Anda di halaman 1dari 2

Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis

Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang
diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin,
canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda.
Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk,
pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang
diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya
mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan
menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap
redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna.
Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting.
Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir,
mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi
menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka
terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil.
Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
1. Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih
berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi
abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera
berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih
memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh
dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.
2. Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin
perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus
menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke
dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin
aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.
3. Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan
untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj
4. Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan
1 / 2
Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis
direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah
digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin
ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling
elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik
lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana
corak yang dihasilkan secara free-hand. Pembikinan batik cara lain adalah seperti batik
cap/cop/blok, batik stensil dan tie and dye. Kesemua batik dengan menggunakan teknik ini
dapat dihasilkan oleh MasterWan Batik kami.
BATIK NIG (NEWS - INFO GUIDE)
BY MASTERWAN BATIK

2 / 2

Anda mungkin juga menyukai