Anda di halaman 1dari 4

PERANAN PUSAT SUMBER DALAM PROSES P&P Pusat sumber sekolah (PSS) adalah merupakan antara aspek penting

dalam sesebuah institusi pendidikan. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai gedung ilmu atau pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai sumber ilmu pengetahuan serta maklumat malah mampu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengguna khususnya pelajar dalam proses pengajaran clan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi. Di samping itu, pusat sumber juga berperanan untuk membina dan mengukuhkan kemahiran mencari maklumat dan seterusnya melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif. Pusat sumber sekolah yang berkesan dapat menjadi satu perkhidmatan yang penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan pelajar untuk menghadapi zaman maklumat, membina budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat dan memperkembangkan potensi para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini disokong oleh Hamidah (1999), yang mengatakan bahawa PSS adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat dunia (global information network) yang dapat memperluas maklumat yang boleh diakses serta memungkin pertukaran data maklumat secara lebih tepat dan pantas. Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa jika sekolah diiktiraf sebagai organisasi pembelajaran dan pengajaran (organisation of learning), PSS pula perlu dijadikan pusat kecemerlangan (centre of excellence), pusat maklumat (centre of knowledge) dan pusat tindakan (centre of action). Konsep pusat sumber adalah sebagai suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa, malahan juga membolehkan pengguna mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan dalam pusat sumber semestinya disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Di samping itu, objektif pembinaan sesebuah pusat sumber sekolah juga untuk memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Pusat sumber sekolah sebagai tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh maklumat atau pengetahuan, ianya juga dapat mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak pengguna. Terdapat beberapa fungsi penting pusat sumber sekolah, tetapi fungsi-fungsi ini mungkin akan berubah mengikut masa dan kehendak pengguna. Antara fungsi-fungsi pusat sumber sekolah adalah untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum. Merancang supaya ianya selaras dengan kehendak zaman serta perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Pusat sumber juga berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran ataupun pengajaran. Ianya berfungsi sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan, terutamanya menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan. Begitu juga, pusat sumber mempunyai kemudahan untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum. Penubuhan pusat sumber sekolah adalah untuk menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat. Tempat ini telah menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.Di samping itu membolehkan guru dan pelajar mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah yang berkaiatan dengan bidang masing-

masing, membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembanagn terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi. Bagi pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid. Selain itu, pusat sumber sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahanbahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kenamengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini. Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini. Dengan adanya pusat sumber, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid. Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis (detail and specialise) serta menjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang. Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa pusat sumber sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah,

pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh. Secara kesimpulannya, pusat sumber hanya boleh menjadi fasilatator supaya pertukaran kemahiran dan nilai di kalangan pendidik berlaku, tetapi kejayaan para guru di dalam profesionnya hanya akan bermula apabila mereka betul-betul berubah sikap mengikut keperluan semasa. Seseorang guru harus mempunyai sikap yang positif bahawa pengunaan sumber-sumber atau bahan-bahan pusat sumber ini boleh membantu ke arah meningkatkan lagi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak pusat sumber sekolah perlulah menggalakkan para guru mengunjungi pusat sumber supaya membaca atau meminjam dan menggunakan bahan-bahan buku yang bersesuaian dengan keperluannya. Pihak pusat sumber juga perlu mengadakan kursus pengurusan pusat sumber dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan terutamanya kepada guru-guru pusat sumber sekolah dan penyelaras-penyelaras PKG. Peserta-peserta kursus tersebut kemudian memberi latihan dalaman kepada para guru di sekolah atau zonnya masing-masing. Para guru hendaklah dibantu agar mempunyai kemampuan atau kecekapan menggunakan bahan sumber pendidikan atau maklumat dalam pelbagai format serta dibantu mengajar. Diharapkan dengan bantuan dari pihak pusat sumber sesebuah sekolah dari semasa ke semasa, akan merangsang dan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran agar menghasilkan kesan yang dikehendaki dalam zaman perubahan dan inovasi pendidikan

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 6.1 Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi daripada berbagai jenis dan bentuk yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran,sama ada didapati secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu. 6.2 Menghasil atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau kumpulan daripada bahan-bahan yang dibeli atau barangan terpakai. 6.3 Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik. 6.4 Mengedar atau menyebarkan maklumat mengenai bahan yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua pelajar dan guru. 6.5 Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan. 7 PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

7.1 Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. 7.2 Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.

7.3 Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. 7.4 Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan. Keempatempat peranan Pusat Sumber ini berkait rapat dengan fungsi utama Pusat Sumber, iaitu pengumpulan,penyebaran,penyusunan dan penggunaan atau penyebaran maklumat. 8 PUSAT SUMBER ELEKTRONIK

Koleksi PSS bukan hanya terhad kepada bahan cetak,audio dan video sahaja, tetapi dalam bentuk cakera liut dan cakera padat. Dengan perkembangan teknologi terkini di Pusat Sumber, membolehkan penggunannya mendapatkan maklumat yang luas dari seluruh dunia melalui jaring dan internet. Apabila Pusat Sumber dapat menyediakan bahan dalam bentuk teks dan elektronik serta dalam masa yang sama menyediakan kemudahan bagi mencapai maklumat dari luar ruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputer, maka Pusat Sumber itu dapat dikenali sebagai Pusat Sumber Elektronik ( Saidina Omar, 1996). Biasanya ciri-ciri penting PSE ialah penggunaan meluas akan alat elektronik di dalam penyimpanan, pencarian kembali dan penyebaran maklumat. Manakala Dowlin (Kenneth Dowlin,1984) menghuraikan ciri-ciri Pusat Sumber Elektronik seperti berikut: 8.1 Menguruskan bahan-bahan dengan menggunakan komputer; 8.2 Berupaya menemukan pencari maklumat dengan maklumat itu sendiri secara elektronik, dan 8.3 Keupayaan untuk menyimpan,mengurus dan menyebarkan maklumat kepada pengguna secara elektronik. Ciri-ciri tersebut jelas membayangkan bahawa PSE itu, adalah merupakan satu organisasi maklumat yang menggabungkan penggunaan alat-alat elektronik di dalam perkhidmatannya. Kejelasan ciri-ciri Pse dapat terangkum dalam definisi Perpustakaan digital yang diberikan oleh Henry M.Gladney (1994) sebagai: A Digital Library is an assemblage of digital computing, storage and comminications machinery together with the content and software needed to reproduce, emulate and extend the services provided by conventional libraries based on paper and ather material means of collecting, cataloging, finding, and disseminating information. A full services digital library must accomplish all essential services of tradisional libraries and also exploit the well-known advantages of digital storage, searching and communication.

Anda mungkin juga menyukai