya dijelmakan pada busana yang indah. Daripada lakaran corak corak batik
yang disediakan oleh pereka batik , kepingan-kepingan logam ini dibentuk dan dipateri menurut garis lakaran yang disediakan oleh pereka
blok cap. Blok asas ini kemudiannya dilekatkan pada kepingan bingkai papan dan dipasang tangkai. Sepasang [satu set] blok mengandungi
beberapa bahagian yang merujuk kepada anatomi kain batik. Penerap kadangkala mengambil bahagian-bahagian berasingan dari sat
pasang untuk membentuk corak yang berbeza. Blok yang siap ini sendirinya merupakan satu kerja seni yang halus dan cantik. 

Dari blok cap ke batik


Blok-blok yang mewakili bahagian yang berbeza pada sehelai kain ini dicelup ke dalam lilin cair dan diterap ke atas kain. Terapan lilin ini
menjadi pemisah antara tekstil dan warna. Bergantung kepada warna akhir yang diperlukan pada sehelai batik, terapan dan celupan dibuat
berulang-ulang sebelum ianya dicelur, dijemur kering dan dilipat untuk dipasarkan.

Petugas dalam menghasilkan sehelai batik terap

Tukang cat Tukang blok


Tukang terap Tukang celur
Tukang jemur Tukang lipat

Seni Batik Tulis

Seni Canting [dari lakaran ke busana]


         Tjanting Art (from sketch to couture)
Teknik, bahan dan peralatan seni batik
         Batik techniques, material and utensils
Busana dari zaman ke zaman
         Couture through the ages

.
 

Anda mungkin juga menyukai