NO MATRIK : 120506
UNIT
Semasa melaksanakan keja khusus ini saya telah belajar sesuatu yang baru dan
tidak penah saya belajar sebelum ini. Jadual spesfikasi ujian adalah sesuatu yang baru
dan saya tidak mengerti apakah maksudnya. Tetapi setelah melakukan kerja khusus ini,
barulah saya memahami maksud JSU ini. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara
membuat soalan tatabahasa mengikut JSU yang sesuai. Semua perkara-perkara ini
wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik. Oleh itu, sebagai persediaan kita ke
alam perguruan, eloklah kita membuat persediaan untuk diri kita sendiri dalam
menghadapi alam perguruan suatu hari nanti. Semoga apa yang terdapat dalam kajian
tugasan ini dapat diambil pengajarannya dan semoga ianya menjadi sesuatu yang
berguna kepada kita suatu hari nanti.
Secara keseluruhannya, saya amat bangga dengan usaha saya dan tidak lupa
pada kawan-kawan yang bertungkus lumus membantu saya sama ada secara langsung
mahupun tidak. Kemahiran-kemahiran yang saya peroleh ini, akan saya aplikasikannya
dalam sesi pengajaran saya kelak sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan
kepada pelajar-pelajar.