Anda di halaman 1dari 4

Petikan Pemahaman BM SM

Teknologi komputer semakin berkembang sejak kebelakangan ini. Beberapa tahun yang lalu, kita hanya dapat membaca daripada monitor komputer. Kini, kita diperkenalkan kepada suatu dunia baru maklumat dan bunyi yang menarik. Multimedia merupakan suatu teknologi yang menggabungkan teks, bunyi, grafik, video dan animasi dalam satu persembahan. Hal ini bermakna kita dapat membaca, mendengar dan melihat program-program yang menarik melalui komputer kerana komputer mempunyai kesemua ciri ini yang dibina di dalamnya. Teknologi komputer yang canggih ini telah banyak memberikan manfaat kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Manusia menjadi lebih produktif sejak multimedia diperkenalkan. Contohnya, para penceramah lebih cenderung menggunakan komputer buku untuk menyampaikan mesej. Penggunaan kertas semakin berkurangan kerana mereka lebih cenderung menggunakan komputer yang menjimatkan masa, berkesan, meyakinkan dan tepat serta mudah dibawa ke mana-mana. Dalam bidang pendidikan, multimedia digunakan sebagai satu kaedah mengajar. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih berkesan apabila multimedia digunakan sebagai alat pembelajaran. Hal ini merupakan cara yang lebih interaktif untuk mengguna sepenuhnya deria seseorang manusia. Selain itu, manusia dapat berkomunikasi melalui internet dengan menggunakan multimedia. Hal ini telah menyebabkan kemunculan persidangan video. Seseorang pemimpin dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat tanpa meninggalkan pejabatnya. Kemudahan ini hanya diperoleh menggunakan multimedia dan internet. Sesungguhnya multimedia telah membuka terhingga bagi mendapatkan maklumat-maklumat memperoleh pelbagai maklumat yang berguna tersebut tetapi juga terdapat pelbagai program hiburan dan banyak topik yang menarik hanya komputer. pintu kepada akses yang tidak yang berguna. Kita bukan sahaja menerusi kecanggihan teknologi berbentuk permainan, pelajaran, dengan satu klik pada tetikus

Soalan

Apakah keistimewaan multimedia? Multimedia memberi akses yang tidak terhingga bagi mendapatkan maklumatmaklumat yang berguna dan program-program berbentuk permainan, pelajaran, hiburan serta banyak lagi topik yang menarik hanya de ngan satu klik pada tetikus komputer.

Apakah sumbangan multimedia dalam bidang pendidikan? Dalam bidang pendidikan, multimedia digunakan sebagai satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seorang pemimpin dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sejawatnya dari luar negara dengan lebih berkesan menerusi persidangan video Perkataan cenderung dalam petikan bermaksud Gemar, suka, minat

Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus. Virus ini disebarkan dari seorang pesakit denggi kepada individu yang sihat melalui gigitan nyamuk aedes. Penyakit ini sangat berbahaya kerana pada masa ini tiada vaksin yang berkesan dapat merawatnya. Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk membanteras penyakit ini ialah dengan membasmi kawasan pembiakan aedes. Stastistik menunjukkan Selangor adalah negeri yang paling banyak mencatatkan kes denggi. Sehingga pertengahan Januari, lebih 3 500 kes dilaporkan. Antara kawasan yang berisiko tinggi ialah Subang Jaya, Shah Alam, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Kajang. Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kes denggi di Selangor iaitu rumah terbengkalai (70 peratus), tapak pembinaan (48.8 peratus), pejabat kerajaan (18.8 peratus), kawasan kilang (13.9 peratus) dan taman rekreasi (6.2 peratus). Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang ditubuhkan sejak 1902 dalam kajiannya mendapati aedes adalah antara nyamuk yang amat berbahaya di Malaysia kerana nyamuk ini adalah juga pembawa virus penyakit atau vektor bagi penyakit denggi yang masih belum ada ubat atau vaksin untuk menyembuhkannya. Dari segi keadaan alam sekitar dan cuaca, Malaysia diakui amat sesuai untuk pembiakan nyamuk kerana mempunyai suhu tinggi dan kelembapan udara yang baik serta pancaran sinar matahari yang menggalakkan. Daripada 3 000 spesies nyamuk yang diketahui di dunia ini, dua pertiga daripadanya terdapat di kawasan tropika seperti Malaysia . Kawasan hutan, paya dan perairan tercemar serta kawasan perumahan kotor adalah tempat paling sesuai untuk nyamuk membiak di negara ini. Justeru, rakyat negara ini perlu berwaspada terhadap bahaya penyakit ini. Kesedaran mengenainya harus dipertingkatkan lagi dan sikap berpeluk tubuh harus dikikis. Masyarakat setempat patut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa setempat dalam usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Soalan

1.

Apakah faktor tertinggi penyumbang kepada kes denggi di Selangor? Rumah terbengkalai dengan kadar 70 peratus dari 3500 kes. Hasil kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati bahawa aedes adalah antara nyamuk yang amat berbahaya di Malaysia kerana nyamuk ini adalah juga pembawa virus penyakit atau vektor bagi penyakit denggi yang masih belum ada ubat atau vaksin untuk menyembuhkannya.

2.

3.

Mengapakah Malaysia dikatakan tempat pembiakan nyamuk? Malaysia diakui amat sesuai untuk pembiakan nyamuk kerana mempunyai suhu tinggi dan kelembapan udara yang baik serta pancaran sinar matahari yang menggalakkan.

4.

Bagaimanakah sikap yang seharusnya ditunjukkan oleh masyarakat setempat terhadap masalah pembiakan nyamuk aedes? masyarakat perlu berwaspada terhadap bahaya penyakit ini. Kesedaran mengenainya harus dipertingkatkan lagi dan sikap berpeluk tubuh harus dikikis. Masyarakat setempat patut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa setempat dalam usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Anda mungkin juga menyukai