Anda di halaman 1dari 50

Masuk

Pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek kebiasaannya dijalankan di dalam atau di luar waktu belajar kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk melaksanakan aktiviti ini. Oleh yang demikian, tajuk REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK menjadi pilihan dan sangat sesuai untuk menggunakan kaedah berasaskan projek di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti

pembelajaran berfokus kepada penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis. Di dalam tajuk REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK, murid-murid diberikan satu contoh projek yang telah siap dan kad kerja sebagai bahan perangsang untuk merangsang pemerhatian murid terhadap projek dan merangsang kemahiran mensintesis murid terhadap bahan rangsangan yang diberi.

Menjadikan pembelajaran inkuiri sebagai sasaran utama. Projek juga meletakkan murid dalam proses pembelajaran yang aktif. Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Tajuk REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK menekankan aspek inkuiri dan perlu melibatkan murid secara aktif. Seandainya murid tidak melibatkan diri secara aktif, murid akan ketinggalan. Selain itu juga, guru boleh menjadi sumber rujukan untuk murid-murid melakukan projek yang diberikan. Selain itu juga, guru boleh menggunakan video atau LCD sebagai alat pembelajaran.

Guru

sebagai pemudahcara dan menjadikan model yang sudah siap sebagai bantuan sewaktu murid-murid mencari maklumat dan melaksanakan tugas-tugas projek. Murid dibekalkan dengan model yang sudah siap untuk ditiru, dan guru menunjukkan cara setiap langkah demi langkah sepanjang proses penghasilan projek dalam tajuk REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK.

Pemahaman

murid-murid terhadap apa yang dilakukan oleh mereka adalah sangat penting. Walaupun kaedah projek ini memerlukan muridmurid untuk melaksanakan projek atau bahan maujud, murid perlu diberi pengukuhan tentang apa yang mereka fahami dan perlu diuji dengan beberapa latihan pengukuhan. Oleh yang demikian, 5 minit di akhir kelas, guru memberikan lembaran kerja untuk ditampal dan dibuat bersama-sama di dalam kelas untuk memastikan apa yang diajar dapat difahami oleh murid-murid.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Soalan Perancangan Jadual pelaksanaan Mengawas Mentaksir Menilai

Mulakan dengan soalan essential seperti adakah kamu pernah membuat tabung? pernahkah kamu membuat kerja-kerja kayu? Pilih topic yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan penyiasatan.
Pastikan relevan dengan murid-murid.

Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab soalan. Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek. Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan dalam projek yang dirancang

Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen projek.

Tetapkan penanda aras.


Pastikan jadual mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid.

Guru sebagai pemudahcara Guru membimbing proses projek. Menggunakan rubrik sewaktu membimbing

Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru Menggunakan pelbagai jenis pentaksiran Mengambil masa untuk mentaksir secara individu dan kumpulan.

Murid-murid berkongsi pengalaman Berbincang dengan murid bagaimana projek boleh terjadi. Berbincang tentang perubahan yang boleh dilakukan.

Berkongsi idea dengan murid untuk melaksanakan projek baru kelak.

BROSUR Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

iklan

fungsi
identiti informasi

Ciri-ciri Brosur i. Bila terdiri dari satu halaman, brosur atau pamflet umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. ii. Brosur yang hanya terdiri dari satu lembar/halaman sering disebut selebaran (bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). iii. Brosur yang memuat informasi tentang produk disebut juga sebagai katalog produk atau hanya disebut katalog. iv. Brosur yang memuatkan informasi atau penjelasan tentang suatu produk, perkhidmatan , profil perusahaan, sekolah, atau dimaksudkan sebagai iklan. v. Informasi dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan mudah difahami dalam waktu yang singkat. vi.Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak di atas kertas yang baik untuk menimbulkan tanggapan yang baik terhadap perkhidmatan atau produk.

Tajuk atau kenyataan yang hendak disampaikan difahami dengan jelas oleh pembaca atau pengunjung. Maklumat sokongan tentang tajuk menambah kefahaman pengunjung. Bentuk, ukuran, warna dan komposisi yang seimbang Alur baca yang disusun atur secara sistematik iatu boleh mengarah mata pembaca, membaca satu bahagian ke satu bahagian. Latar belakang yang kontras dengan tulisan dan gambar. Perbezaan jenis, ukuran dan warna huruf yang sangat baik. Bahagian-bahagian dipisah mengikut kelompok informasi yang hendak disampaikan diatur dengan baik.Contoh tempat hendaklah dekat dengan tarikh. Grafik yang sesuai dan menarik.

Menggunakan instrumen dalam penilaian: Laman sesawang (web)

kandungan yang tidak berat dan lambat. Melukis gambar sebagai satu rekaan yang memudahkan. Keunikan yang wujud atau unsur kekaguman, plan lantai, set dan prop kesan pada muzik atau bunyi dalam persembahan.
Perisian

Contoh: blog personal http://www.terbangtinggitinggi.com/

Contoh : blog personal http://pemadamp.blogspot.com/

Menggunakan

animasi yang pelbagai

dan menarik. Menyerapkan sound atau image yang berkaitan dan sesuai. Menghantar maklumat kepada rakan melalui emel.

Contoh: blog personal url http://www.ayeemayam.com

Warna

yang menarik dan tidak terlalu

terang. Font tulisan yang mudah dibaca. Saiz tulisan yang sederhana. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Rekaan dalaman yang sederhana.

Tidak

menyentuh soal agama dan perkauman. Topik mudah difahami oleh semua peringkat umur. Topik adalah umum dan mudah dibincangkan oleh pembaca.

Menggunakan

tajuk yang sesuai bagi sasaran yang tepat. Pemilihan kosa kata, contoh-contoh serta situasi yang tepat dengan golongan sasaran yang dikehendaki. Menentukan jantina dan umur golongan sasaran yang dikehendaki.

Laras

bahasa akademik untuk topik yang ilmiah seperti sains. Memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu perkara yang ingin disampaikan Memvariasikan bahasa lisan seperti laporan, ucapan, esei dan cerpen.

Contoh: blog http://honeykoyuki.blogspot.com/

Memudahkan

pembaca untuk mendapatkan maklumat tambahan Berkaitan dengan topik utama yang dibincangkan. Menjimatkan masa pembaca.

Mudah

diakses di mana-mana. Mempunyai kata carian di dalam google search. Tidak mempunyai unsur-unsur keterlaluan sehingga disekat penggunaannya.

Contoh: Url: http://www.tourism.gov.my/

PERSEMBAHAN MS POWERPOINT

Microsoft

PowerPoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara profesional. persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa.

Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT. Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan MS PowerPoint mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa. Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

-Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif

1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti. 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan. 3. Ketepatan isi kandungan. 4. Kelengkapan laporan. 5. Cara penyampaian maklumat. 6. Keistimewaan persembahan. 7. Hasil cipta persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd. 8. Masa terhad untuk persembahan.

POSTER

Poster

adalah pengumuman berupa gambar atau tulisan yang ditempelkan di dinding, tembok, dan tempat-tempat umum untuk penyebaran yang lebih luas. Pada dasarnya poster sama dengan iklan. Perbezaan antara poster dan iklan adalah poster mementingkan gambar, sedangkan iklan mementingkan susunan kata. Poster kebiasaannya ditempatkan di tempat umum, manakala iklan dipasang di media cetak.

1.
2. 3. 4.

Poster Perniagaan Poster Penerangan Poster Pendidikan Poster Kegiatan

1.

2. 3. 4.

Gambar yang ditampilkan sebagai satu perhatian utama, tetapi bersesuaian dengan idea. Kata-katanya mudah diingat, bersifat efektif dan sugestif. Tulisan dicetak besar dan mudah dibaca. Dipasang di tempat yang strategik.

TAHAP KRITERIA
KREATIVITI & KEASLIAN

LEMAH (0 5 MARKAH)

SEDERHANA (6 8 MARKAH)

CEMERLANG (9 10 MARKAH)

Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).

Mempunyai kekreatifan dan keaslian.

Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

FUNGSI

Rekabentuk dan paparan salah.

Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.

BAHASA

Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.

Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.

Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

ILUSTRASI

Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

Anda mungkin juga menyukai