Anda di halaman 1dari 3

SK SACRED HEART CONVENT

PERANCANGAN TAHUNAN 2021


PANITIA SAINS

Pengerusi : PN LEE ANG KIAK ( GURU BESAR)


Naib Pengerusi : DATIN ZAINAH BINTI ALIAS (GPK PENTADBIRAN)
Setiausaha : PN. ROHANA CHE YUSOH
AJK : PN. NORHASWATI BINTI HAMZAH
: PN. SITI ZUBAIDAH IBRAHIM
: PN. AISHAH AHMAD
: PN. HANISAH BORHAN
: PN. NORSUHANA SEJARTA
: CIK NURSHAFIQAH MOHD ZAHAR

1. MATLAMAT
1.1 Melahirkan insan yang berbudaya sains, inovatif dan kritis.
1.2 Mewujudkan insan yang prihatin, bertanggungjawab, jujur memberi pendapat dan bertoleransi.
1.3 Mempunyai nilai murni yang tinggi, sentiasa bersyukur dan berperasaan kasih sayang.

2. OBJEKTIF

2.1 Menguasai pengetahuan asas sains dalam semua bidang/tema berdasarkan DSKP dan
mengikut KSSR Semakan terkini bagi Tahun 1 hingga 4.
2.2 Memupuk sikap minat dan ingin tahu murid terhadap mata pelajaran Sains melalui kajian dan
eksperimen.
2.3 Boleh berkomunikasi melalui data dalam bentuk pelbagai media dan teknolgi serta berani
mengeluarkan pendapat dan berkeyakinan.
2.4 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahi ran secara krtitis, kreatif dan
analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
2.5 Menerapkan murid dalam nilai murni seperti bekerjasama dalam kerja berpasukan,mensyukuri nikmat
Tuhan, sifat ingin tahu, yakin dan lain-lain.

3. STRATEGI

3.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan/IBSE


3.2 Konstruktivisme
3.3 Penggunaan I-Think
3.4 Pembelajaran Kontekstual
3.5 Pembelajaran Masteri
3.6 Pembelajaran Berpusatkan Murid/PAK 21
3.7 Pendekatan Sains dan Teknologi

4. AKTIVITI

4.1 Program Teknik Menjawab Sains Tahun 6 ( Guru dan Murid )


4.2 PLC - Learning Walk / Peer Coaching/Teacher Sharing ( Guru )
4.3 Kursus ICT dalam Pdpc - Guru
4.4 Bengkel Teknik Menjawab dan Penandaan Kertas - Guru
4.5 Taklimat Menjawab Soalan Sains ( Murid Tahun 5 dan 6 )
4.6 Buddy Support System (Peer Learning)
4.10 Kelas Intensif ( 5 Bijak dan 5 Bestari)
4.11 Kuiz Mingguan Sains/Info Sains - Semua Murid
4.12 Minggu Sains - Semua Murid
4.13 Lawatan Sambil Belajar

5. KEKUATAN (S)

5.1 Guru-guru sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengajaran Sains DLP dan juga dalam
program/aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

5.2 Pentadbir memberi kerjasama sama ada dari segi pengurusan atau kewangan bagi mengendalikan
program peningkatan prestasi akademik.

5.3 Sentiasa ada perbincangan antara guru Sains dalam meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran (post
moterm dan intervensi)

5.4 Guru Sains sangat komited ,sentiasa berbincang tentang kaedah pembelajaran PAK 21 yang sesuai
yang dapat diterapkan dalam pengajaran Sains .

6. KELEMAHAN (W)

6.1 Sumber kewangan terhad.

6.2 Terdapat murid yang tidak dapat menguasai Kemahiran Sains.

6.3 Sikap murid kurang minat membaca dan membuat rujukan menyebabkan murid kurang
pengetahuan, kefahaman dan seterusnya tidak dapat mengaplikasi tajuk dengan ransangan/soalan yang
diberi.
6.4 Terdapat segelintir murid yang kerap ponteng menyebabkan banyak pelajaran tertinggal /Murid
kurang bermotivasi untuk belajar.

7. PELUANG (O)

7.1 Sokongan padu daripada PIBG.

7.2 Menggunakan tenaga profesional untuk memberi motivasi dan bimbingan ke arah
kecemerlangan akademik.

7.3 Guru-guru Sains diberi pendedahan taklimat semakan Silibus terkini.

7.4 Murid-murid dapat memperluaskan pengetahuan tentang Sains melalui sumber ICT dan
mencari maklumat tentang Sains menggunakan VLE-Frog sekolah.

8. ANCAMAN (T)

8.1Kurang guru yang berpengalaman kerana telah bersara.


8.2Soalan KBAT dan silibus murid yang tinggi menyebabkan murid lemah kurang minat
untuk belajar Sains dan menyumbang pada pencapaian yang kurang memuaskan.
8.3Pengajaran dalam Bahasa Inggeris merupakan cabaran utama bagi murid yang lemah
dalam Bahasa Inggeris untuk menguasai pengetahuan dan kefahaman topik yang dipelajari.
8.4Masa PdPc yang tidak mencukupi untuk melaksanakan aktiviti dengan lebih
berkesan berpandukan buku teks.

9. PENILAIAN

9.1 Penyemakan hasil kerja murid/Pemantauan Buku Latihan Murid


9.2 Pentaksiran Bilik Darjah
9.3 Pentaksiran Formatif dan Sumatif
9.4 Penglibatan dalam Kuiz Mingguan/ Info Sains
9.5 Pemerhatian guru mata pelajaran dalam Kelas

10. PENYELIAAN

10.1 Guru Besar


10.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran
10.3 Ketua Panitia

Anda mungkin juga menyukai