Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan Stress

Labels: Pengurusan, Pengurusan Stress PENGURUSAN STRESS - SATU TINJAUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGENALAN Stress atau tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Ianya adalah sebahagian biasa daripada hidup kita dan suatu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap insan

APA ITU STRESS? Sebenarnya stress ini mengikut definisinya ialah pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Oleh itu kita boleh katakan bahawa stress itu ialah perasaan tertekan, perasaan tertekan ini membuat orang mudah tersinggung, mudah marah dan konsentrasi terhadap pekerjaan menjadi terganggu.

STRESS MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Kalau kita lihat dari pandangan islam pula, stress dari sudut bahasa ialah tekanan. Tekanan adalah suatu dari fitrah kehidupan manusia. Firman Allah dalam Surah alBaqarah, ayat 155:

Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)

kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

KESAN TEKANAN Tekanan kadang-kadang memberikan impak positif dalam kehidupan manusia, contohnya membuatkan seseorang itu bekerja keras, membina daya kreativiti, membina keyakinan diri atau membentuk peribadi yang lebih mantap dan berdisiplin. Tetapi sekiranya tekanan itu tidak dihadapi dengan baik atau berlebihan maka, ia akan memberi kesan buruk ke atas individu tersebut. Ia mungkin akan mengganggu emosi dan fizikalnya. Firman Allah dalam surah Nahl, ayat 97:

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala dari apa yang mereka telah kerjakan.

PUNCA STRESS 1. Kelemahan Hati 2. Kelemahan Roh 3. Pengaruh Nafsu 4. Kelemahan akal

KAEDAH PENGURUSAN STRESS DALAM ISLAM 1. Tadabbur al-Quran 2. Tafakkur 3. Banyakkan Sedeqah

4. Taqarrub 5. Husnu Dzon (baik sangka) kepada Allah SWT 6. Pengurusan 7. Banyakkan Syukur kepada Allah SWT 8. Tawakkal

Kesimpulannya Stress atau tekanan memang merupakan fitrah bagi manusia. Setiap dugaan yang datang adalah ujian dari Allah SWT bagi menaikkan darjat dan martabat seseorang di sisi Allah SWT. Islam telah menetapkan setiap manusia akan diuji bagi mencari calon yang terbaik bagi memenuhi syurga Allah SWT. Bagi seorang Mukmin itulah sebesar-besar ganjaran yang diimpikan. Maka sebagai Mukmin kita perlu bersedia untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan kita. Kita bersedia dari segala sudut samada dari sudut ruhaniah, mental dan fizikal. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 60: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya.
POSTED BY AR-QUSTANY
MONDAY, SEPTEMBER 28 , 2009

AT 1:46 PM

Anda mungkin juga menyukai