Anda di halaman 1dari 1

Definisi Arca

Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji
dan dinikmati nilai estetikanya.arca tidak sama dengan seni tampak yang lain
disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang
dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca
merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka
bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisi
padu, mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali
sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi
penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui
proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan
distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.
Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi
dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakan di samping
memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk astetika merupakan bentuk ciptaan
pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek
estetikanya. Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar
kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.
Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan
sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu.
Seterusnya, Keliering atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang
digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambing kebesaran tuan
rumah. Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.

Arca Bentuk Estetika

Arca Bentuk Berfungsi

Anda mungkin juga menyukai