Anda di halaman 1dari 2

Cetakan blok kayu di Jepun di kenali sebagai Ukiyo-e.

Pada asalnya iadibawa masuk ke


Jepun seiring kemasukan agama Buddha. Stail dangaya cetakan blok kayu Jepun yang unik
berkembang maju pertengahanabad ke 17 hingga pertengahan abad ke 19. Perkataan
Ukiyo berasaldari perkataan Buddha bermaksud dunia sedih. Aspek
yang digambarkandalam Ukiyo-e, adalah tentang dunia terapung merujuk kepada
perasaandan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e pula bermaksudgambar atau
lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaansejarah zaman Edo di bawah
pemerintahan Shogun yang terasing daridunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar
persembahan teater, restoran,kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan.
Tahun 1650,ilustrasi buku cetak dari blok kayu pertama dihasilkan oleh Ise
Mongatari.Awalnya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang
dikeluarkan. Akhirnya gambar jadi penting yang dihasilkan sekumpulanartis seni. Tokoh artis
seperti Utamaro dan Sharaku menghasilkan poster,iklan persembahan teater dan rumah
pelacuran atau potret idola sepertiaktor Kabuki (drama tradisi Jepun).

Secara amnya mereka menggambarkan kehidupan seharian waktu ituyang sesuai dijadikan
cetakan poskad. Awal abad ke 18, perubahan padakualiti kertas, rupa bentuk dan saiz
cetakan bertambah dan pelbagai.Teknik cetakan lebih moden. Urushi-e bahan
pengilat, ditambah padakawasan hitam tertentu menjadikannya berkilat melalui campuran
gamdan dakwat. Dari awal cetakan warna dilakukan dengan tangan.Pertengahan abad ke
18, Okumara Masanobu(penerbit &pelukis) telahmembuat eksperimen dengan
menggunakan lebih daripada satu kayu blokuntuk menghasilkan beni-e atau gambar
merah. Tokoh artis SuzukiHarunobu antara yang cemerlang dan terkenal di Edo
yang dapatmencetak dan menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus&
serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya sungguhmenarik. Kecantikan
ukiyo-e hanya dapat dikecapi oleh warga duniaselepas Laksamana Perry ke Jepun tahun
1854 selepas dasar bukapintu. Malangnya banyak hasil ukiyo-e rosak kerana gempa
bumi,kebakaran dan terlalu usang
Shunga merupakan karya seni bergaya ukiyo-e (seni lukis di atas woodblockyang
penggarapannya melalui cetakan). Kadang-kadang shunga dicetak puladi atas gulungan
kertas perkamen. Lukisan pada kerya shunga biasanyaadegan percintaan. Seni Shunga
bermula sejak era Muromachi (1336-1573)dan dipengaruhi pelukis erotik dari dinasti Tang di
China, Chou Fang. SeniShunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk
bukudinamakan enpon. Selain itu, karya ini juga dalam bentuk gulungan(handscroll format)
dinamakan kakemono-e. Karya shunga yang dibuat di Osaka& Kyoto warnanya lebih kaya
dibandingkan dari Edo kerana digunakangofun (bubuk kulit kerang putih yang dicampur
dengan berbagai bahanhingga menjadi pigmen beraneka warna

Ketika era pemerintahan Kaei (1848-1854), banyak kapal pedagang asingdatang je Jepun.
Seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalamiperubahan dari segi budaya.Diikuti
oleh zaman keagungan Meiji sekitar tahun 1868, jepun mengamalkandasar terbuka kepada
bahan import dari luar termasuklah hasil photografiyang telah menggantikan seni Ukiyo-e
secara keseluruhannya. Pengaruhbarat ke atas Jepun telah berkembang dalam era Meiji.
Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini
hanyadijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat baratmelihat
dan menjumpai kertas cetakan ini, ia telah menjadi sumber ilhampenting kepada pengkarya-
pengkarya daripada aliran impresionisme,kubisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van
Gogh, James Abbott,McNeill Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini
telah dikenalisebagai Japonisme di Barat.
Proses penghasilan Ukiyo-e
Secara tradisi proses penghasilan ukiyo-e melibatkan 3 bidang dan orangyang berbeza.
Bidang tersebut ialah,- Kerja melukis (pelukis/artis)-
Kerja mencetak, memilih warna, mengeluarkan modal(pengeluar/penerbit)-Kerja mengukir
blok kayu (pengukir)Proses dimulakan dengan menggunakan blok dakwat hitam dan
diikutiblok warna di akhir cetakan. Kemudian hansita-e dilekatkan ke atas blokkayu yang
kering. Kemudian diukir berhati-hati supaya garisan timbul.Cetakan terhasil dari permukaan
timbul yang ditinggalkan, bila bahagianlain diukir keluar. Setiap warna memerlukan blok
kayu yang berasingan.Garis panduan diukir secara berhati-hati atas kayu blok untuk
memastikanwarna dicetak mengikut garisan yang betul. 2 bentuk cetakan timbul yangpaling
biasa menggunakan kayu dan lino. Selain itu termasuklah getahatau styrofoam

Anda mungkin juga menyukai