Anda di halaman 1dari 76

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan ialah perihal yang berkaitan dengan penyampaian, pembentukan

dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian serta jasmani manusia yang sangat

penting dalam pembangunan negara. Seperti yang termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diumumkan secara rasminya pada tahun 1988,

pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah

(Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), 2013).

Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran yang menjurus kepada bidang

seni tampak. Menurut Rousliluddin Ambia et al. dalam modul HBAE1103 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Seni Visual (PSV) membawa maksud seni

tampak yang melibatkan proses penghasilan karya seni dengan melibatkan

pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam konteks ini, matlamat mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual amat selaras dengan matlamat yang digariskan dalam FPK.

Ini dapat dijelaskan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang

bertujuan untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

pemupukan asas seni visual.

Dalam hal ini, sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni

yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama yakni menggambar, membuat

corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional

(BPK, 2013). Daripada keempat-empat bidang kegiatan dalam PSV, bidang

menggambar merupakan bidang kegiatan yang paling asas dan berkesan untuk

1
mengekspresikan sesuatu melalui representasi visual yang dihasilkan di atas

permukaan rata. Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek

melukis serta kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat

aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini

ialah lukisan, catan, kolaj, mozek, gosokan, resis, capan, cetakan, stensilan, montaj

dan poster.

Dalam bilik darjah, aktiviti lukisan dalam bidang menggambar sering

dilaksanakan oleh guru-guru sebagai asas dan pengenalan kepada aktiviti seni visual.

Kepentingan lukisan perlu dijelaskan di peringkat awal proses pembelajaran dan

pengajaran (PdP) yang melibatkan Seni Visual Ini kerana lukisan adalah intipati

kepada semua disiplin seni seperti catan, cetakan dan juga lain-lain. Lukisan

merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej

dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit

yang dihasilkan di atas permukaan rata dengan aplikasi asas seni reka seperti garisan,

rupa, bentuk, ruang, warna dan jalinan (Modul PGSR PSV 3107 pedagogi pendidikan

seni visual, 2010).

Adalah penting untuk difahami bahawa dari satu sudut yang lain,

keberkesanan keseluruhan lukisan adalah bergantung kepada aspek asas dalam

lukisan tersebut seperti kualiti garisan, kepelbagaian dan sensitiviti nilai atau kesan

yang dihasilkan, kawalan tekanan terhadap alatan dan permukaan kertas (Brian

Jungen, Clint Burnham dan Solange de Boer, 2007). Bowen (1992) berpendapat

apabila kita rnembuat banyak latihan untuk meningkatkan tahap kemahiran melukis,

secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti karya yang akan dihasilkan.

Menurut Oxford Advanced Learner's Dictionary (2010), penguasaan pengetahuan

atau kompeten bermaksud, having enough skill or knowledge to do something well

or to the necessary standard. Murid yang kompeten adalah yang menguasai

2
kemahiran atau pengetahuan yang cukup untuk melakukan sesuatu kemahiran seni

dengan baik atau dalam satu standard yang ditetapkan.

Sememangnya, konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika.

Untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang bermutu, terdapat pertimbangan dan

pengamatan asas dalam lukisan seperti ton warna serta campuran warna. Ton ialah

nilai pancaran warna iaitu dari terang ke gelap (Wikipedia, 2017). Campuran warna

pula dihasilkan dengan gabungan kedua-dua jenis warna yang mempunyai ton.

Kesan campuran warna dapat dihasilkan dengan mengawalkan tekanan pensel dari

tekanan berat ke tekanan ringan apabila menggosokkan warna pertama ke atas

permukaan kertas dan seterusnya menggosok warna yang berlainan dari arah yang

bertentangan bermula dengan tekanan pensel yang berat beransur ke tekanan ringan

ke arah warna pertama sehingga bertindih ke atas warna pertama (Verrastro, 2014).

Dengan campuran warna tanpa garisan dan pembahagian kedua-dua warna,

sesuatu objek atau imej akan kelihatan lebih realistik dengan sifat 3 dimensi. Hal ini

dapat dibuktikan dengan pertanyaan seperti di bawah.

Artists use values to translate the light and shadows they see into shading,

thus creating the illusion of a third dimension. With shading, the magical

illusion of three-dimensional reality appears on your drawing paper (Dummies,

2017)

Lantaran itu, dalam kajian ini akan memfokus kepada penggunaan alat bantu

belajar Traffic Light Pen bagi meningkatkan kemahiran murid tahun 4 mencampur

warna dalam aktiviti lukisan.

3
1.2 KONTEKS

Pengkaji merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus

Gaya Kota Kinabalu, Sabah yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan dalam bidang Pendidikan Seni Visual (PISMP-PSV). Pengkaji telah

menjalani penyelidikan tindakan ini di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

di sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kebanyakan murid di sekolah ini berasal

daripada keluarga yang mempunyai berpendapatan tinggi atau berstatus

sosioekonomi tinggi.

Pengkaji telah diberi tanggungjawab mengajar Pendidikan Seni Visual bagi

kelas Tahun 4 di sekolah tersebut. Untuk itu, pengkaji diperuntukkan masa mengajar

selama sejam seminggu. Berdasarkan keputusan Penilaian Pertengahan Tahun yang

dijalankan pada bulan Mei yang lalu, pengkaji dimaklumkan bahawa pencapaian

akademik murid yang diajar berada pada tahap sederhana. Bilangan murid dalam

kelas terdiri daripada 42 orang murid iaitu 18 orang lelaki dan 16 orang perempuan.

Semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni lukisan,

pengkaji telah mendapati masih ramai murid lemah serta belum menguasai

kemahiran mewarna. Dalam hal ini, pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak

dapat menghasilkan ton dan seterusnya mencampur warna akibat tidak dapat

mengawalkan tekanan pensel warna. Selain itu, murid juga lebih menjurus kepada

melukis garisan di tengah untuk membahagikan warna gelap dan warna terang untuk

menghasilkan kesan campuran warna.

Lantaran itu, pengkaji telah bertekad untuk melaksanakan penyelidikan untuk

memperbaiki penguasaan murid dalam penghasilan ton warna dan kemahiran

mencampur warna ke tahap yang lebih baik. Di samping itu, amalan dalam proses

PdP juga dapat ditingkatkan sebagai seorang guru yang lebih berkemahiran dalam

teknik mewarna aktiviti lukisan.

4
1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah

mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni

Visual di sebuah SJKC di sekitar Daerah Kota Kinabalu telah berjalan dengan baik.

Murid-murid telah didedahkan pengetahuan atau kefahaman asas seni seperti unsur

seni, prinsip rekaan serta kemahiran yang terkandung dalam aktiviti seni.

Menerusi pemerhatian yang dilakukan pada sesi pengajaran dan

pembelajaran yang lepas, pengkaji mendapati sebilangan murid tidak dapat

menghasilkan ton warna seterusnya mencampur warna dengan penggunaan media

pensel warna. Selain itu, murid juga lebih menjurus kepada melukis garisan di tengah

untuk membahagikan warna gelap dan warna terang untuk menghasilkan kesan

campuran warna. Hal ini dapat dijelaskan dengan hasil karya murid seperti dalam

Rajah 1, 2, 3, 4 dan 5.

Warna yang digunakan dalam


karya adalah tiga jenis warna
asas dan gosokan warna
dengan tekanan pensel warna
yang sama tidak menunjukkan
ton.

HK/LU/T4/020517/M3

Rajah 1. Pola Kelemahan 1 Tidak menunjukkan ton warna pada hal benda.

5
Warna yang diaplikasikan
pada buah epal adalah
kumpulan warna harmoni
namun pembahagian yang
dikesani di antara warna tidak
menunjukkan kesan campuran
warna.

HK/LU/T4/020517/M1

Rajah 2. Pola Kelemahan 2 Tidak menunjukkan campuran warna pada hal benda.

Tekanan pensel warna yang


berbeza telah menunjukkan ton,
iaitu terdiri daripada zon gelap
dan zon pudar. Namun, kesan
campuran warna tidak dapat
dikesani kerana campuran
warna berlaku apabila warna di
zon pudar kedua-dua jenis
warna bertindih.

HK/LU/T4/020517/M4

Rajah 3. Pola Kelemahan 2 Tidak menunjukkan campuran warna pada hal benda.

6
Pembahagian garisan di
antara kedua-dua jenis warna.
Murid cenderung untuk
menghasilkan garisan di
antara dua jenis warna untuk
mempelbagaikan jenis warna
dalam sesuatu hal benda demi
mewujudkan kesan campuran
warna.

HK/LU/T4/020517/M2

Rajah 4. Pola Kelemahan 3 Pembahagian garisan warna di antara dua jenis

warna.

Pembahagian garisan di
antara kedua-dua jenis warna.
Murid cenderung untuk
menghasilkan garisan di
antara dua jenis warna untuk
mempelbagaikan jenis warna
dalam sesuatu hal benda demi
mewujudkan kesan campuran
warna.

HK/LU/T4/020517/M5

Rajah 5. Pola Kelemahan 3 Pembahagian garisan warna di antara dua jenis

warna.
7
Berdasarkan kepada Rajah 1, 2, 3, 4 dan 5, pengkaji dapat mengenal pasti

terdapatnya tiga pola kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid semasa mewarna

dalam aktiviti lukisan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1.

Jenis-jenis Pola Kelemahan.

POLA KELEMAHAN ASPEK

Pola Kelemahan 1 Tidak menunjukkan ton warna pada hal benda.

Pola Kelemahan 2 Tidak menunjukkan campuran warna pada hal benda.

Pola Kelemahan 3 Terdapat pembahagian garisan warna di antara dua jenis

warna.

Bagi mengatasi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mencipta satu alat

bantu belajar (ABB) untuk mengajar murid-murid mengenai kemahiran penghasilan

ton warna serta mencampur warna dengan media pensel warna melalui tunjuk cara

secara kumpulan kecil. Dalam konteks ini, pengkaji cuba membimbing murid dalam

mengawal tekanan pensel untuk menghasilkan ton sebagai permulaan untuk

mencampur warna dengan berkualiti. Hal ini kerana, melalui tunjuk cara dan latihan

tubi sahaja tidak mempu membantu murid menguasai kemahiran menghasilkan ton

dan seterusnya mencampur kedua-dua jenis warna.

Sekiranya murid-murid diberi gambaran mengenai teknik mewarna dengan

memfokus kepada ton warna dan mencampur warna tetapi tidak dimanfaatkan dan

dikuasai dengan betul, sudah tentu murid-murid akan mengalami suatu kerugian

besar. Hal ini kerana, dengan pengaplikasian ton dan campuran warna yang betul

8
terhadap sesuatu hal benda, kesan tiga dimensi hal benda tersebut dapat ditonjolkan

dalam sesebuah lukisan (Nelson, 2013). Lantaran itu, boleh dijelaskan bahawa

kemahiran mencampur warna merupakan salah satu aspek dan kriteria yang penting

demi meningkatkan kualiti sesebuah lukisan.

Melalui pemerhatian terhadap amalan murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, dapat dikesani bahawa masalah murid-murid berpunca daripada

kelemahan kemahiran mewarna dalam aktiviti lukisan, maka pengkaji mengambil

inisiatif untuk mengetengahkan kajian bagi membantu murid-murid menguasai

kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna dengan pensel warna bagi

menghasilkan lukisan yang lebih berestetika tinggi. Pengkaji berharap sekiranya

kajian ini berjaya, kelemahan murid dalam kemahiran mewarna dapat diubah ke arah

yang betul di samping memberi keseronokan kepada muridmurid.

9
2.0 FOKUS KAJIAN

Setiap masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran pasti

mempunyai punca sama ada disebabkan oleh pengajaran guru mahupun

pembelajaran dalam kalangan murid. Seandainya dibiarkan, penyebab ini akan terus-

menerus menjadi penghalang kepada pencapaian objektif pengajaran. Bahagian ini

membincangkan fokus kajian dan keprihatinan masalah yang dihadapi oleh murid

dalam memahami konsep ton warna, campuran warna dan mengaplikasikan kesan

campuran warna terhadap hal benda dalam karya lukisan.

2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengalaman, pengkaji dapati masalah penghasilan ton warna dan

mencampur warna melalui media pensel warna merupakan masalah utama yang

dihadapi oleh murid-murid. Walaupun terdapat masalah yang lain yang dikesan

semasa murid menghasilkan karya lukisan, namun pengkaji akan memfokuskan

kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari aspek penguasaan

kemahiran mewarna dalam aktiviti lukisan.

Campuran warna merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam

mempengaruhi kualiti sesebuah lukisan. Umumnya, campuran warna dalam Bahasa

Inggeris dikenali sebagai blending. Blending is the technique of painting colors so

that there is a gentle and gradual transition from one to the other (Evans, 2012).

Seperti yang dinyatakan oleh Evans, hasil campuran warna yang betul dan berkesan

adalah penggabungjalinan kedua-dua jenis warna secara beransur-ansur. Namun

apa yang dapat dikesan melalui pemerhatian sepanjang pelaksanaan sesi

pengajaran dan pembelajaran, sesetengah murid salah faham terhadap konsep

10
mencampur warna menggunakan media pensel warna yang boleh menjejaskan

penguasaan dalam kemahiran mencampur warna.

Campuran warna amat penting dalam sesebuah lukisan. Ia menimbulkan

kesan serta mood melalui pertukaran ton warna dan pencampuran dengan warna

yang lain tanpa ada sempadan dan garisan. Dengan pengaplikasian pelbagai warna

dalam satu-satu hal benda, hal benda tersebut akan kelihatan lebih realistik seperti

yang dilihat melalui tanggapan mata terhadap alam sekeliling. Hal ini boleh dijelaskan

dengan fungsi campuran warna yang dapat mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi

dalam seni tampak.

Menurut Brian Duey, seorang pelukis dari Grand Rapids, Michigan yang pakar

dalam penggunaan graphite, campuran warna dan ton warna adalah kemahiran atau

teknik yang sangat popular di antara pelukis-pelukis (Pendleton, 2008). Hal ini kerana,

ton serta campuran warna sangat penting dalam menonjolkan hal benda yang ingin

diekspresikan dalam sesebuah lukisan.

Lantaran itu, kajian ini adalah sangat penting untuk membantu murid

memahami dan meningkatkan kemahiran murid mencampur warna dengan media

pensel warna semasa menjalani aktiviti lukisan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana

seandainya masalah ini tidak diperbaiki dan diperbetulkan, murid akan terus

memaparkan hasil karya mereka dengan teknik mewarna yang mempunyai

pembahagian garisan di antara dua warna. Hasil karya mereka kelihatan bersudut-

sudut, rata serta tidak memberikan mood yang sebenar. Oleh itu, kemahiran

mencampur warna ini adalah penting untuk dipertingkatkan dan diberi perhatian bagi

meningkatkan kemahiran mewarna dalam sesebuah lukisan.

Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa fokus kajian iaitu masalah

mencampur warna yang dialami oleh murid-murid dapat diatasi dengan

menggunakan alat bantu belajar (ABB) iaitu Traffic Light Pen dalam pengajaran dan
11
pembelajaran. ABB ini boleh diguna pakai secara berkesan kepada murid-murid yang

menghadapi masalah dalam penghasilan ton warna dan mencampur warna kerana

ia berfokuskan kepada pengawalan tekanan pensel warna yang menjurus kepada

penghasilan ton dan seterusnya mencampur warna. ABB ini juga boleh digunakan

dalam kajian masa hadapan dalam aspek kemahiran mewarna.

Bukan itu sahaja, penggunaan Traffic Light Pen dalam kajian yang dijalankan

juga wajar dan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Alat bantu belajar

yang telah dibina dapat dikongsikan bersama guru ataupun rakan guru yang lain pada

masa akan datang dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain

daripada itu, Traffic Light Pen yang berfungsi untuk membantu murid dalam

pengawalan tekanan pensel juga dapat diaplikasikan ke dalam mata pelajaran lain

seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terhadap kumpulan murid yang

menghadapi masalah seperti tulisan yang terlalu pudar.

Lebih-lebih lagi, skop kajian ini adalah kecil. Hal ini kerana pelaksanaan

intervensi yang dirancang akan dilakukan dengan menggunakan waktu rehat. Ini

secara langsung dapat menjamin keberkesanan perjalanan intervensi malah tidak

mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa. Bahan

yang dipilih juga amat bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid serta tidak

melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, kajian mengenai usaha meningkatkan

kemahiran mencampur warna dalam kalangan murid dipercayai dapat dijayakan

melalui Traffic Light Pen yang mudah dikendalikan dan sesuai dengan keperluan

murid.

Kesimpulannya, jika masalah murid-murid yang lemah dalam kemahiran

mencampur warna dengan media pensel warna dan tidak berminat untuk

menghasilkan lukisan akibat daripada kelemahan tersebut, pengkaji khuatir murid-

murid tersebut akan menghadapi kesusahan untuk melakukan aktiviti seni yang lebih

12
rumit seperti catan dan sebagainya pada peringkat yang lebih tinggi nanti. Oleh itu,

penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen dicadangkan dalam kajian ini bagi

membantu murid menghasilkan ton warna serta mencampur warna dengan melatih

murid dalam pengawalan terhadap tekanan pensel warna ketika mewarna.

2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL

Setelah fokus kajian dikenal pasti, maklumat-maklumat yang relevan dan cukup perlu

dikumpul untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. Sebarang maklumat dalam apa

jua bentuk yang dapat menjelaskan situasi yang dikaji dikenali sebagai data (Chow

Fook Meng & Jaizah Bt Mahamud, 2011). Dalam kajian ini, data akan dikumpul

melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian untuk dijadikan sebagai tinjauan

awal kepada isu yang akan difokuskan.

2.2.1 PEMERHATIAN

Umum mengetahui pemerhatian merupakan satu aktiviti pengumpulan data dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Selalunya melibatkan catatan terhadap

sesuatu perkara yang diperhatikan dan dicatatkan pada masa kejadian itu berlaku

(Shahrir Affandi Daud, Suziela Md. Tahir & Norafidah Noralidin, 2014). Dalam kajian

ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur demi

mempermudahkan pengumpulan data.

Pengkaji telah menggunakan borang senarai semak (Rujuk Lampiran A)

dalam membuat pemerhatian, kemudian data-data tersebut telah dicatatkan sebagai

rujukan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna

dan mencampur warna. Pemerhatian akan dilakukan dari item warna iaitu aplikasi

kepelbagaian warna, ton warna, campuran warna serta kreativiti penggunaan warna
13
diperhatikan, manakala dalam item tekanan pensel warna pula, konsistensi dan

kesesuaian tekanan pensel warna semasa mewarna diperhatikan. Pencapaian

setiap aspek diberi satu skor. Dengan pengumpulan skor murid setiap aspek yang

dicatat dalam borang pemerhatian, pengkaji dapat menjawab soalan penyelidikan

tindakan pertama iaitu melihat tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna

dan mencampur warna dalam aktiviti mewarna.

2.2.2 ANALISIS DOKUMEN

Analisis adalah salah satu bahagian terpenting dalam penyelidikan kerana hasilnya

akan mencerminkan sebahagian daripada objektif sesuatu penyelidikan (Mohd Saufi

Ismail & Hasan Bahrom). Untuk menyokong dapatan yang sedia ada, penelitian

dokumen juga telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data-data yang

berkaitan dengan persoalan kajian. Analisis dokumen boleh diinterpretasi sebagai

suatu tindakan mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen

yang dikaji (Pasukan Penyelidik, 2014).

Untuk menganalisis hasil karya murid sebelum intervensi (Rujuk Lampiran B)

dan selepas intervensi (Rujuk Lampiran C), pencapaian murid dicatat dalam bentuk

jadual dan dinilai berdasarkan dengan skema pemarkahan (Rujuk Lampiran D) yang

telah ditetapkan. Selain itu, hasil karya murid juga boleh dianalisis menggunakan

tema-tema dan secara naratif. Lembaran kerja/ hasil karya murid dianalisis

berdasarkan aspek-aspek yang ditetapkan seperti pengaplikasian warna, ton warna,

campuran warna, nilai warna, dan kekemasan. Data dianalisis menggunakan skor

untuk menunjukkan tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan

kemahiran mencampur warna.

14
2.2.3 TEMU BUAL

Temu bual merupakan salah satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan

interaksi bersemuka antara pengkaji dengan peserta kajian. Temu bual digunakan

untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak

mengikut keperluan persoalan kajian (Abdul Majid, 2000). Temu bual berkenaan akan

ditranskripkan dan hasil data dipersembahkan dalam bentuk naratif dan kekerapan

tema.

Dalam kajian ini, bentuk temu bual berstruktur akan dijalankan oleh pengkaji.

Temu bual ini melibatkan set soalan (Rujuk Lampiran E) yang berkaitan dengan

penggunaan alat intervensi telah dirangka awal oleh pengkaji. Soalan yang

dikemukakan kepada semua peserta kajian adalah sama. Tidak ada sebarang soalan

tambahan yang boleh diberikan bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan

(Shahrir Affandi Daud, Suziela Md. Tahir & Norafidah Noralidin, 2014). Temu bual

dijalankan dengan murid untuk mendapat maklum balas mengenai sejauh mana

penggunaan Traffic Light Pen dapat meningkatkan kemahiran penghasilan ton

warna dan mencampur warna dalam aktiviti lukisan.

2.3 TINDAKAN

Dalam kajian ini model yang telah dijadikan panduan oleh pengkaji ialah

model Kemmis dan McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah

kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti mereflek (reflect), merancang

(plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) (Pasukan Penyelidik, 2014).

Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan disifatkan sebagai Gelungan Pertama

(Cycle 1) dan jika masalah tidak dapat ditangani, maka guru bolehlah memulakan

proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah dapat

15
diselesaikan. Langkah-langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan

pada Rajah 6.

16
MEREFLEK
Merefleksi diri bagi melihat
kekuatan dan kelemahan
pengajaran dan pembelajaran
diri sendiri
TINJAUAN
AWAL

MEMERHATI
MERANCANG
Mengumpul dan
Merancang tindakan/
menganalisis data bagi
intervensi bagi mengatasi
menilai keberkesanan
masalah yang difokuskan
tindakan

BERTINDAK
Melaksanakan tindakan bagi
mengatasi masalah yang
menjadi fokus

MEREFLEK TERUSKAN KE
GELUNG
SETERUSNYA

(JIKA PERLU)

MEMERHATI MERANCANG

BERTINDAK

Rajah 6. Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988)

dalam Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga

17
Kajian tindakan bertitik tolak daripada proses refleksi (imbas kembali) yang

dilakukan oleh pengkaji terhadap tugas seharian mereka. Sebagai contoh, pengkaji

mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dijalankan

di dalam kelas terhadap murid-murid. Kekuatan dan kelemahan pengajaran dan

pembelajaran diteliti sama ada murid dapat memahami apa yang ingin diajar serta

masalah yang dihadapi oleh murid. Proses refleksi dilakukan secara kritis agar

pelbagai isu dan masalah yang wujud dalam melaksanakan tugas seharian dapat

dikesani.

Dalam kajian ini, kelemahan murid dalam aktiviti mewarna biasanya

disebabkan oleh banyak faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain. Justeru,

pengkaji sedar bahawa agak sukar untuk menangani kesemua punca masalah yang

ditemui. Dalam konteks ini, pengkaji telah memberi fokus kepada punca masalah

yang berada dalam ruang lingkup atau dalam kawalan yang mana pengkaji

mempunyai kuasa untuk bertindak. Isu kemahiran penghasilan ton warna dan

mencampur warna dengan pensel warna dalam kalangan murid telah dipilih sebagai

fokus dalam kajian ini.

Setelah melakukan proses refleksi, seterusnya pengkaji telah merancang

tindakan yang ingin diambil bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti iaitu

kelemahan tahap kemahiran mewarna murid. Dalam hal ini, pengkaji telah

mengelakkan daripada terus merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan

berdasarkan refleksi secara individu semata-mata. Hal ini sedemikian kerana

perancangan tindakan sebegini akan hanya dibuat berdasarkan persepsi atau

andaian pengkaji sahaja, bukannya berdasarkan maklumat sebenar. Oleh itu,

tinjauan awal melalui pengumpulan data atau maklumat secara tepat pada peringkat

permulaan telah dilakukan bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti kelemahan

murid dalam kemahiran mewarna secara menyeluruh. Pengumpulan data telah

dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.


18
Setelah mengenalpasti masalah kemahiran mewarna yang dihadapi murid

melalui tinjauan awal iaitu tidak dapat menghasilkan ton warna dan mencampur

warna dengan media pensel warna, pengkaji telah merancang tindakan intervensi

bagi mengatasinya. Atas pertimbangan kehendak murid, pengkaji telah berusaha

membangunkan satu alat bantu belajar yang dinamakan Traffic Light Pen. Reka

cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen telah dibangunkan untuk membantu murid

dalam menguasai kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna dengan

media pensel warna semasa menjalani aktiviti lukisan.

Pembangunan reka cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen sebenarnya

dapat membantu murid dalam aspek pengawalan tekanan pensel yang mana

merupakan aspek paling penting dalam penghasilan ton warna dan mencampur

warna. Dalam konteks ini, komponen utama alat bantu belajar Traffic Light Pen iaitu

pegas akan memain peranannya dalam membantu murid mengawal tekanan pensel

yang menjurus kepada perbezaan nilai kegelapan sesuatu gosokan warna.

Seterusnya, pengkaji melaksanakan tindakan berdasarkan perancangan

yang telah dilakukan. Pertama sekali, pengkaji telah melaksanakan amali ke atas

peserta kajian untuk mendapat maklumat mengenai tahap kemahiran murid dalam

penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur warna. Tindakan diteruskan

dengan pendedahan alat bantu belajar Traffic Light Pen kepada peserta kajian.

Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan Traffic Light Pen manakala murid-

murid diberi peluang mempelajari cara penggunaan dan membuat eksperimentasi

dengan Traffic Light Pen dalam penghasilan ton warna serta mencampur warna.

Selepas itu, pengkaji memerhati dan memantau sama ada tindakan itu

berkesan atau tidak serta sejauhmana penggunaan alat bantu belajar Traffic Light

Pen dapat menyelesaikan masalah kemahiran mewarna yang dihadapi oleh murid.

Untuk ini, pengkaji sekali lagi mengumpul data melalui amali atau cara-cara yang

19
telah dinyatakan di atas seperti analisis dokumen dan temu bual. Data yang diperolehi

dianalisis bagi membolehkan pengkaji melakukan semula refleksi berkaitan kekuatan

dan kelemahan tindakan yang diambil, keberkesanan tindakan tersebut serta

tindakan susulan yang perlu dilakukan.

20
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan

kemahiran mencampur warna.

ii. Mengenal pasti penggunaan Traffic Light Pen dalam meningkatkan

kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna dalam aktiviti

lukisan.

3.2 SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan kemahiran

mencampur warna?

ii. Adakah penggunaan Traffic Light Pen dapat meningkatkan kemahiran

penghasilan ton warna dan mencampur warna dalam aktiviti lukisan?

21
4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina X di sekitar Daerah

Kota Kinabalu, Sabah. Secara puratanya, pencapaian murid adalah sederhana.

Pemilihan kumpulan ini adalah disebabkan ia merupakan kelas yang diajar oleh

pengkaji sepanjang praktikum tiga bulan di sekolah tersebut.

Dalam kajian ini, peserta kajian dipilih berdasarkan kepada prestasi melalui

pemerhatian. Tahap kemahiran murid dalam kemahiran mewarna telah dinilai melalui

penggunaan senarai semak dengan mengenal pasti kriteria-kriteria yang tidak dapat

dikuasai oleh murid. Pendekatan ini membolehkan peserta kajian yang terpilih

mempunyai masalah kemahiran mewarna yang sama dan boleh diperbaiki menerusi

intervensi yang dibangunkan berdasarkan fokus kajian yang dibina.

Berdasarkan data yang dikumpulkan, seramai 5 orang murid Tahun 4 yang

terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah dipilih

sebagai peserta kajian. Peserta kajian dipilih kerana tahap kemahiran mereka

terhadap penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur warna pada tahap

sederhana dan lemah. Kajian yang mempunyai kumpulan sasaran kecil akan lebih

mudah dikendalikan serta bimbingan secara terus dapat diberikan.

22
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang pelaksanaan tindakan intervensi iaitu

penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen dalam membantu murid menguasai

kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna dalam aktiviti lukisan.

Masalah murid dalam penghasilan ton warna dan mencampur warna semasa

melakukan aktiviti lukisan akan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan

untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data

dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada

hasil tindakan tersebut.

5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), menyatakan bahawa pengajaran hanya boleh

berlaku sekiranya ada sesuatu yang hendak diajar. Pengajaran tidak akan wujud

dengan sendirinya dalam keadaan abstrak. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan

bahawa kecenderungan murid kini lebih berinteraksi dengan objek iaitu secara

hands on berbanding dengan melibatkan pemikiran (Abraham, I. & Millar. R., 2008).

Ini bermakna pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik perlu dilaksanakan supaya

pengajaran tersebut menjadi lebih bermakna.

Komitmen guru perlu dalam merancang dan menyusun aktiviti untuk

memberikan pengalaman pembelajaran kepada murid bagi membolehkan mereka

berfikir tentang konsep, proses yang perlu mereka alami semasa pengajaran dan

pembelajaran. Rajah 7 menunjukkan carta alir mengenai tindakan-tindakan yang

telah dirancangkan oleh pengkaji berdasarkan konsep model kajian Stephen Kemmis.

23
Mereflek Merancang

Membina alat bantu


belajar Traffic Light
Pen

Bertindak

Penerangan cara
penggunaan Traffic
Pengumpulan data:
Light Pen dalam
Pemerhatian mencampur warna
Analisis
dokumen
Temu bual
Mempelajari cara
penggunaan Traffic
Light Pen dalam
mencampur warna

Aktiviti mewarna karya


lukisan dengan
berbantukan Traffic
Light Pen dan
memfokuskan
campuran warna

Pengumpulan data, analisis data


dan pelaporan Memerhati

Rajah 7. Carta alir pelaksanaan kajian.


24
5.1.1 Mereflek (Reflect)

Mereflek merupakan aktiviti penting di mana seseorang individu perlu mengingat

kembali pengalaman yang telah dilalui dan mempertimbangkan serta membuat

penilaian. Melalui amalan refleksi ini, tema, masalah, isu atau keprihatinan bagi kajian

tindakan yang hendak dijalankan dapat dikenal pasti (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2008). Pengkaji telah melakukan refleksi ke atas pengalaman atau sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dilalui untuk mengumpul maklumat mengenai

kajian ini. Pengkaji turut membuat tinjauan awal melalui mengumpul data dengan

menggunakan beberapa instrumen kajian contohnya dengan membuat pemerhatian

dan membuat analisis dokumen (hasil kerja murid).

Memerhati proses pengajaran


dan pembelajaran Dunia Seni
Visual untuk mengesan
TINDAKAN TINJAUAN AWAL
masalah, isu atau keprihatinan
bagi kajian tindakan yang ingin
dijalankan

Mengkaji bahan-bahan
dokumen serta mendapat Mengaplikasikan kaedah dan
bahan rujukan agar murid cara yang sesuai seperti
dapat menghasilkan karya demonstrasi dan latih tubi
lukisan dengan dalam proses pengajaran dan
mengaplikasikan kemahiran pembelajaran aktiviti lukisan.
mencampur warna.

Membuat pemerhatian dan


menganalisis dokumen (hasil
karya murid) untuk mengetahui
maklum balas murid.

Rajah 8. Tindakan tinjauan awal.


25
Dalam konteks ini, pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang kurang

pemahaman dan penguasaan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur

warna dalam bidang menggambar untuk menghasilkan lukisan yang kelihatan lebih

realistik dengan sifat 3 dimensi.

5.1.2 Merancang (Plan)

Setelah permasalahan murid telah dikesan, tindakan seterusnya yang diambil ialah

menyediakan perancangan. Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi

masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi

yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus

kajian. Perancangan yang teliti perlulah dibuat supaya kajian dapat dijalankan dengan

teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian.

Sebelum memulakan tindakan intervensi, tahap penguasaan kemahiran murid

dalam aktiviti mewarna akan diuji dan dicatatkan. Selain daripada menetapkan cara

pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan keberkesanan tindakan

intervensi yang dijalankan seperti temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, aras

pencapaian minimum tindakan intervensi juga ditandakan untuk mengesahkan

keberkesanannya iaitu meningkatkan tahap kemahiran penghasilan ton warna dan

mencampur warna dari tahap lemah ke tahap sederhana atau ke atas. Bagi

melicinkan pelaksanaan tindakan intervensi, tempoh pelaksanaan dan bahan-bahan

yang diperlukan juga dikenal pasti.

Dalam hal ini, pengkaji telah mereka cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen

untuk membantu murid menguasai kemahiran penghasilan ton warna dan

mencampur warna dengan media pensel warna. Tindakan ini dianggap bersesuaian

kerana reka cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen mengandungi komponen yang

26
bertujuan untuk membantu murid mengawal tekanan pensel warna semasa mewarna.

Hal ini dikatakan sedemikian, campuran warna yang tepat dan harmoni adalah kesan

yang kelihatan tidak bersudut, tidak mempunyai pembahagian antara kedua-dua jenis

warna serta mempunyai ton yang mendorong kepada tindihan warna yang kedua ke

atas warna pertama.

Pendedahan alat bantu belajar ini merupakan satu tatacara atau organisasi

bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ia merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif

pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek. Dengan alat bantu belajar Traffic

Light Pen ini, murid dapat memahami konsep mencampur warna dan menguasai

cara menghasilkan ton warna dan mencampur warna dengan pengawalan tekanan

pensel yang sesuai.

Reka cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen ini telah merujuk kepada

intipati konsep teori pembelajaran konstruktivisme. Hal ini boleh dijelaskan bahawa

Traffic Light Pen ini merupakan satu alat bantu belajar yang berpusatkan murid dan

guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Keseluruhan ini akan

membekalkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

27
5.1.2.1 Pembangunan Alat Bantu Belajar Traffic Light Pen

REKA CIPTA ALAT BANTU BELAJAR Traffic Light Pen

Pengawalan tekanan pensel warna

Penghasilan ton warna

Penghasilan campuran warna yang


harmoni

Rajah 9. Kerangka konseptual alat bantu belajar Traffic Light Pen.

Dalam kajian ini, pengkaji terdorong untuk melahirkan sesuatu alat bantu

belajar yang mampu menyelesaikan masalah murid dalam penghasilan ton warna

serta mencampur warna dengan pendekatan berbentuk hands on. Lantaran itu,

pengkaji telah meninjau alat dan bahan yang berkaitan dan sedia ada di pasaran

untuk dijadikan sumber ilham mereka cipta sesuatu alat bantu belajar yang mampu

membantu murid dalam pengawalan tekanan pensel warna.

28
Lampu isyarat Pen mata bola

Rajah 10. Sumber ilham pembangunan alat bantu belajar.

Pengkaji telah mencetus idea dengan pen mata bola yang mengalami

penurunan kelenturan pegas. Kelenturan pegas diyakinkan dapat membantu murid

dalam mengawal tekanan pensel warna. Untuk menandakan tahap kelenturan pegas,

pengkaji telah mengimplimentasi komponen lampu isyarat dalam alat bantu belajar.

Jadual 2 menunjukkan komponen-komponen serta fungsi komponen pada reka cipta

alat bantu belajar Traffic Light Pen.

Jadual 2.

Pembangunan Reka Cipta Alat Bantu Belajar Traffic Light Pen.

Komponen
Traffic Light Pen Fungsi Catatan

- Penutup alat bantu belajar Diubahsuai

Traffic Light Pen sebelum daripada pen

dan selepas digunakan. dakwat terbuang.

- Badan Traffic Light Pen Kelebaran diameter

dipegang oleh murid semasa pen yang sedia ada


Penutup
Mata mewarna di pasar sesuai dan
Badan

29
- Mata merupakan tempat mudah dipegang

kemasukan pensel warna oleh murid. Pen

yang ingin digunakan yang diperbuat

daripada plastik

keras tahan lasak.

- Mengandungi pegas untuk Diubahsuai

membantu murid daripada botol gam

membezakan tahap tekanan terbuang.

pensel warna Kelebaran botol

- Mengandungi tahap tekanan sesuai dimasukkan

telah dilabelkan dengan pegas plastik

berdasarkan warna-warna bersaiz besar yang

lampu pada lampu isyarat. mempunyai

kelenturan baik.

Petunjuk Tahap Tekanan Tahap tekanan

Merah = kuat dihias dengan


Kuning = sederhana
quilling strips
Hijau = ringan
cardboard

berwarna-warni

mendekati alam

kanak-kanak.

Penanda pada pegas akan Diperoleh daripada

bergerak mengikut tahap garfu plastik

tekanan pensel warna pada terbuang.

pegas.

30
Petunjuk Tahap Tekanan
Merah = kuat
Kuning = sederhana
tahap tekanan
Hijau = ringan

penutup

penanda
pegas

mata Traffic Light Pen pemegang

Rajah 11. Alat bantu belajar Traffic Light Pen.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11, pengkaji telah menghasilkan satu

alat bantu belajar yang dinamakan Traffic Light Pen untuk membantu murid-murid

dalam meningkatkan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna

melalui pengawalan tekanan pensel warna. Alat bantu belajar Traffic Light Pen

mengandungi tiga bahagian utama iaitu mata pen, pemegang dan pegas. Pensel

warna akan dimasukkan melalui mata pen dan kelebaran pemegang pada Traffic

Light Pen yang dipilih adalah sesuai dengan perkembangan tapak tangan murid-

murid Tahun 4. Komponen utama Traffic Light Pen boleh dirujuk kepada pegas yang

mana kelenturan dibahagi kepada tiga tahap utama.

31
Tahap tekanan telah dilabelkan dengan berdasarkan warna-warna seperti

pada lampu isyarat yang menunjukkan warna merah merujuk kepada tekanan kuat,

warna kuning merujuk kepada tekanan sederhana dan warna hijau ialah tekanan

ringan. Hal ini bermakna penanda pada pegas akan menunjuk kepada tahap warna

merah apabila murid mewarna dengan tekanan pensel yang paling kuat atau

sebaliknya penanda pada pegas akan menunjuk kepada tahap warna hijau apabila

murid mewarna dengan tekanan pensel yang paling ringan.

5.1.3 Bertindak (Action)

Dalam peringkat melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu atau masalah

penghasilan ton warna dan campuran warna yang menjadi fokus, pengkaji telah

melaksanakan aktiviti-aktiviti intervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan.

Melalui perancangan yang telah dibuat, murid-murid yang dipilih sebagai kumpulan

sasaran akan menjalani amali demi menguji tahap kemahiran penghasilan ton warna

dan mencampur warna yang sedia ada. Prestasi murid dalam amali sebelum

intervensi akan direkodkan untuk dibanding beza dengan pencapaian dalam amali

selepas intervensi.

Selepas itu, murid-murid dilibat dalam tindakan intervensi iaitu menggunakan

alat bantu belajar Traffic Light Pen untuk meningkatkan kemahiran penghasilan ton

warna dan mencampur warna. Dalam proses ini, langkah-langkah tindakan akan

dibahagi kepada tiga fasa. Pertama sekali, murid diberi penerangan oleh pengkaji

mengenai cara penggunaan Traffic Light Pen secara berkumpulan, iaitu strategi

pemusatan murid akan diaplikasikan. Cara penggunaan alat bantu belajar Traffic

Light Pen ditunjukkan dalam Jadual 3.

32
Jadual 3

Cara Penggunaan Alat Bantu Belajar Traffic Light Pen.

Langkah/ Gambar Huraian

Menanggalkan penutup Traffic Light Pen.

Masukkan pensel warna yang dikehendaki ke dalam

Traffic Light Pen melalui mata pen sehingga hujung

pensel warna menyentuh pegas.

Memegang Traffic Light Pen pada pemegang demi

memastikan pensel warna dapat bergerak dan

menolak pegas mengikut tekanan

K 1. Menetapkan hal benda yang ingin diwarna.

2. Menetapkan arah permulaan mewarna yang

diingini pada hal benda (atas, bawah, kiri,

kanan)

3. Mewarnakan bahagian tersebut dengan

tekanan pensel warna dari tahap kuat ke

ringan untuk menghasilkan nilai ton warna dari

gelap ke pudar.

33
S

Petunjuk

Warna Tahap Tekanan Nilai warna

merah = Kuat (K) = gelap

R
kuning = Sederhana (S) = sederhana

hijau = Ringan (R) = pudar

1. Penukaran pensel warna kedua yang diingini.

2. Warnakan hal benda dengan tekankan pensel

warna dimula dari tahap kuat ke tahap ringan

dari arah bertentangan dengan warna pertama

3. Tindihkan warna kedua ke atas zon pudar

K warna pertama.

4. Kesan campuran warna dihasilkan dengan

tindihan warna kedua ke atas warna pertama.

34
R

Murid-murid dikehendaki memerhati cara penggunaan Traffic Light Pen

semasa guru memberi penerangan dan tunjuk ajar. Sejurus selepas itu, murid-murid

diberi peluang membuat eksplorasi dan experimentasi dengan memanipulasi Traffic

Light Pen. Dalam proses ini, guru yang bertindak sebagai pembimbing akan

membantu murid memahami dan membina pengetahuan berkaitan dengan

penghasilan ton warna dan mencampur warna. Proses pembelajaran ini akan

memberi peluang kepada murid mengalami diri secara langsung dalam menemui

pengetahuan dan kefahaman baru. Namun, pengkaji akan memberi bimbingan dan

bantuan sepanjang sesi pembelajaran murid terhadap penggunaan Traffic Light Pen

supaya murid tidak menghadapi masalah atau kekeliruan.

Setelah murid menguasai cara penggunaan alat bantu belajar Traffic Light

Pen, murid dikehendaki menggunakan Traffic Light Pen untuk mewarnakan karya

lukisan dengan memberi penekanan kepada kesan ton warna dan campuran warna.

Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan alat bantu belajar Traffic Light

Pen dalam meningkatkan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna

dalam pengkaryaan. Dalam proses ini, murid dikehendaki menghasilkan satu lukisan

dengan tajuk yang sama iaitu Buah-buahan seperti dalam hasil karya sebelum

intervensi. Hasil dapatan sebelum intervensi dibanding dengan pencapaian murid

dalam hasil karya selepas intervensi digunakan untuk mengukur kadar peningkatan

murid terhadap kemahiran penghasilan ton warna dan campuran warna yang betul.

35
5.1.3 Memerhati (Observe)

Memerhati melibatkan proses mengumpul dan menganalisis data bagi menilai

keberkesanan tindakan. Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan pemerhatian

terhadap objektif utama kajian ini iaitu berkaitan dengan tahap kemahiran murid

dalam penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur warna serta keberkesanan

penggunaan Traffic Light Pen dalam meningkatkan kemahiran murid mencampur

warna semasa menjalani aktiviti lukisan. Data dapatan dicatatkan untuk dianalisis

semasa pemerhatian. Pengkaji juga menggunakan instrumen analisis dokumen untuk

menganalisis hasil karya lukisan yang dihasilkan oleh murid sepanjang kajian untuk

menjawab soalan kajian kedua iaitu mengenal pasti keberkesanan penggunaan

Traffic Light Pen dalam meningkatkan kemahiran penghasilan ton warna dan

mencampur warna dalam aktiviti lukisan. Temu bual pula digunakan dalam kajian

untuk mendapat maklum balas daripada murid mengenai keberkesanan alat bantu

belajar yang dibina dalam usaha meningkatkan kemahiran mencampur warna.

5.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian tindakan memerlukan asas empirikal yang kukuh untuk membolehkan

tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting.

Bahagian ini menyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data bagi

membuktikan keberkesanan kajian intervensi yang digunakan dalam membantu

menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Cara pengumpulan data yang digunakan bertujuan menghasilkan data deskriptif dan

data naratif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku

dalam kajian ini diperoleh.

36
Untuk tujuan tersebut, beberapa instrumen utama biasa digunakan dalam

penyelidikan tindakan telah digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul semua data

yang diperlukan. Pemilihan instrumen perlu dipilih secara teliti dan tepat agar sesuai

untuk digunakan dalam mengumpul data kajian. Pernyataan ini dapat dibuktikan oleh

Shahrir Affandi Daud, Suziela Md. Tahir dan Norafidah Noralidin (2014) bahawa

kesesuaian instrumen yang selari dengan tajuk dan objektif kajian dapat menjamin

dapatan kajian yang diperolehi lebih bermakna. Dalam kajian tindakan, pengkaji akan

memungut data menggunakan instrumen seperti berikut:

Analisis dokumen

Pemerhatian Temu bual

Kaedah
Pengumpulan
Data

Rajah 12. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data.

5.2.1 PEMERHATIAN

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, teknik

pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Teknik

pemerhatian melibatkan penyelidik atau sekumpulan penyelidik memerhatikan aktiviti

37
populasi (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2015). semasa melakukan

pemerhatian, pengkaji berpeluang merekod aspek yang hendak diperhatikan dalam

kawasan bilik darjah, iaitu membuat pemerhatian tentang tahap tahap kemahiran

murid dalam penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur warna.

Pengkaji telah menggunakan borang senarai semak dalam membuat

pemerhatian, kemudian data-data tersebut telah dicatatkan sebagai rujukan.

Pemerhatian dari segi aspek warna serta tekanan pensel warna dilakukan oleh

pengkaji. Dalam hal ini, pengkaji perlu berhati-hati agar tidak dipengaruhi oleh

tanggapan awal, sebaliknya bersikap luwes dan terbuka kepada interpretasi

ditekankan apabila membuat pemerhatian. Segala hasil pemerhatian direkodkan

dalam senarai semak pemerhatian untuk memudahkan proses penganalisa

maklumat-maklumat tersebut.

5.2.2 ANALISIS DOKUMEN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji juga menggunakan instrumen analisis dokumen

bagi memperoleh data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan untuk

mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan. Analisis dokumen digunakan secara

meluas bagi menilai tahap penguasaan sesuatu kemahiran secara mendalam

(Shahrir Affandi Daud, Suziela Md. Tahir & Norafidah Noralidin, 2014). Pelbagai

bentuk kutipan data digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan

data bagi menjawab soalan kajian (Rosinah Edinin, 2015). Dokumen yang dianalisis

oleh pengkaji dalam kajian ini adalah daripada hasil kerja murid.

Murid akan diberikan latihan atau tugasan sepanjang perlaksanaan tindakan.

Pengekspresi diri murid dalam sesebuah karya lukisan akan membekalkan maklumat

yang berkaitan. Semua hasil kerja murid sepanjang sesi kajian akan dikumpulkan dan

38
dianalisis untuk mengesan perkembangan murid-murid dari semasa ke semasa.

Lembaran kerja/ hasil karya murid dianalisis berdasarkan aspek-aspek yang

ditetapkan seperti pengaplikasian warna, ton warna, campuran warna, nilai warna,

dan kekemasan. Data-data yang diperolehi akan direkodkan dan ditampilkan dalam

bentuk jadual dan rajah.

5.2.3 TEMU BUAL

Temu bual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul

maklumat kajian (Ustazkenali, 2017). Temu bual merupakan interaksi bersemuka

antara penemu bual/ penyelidik dengan peserta kajian. Menurut Denzin (2001), temu

bual harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat;

temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan

sebenar mengenai sesuatu fenomena.

Dalam kajian ini, bentuk temu bual berstruktur digunakan untuk membuat

penerokaan mendalam yang selaras dengan pendekatan kualitatif. Temu bual ini

melibatkan satu set soalan yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Item-item soalan

yang dikemukan adalah berdasarkan tema alat bantu belajar, kaedah dan pengajaran

yang berkaitan dengan keberkesanan penggunaan alat bantu belajar Traffic Light

Pen untuk mendapat pendapat dan maklum balas daripada peserta kajian terhadap

sama ada penggunaan Traffic Light Pen dapat meningkatkan kemahiran

penghasilan ton warna dan mencampur warna dalam aktiviti lukisan bagi menjawab

persoalan kajian kedua. Soalan yang dikemukan kepada semua peserta kajian

adalah sama, iaitu tiada sebarang soalan tambahan yang boleh diberikan bagi tujuan

mendapatkan maklumat tambahan. Semua proses temu bual dilaksanakan

berdasarkan skrip soalan (Rujuk Lampiran E) yang telah disediakan.Hasil dapatan

temu bual kemudian dianalisis melalui transkripsi temu bual.

39
5.3 CARA MENGANALISIS DATA

Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan

penyelidikan kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah

kualitatif dalam menganalisis data kerana data kualitatif boleh memberikan huraian

yang jelas dan penjelasan nan mampu menunjukkan aliran kronologi peristiwa

(pelaksanaan kajian) serta selalu memberikan (peluang) penemuan yang lebih baik.

Menurut Miles dan Huberman (1984), kajian kualitatif mempunyai kualiti tidak dapat

dinafikan kerana mempunyai bukti lebih dari satu dan dengan jelas dan lebih

menyakinkan. Selain itu, maklumat yang diperoleh adalah lebih banyak dan secara

lebih terperinci.

Dalam kajian kualitatif, data dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual dan

analisis dokumen. Penyelidikan ini akan menerangkan proses, langkah dan sebab

sesuatu perkara berlaku. Menerusi kajian kualitatif, pengkaji terlibat secara langsung

dalam kajian yang dijalankan (Rosinah Edinin, 2015). Dalam kajian ini, penyelidik

akan menganalisis data-data yang diperoleh dalam bentuk jadual. Selain itu,

penyelidik juga akan membina gambar rajah berbentuk grafik yang menunjukkan

komunikasi serta hubungan yang dinamik tentang apa yang berlaku bagi

menunjukkan gambaran lebih jelas. Cara menganalisis instrumen kajian disimpulkan

dalam Jadual 4.

Jadual 4.

Cara Menganalisis Instrumen Kajian.

BIL INSTRUMEN KAEDAH ANALISIS

1 Pemerhatian - Pemerhatian langsung terhadap amalan yang

dilakukan murid semasa dalam aktiviti lukisan.

40
- Penggunaan senarai semak dan kekerapan

diperoleh daripada pilihan dianalisis.

- Membantu dalam mengumpul maklumat

berkaitan dengan tahap penguasaan murid

dalam kemahiran mencampur warna.

2 Analisis Dokumen - Membuat perbandingan hasil karya murid

sepanjang kajian.

- Mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam

penghasilan ton warna dan kemahiran

mencampur warna dan dijadikan kriteria dalam

membuat penelitian.

- Pencapaian murid dicatat dalam bentuk jadual

dan dinilai berdasarkan dengan skema

pemarkahan (Rujuk Lampiran F) yang telah

ditetapkan.

- Pelaporan dibuat secara naratif.

3 Temu Bual - Temu bual berstruktur

- Set soalan yang berkaitan dengan penggunaan

alat intervensi telah dirangka awal oleh pengkaji.

- Soalan yang dikemukakan kepada semua

peserta kajian adalah sama

- Maklum balas temu bual dengan perserta kajian

dan guru ditranskripsikan.

- Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti

kemudian dikodkan.

41
5.4 CARA MENYEMAK DATA

Triangulation adalah pendekatan menjalankan satu penyelidikan dengan

menggunakan gabungan lebih daripada satu alat kajian. Menurut Web (1966),

Campbell (1966), Smith & Kleine (1986) and Denzin (1978), triangulasi digunakan

dalam sesuatu kajian untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data

(Sabina Yeasmin & Sabina Yeasmin, 2012). Data yang dianalisis perlu dibandingkan

dengan data yang dikumpulkan daripada pelbagai instrumen. Hal ini boleh dijelaskan

seperti dalam Rajah 13.

Analisis Dokumen

Triangulasi

Pemerhatian + Temu Bual


senarai semak

Rajah 13. Triangulasi kaedah dalam kajian.

Dalam kajian ini, triangulasi data digunakan untuk mengesahkan hasil

dapatan dan keputusan yang diperoleh daripada kesemua alat kajian iaitu

pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Apabila perbandingan dapatan telah

dilakukan dengan membuktikan terdapat persamaan yang jelas dan nyata, maka

hasil kajian adalah boleh dipercayai. Sebaliknya jika tidak ada pola yang sama

terhadap dapatan yang dibandingkan, maka hasil kajian tersebut tidak boleh

digunakan.

42
6.0 DAPATAN KAJIAN

Menganalisis data ialah satu proses yang sistematik untuk mencari, menyusun

maklumat dan dapatan data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian, temu bual

dan analisis dokumen. Data yang diperoleh telah disusun dan diinterpret dalam

bentuk jadual bagi memudahkan proses menganalisis. Selain itu, jadual juga

digunakan untuk membuat banding beza dengan jelas bagi setiap dapatan yang

diperoleh. Dalam bab ini akan menerangkan hasil dapatan yang diperoleh dalam

kajian sekaligus menjawab persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan.

6.1 SOALAN KAJIAN 1

Apakah tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan kemahiran

mencampur warna?

Bagi mengukur tahap kemahiran murid tentang penghasilan ton warna dan

kemahiran mencampur warna dalam menghasilkan sesebuah lukisan, pemerhatian

telah dilakukan sebelum pelaksanaan intervensi. Senarai semak yang

menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran atau tingkah laku yang

diperhatikan digunakan ketika melakukan pemerhatian. Dengan berbuat sedemikian,

pengkaji dapat melihat keupayaan murid dalam penghasilan ton warna dan

mencampur warna dalam aktiviti mewarna untuk menghasilkan satu lukisan yang

berkualiti.

Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis

supaya pengkaji dapat mengesan kelemahan dan tahap kemahiran murid paling

ketara pada item-item yang telah ditetapkan. Murid yang melakukan lakuan semasa

berkarya berdasarkan item yang telah disenaraikan ditandakan dengan simbol ().

Pencapaian setiap aspek diberi satu skor dan jumlah skor setiap murid dikumpul dan

43
dinilai berdasarkan rubrik penskoran untuk melihat tahap kemahiran murid dalam

penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur warna.

Jadual 5.

Rubrik Penskoran.

JULAT SKOR/
GRED BUTIRAN
MARKAH TAHAP

80 - 100 A 5-6 Menunjukkan tahap kemahiran tinggi

dalam penghasilan ton warna dan


65 - 79 B Cemerlang
mencampur warna

50 - 64 C 3-4 Menunjukkan tahap kemahiran

sederhana dalam penghasilan ton warna


Sederhana
dan mencampur warna

40 - 49 D 0-2 Tidak menguasai kemahiran penghasilan

ton warna dan mencampur warna


0 - 39 E Lemah

Sumber : Diadaptasi daripada Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) Sistem

Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 2016.

44
Jadual 6.

Data Pemerhatian Tahap Kemahiran Mewarna Murid Dalam Aktiviti Lukisan Sebelum

Pelaksanaan Intervensi.

ASPEK TEKANAN
WARNA
PENSEL

Campuran warna
SKOR TAHAP
Aplikasi warna

Kesesuaian
Konsistensi
Ton warna

Kreativiti
KOD

M1 3/6 Sederhana

M2 2/6 Lemah

M3 1/6 Lemah

M4 3/6 Sederhana

M5 2/6 Lemah

45
Jadual 7.

Rumusan Tahap Kemahiran Murid Dalam Penghasilan Ton Warna Dan Kemahiran

Mencampur Warna.

SKOR / TAHAP PESERTA KAJIAN

5-6 (Cemerlang) -

3-4 (Sederhana) M1, M4

0-2 (Lemah) M2, M3, M5

Berdasarkan Jadual 6 dan 7, tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton

warna dan kemahiran mencampur warna adalah kurang memuaskan. Taburan data

menunjukkan tahap kemahiran mewarna majoriti murid iaitu seramai tiga orang murid

berada pada tahap lemah, manakala dua orang murid berada pada tahap sederhana

dan tidak ada satu pun mencapai tahap cemerlang. Hasil karya yang dihasilkan oleh

murid adalah rata, tidak menunjukkan ton atau campuran warna. Walaupun empat

orang murid dapat mempelbagaikan penggunaan warna semasa mewarna sesuatu

hal benda dalam lukisan namun kesan ton warna dan campuran warna tidak dapat

dikesani akibat pembahagian garisan warna di antara kedua-dua jenis warna.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati hanya dua orang murid dapat

memanipulasi alat dan bahan secara kreatif misalnya dalam penggunaan warna

semasa berkarya. Selain itu, aspek pengawalan tekanan pensel warna murid juga

diperhatikan oleh pengkaji semasa aktiviti lukisan dijalankan. Daripada dapatan

pemerhatian, boleh dikesani bahawa empat daripada lima orang peserta kajian dapat

mengekalkan tekanan pensel warna secara konsisten untuk menghasilkan nilai

46
warna yang sama semasa mewarna. Namun, hanya seorang murid dapat mengawal

tekanan pensel dengan sesuai semasa mewarna. Hal ini dikatakan sedemikian

kerana murid-murid yang mewarna dengan tekanan pensel warna yang tidak sesuai

akan mewujudkan gosokan warna yang terlalu pudar pada hasil karya ataupun terlalu

gelap sehingga kertas terkoyak. Lantaran itu, berdasarkan data yang dikumpul

melalui pemerhatian, tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan

kemahiran mencampur warna semasa mewarna adalah pada aras tahap sederhana

dan lemah.

6.2 SOALAN KAJIAN 2

Adakah penggunaan Traffic Light Pen dapat meningkatkan kemahiran

penghasilan ton warna dan mencampur warna dalam aktiviti lukisan?

Bagi menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis

dokumen dan temu bual untuk melihat sejauh mana keberkesanan reka cipta alat

bantu belajar Traffic Light Pen dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

menghasil ton warna dan mencampur warna. Bagi tujuan perbandingan, data-data

juga telah dianalisis dalam bentuk jadual supaya dapat melihat peningkatan ataupun

sebaliknya dengan lebih jelas

Melalui kaedah analisis dokumen, hasil kerja murid sepanjang sesi kajian

akan dikumpulkan dan dianalisis untuk mengesan perkembangan murid-murid dari

semasa ke semasa. Karya murid dinilai berpandu kepada rubrik pemarkahan yang

disediakan (Rujuk Lampiran F) dengan melihat kepada aspek-aspek yang ditetapkan

seperti pengaplikasian kepelbagaian warna, ton warna, campuran warna, nilai warna

(pengawalan tekanan pensel warna) dan kekemasan. Bagi tujuan perbandingan,

47
hasil karya murid telah disusun dalam bentuk jadual supaya dapat melihat

peningkatan ataupun sebaliknya dengan lebih jelas.

Jadual 8.

Aspek Yang Diperhatikan Dalam Hasil Karya Murid.

BIL ASPEK YANG DIPERHATIKAN KOD

1 Kepelbagaian pengaplikasian warna A1

2 Penghasilan ton warna A2

3 Penghasilan campuran warna A3

4 Nilai warna yang sesuai (pengawalan tekanan pensel warna) A4

5 Kekemasan A5

Jadual 9.

Perbandingan Pencapaian Murid 1 Dalam Kemahiran Penghasilan Ton Warna Dan

Mencampur Warna Sebelum Dan Selepas Intervensi.

SEBELUM TAHAP SELEPAS TAHAP

A1 5 A1 5
A2 2 A2 4
A3 1 A3 5
A4 3 A4 4
A5 3 A5 5

HK/SBI/T4/010817/M1 HK/SLI/T4/150817/M1

48
Sebelum pelaksanaan intervensi, M1 telah mempelbagaikan warna dan

melebihi dua jenis warna semasa mewarna sesuatu hal benda. Hal ini merupakan

langkah awal untuk menghasilkan kesan campuran warna yang betul. M1 juga kreatif

dalam memanipulasi alat dan bahan misalnya dalam penggunaan warna serta

menambah imej figura dalam hasil karya. M1 telah mewarna sesuatu hal benda lebih

daripada dua jenis warna yang berada dalam kumpulan warna harmoni, ton warna

diwujudkan dengan nilai warna berubah secara beransur iaitu daripada gosokan

warna yang lebih gelap dan diikuti dengan gosokan warna yang lebih cerah. Oleh hal

kerana garisan warna dihasilkan di antara dua jenis warna dalam buah-buahan,

kesan campuran warna tidak didapati dalam hasil karya M1. Pengawalan tekanan

pensel warna amat konsisten namun tidak sesuai kerana gosokan warna yang kurang

padat padat mewujudkan jalinan yang kasar, nilai warna adalah kurang sesuai.

Penonjolan hasil karya yang kurang kemas dan halus akibat kepadatan gosokan

warna yang sederhana. Mutu hasil karya juga sederharna.

Selepas pelaksanaan intervensi, M1 juga dapat mengaplikasi melebihi tiga

jenis warna dalam mewarna sesuatu hal benda seperti pada buah pir. M1 juga sangat

kreatif dalam penggunaan warna dalam penghasilan karya. Hal ini dapat dijelaskan

dengan pengaplikasian warna yang berlainan daripada realiti seperti pada bakul. M1

telah menggunakan warna hijau dan warna ungu untuk menggantikan warna perang

telah mewujudkan kesan yang cerah dan mood yang gembira jika memerhati hasil

karya tersebut. Selain itu, M1 dapat menghasilkan ton warna pada kesemua hal

benda, namun hanya sesetengah mengikut arah pencahayaan yang ditetap.Ton

dihasilkan mengikut bentuk hal benda pada sesetengah hal benda. Kesan campuran

warna juga telah diwujudkan pada kesemua hal benda.Tindihan warna antara warna

terang dan warna gelap telah dilakukan secara harmoni, pembahagian garisan warna

tidak lagi dihasilkan pada hal benda. Hasil karya M1 juga menunjukkan nilai warna

yang sesuai.Kepadatan gosokan warna yang tinggi telah mendorong kepada

49
pengwujudan hasil yang sangat kemas dan berkualiti dalam semua aspek.Ini juga

menunjukkan proses penghasilan karya M1 yang sangat halus dan teliti.

Jadual 10.

Perbandingan Pencapaian Murid 2 Dalam Kemahiran Penghasilan Ton Warna Dan

Mencampur Warna Sebelum Dan Selepas Intervensi.

SEBELUM TAHAP SELEPAS TAHAP

A1 3 A1 4
A2 1 A2 4
A3 1 A3 4
A4 3 A4 5
A5 2 A5 5

HK/SBI/T4/010817/M2 HK/SLI/T4/150817/M2

Dalam penghasilan karya sebelum intervensi, M2 telah menggunakan dua

jenis warna yang berbeza dalam mewarna sesuatu hal benda. Walaubagaimanapun,

M2 cenderung untuk menghasilkan pembahagian garisan warna di antara dua jenis

warna. Misalnya M2 telah membahagikan warna hijau tua dengan warna hijau terang

pada buah pir dengan penghasilan garisan di tengah-tengah. Hal ini secara langsung

menjadi punca kegagalan mendapat kesan campuran warna dalam hasil kerja M2.

Walaupun M2 telah mewarna sesuatu hal benda dengan dua jenis warna yang berada

dalam kumpulan warna harmoni, namun perubahan nilai warna pertama ke warna ke

dua tidak dilakukan secara beransur. Selain itu, kamahiran pengawalan tekanan

pensel warna M2 adalah tidak konsisten dan kurang memuaskan. Hal ini boleh

dibuktikan dengan penampilan hasil karya yang mempunyai warna latar terlalu pudar.

M2 juga kurang kreatif dalam penggunaan warna, hal benda yang lain hanya diwarna

dengan sejenis warna selain daripada objek buah pir, epal dan bekas. Proses

50
penghasilan hasil karya yang tidak halus menyebabkan penampilan karya yang

kurang kemas dan kurang berkualiti.

Selepas pelaksanaan intervensi, peningkatan ditunjukkan apabila M2 telah

dapat mengaplikasi melebihi dua jenis warna dalam mewarna sesuatu hal benda

seperti pada buah epal. M2 juga sangat kreatif dalam penggunaan warna dalam

penghasilan karya. Hal ini dapat dijelaskan dengan pengaplikasian warna yang

berlainan pada setiap bual epal. Selain itu, M2 dapat menghasilkan ton warna pada

kesemua hal benda, namun hanya sesetengah mengikut arah pencahayaan yang

ditetap.Ton dihasilkan mengikut bentuk hal benda pada sesetengah hal benda. Kesan

campuran warna juga telah diwujudkan pada kesemua hal benda.Tindihan warna

antara warna terang dan warna gelap telah dilakukan secara harmoni, pembahagian

garisan warna tidak lagi dihasilkan pada hal benda. Hasil karya M2 juga menunjukkan

nilai warna yang sangat sesuai.Kepadatan gosokan warna yang tinggi telah

mendorong kepada pengwujudan hasil yang sangat kemas dan berkualiti dalam

semua aspek.

Jadual 11.

Perbandingan Pencapaian Murid 3 Dalam Kemahiran Penghasilan Ton Warna Dan

Mencampur Warna Sebelum Dan Selepas Intervensi.

SEBELUM TAHAP SELEPAS TAHAP

A1 2 A1 5
A2 1 A2 3
A3 1 A3 4
A4 2 A4 3
A5 2 A5 4

HK/SBI/T4/010817/M3 HK/SLI/T4/150817/M3

51
Sebelum pelaksanaan intervensi, M3 hanya menggunakan sejenis atau dua

jenis warna yang dalam mewarna sesuatu hal benda. Hal ini telah menunjukkan hasil

karya yang rata, mentah dan kurang memberikan mood. Bukan itu sahaja, M3

cenderung untuk menghasilkan pembahagian garisan warna yang sangat ketara di

antara dua jenis warna terutamanya pada buah epal dan pisang. Kesan campuran

warna dan ton warna tidak ditunjukkan dalam karya ini. Secara keseluruhannya,

penampilan karya M3 adalah rata dan tidak kemas. Hal ini kerana, gosokan warna

secara jarang jaraknya memberi kesan tekstur yang kasar. M3 juga mewarnakan

buah-buahan dengan sejenis warna sahaja seperti pada buah nanas dan pir. Selain

itu, kemahiran pengawalan tekanan pensel warna M3 adalah pada tahap yang rendah.

Nilai warna yang dihasilkan adalah sangat pudar. Hal ini telah menyebabkan

pemaparan karya yang kurang kemas dan kurang berkualiti.

Selepas pelaksanaan intervensi, peningkatan yang ketara dapat dilihat pada

hasil karya M3. M3 mengaplikasi melebihi tiga jenis warna dalam mewarna sesuatu

hal benda seperti pada buah pir. M3 juga sangat kreatif dalam penggunaan warna

dalam penghasilan karya. Hal ini dapat dijelaskan dengan pengaplikasian warna yang

berlainan pada setiap jenis buah-buahan. Selain itu, M3 juga dapat menghasilkan ton

warna pada kesemua hal benda, nilai ton warna berubah secara beransur namun ton

dihasilkan pada kesemua hal benda tanpa mengikut bentuk hal benda. Kesan

campuran warna juga telah diwujudkan pada kesemua hal benda.Tindihan warna

antara warna terang dan warna gelap telah dilakukan secara harmoni, pembahagian

garisan warna tidak lagi dihasilkan pada hal benda. Kepadatan gosokan warna yang

lebih padat jika berbanding dengan hasil karya sebelum pelaksanaan intervensi telah

mendorong kepada pengwujudan hasil yang lebih kemas dan halus.

52
Jadual 12.

Perbandingan Pencapaian Murid 4 Dalam Kemahiran Penghasilan Ton Warna Dan

Mencampur Warna Sebelum Dan Selepas Intervensi.

SEBELUM TAHAP SELEPAS TAHAP

A1 3 A1 4
A2 2 A2 4
A3 1 A3 4
A4 3 A4 4
A5 3 A5 5

HK/SBI/T4/010817/M4 HK/SLI/T4/150817/M4

Sebelum pelaksanaan intervensi, kelemahan M4 dalam penghasilan karya

ialah tidak mempelbagaikan jenis warna semasa mewarnakan sesuatu hal benda.

Buah-buahan dalam karya kelihatan rata dan tidak mewujudkan kesan realistik. Hal

ini disebabkan kesan realistik hanya dapat diwujudkan dengan pengaplikasian ton

warna dan campuran warna dalam sesuatu karya. Sekiranya penggunaan warna

dalam sesuatu hal benda terhad pada sejenis warna sahaja, kesan campuran warna

tidak dapat dihasilkan. Lebih-lebih lagi, kedua-dua jenis warna dalam sesuatu hal

benda tidak bertindih dan pembahagian warna adalah jelas misalnya pada buah pir

dan pisang. Selain itu, ton warna juga tidak dapat dikesani dalam karya M4 walaupun

pengawalan tekanan pensel warna semasa mewarna adalah sesuai dan konsisten.

Hal ini dapat dijelaskan dengan gosokan warna dengan tekanan pensel warna yang

kekal pada tahap kuat dalam karya tidak menunjukkan nilai warna yang berubah

secara beransur. Dari aspek kreativiti pula, M4 tidak mengaplikasi warna yang lain

selain daripada warna utama buah-buahan seperti dalam gambaran orang ramai.

Proses penghasilan yang tidak halus menyebabkan mutu hasil karya yang

sederharna.

53
Selepas pelaksanaan intervensi, peningkatan ditunjukkan pada hasil karya

M4 apabila M4 telah dapat mengaplikasi melebihi dua jenis warna dalam mewarna

sesuatu hal benda. M4 juga kreatif dalam penggunaan warna dalam penghasilan

karya. Selain itu, M4 telah menghasilkan ton warna pada kesemua hal benda, namun

hanya sesetengah mengikut arah pencahayaan yang ditetap.Ton dihasilkan mengikut

bentuk hal benda pada sesetengah hal benda. Kesan campuran warna juga telah

diwujudkan pada kesemua hal benda.Tindihan warna antara warna terang dan warna

gelap telah dilakukan secara harmoni, pembahagian garisan warna tidak lagi

dihasilkan pada hal benda. Dengan campuran warna tanpa garisan dan pembahagian

kedua-dua warna, sesuatu objek atau imej kelihatan lebih realistik dengan sifat 3

dimensi. Gosokan warna dengan tekanan pensel warna yang sesuai dan konsisten

juga mewujudkan hasil karya yang kemas dan mempunyai tekstur yang halus.

Jadual 13.

Perbandingan Pencapaian Murid 5 Dalam Kemahiran Penghasilan Ton Warna Dan

Mencampur Warna Sebelum Dan Selepas Intervensi.

SEBELUM TAHAP SELEPAS TAHAP

A1 3 A1 5
A2 2 A2 4
A3 1 A3 4
A4 3 A4 4
A5 3 A5 4

HK/SBI/T4/010817/M5 HK/SLI/T4/150817/M5

Sebelum pelaksanaan intervensi M5 telah mempelbagaikan warna dan

melebihi dua jenis warna semasa mewarna sesuatu hal benda. M5 juga kreatif dalam

penggunaan warna contohnya mewarnakan latar dengan pelbagai jenis warna dalam

54
hasil karya. Namun, pengawalan tekanan pensel warna tidak konsisten kerana

gosokan warna yang tidak padat mewujudkan jalinan yang kasar, kesan warna

adalah pudar pada latar. M5 telah mewarna sesuatu hal benda lebih dengan warna

terang dan warna gelap, ton warna diwujudkan dengan nilai warna berubah daripada

gosokan warna yang lebih gelap dan diikuti dengan gosokan warna yang lebih cerah.

Namun, garisan warna dihasilkan di antara dua jenis warna, warna tidak bertindih

untuk menghasilkan kesan campuran warna. Penonjolan hasil karya yang kurang

kemas dan halus akibat kepadatan gosokan warna yang sederhana.

Selepas pelaksanaan intervensi, peningkatan yang ketara dapat dilihat pada

hasil karya M5. M5 mengaplikasi melebihi tiga jenis warna dalam mewarna sesuatu

hal benda. M5 juga kreatif dalam penggunaan warna dalam penghasilan karya. Hal

ini dapat dijelaskan dengan pengaplikasian warna yang berlainan pada setiap jenis

buah-buahan. Selain itu, M5 telah menghasilkan ton warna pada kesemua hal benda,

namun hanya sesetengah mengikut arah pencahayaan yang ditetap.Ton dihasilkan

mengikut bentuk hal benda pada sesetengah hal benda. Kesan campuran warna juga

telah diwujudkan pada kebanyakkan hal benda. Pertindihan warna yang harmoni dan

tidak menunjukkan pembahagian garisan warna telah mewujudkan kesan campuran

warna yang betul. Hasil karya M5 juga menunjukkan nilai warna yang

sesuai.Kepadatan gosokan warna yang tinggi telah mendorong kepada pengwujudan

hasil yang kemas dan berkualiti.

55
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, data temu bual juga digunakan untuk

membuat penerokaan dalam yang seiring dengan pendekatan kualitatif. Satu set

soalan yang berkaitan dengan penggunaan Traffic Light Pen serta kemahiran

penghasilan ton warna dan mencampur warna telah disediakan. Soalan yang

dikemukakan kepada semua peserta kajian adalah sama. Jawapan yang diberi oleh

setiap peserta kajian bagi setiap soalan telah dikutip dan dianalisis.

Jadual 14.

Transkrip Temu Bual Antara Pengkaji Dan Murid Terhadap Keberkesanan

Penggunaan Traffic Light Pen Dalam Meningkatkan Kemahiran Mewarna.

NO SOALAN JAWAPAN CATATAN

1 Adakah Traffic Light Pen M1: Ya cikgu! Saya suka guna Tema:

mudah dimanipulasikan? pen itu, hanya masukkan Bahan

pensel warna ke dalam sahaja. Bantu

Belajar
M2: Sangat sesuai dengan saiz

tangan saya cikgu.

M3: Cikgu, Traffic Light Pen

sama sahaja dengan pen yang

kami biasa guna.

M4: Cikgu, saya rasa ada sikit

susah untuk pegang pen itulah.

M5: Mudah sahaja! Masuk

pensel warna yang suka lepas

tu warnakan buah sahaja.

56
2 Adakah Traffic Light Pen M1, M2, M4: Ya! Saya hanya Tema:

dapat membantu anda perlu lihat kepada penanda itu Kaedah

dalam mengawal tekanan berada di tempat warna apa,

pensel warna mengikut lepas tu ikut kesukaan untuk

tahap? kawalkan tenaga yang

digunakan.

M3: Ya cikgu, saya boleh

lepaskan tenaga apabila

hendak warna dengan warna

yang pudar dan kuatkan

sehingga penanda ke tahap

merah apabila hendak warna

dengan warna yang sangat

gelap.

M5: Ya cikgu, penanda itu beri

klu apakah tahap tekanan saya

apabila mewarna!

3 Adakah Traffic Light Pen M1: Ya cikgu, saya dapat mix Tema:

dapat memudahkan anda warna kedua dengan warna Pengajaran

menghasilkan ton warna pertama! Sebelum ni, warna

dan campuran warna langsung tidak dapat mix lah!

dengan betul?
M2: Cikgu, saya sudah mahir

warna dari gelap ke terang!

Tidak susah seperti sebelum ini

pun.

57
M3: Cikgu, pen itu mudahkan

saya kawal tekanan untuk buat

ton, lepas tu tukar pensel warna

yang lain untuk mencampur

warna.

M4 , M5 : Mudah! Kini saya

dapat hasilkan ton warna dan

campuran warna seperti yang

cikgu buat!

Selepas pelaksanaan intervensi, didapati bahawa hasil dapatan kajian melalui

temu bual menunjukkan bahawa murid-murid berpendapat penggunaan Traffic Light

Pen dapat meningkatkan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna

dalam aktiviti lukisan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kesemua item soalan yang

dikemukakan mendapat maklum balas yang positif. Jadual telah menunjukkan empat

orang murid bersetuju bahawa Traffic Light Pen merupakan alat bantu belajar yang

mesra pengguna dan mudah dimanipulasikan. Seorang peserta kajian tidak pasti

sama ada alat bantu belajar Traffic Light Pen mudah dimanipulasikan atau

sebaliknya. Hal ini disebabkan peserta kajian tersebut mendakwa Traffic Light Pen

susah dipegang semasa mewarna. Murid-murid berpendapat bahawa mereka mudah

mengawal tekanan pensel warna mengikut tahap dengan penggunaan Traffic Light

Pen. Mereka dapat membezakan tahap tekanan pensel warna semasa mewarna

dengan berpandu kepada lokasi tanda pada tiga jenis warna yang berada pada

Traffic Light Pen. Selain itu, murid-murid juga bersetuju bahawa penggunaan Traffic

Light Pen dapat memudahkan mereka menghasilkan ton warna dan mencampur

warna dengan betul. Dengan penggunaan Traffic Light Pen, murid dapat
58
menghasilkan ton warna yang berubah secara beransur dan harmoni iaitu dari warna

yang bernilai gelap ke pudar. Murid-murid dapat menghasilkan zon nilai gelap dan

pudar sebagai langkah utama untuk mencampur warna dengan harmoni di zon pudar.

Lantaran itu, boleh dirumuskan bahawa Traffic Light Pen sememangnya satu bahan

bantu belajar yang dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan ton

warna dan mencampur warna.

59
7.0 REFLEKSI

Dalam proses pelaksanaan kajian penyelidikan ini, banyak input yang berguna telah

didapati oleh pengkaji dalam usaha memperkembangkan potensi diri sebagai

seorang bakal guru. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan kepada

guru-guru, individu-individu serta diri sendiri kelak untuk memperbaiki mutu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ketika di dalam

bilik darjah. Semoga kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kerana pengkaji

telah membuktikan kajian berkaitan penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen

telah membantu murid meningkatkan kemahiran mewarna dalam aktiviti lukisan.

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila soalan kajian yang telah ditetapkan

iaitu peningkatan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna melalui

penggunaan Traffic Light Pen dapat dicapai. Pencapaian objektif ini merupakan satu

kejayaan kerana reka cipta alat bantu belajar Traffic Light Pen dapat memberi

pengalaman secara langsung kepada murid untuk membina pengetahuan. Pengkaji

telah mengajar murid kemahiran mencampur warna dan menghasilkan ton warna

dengan kaedah pengajaran tradisional. Didapati murid-murid tidak dapat memahami

pengajaran guru dan mengganggap pengawalan tekanan pensel warna untuk

menghasilkan ton warna dan mencampur warna dan adalah sesuatu kemahiran yang

sangat susah untuk dikuasai.

Tambahan pula, komunikasi hanya satu hala berlaku antara guru dan murid

iaitu murid-murid hanya bertindak mengikut arahan pengkaji sahaja tanpa mendalami

apa yang disampaikan oleh pengkaji. Sebelum intervensi dilaksanakan, didapati

murid-murid amat keliru dengan cara pengawalan tekanan pensel warna mengikut

tahap untuk menghasilkan ton warna. Murid-murid tidak dapat membezakan tahap

tekanan pensel warna dengan penyampaian guru secara lisan semata-mata. Namun,

selepas pendedahan alat bantu belajar Traffic Light Pen dalam kalangan murid, hasil

60
dapatan telah menunjukkan kelemahan murid dalam aktiviti mewarna terutama dalam

aspek pengaplikasian warna dan pengawalan tekanan pensel warna telah

berkurangan selepas intervensi yang dijalankan.

Bukan itu sahaja, murid-murid kelihatan lebih seronok dan berminat untuk

mempelajari kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna. Murid-murid

juga dapat memberi respons positif terhadap alat bantu belajar yang telah dibuat.

Contohnya, murid-murid aktif dan berebut-rebut untuk membuat eksperimentasi

menghasilkan ton warna dan mencampur warna dengan penggunaan alat bantu

belajar Traffic Light Pen. Melalui dapatan kajian soal selidik juga, persepktif peserta

kajian yang berpendapat bahawa kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur

warna adalah susah telah berubah kepada mudah dan seronok dengan berbantukan

penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen dalam aktiviti mewarna.

Apabila murid memberi fokus dan mudah menerima arahan, tindakan

intervensi akan dapat dilaksanakan. Murid lebih aktif melibatkan diri dalam

pengajaran dan pembelajaran serta membina pengetahuan mengikut pengalaman

diri secara lebih menyeluruh. Proses pembelajaran ini amat selaras dengan

pernyataan Dr. Normaliza Abd. Rahim dalam artikel yang bertajuk Belajar Melalui

Pengalaman bahawa belajar melalui pengalaman (experiential learning) iaitu apa-

apa yang dialami secara aktif dan diusahakan untuk proses pemahaman, mencari

makna daripada pengalaman amat penting terhadap pertumbuhan seseorang kanak-

kanak (Normaliza Abd. Rahim, 2017).

Jumlah bilangan peserta kajian yang sedikit juga memudahkan pengkaji untuk

mengawal keadaan, membetulkan kelemahan murid dalam kemahiran dan teknik

mewarna sekali gus melaksanakan intervensi dengan lebih berkesan. Antara

kelemahan proses pelaksanaan tindakan yang boleh dikesani sepanjang kajian ini

adalah tempoh masa bagi seseorang murid untuk menggunakan alat bantu belajar

61
Traffic Light Pen terlalu singkat. Hal ini kerana pembangunan alat bantu belajar yang

terhad menyebabkan murid-murid perlu bergilir-gilir menggunakan alat tersebut

dalam membuat eksperimentasi dan menghasilkan karya. Walaubagaimanapun,

peserta kajian masih dapat menguasai cara penggunaan Traffic Light Pen serta

mengaplikasikannya dengan betul demi menghasilkan ton warna dan mencampur

warna dalam karya mereka. Maka, diharapkan bilangan alat bantu belajar Traffic

Light Pen perlu diperbanyakkan untuk menampung keperluan bilangan peserta

kajian.

Secara kesimpulannya, pengalaman penyelidikan kajian ini sangat bermakna

kepada pengkaji. Satu tahap kepuasan maksimum dapat dirasai apabila usaha yang

dilakukan membuahkan hasil yang baik. Pengkaji berpeluang berfikir secara

menyeluruh dan mendalam untuk membangunkan kajian tindakan yang mampu

membantu murid mengatasi kelemahan yang dihadapi semasa melakukan aktiviti

mewarna. Keberkesanan penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen dalam

usaha meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan mencampur

warna adalah ketara melalui perbandingan hasil karya murid sebelum dan selepas

intervensi.

Selain daripada itu, pengkaji juga telah menyedari potensi diri dalam mereka

cipta alat bantu belajar yang sesuai untuk membantu murid mengatasi kelemahan

dalam aktiviti seni. Perkara ini amat selaras dengan hasrat dan wawasan negara yang

menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan pendidik bagi mengetengahkan inovasi

masing-masing untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelbagai mata pelajaran

khususnya yang berkaitan dengan kehidupan seharian (Aziz, 2017). Memandangkan

ini merupakan kali pertama pengkaji melibatkan diri dalam dunia penyelidik, masih

terhadap banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan dibetulkan, namun pengkaji

amat bersyukur dan berharap agar kajian ini nanti sedikit sebanyak mampu memberi

62
sumbangan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran mewarna dalam aktiviti

lukisan.

63
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian ini dijalankan bagi memantapkan lagi profesion perguruan. Ia bertujuan untuk

mengkaji permasalahan yang timbul dalam pendidikan untuk memperbaiki dan

meningkatkan mutu pendidikan negara. Kajian ini juga bertujuan mengkaji

permasalahan yang timbul dalam bidang Pendidikan Seni Visual untuk memperbaiki

dan meningkatkan mutu penghasilan karya murid. Kajian yang telah telah dijalankan

oleh pengkaji ialah mengenai kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan

kemahiran mencampur warna dalam aktiviti lukisan.

Pengkaji telah mereka cipta satu alat bantu belajar Traffic Light Pen yang

bertujuan untuk melatih murid dalam pengawalan tekanan pensel warna agar dapat

menghasilkan ton warna dan mencampur warna dengan betul dalam karya lukisan.

Keberkesanan penggunaan alat bantu belajar Traffic Light Pen di dalam

penyelidikan ini terbukti keberkesannya. Dapatan kajian menunjukkan peningkatkan

tahap kemahiran murid dalam penghasilan ton warna dan kemahiran mencampur

warna selepas intervensi diberikan. Kajian seterusnya pengkaji ingin cadangkan

adalah seperti berikut:

Melanjutkan kajian kepada murid tahun lain daripada kumpulan sasaran

seperti murid Tahun 5 yang masih belum menguasai kemahiran mewarna

dengan media pensel warna. Selain itu, kajian ini juga boleh dilakukan kepada

murid-murid sekolah yang lain.

Kajian ini juga sesuai digunakan untuk murid berperingkat tinggi seperti

pelajar sekolah menengah untuk menghasilkan lukisan yang memfokuskan

aspek ton warna dan campuran warna.

Penyertaan peserta kajian yang lebih banyak supaya hasil kajian mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Di samping itu, kumpulan

64
kawalan digunakan untuk membuat perbandingan prestasi antara kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan.

Pengkaji juga mencadangkan kajian seterusnya iaitu mempelbagaikan

penggunaan media kering seperti krayon untuk menghasilkan lukisan yang

mengandungi aspek ton warna dan campuran warna yang harmoni.

Alat bantu belajar Traffic Light Pen juga boleh diubahsuai dalam beberapa

saiz supaya dapat disesuaikan dengan jenama pensel warna yang

mempunyai kelebaran diameter pensel yang berbeza.

Kajian lanjutan dengan menggunakan alat bantu belajar Traffic Light Pen

bagi meningkatkan kemahiran mewarna dalam aktiviti yang lain seperti catan

dan poster serta digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu

demi melatih murid menulis dengan tekanan pensel yang sesuai.

Kajian-kajian tersebut akan dapat membantu guru-guru untuk memperbaiki

corak pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kajian-kajian yang bakal dilaksanakan pada masa yang akan datang diharapkan

dapat mengukuhkan lagi kajian ini dan secara tidak langsung alat bantu belajar

Traffic Light Pen dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat membantu

murid dalam meningkatkan kemahiran penghasilan ton warna dan mencampur warna

dalam aktiviti lukisan serta memupuk minat dan keyakinan murid dalam menghasilkan

karya lukisan.

65
9.0 RUJUKAN

Abdul Majid, K. (2000). Kaedah penyelidik pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abraham, I. & Millar. R. (2008). Does practical work really work? A study of the

effectiveness of practical work as a teaching and learning method in science.

International Journal of Science Education, 30(14), 1945-1969.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin. (2015). Pengantar Penyelidikan Tindakan.

Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Aziz, J. (2017, Julai 24). Profesion guru manifestasi komitmen warga pendidik.

Didapatkan dari: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-

sabah/20170724/281565175823052

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2013). Kurikulum standard sekolah

rendah panduan pengajaran pendidikan seni visual tahun 4. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bowen, R. (1992). Drawing Masterclass. New York: Bulfinch Press.

Brian Jungen, Clint Burnham dan Solange de Boer. (2007). Brian Jungen. Witte de

With Publishers.

Chow Fook Meng & Jaizah Bt Mahamud. (2011). Kajian tindakan: konsep & amalan

dalam pengajaran. Puchong, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

66
Denzin, N. (2001). The reflexive interview and a performative social science.

Qualitative Research, 1(1), 23-46.

Dummies. (2017). Drawing light and shadows. Didapatkan dari Art Center: Drawing:

http://www.dummies.com/art-center/performing-arts/drawing/drawing-light-

and-shadows/

Evans, M. B. (2012, Disember 26). Art glossary: blending. Didapatkan dari Arts, Music,

and Recreation: https://www.thoughtco.com/definition-of-blending-2577475

Halim Hashim & Ng, K. C. (t.t). Teori Konstruktivisme. Didapatkan dari Jaringan Ilmu

Pendidikan MPSS: http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

Hornby, A. J. (2010). Oxford advanced learner's dictionary. Oxford: Oxford University

Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan edisi ketiga.

Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Miles, M. B. & Huberman, A. M. . (1984). Qualitative Data Analysis: A Sourcebook of

New Methods. California: SAGE publications Inc.

Modul PGSR PSV 3107 pedagogi pendidikan seni visual. (2010). Cyberjaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Saufi Ismail & Hasan Bahrom. (t.t). Analisis dokumen: pendekatan ahli tafsir

dan aplikasinya dalam penyelidikan kualitatif. Didapatkan dari

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/listseminar/7.QRAM05/session2/84.Md

Saufi&DrHasanBahron.pdf

67
Nelson, C. (2013). You can master basic shading techniques. Didapatkan dari

Explore-Drawing-and-Painting.com:http://www.explore-drawing-and-

painting.com/shading-techniques.html

Normaliza Abd. Rahim. (2017). Belajar melalui pengalaman. Didapatkan dari Laman

artikel DBP: Pendidikan awal kanak-kanak: http://lamanartikel.dbp.my/?p=90

Pasukan Penyelidik. (2014). Penyelidikan tindakan: panduan penulisan laporan.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Pendleton, K. (2008). Definition of shading. Didapatkan dari eHow:

http://www.ehow.com/info_8457292_definition-shading.html

Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan tindakan: kaedah dan penulisan. Selangor:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rousliluddin Ambia, M. J. (2011). HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.

Open University Malaysia.

Sabina Yeasmin & Sabina Yeasmin. (2012). 'Triangulation' research method as the

tool of social science research. BUP JOURNAL, Volume 1, Issue 1, 154-163.

Scratchapixel. (2010). Introduction to Shading. Didapatkan dari Scratchapixel 2.0:

http://www.scratchapixel.com/lessons/3d-basic-rendering/introduction-to-

shading

Shahrir Affandi Daud, Suziela Md. Tahir & Norafidah Noralidin. (2014). Kajian

tindakan: ikut gaya saya.

Universiti Teknologi Malaysia. (t.t). Instrumen kajian. Didapatkan dari

Opencourseware: http://ocw.utm.my/file.php/149/Topic7InstrumenKajian.pdf

68
Ustazkenali. (2017, Februari 19). Temu bual. Didapatkan dari Kajian & penyelidikan:

https://ustazkenali.wordpress.com/2017/02/19/temu-bual/

Verrastro, G. (2014, Julai 22). Tips for shading with colored pencils. Didapatkan dari

The PENCILS Blog: https://pencils.com/tips-shading-colored-pencils/

Wijaya, H. (2013). Wassily Kandinsky: Seni Modern dan Teori. HUMANIORA Vol.4

No.1, 348-356.

Wikipedia. (2017, Jun 17). Warna. Didapatkan dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Warna

69
LAMPIRAN A

BORANG PEMERHATIAN

Tahap Kemahiran Mewarna Murid Dalam Aktiviti Lukisan (Sebelum Intervensi).

ASPEK WARNA TEKANAN PENSEL

CAMPURAN WARNA
APLIKASI WARNA

KONSISTENSI

KESESUAIAN
TON WARNA

KREATIVITI
KOD

M1

M2

M3

M4

M5

Jumlah

70
LAMPIRAN B

AMALI (SEBELUM)

NAMA MURID : __________________________


KELAS : __________________________
TARIKH : __________________________

Warnakan buah-buahan dengan pengaplikasian ton warna dan campuran warna.


Hasil karya anda perlu diwarnakan dengan media pensel warna sahaja.

71
LAMPIRAN C

AMALI (SELEPAS)

NAMA MURID : __________________________


KELAS : __________________________
TARIKH : __________________________

Warnakan buah-buahan dengan pengaplikasian ton warna dan campuran warna.


Hasil karya anda perlu diwarnakan dengan media pensel warna sahaja.

72
LAMPIRAN D
RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI LUKISAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHAP 5 TAHAP 4 TAHAP 3 TAHAP 2 TAHAP 1


KEPELBAGAIAN Mengaplikasi Mengaplikasi Mengaplikasi dua Mengaplikasi sejenis Tidak dapat
WARNA melebihi tiga jenis melebihi dua jenis jenis warna dalam warna dalam menyiapkan hasil
warna dalam warna dalam mewarna sesuatu hal mewarna sesuatu hal karya.
mewarna sesuatu hal mewarna sesuatu hal benda. benda.
benda. benda.
Sangat kreatif dalam Kreatif dalam Penggunaan warna Penggunaan warna Penggunaan warna
penggunaan warna penggunaan warna yang sesuai dalam kurang sesuai dalam tidak sesuai dalam
dalam penghasilan dalam penghasilan penghasilan karya. penghasilan karya. penghasilan karya.
karya. karya.

TON WARNA Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Tidak menghasilkan
ton warna pada ton warna pada ton warna pada ton warna pada ton warna pada
kesemua hal benda kesemua hal benda, kesemua hal benda. sesetengah hal kesemua hal benda.
mengikut arah namun hanya benda.
pencahayaan yang sesetengah mengikut
ditetap. arah pencahayaan
yang ditetap.

73
Ton dihasilkan Ton dihasilkan Ton dihasilkan pada Ton dihasilkan pada Penampilan hal
mengikut bentuk hal mengikut bentuk hal kesemua hal benda sesetengah hal benda rata.
benda. Nilai ton benda pada tanpa mengikut benda tanpa
warna berubah sesetengah hal bentuk hal benda. mengikut bentuk hal
secara beransur dan benda. Nilai ton Nilai ton warna benda. Nilai ton
harmoni. warna berubah berubah secara warna berubah
secara beransur. beransur. secara berputus-
putus.

CAMPURAN Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Dapat menghasilkan Tidak dapat
WARNA campuran warna campuran warna campuran warna campuran warna mencampur warna
pada kesemua hal pada kebanyakkan pada sesetengah hal pada sesetengah hal pada kesemua hal
benda. hal benda. benda. benda. benda.

Tindihan warna Tindihan warna Tindihan warna Tindihan warna Pembahagian


secara harmoni. secara harmoni. berlaku. berlaku namun garisan warna yang
pembahagian ketara.
garisan diwujud.

74
NILAI WARNA Nilai warna yang Nilai warna yang Nilai warna kurang Nilai warna pudar Nilai warna terlalu
(PENGAWALAN sangat sesuai. sesuai. sesuai. atau gelap. pudar atau gelap.
TEKANAN PENSEL
WARNA) Kepadatan gosokan Kepadatan gosokan Kepadatan gosokan Gosokan warna warna terlalu jarang
warna yang sangat warna yang tinggi. warna sederhana. jarang atau tebal. atau terlalu tebal
tinggi. sehingga kertas
terkoyak dan
berkedut.

KEKEMASAN Hasil karya yang Hasil karya yang Hasil karya yang Hasil karya yang Hasil karya yang
sangat kemas dan kemas dan berkualiti. kurang kemas. Mutu kurang kemas dan tidak kemas.
berkualiti dalam hasil karya yang kurang berkualiti.
semua aspek. sederharna.
Proses penghasilan Proses penghasilan Proses penghasilan Proses penghasilan Tidak
yang sangat halus yang halus. yang kurang halus. yang tidak halus. menitikberatkan
dan teliti. perihal kekemasan
dari pelbagai aspek.

75
LAMPIRAN E

SKRIP SOALAN TEMU BUAL

BIL SOALAN

1 Adakah Traffic Light Pen mudah dimanipulasikan?

2 Adakah Traffic Light Pen dapat membantu anda dalam

mengawal tekanan pensel warna mengikut tahap?

3 Adakah Traffic Light Pen dapat memudahkan anda

menghasilkan ton warna dan campuran warna dengan betul?

76

Anda mungkin juga menyukai