Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN MEMOHON UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE

PAMERAN REKACIPTA INOVASI DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA KE 23


(ITEX 2012) BAGI TUJUAN MEMUPUK MINAT SERTA MENDIDIK PELATIH
UNTUK BERKREATIVITI DALAM MENGHASILKAN MUTU KERJA YANG
BAIK DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini dimajukan untuk mendapatkan kelulusan Pengurus


Besar GIATMARA Negeri Pulau Pinang bagi memohon kebenaran untuk
membuat lawatan sambil belajar ke Pameran Rekacipta Inovasi Dan
Teknologi Antarabangsa (ITEX 2012)

2. LATAR BELAKANG

2.1 Lawatan ini diadakan khas kepada para pelajar GIATMARA Kepala
Batas bagi memupuk minat serta mendalami ilmu pengetahuan
terbaru didalam teknologi.

2.2 Para pelajar akan didedahkan dengan teknologi terbaru dari dalam
mahupun luar negara yang menjadi satu pengalaman yang baru
kepada mereka dalam merangsang pembelajaran teknologi terkini.

2.3 Pelatih dari GIATMARA Kepala Batas yang akan menghadiri lawatan
terdiri dari kursus Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan Dan
Fabrikasi Logam serta Teknologi Penyejuk Bekuan Dan Penyaman
Udara seramai 30 orang.

3. CADANGAN PERLAKSANAAN.

3.1 Lawatan ini akan diadakan selama 2 hari bermula dari 18 hb Mei
hingga 19 hb Mei 2012 yang bertempat di Kula Lumpur Convection
Centre (KLCC) yang akan melibatkan seramai lapan (8) orang
anggota kerja. Butiran lawatan adalah seperti berikut:-

Jumaat 11.00 malam – 5.30 pagi


(18/5/2012) Perjalanan (dari GM Kepala Batas ke Kuala Lumpur)
8.00 pagi – 1.00 petang 2.30 petang – 5.00 petang
Sabtu Lawatan ke Pameran Lawatan ke Pusat Sains
(19/5/2012) (ITEX 2012) Negara
5.00 petang – 11.00 malam
Perjalanan ( dari Kuala Lumpur ke GM Kepala Batas)

3.2 Semua anggota kerja yang terlibat akan berkumpul di GIATMARA


Kepala Batas pada 18hb Mei 2012 (Jumaat) dan akan bertolak ke
Kuala Lumpur pada jam 11.00 malam.
1
KERTAS CADANGAN MEMOHON UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE
PAMERAN REKACIPTA INOVASI DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA KE 23
(ITEX 2012) BAGI TUJUAN MEMUPUK MINAT SERTA MENDIDIK PELATIH
UNTUK BERKREATIVITI DALAM MENGHASILKAN MUTU KERJA YANG
BAIK DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

3.3 Penglibatan Anggota Kerja seramai lapan (8) orang adalah seperti
berikut:-

Bil Nama Jawatan Jawatan 5S


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

5. JUSTIFIKASI

5.1 Lawatan yang diadakan dapat membuka minda dan memupuk


minat didalam pembelajaran.

5.2 Dapat mewujudkan semangat berpasukan dan kerjasama di


kalangan pelatih GIATMARA Kepala Batas.

5.3 Merangsang dan mencetuskan idea baru dari kalangan pelatih dan
tenaga pengajar didalam pembelajaran dan teknologi semasa.

5.4 Menjadikan pelatih dan tenaga pengajar GIATMARA Kepala Batas


sebagai sebuah institusi yang cemerlang dan berkualiti di Negeri
Pulau Pinang

6. IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran peruntukan kewangan adalah seperti berikut:-

BIL DARI/KE KENDERAAN JUMLAH


1. GIATMARA Kepala Batas ke Bas Pesiaran RM 1900.00
Kuala Lumpur Convention
Centre (KLCC)
2
KERTAS CADANGAN MEMOHON UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE
PAMERAN REKACIPTA INOVASI DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA KE 23
(ITEX 2012) BAGI TUJUAN MEMUPUK MINAT SERTA MENDIDIK PELATIH
UNTUK BERKREATIVITI DALAM MENGHASILKAN MUTU KERJA YANG
BAIK DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

5. PENUTUP

Diharap Pengurus Besar GIATMARA dapat mempertimbangkan cadangan


lawatan ke Pameran Rekacipta Ivovasi Teknologi Angtarabangsa (ITEX
2012) ke arah pembentukkan amalan pembelajaran yang baik.

Disediakan Oleh : _______________________________________


Shaik Mohd Zaney Bin Md. Ismail
Tenaga Pengajar Teknologi Automotif
GIATMARA Kepala Batas
Pulau Pinang.
:
Tarikh 11hb Mei 2012

Disokong Oleh : _______________________________________ ____________


HARUN BIN RADZI
Pengurus
GIATMARA Kepala Batas
Pulau Pinang.

Tarikh : 11hb Mei 2012

Diluluskan Oleh : _______________________________________


3
KERTAS CADANGAN MEMOHON UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE
PAMERAN REKACIPTA INOVASI DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA KE 23
(ITEX 2012) BAGI TUJUAN MEMUPUK MINAT SERTA MENDIDIK PELATIH
UNTUK BERKREATIVITI DALAM MENGHASILKAN MUTU KERJA YANG
BAIK DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

TN. HAJI RUSLI BIN ABDULLAH


Pengurus Besar
GIATMARA Pulau Pinang

Tarikh :

DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN

Anda mungkin juga menyukai