Anda di halaman 1dari 1

GLOSARI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

a.m.
Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk kepada
waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari.
Contoh

8:00 a.m. bermakna pukul 8:00 pagi.

Abad
Tempoh selama 100 tahun. Abad dikenali juga sebagai karun.
Alat pengukur
Alat yang digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek atau jarak di antara dua titik.
Contoh

Alat penimbang
Alat yang digunakan untuk menimbang jisim sesuatu objek.
Contoh

Alat penyukat
Alat atau bekas yang digunakan untuk menyukat isi padu.
Contoh

Amaun
Kuantiti atau nilai sesuatu yang dinyatakan secara kasar
Lebih kurang 50 biji gula-gula.
Contoh

Angka
Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor.
Contoh

1, 2, 3, 4, 5,

Ansuran
Bayaran yang dibuat sedikit demi sedikit untuk menyelesaikan hutang.
Contoh

Bapa Nina membayar ansuran


motosikal sebanyak RM 200
sebulan.

Harga asal: RM
5500

Ayat matematik
Ayat yang ditulis dalam bentuk nombor dan simbol.
Contoh

45 + 5 = 50

63 10 =53

16 2 = 32

87 3 = 29

Anda mungkin juga menyukai