Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMPO

72120 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL :06-4685388
FAX:06-4685388

Tuan,
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Kali Kedua Tahun 2014
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Mesyuarat ini
akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat:

2 Julai 2014
Rabu
1.30 PM
Bilik Guru

2. Agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:


1.0 Ucapan pengerusi
2.0 Ucapan GB/GPK1
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Keputusan Ujian Pertengahan Tahun
5.0 Post-mortem
6.0 Program dan Aktiviti Panitia
7.0 Hal-hal lain
3. Kerjasama anda untuk menjayakan aktiviti Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
diucapkan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

Disahkan oleh,

(HO PEI PEI)


Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Sungai Sampo

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


KALI KEDUA (SESI 2014)
SK SUNGAI SAMPO
Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat:
Kehadiran :

2 Julai 2014
Rabu
1.30 PM
Bilik Guru
1. En. Ahyaulumuddin B Abd. Hamid (GPK1)
2. Cik Ho Pei Pei

AGENDA

1.0

UCAPAN PENGERUSI PANITIA


1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat panitia kali
kedua ini
1.2 Berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar.

2.0

UCAPAN GPK 1
2.1 Terima kasih kerana sanggup mencari pembekal sendiri untuk
menempah bahan yang diperlukan untuk subjek ini.
2.2 Berharap guru dapat menjalankan tugas dengan baik.
TINDAKAN : GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

3.0

PERKARA BERBANGKIT
3.1 RBT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar
oleh guru yang sama.
3.4 Kedua-dua subjek ini diajar secara bergilir-gilir oleh guru
mengikut topik. Ini bererti, apabila guru habis suatu topik
untuk RBT, TMK akan diajar pada minggu yang seterusnya
dan sebaliknya.
TINDAKAN : GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

4.0

KEPUTUSAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN


4.1 Untuk ujian pertengahan tahun, RBT dan TMK telah
digabungkan, iaitu 20 soalan RBT dan 20 soalan TMK.
4.2 Keputusan ujian adalah seperti berikut:
Bilangan murid: 33, Tidak Hadir: 2, Bil A=0, Bil B=2, Bil
C=4, Bil D=19, Bil E=6, % Lulus=19.35, % Gagal=80.65%
TINDAKAN : MAKLUMAN

5.0

POST-MORTEM
5.1 Kesemua soalan ujian adalah berdasarkan buku teks dan topik
yang telah dipelajari oleh murid.
5.2 Murid tidak mengulang kaji pelajaran sebelum ujian
dijalankan.
5.3 Pada ujian yang akan datang, RBT dan TMK dipecah kepada
dua kertas ujian yang berlainan untuk menyenangkan
kemasukan markah dalam SAPS.
TINDAKAN : MAKLUMAN

6.0

PROGRAM DAN AKTIVITI PANITIA


6.1 Satu program khas akan dirancang bersama dengan ketua
panitia Kemahiran Hidup untuk dilaksanakan bersama.
TINDAKAN : GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

7.0

HAL-HAL LAIN
7.1 Walaupun 3 set kit model telah dibeli untuk subjek ini, namun
projek tidak dapat dilaksanakan kerana masih terdapat bahan
yang tidak mencukupi seperti gergaji puting.
7.2 Peruntukan Kemahiran Hidup telah habis dibelanjakan untuk
bahan-bahan ini.
7.3 P&P diberi keutamaan kepada apa yang ada dahulu.
TINDAKAN : MAKLUMAN

9.0

PENUTUP
9.1 Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.50 petang.


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(HO PEI PEI)
Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Sungai Sampo

Anda mungkin juga menyukai